Pelik: Badak air Berwarna Merah Jambu Ditemui

Banyak cerita yang pelik dan kejadian yang pelik berlaku. kadang ada yang betul, tapi ada juga yang dibuat-buat untuk mendapat nama ataupun sebagainya. Betul kan? Tapi benda pelik kali ni rasanya benar berlaku dan dilaporkan dalam akhbar kosmo hari ini. Ianya tentang penemuan seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di Kenya.


Pelik kan? Tak pernah lagi selama ni menemui badak air yang berwarna merah jambu. Semua badak air yang aku nampak kat tv, berwarna hitam. Takde la pula yang berwarna merah jambu. Tapi inilah mungkin yang dikatakan, kuasa yang maha ESA kan. Apa dia nak, semuanya terjadi.

Tapi mungkin ada juga sebab lain kenapa badak ni berwarna merah jambu. Mungkin dia sedang sakit kot. Sindrom down ke, kan? Atau masalah dengan pigment kulitnya. Sebab bukan manusia je yang pandai nak sakit. Haiwan pun sakit juga. :)


My First Churp-Churp Earning!

Akhirnya murah hati juga churp-churp bagi aku assignment. Tak banyak, 1 je. hehehe. Setakat 1 assignment pun nak sibuk kan? Lain lah korang yang dah berkali cashout duit churp-churp tu. Aku baru dapat 1 assignment. So korang bayangkan sajalah baru berapa earning yang aku dapat.


Apakejadahnye baru dapat 48sen pun nak heboh! haha! Saja je nak tengok berapa lama baru aku dapat cashout duit churp-churp ni. Nak sampai RM100 tu korang rasa nak ambil masa berapa tahun? huhuhu. Sekarang ni pun ada 5 assignment baru yang aku dah hantar tapi sedang tunggu approval. Duit blog ni aku dah pernah rasa, sekarang nak tunggu churp-churp pula. Tapi entah nak tunggu sampai bila kalau macam ni. haha.

Kata orang, "usaha tangga kejayaan". Dan ada orang kata, "kalau tiada nasib, seberapa banyak kita berusaha pun takan ada hasil yang best". Betul ke? Apa pula pendapat korang?


Indahnya Ciptaan Tuhan

Betapa indahnya ciptaanNya kalau kita perhati dan hayati betul-betul. Dengan hutan menghijau, segar mata memandang, dengan lautan luas nan biru dan segala isi muka bumi ini. Ah! alangkah indahnya jika semuanya kekal sehingga ke akhir zaman.

Dari sebesar-besar ciptaannya hingga sekecil-kecil ciptaan, semuanya menarik dan cantik! Aku sebelum ni belajar sikit pasal Biology dan banyak kali jugalah menggunakan mikroskop. hah, siapa tak tahu apa itu mikroskop, meh aku bagi tengok korang apa itu mikroskop.


Hah, nilah mikroskop. hihi. Ni mikroskop cahaya atau orang putih panggil light microscope. Sumber cahaya digunakan untuk melihat menembusi sel atau benda yang kecil adalah menggunakan cahaya matahari. Ada lagi beberapa jenis mikroskop yang lebih hebat. Ni untuk budak sekolah dan mereka yang baru nak belajar benda basic. Macam aku ni lah. hehe

So, jom tengok sel tumbuhan yang aku tengok menggunakan mikroskop ni. :)






















Semua gambar diatas adalah gambar-gambar sel tumbuhan. Ni sebenarnya adalah gambar assignment aku dulu. Tapi malas punya pasal, aku tak hantar. hahaha. hantar kat sini je la. hihi. Siapa nak tolong cek assignment aku nih!


Nampaknnya Aku Terpaksa Bermula Dari Bawah

Nampaknya pertukaran domain dari blogspot ke dot com memberi kesan pula dengan blog ni. Memang sedih jugalah, tapi nak buat macamana juga kan, dah keinginan aku nak tukar domain ke dot com. Pasrah sajalah.

Dulu sebelum tukar ke domain baru, Google Pagerank blog ni adalah 2. Tapi bila aku check balik lepas tukar domain, Google Pagerank dah jadi 0! huhu. Non available katanya buat masa ni. Kesian juga kat blog ni, setelah setahun blogging, baru nak merasa Pagerank 2. Tiba-tiba turun pangkat la pula. Tapi Setakat Pagerank 2 tu apalah sangat kan. Lainlah kalau 4 ke, 5 stau lebih tinggi.

Not Available kata pakcik Google

Dah check pagerank, aku check Alexa ranking pula. Dan hasilnya, ranking menjunam jatuh gaung! aduhai blog, kesian ko ye. Takpe, nanti akan aku temani meniti hari yang mendatang. hihihi. Hari tu, ranking alexa adalah dalam 1 juta seluruh dunia. Kat Malaysia pula, bolehlah dalam tangga ke 5000. Tapi bila dah tukar nama baru, ranking blog jatuh ke nombor 16 juta seluruh dunia. Dan kat Malaysia pula 16,000.


16 juta tu beb! Memang Kalau nak lawan keyword dengan korang kat search engine, Pak Cik Google takan pandang pun blog aku ni. huhu. Nampaknya, terpaksalah aku berusaha dari bawah semula kalau nak bagi ranking ni naik macam dulu. Macam bayi baru lahir, macam blog baru sehari dua kan? huhu


Contest Terbaru, Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM110!

Wah! wang besar untuk dimenangi! :)

Dah lama sebenarnya aku tak join mana-mana kontest. Sebabnya? Entahlah, mungkin belum ada mood agaknya nak join kontest ni. Lagipun baru saja 3 minggu aku bersatu semula dengan lappy kesayangan yang jatuh sakit beberapa bulan lepas. hehe. So kontest apa aku join kali ni? Jom mengintai orang mandi kontest ni!


Kontest ni sebenarnya dianjurkan di blog farahwahida.com. Dia ni banyak rezeki berblog sebenarnya. Kontest ni pun diadakan sempena memperkenalkan blog baru farah kat lirik lagu ni. So siapa yang memang suka cari dan kumpul lirik lagu, sesuai sangatlah! :)

Dan lagi satu, kalau korang nak peluang nak menang tu tinggi, boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang suka. Tapi dengan syarat mesti guna blog yang lain, tak boleh guna blog yang sama untuk semua penyertaan dan umur blog korang mesti 5 bulan ke atas.

So, sesiapa yang terasa nak join sama, ni syarat-syarat yang aku copy paste. hehe

1. Pertama sekali kena jadi follower di blog Lirik Lagu
2. Kena Subscribe Feedburner di blog Lirik Lagu ( ada di bahagian sidebar atau pop up, 
    masukkan email dan klik subscribe)
3.Tulis post tentang contest ini di blog anda dengan syarat di numbor 4
4. Link ke blog lirik lagu dalam format seperti ini Lirik Lagu dan link ke post ini
5. Sertakan sekali email anda dalam entri untuk pengesahan dari pihak kami

Tarikh tutup penyertaan adalah 3 November 2010. Contest ini berlansung selama 50 hari bermula 13 September 2010. So masih ada banyak masa nak join.


Hadiah yang bakal dimenangi pula adalah seperti berikut;

Pemenang Pertama – Wang Tunai RM50 atau top up RM50 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Kedua – Wang Tunai RM30 atau top up RM30 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Ketiga – Wang Tunai RM20 atau top up RM20 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Keempat – Wang Tunai RM10 atau top up RM10 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Kelima – Wang Tunai RM5 atau top up RM5 (maxis, celcom, digi)

Hadiah pun berbaloi gak kan? So meh join ramai-ramai! :) Sebagai confirmation penyertaan aku, ni adalah email aku: larrieda@gmail.com


Perginya Seorang Pendidik

Pagi tadi, lebih kurang jam 10 pagi, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang pensyarah aku., Puan Sharifah Intan Baizura Syed Ahmad Fuad. Sampai saat ni, aku masih tak percaya lagi yang dia dah pergi buat selamanya. Susah aku nak percaya. Sangat susah. Perasaan terkejut tu masih ada sehingga saat ni. Hari tu dia nampak masih sihat lagi. Sebelum cuti Hari Raya, masih masuk kelas dia. Dan sepatutnya selepas cuti Raya, aku perlu buat pembentangan dengan dia. Tapi dia dah tak masuk kelas dan pensyarah lain pula yang masuk kelas kami.

Dan berita yang kami terima, dia memang tengah sakit, tapi tak tahulah pula sakit apa. Ingatkan semuanya ok saja. Tak berat sangat sakit tu.Tapi berita tadi pagi amat mengejutkan. Dan barulah diorang bagitau kat aku, sebenarnya dia tengah menghidap penyakit leukemia. Kalau korang tak tau apa tu leukemia, leh google saja. Aku pun tak berapa tahu sangat, yang aku tau penyakit ni adalah penyakit pasal darah. Mungkin Akak Farhana yang tengah belajar doktor ni tahu kot.

Dia seorang yang baik, tak pandai marah. Nampak gembira saja muka tu. Senyum selalu dan ambil berat dengan kitorang. Tak sangka pula dia dah tiada saat ni.


Semoga engkau ditempatkan disisi orang yang beriman disana. Mungkin korang ada yang kenal beliau, dan mungkin juga tidak, tapi harapnya rakan sekalian sudilah kiranya sedekahkan doa untuk beliau.


Cara Untuk mengilatkan Barang Perak

Rasanya, semua orang mempunyai barangan yang diperbuat dari perak kan? atau biasa orang panggil Silver dalam bahasa orang putihnya. Paling kurang pun cincin ke. Dan korang perasan tak, semakin lama usia barang tu, warnanya yang berkilat semakin pudar? Biasanya orang biarkan saja keadaan tu berlaku.

Kalau banyak duit, pergilah kedai emas, minta service cuci, bagi kilat macam baru beli. Tapi kalau yang tak nak membazirkan wang, kali ni Aku nak share 1 tips cara untuk mengilatkan kembali barangan perak korang tanpa membelanjakan wang.


Caranya senang saja, ianya menggunakan barang kegunaan harian iaitu ubat gigi. Jenama ubat gigi yang aku pernah cuba ke atas cincin perak aku ialah ubat gigi Fresh and White. Memang berkeasa. Taklah 100% macam kita hantar kat kedai, tapi sekurang-kurangnya warnanya akan kembali berkilat.

Ok, caranya, ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada seluruh permukaan barang yang diperbuat dari perak tu. Lepas tu tunggu sebentar, dalam 2 hingga 3 minit. Dah tu, bilas dengan air. Dah kilat pun! :)

Selamat Mencuba!


Comment moderation Lebih baik Dari Word Verification

Ramai diantara kita tak suka kalau blog kena spam komen kan? Aku juga selalu kena dengan spam komen ni. Diorang ni nak guna cara mudah nak naikkan pagerank la ni dengan bagi spam kat orang. geram tau! So ramai juga lah dok suruh aku letak je word verification supaya tiada lagi spam komen. Tapi aku tak letak. Sebabnya, aku sendiri rimas kalau masa komen tu nak kena verify lagi. So pilihan yang aku buat, letak comment moderation.

Semua kata word verification ni sebagai protection dari kena spam komen. Ya memang betul, tapi susah sikit la bagi orang nak komen kan. So kenapa tak pilih comment moderation saja? Boleh pilih nak show comment ke tak kan? Lagi bagus, comment moderation ni boleh filter atau tapis komen yang kita nak publish.

Kalau korang tengok, aku dah pun enable comment moderation kat blog ni. dan hasilnya? Best! :) lagipun, comment spam filter enabled. Kalau ada spam, automatically masuk ke folder spam. kan senang. Kita senang, orang nak komen pun senang.

So, kalau aku nak bandingkan comment moderation dengan word verification, rasanya comment moderation lebih baik. Banyak kelebihan berbanding word verification. Korang boleh filter komen yang masuk dan automatically google akan enable spam komen filter. Word verification hanya nak susahkan pengomen je block spam, tak boleh filter komen yang masuk.

Tapi kalau korang nak enable both function, aku tak taulah. :)


Siri Terbaru Harry Potter: Harry Potter and the Deathly Hallows

Siapa peminat Harry Potter Sila angkat tangan! Bersedialah korang sebab tidak lama lagi, filem Harry Potter terbaru, Harry Potter and the Deathly Hallows akan ditayangkan! Siapa yang tak teruja? Aku dah teruja sangat lepas dapat tahu siri Harry Potter terbaru ni akan keluar panggung :)


Dengan pelakon yang makin tua nampaknya, si Hermione yang dibawakan oleh Emma Watson makin cantik dan seksi pula. Si Potter pula makin hensem nampaknya. Macam filem Kali ni lebih best dari yang siri yang terdahulu. Tak sabar nak tunggu.




Filem ni dijangka akan ditayangkan pada 19 November. Tak lama lagi, macam tak sabar ye nak tunggu :)

So, sebelum tu, mari kita sama-sama saksikan trailer filem Harry Potter yang akan keluar tidak lama lagi, Harry Potter and the Deathly Hallows!





Bersabarlah, Masanya Akan Tiba


Setuju atau tidak, pastinya semua orang mempunyai keinginan yang berbeza dalam hidup. Contohnya, Aku dengan member rapat aku punya keinginan yang berbeza. Dia nak kerja dan dapat duit awal, lepas tu baru sambung belajar semula. Bagi aku pula, adalah lebih baik aku teruskan saja study, lepas habis study baru fikir apa nak buat.

Tapi ada 1 keinginan yang aku kira semua orang nak, iaitu khawin. Hehe. Betul kan? Tak kira korang tu lelaki atau perempuan, mesti nak kawin, kan? Aku pun nak juga. Hehe. Aku nak ada bini yang muka macam Jessica Alba, badan mantap macam Jeniffer Lopez. Haha. Mengarut, muka macam katak puru ada hati nak awek macam tu. Haha. Tapi itulah keinginan namanya. 

Tiba-tiba saja, sekarang ni banyak aku nampak orang mencoretkan dalam ruangan maya ni dengan pengalaman, kalau bukan sendiri, kisah penyatuan 2 hati menjadi 1. Khawin! Dan rata-rata orang akan kata, weh! Umur aku dah lanjut ni, dah sampai 19 tahun! Aku pun nak khawin gak! Weh korang, umur baru 19 tahun jagung dah gatal nak khawin ke? Adoiyai!

Dan ada pula kata, aku masih muda remaja lagi, baru 50 tahun. Tapi aku pun nak khawin gak, tapi apakan daya, seluruh kampong aku khabarkan aku nak cari calon nak khawin tapi takde yang nak. Sepertinya, seluruh jagatraya tidak mengindahkan keinginan aku.


Haha, weh, korang sabarlah. Akan tibanya masa untuk semua orang, Cuma masanya saja yang kita tidak tahu bila. Kan dah cinta itu buta. Bila korang tak terfikir pun nak ada teman hidup, bila ianya nak datang bertandang, seteguh manapun hati korang, tetap akan cair juga.

Kebahagiaan adalah milik semua orang, Cuma kita harus berusaha untuk mencarinya. Dan kalau semua usaha untuk mencarinya tidak berhasil, maksudnya masa untuk kita belum tiba lagi. Dan bila tiba masanya untuk kita, senyuman korang akan jadi lebar semacam, tidur pun tak lena, mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang. Kedua belah tangan menadah kebahagiaan yang datang pun tidak akan cukup untuk menampungnya.


Siapa Nak tukar Link? Jom Exchange Link!

Ini Adalah Sticky Post Sehingga 26 Sept 2010, Sila Scroll kebawah untuk entry Terbaru!

Straight to the point, semua link hasil aku exchange link dengan korang semua dah hilang. Ini disebabkan oleh serangan tuperware dan malware! (diorang ni adik beradik kan?) hehe, gurau sajalah.

Sebenarnya, selepas aku tukar ke custom domain semalam, bila aku sedar, semua blog link hasil dari exchange link dah hilang. Aku tak backup pun link tu sebabnya aku tak tau pula kalau tukar ke custom domain akan kehilangan blog link yang ada. huhu.

So, di sini aku dengan rendah hati dan tulus ikhlas tanpa segan silunya menjemput korang semua yang berminat nak tukar link dengan aku untuk bertukar link. Caranya mudah sahaja, korang komen saja kat post ini atau mana-mana post dalam blog ni. Nanti aku akan update blog link dalam blog ni.

Tapi ada syarat, korang pun mestilah letak link blog ni kat blog korang. hehe. Dah namanya tukar link kan? :) so, dalam masa 24 hingga 48 jam, aku akan review blog korang. Kalau link blog ni tiada dalam blog list korang, secara automatik link korang akan diremove dari blog ni.

Dan kepada yang pernah exchange link dengan aku, tolong inform kat aku supaya aku boleh letak balik link korang tu kat blog ni. :) Kerjasama amalan mulia kan?

So, akhir kata majulah sukan untuk negara! hehe


Justin Bieber Berlakon Dalam CSI


Pada sesiapa yang kenal dengan Justin Bieber, korang semua mesti tau yang dia ni hebat menyanyi, suara pun sedap walaupun aku rasa tak sedap mana pun. haha. Dan disebalik dengan gosip yang tak habis-habis, rupanya Justin Bieber ni bukan saja menyanyi malahan berlakon! Dia berlakon dalam siri drama popular CSI dan membawakan watak sebagai seorang remaja bermasalah.

Tapi aku rasa sangsi jugalah, boleh ke Justin Bieber ni berlakon? Tak semestinya suara sedap, lakonan pun mantap kan? Tapi apa pun, dah rezeki dia la tu dapat tawaran berlakon pula kan. Syabas diucapkan. Sebelum ni menyanyi, lepas ni berlakon pula, mantaplah.

Mudah-mudahan lakonan ko best la kan. Kalau tak best tiada juga orang nak tengok lakonan tu. Mungkin nak tengok muka je la kot,


Kes Khalwat Norman Dan Memey: Masih Tinggal Bersama Selepas Dicekup?


Kes hangat Norman dan Memey yang pernah ditangkap khalwat sebelum ni masih lagi hangat macam pisang goreng. Menurut 1 laporan, mereka telah didakwa di mahkamah dan  apa yang mengejutkan aku, menurut 1 laporan dalam akhbar, seorang saksi menyatakan bahawa Norman dan Memey masih tinggal bersama selama seminggu selepas dicekup oleh pihak penguatkuasa agama.

*Picture Taken From Google.com
Wah, ni barulah betul-betul. Dah kena tangkap khalwat oleh pihak penguatkuasa agama, masih boleh pula tinggal bersama tanpa rasa malu. Dan menurut laporan lagi, ada saksi yang cuba membuat laporan di jabatan agama mengenai perlakuan Norman dan Memey ni, namun tiada tindakan yang diambil. Benar atau tidak laporan ni, mereka sajalah yang tau.

Kalau betul Norman dan Memey ni bersalah, takan terlepas punyalah. Kalaupun orang bersalah terlepas di dunia, takan terlepas di akhirat kelak. Sebenarnya diorang ni baru sahaja melangsungkan pertunangan pada hari raya ke 4 yang lalu. Tapi masa diorang tu ditangkap, belum ada hubungan yang sah lagi! Apapun kita tunggu saja keputusan dari mahkamah ye.

Untuk pengetahuan juga, Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama. Dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda RM3000 atau penjara 2 tahun atau kedua-dua sekali.


Gardenia Malaysia Berpecah?

Salam Hari Jumaat untuk Semua :)

Nampaknya hari ni hujan renyai-renyai la pula. Nasib tak lebat sampai banjir kan? Tapi syukurlah, hujan rahmat kata orang. Orang tua-tua kata hujan renyai-renyai hujan rahmat, kalau hujan lebat, apa pula ya? Terlebih rahmat kot, ya tak? hihi

Ok, bersambung dari entri semalam tentang Gardenia. Gardenia Malaysia berpecah ke? Kalau korang perasan, siapa yang pernah datang ke Sabah, atau yang dari Sabah datang ke Semenanjung, korang mesti perasan produk Gardenia kat sini banyak, tapi produk kat Sabah sikit saja. Banyak produk Gardenia kat Semenanjung tidak dijual di Sabah.

Mula-mula datang sini, aku pun perasan juga, tapi aku pernah peduli sehinggalah kami melawat kilang Gardenia. Rupanya dalam sejarah Gardenia, Gardenia ni sebenarnya sampai ke negara kita bermula di Sabah dan orang yang memulakan Syarikat Gardenia Horatio Sye Slocumm, seorang warga Amerika yang bekerja dengan syarikat pembuatan roti di sana.

Selepas itu, seorang lelaki berbangsa cina pada masa itu melihat peluang Syarikat ni berkembang dan meminta kebenaran Uncle Slocumn untuk membuka kilang atas nama diorang juga. Dan uncle Slocumn bersetuju dengan syarat kilang tu mesti dibuka di tempat lain dan bukannya di Sabah. Sehinggalah pada hari ini, mereka masih lagi menghormati perjanjian itu.

Maksudnya, kat Malaysia ni, wujudnya 2 Syarikat Gardenia sebenarnya iaitu Gardenia (Sabah) dan Gardenia (KL). Lepas dengar sejarah diorang, baru aku faham. Ooo rupanya macam tu, sebab tulah Butterscotch dan twiggies semua tu tak ada kat Sabah. :)

Sedapnya Bersama Gardenia!

Siapa yang tak kenal dengan Jenama Roti terkenal kat Malaysia ni? Ke ada juga yang tak kenal? haha. Kalau korang tak kenal, maknanya korang tipuuu! Mustahil tak kenal. Tiap hari ada saja iklan gardenia keluar kat TV kan? Takpun, kalau korang  ke mana-mana pasaraya atau kedai runcit korang mesti jumpa roti gerdenia.

Hari tu aku dan geng kelas aku ada lawatan sambil belajar kat kilang Gardenia. Best la dapat masuk kilang tempat buat roti yang kau makan setiap hari. Dapat tengok sendiri lagi macana diorang buat roti tu. Bila kitorang masuk je pintu bangunan Gardenia tu, wah bau sedap roti gardenia menusuk hidung. Macam nak masuk kilang tu je nak ngap roti diorang, haha


Pastu kitorang menonton pula secara terperinci cara nak buat roti tu. Dan bukan senang tau nak buat roti gardenia tu. Setiap roti tu melalui proses selama 8 jam sebelum siap untuk dimakan! mak oi lamanya nak buat roti saja ye. Tak tau pula selama ni perlukan 8 jam nak hasilkan roti tu. Mak aku kat rumah bakar roti tak sampai sejam je dah siap. hehe.

Dan lagi 1 yang menarik ialah, korang janganlah risau pasal halal atau tak produk Gardenia ni, sebabnya orang kat sana bagitau kitorang produk diorang ni halal. Siap ada penal khas untuk mengawal selia status halal diorang tu. Tapi yang ni untuk Gardenia KL saja ok. Kalau Gardenia kat negara lain, diorng tak dapat nak pastikan pula. So pastika korang kalau nak beli roti Gardenia, belilah buatan malaysia. :)
Dan lagi 1, sebenarnya Gardenia KL ni berbeza dengan Gardenia kat sabah tu. Sebab tulah aku pelik. Bila aku sambung belajar kat sini, banyak produk gardenia yang tiada kat sabah sedangkan Diorang share nama yang sama! Mereka berbeza dari segi pengurusan dan pasaran disebabkan sejarah kewujudan Gardenia ni. Ok yang tu aku ceritakan kemudian ok? :)

Ni la antara Produk Gardenia di pasaran

Dan bila masuk ke dalam kilang untuk melihat sebenar proses pembuatan roti ni, memang tak pernah nak bayangkan macam tulah cara ianya dihasilkan. Dan pertama kali dalam hidup aku melihat beratus-ratus biji roti. haha.

So, lepas ni kalau korang makan roti gardenia ni, korang jangan bazirkan ya? Ingat, roti yang korang makan tu mengambil masa 8 jam untuk jadi roti!


Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik Dipulangkan?

Aku terkejut sekejap bila baca dalam berita online menyatakan kertas siasatan kes pembunuhan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipulangkan oleh Jabatan Peguan Negara. Dah tu ianya dipulangkan pada hari yang sama ianya dihantar.

Tapi hati sejuk sikit bila baca sebenarnya kertas siasatan tu belum sempurna dan banyak lagi benda yang perlu disiasat termasuklah bukti dan keterangan saksi. Macam tu lebih baik agar siasatan benar-benar menyeluruh dan bukti dapat dikumpul sebanyak mungkin bagi memudahkan pendakwaan kelak.

Lagipun kita tak nak pembunuh kejam macam ni terlepas begitu saja kan?


Lagi Bukti Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Ditemui

Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di lokasi baru hari ini membawa kepada penemuan objek berkilau seperti seutas gelang emas yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan ini. Gelang yang bersalut lumpur itu ditemui di sebatang tali air dekat dengan kunci air di Kampung Sungai Lang oleh tiga anggota penyelam marin.

Semasa operasi, suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Peguam K. Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut turut dibawa polis ke tali air tersebut. Operasi di tali air tersebut diadakan bagi mencari beberapa bahan bukti disamping mencari barang peribadi milik mangsa pembunuhan ini.

Dah beberapa minggu siasatan dijalankan dan masih banyak barang bukti yang ditemui. Mungkinkah siasatan berpanjangan mampu mencari lebih banyak bahan bukti sekaligus menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Dan mungkin juga mampu menyelesaikan beberapa kes orang hilang yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan peguam K. Patmanaban.


Pak Cik, Boleh Drive Dengan Cermat Tak?

Huh! Bahaya-bahaya. Kalau nak bawa kereta atau bus, ke kenderaan mana pun sila berhati-hati dan tumpukan perhatian. Janganlah buat sambil lewa saja. Kang ada masalah kan payah. Terlibat dengan kemalangan ke. Kalau kemalangan kecil kan ok juga. Kalau besar dan melibatkan nyawa? Siapa nak jawab. Menangis air mata darah pun kalau ada nyawa yang hilang akibat dari sikap sambil lewa, takan dapat digantikan. Lainlah kalau main video games ke apa, boleh restart. Nyawa tak boleh restart lah.

Ni petang semalam, masa aku nak balik, bus yang aku naik terlibat dengan kemalangan kecil. kecil je, pecah cermin depan tu je. Pak cik driver tu pun tak berhati-hati. Asyik sembang dengan member dia tu. Sekali prangg!! langgar bontot bus kat depan dia la pula. Kitorang pula terkejut.

Entah macamana pula pak cik tu tak nampak bus kat depan dia tu tak bergerak. Dia main redah je. Pakcik, lain kali, bawa bus tu hati-hati. Kali ni pecah cermin depan je. Kang lain kali lebih teruk kan payah. Berhati-hati di jalan raya.


OST Filem Kecoh Betul (AWEERA)

Ost Filem Kecoh Betul dipetik dari youtube. layan..






Selamat Tinggal Blog Kesayangan

Selamat tinggal blog kesayanganku. Bukan ku pinta terjadi demikian, dan bukan niatku juga untuk pergi meninggalkanmu, tapi katahuilah aku cuma ingin mencari yang lebih baik dan sesuai dengan citarasa serta keinginanku.

uhuks! keinginanku?! hahaha. Sebenarnya bukan apa, aku dah bertukar dari domain blogspot kepada custom domain pilihan sendiri iaitu ubipanas.com. Lucu lak dengar nama ni, tapi aku suka. unique :) sebenarnya aku nak guna kyuubi[dot]com tapi dah ada orang guna so terlepas lah aku nak pakai alamat tu yang aku nak dari dulu.

Lepas tu, disebabkan aku si kyuubi marah dan hot dan panas tak dapat domain yang aku nak tu, terjadilah ubipanas. haha. ubi yang di bakar makan masa masih panas dengan kopi mesti sedap kan? Domain ni aku ambil dari serverfreak. Actually ada beberapa lagi penyedia perkhidmatan aku rasa nak gunakan perkhidmatan diorang ni. Bukan banyak pun, 1 je iaitu NetKl. hehe.

Aku dah place order untuk both company, tapi bila aku fikir-fikir, serverfreak ni dah lama dan ramai juga yang review serverfreak ni service mantap. NetKl kalau aku tak silap, lebih muda dari serverfreak. Lagi satu, harga domain kat NetKl cuma RM31.60 saja. Tambah dengan yuran RM3 untuk pendaftaran baru, jadilah RM34.60. Tapi akhirnya serverfreak jadi pilihanku. Memang service mantaplah.

Dalam beberapa jam aku berbalas email dengan diorang ni nak minta tolong setupkan domain aku ni. Yalah, aku ni buta IT. hehe. Akhirnya selesailah juga. So, alamat blog lama aku kyuubi85.blogspot dah tak guna. Dah jadi ubipanas.com :)

So, siapa-siapa yang berminat nak beli domain sendiri, bolehlah lawat Website serverfreak ni. :)

p/s: lepas tukar domain ni, semua link blog exchange aku dah hilang. So siapa berminat nak exchange link, sila bagitau ye :)

Aku Beli USB Hub Yang Tak Boleh Pakai La!

Cis! malang punya nasib aku ni. Dah buffered ads keluar banyak-banyak masa blog ni tiada pengunjung, bikin hati kecewa. Lepas tu, bila aku menulis balik, dia tak nak lekat dah. Hari tu aku repair laptop aku yang rosak tu. Best gila dapat pegang laptop semula. haha. Macam tak pernah pegang laptop je aku ni. Tapi betul lah, semenjak laptop ni rosak, 4 bulan aku tak pakai laptop. Punyalah gatal tangan ni nak menari-nari atas keyboard lappy kesayangan. haha

Dah baiki laptop, aku dah semangat nak pakai laptop, memikirkan tentang masa depan dan penggunaan yang pastinya memerlukan usb port yang banyak. Usb port yang asal hanya ada 4 saja. So kira-kira keperluan, 1 port untuk cooler, 1 port untuk mouse, 1 port untuk Broadband modem dan 1 lagi untuk pendrive ke atau external hard disk. Tapi Dahlah broadband modem ni gemuk, usb port pula pasang rapat-rapat. So tak boleh jadi kena beli usb hub, yang mempunyai 4 usb port sekaligus. hah macam gambar kat bawah ni.


Ini aku minta dari pakcik Google disebabkan aku belum upah jurukamera. haha. Dengan harga RM5 saja, dah aku dapat sebiji usb hub ni. Lagipun kedai tu buat clearance sale masa tu. So aku pun punya main gembira kan nak dapat benda ni. Tapi sesampai saja kat hostel, bila test ok saja. Tapi bila aku try pulak pasang 2, pendrive dengan mouse aku, tak berfungsi pula! adoi! Kenapalah malang nasibku ini. Fikir nak pulangkan balik, tapi ah, malaslah. biarkan sajalah. Sedekah kat diorang.

Tolong Jangan Bangkitkan Isu Perkauman

Selepas kes Bunuh Datuk sosilawati, banyak yang aku dengar-dengar dan baca sekali tulisan beberapa orang yang mengungkit soal perkauman. Baik dalam laman sosial facebook, mahupun blog. Mungkin benda ni bukan baru. Dah banyak pun kes yang suka mengapi-apikan sifat perkauman ni. Tapi lepas kes ni, bara yang mati segan, hidup tak mahu makin marak pula ya.

Semua pun tahu, bulan ni genaplah 47 tahun pembentukan Malaysia dan bulan ni pula genap 53 tahun  Tanah Melayu merdeka. Selama ni, kita menjaga keharmonian negara, dan perpaduan semua kaum diutamakan sehingga negara kita mampu melangkah sejauh seperti apa yang kita alami sekarang ni. Kemajuan yang dicapai adalah hasil dari perpaduan, bukan pergolakan, tolak ansur, bukan pentingkan diri sendiri.

Mungkin golongan muda masa kini tidak pernah merasa betapa perit dan sengsara datuk dan nenek moyang kita hidup semasa zaman penjajahan. Mungkin kita tidak pernah merasa bagaimana kehidupan semasa zaman peperangan. Dan kita tidak pernah merasa bagaimana kehidupan semasa zaman pemberontakan parti komunis dan zaman darurat. Dan betapa payahnya nenek moyang kita berjuang menuntut kemerdekaan, demi negara yang dicintai ini. Dan hasil usaha mereka, mereka menurunkan tanah air ini kepada generasi kita sekarang.

Namun, peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan negara kita Malaysia bermandikan darah apabila terjadinya rusuhan kaum akibat daripada masalah perpaduan yang teruk. Dan akibatnya, kehilangan beratus-ratus nyawa.

Ini kah yang korang semua nak? Nak merusuh lagi? Nak berbunuhan lagi? Apa yang terjadi, biarlah terjadi. Jangan nak mengutuk dan menghina kaum lain. Jangan nak menimbulkan kemarahan sesama kita. Seperti yang aku terbaca dalam laman facebook, siap terang-terangan mengutuk kaum lain. Siap tulis dalam blog. Kita hidup dalam negara yang pelbagai kaum. Jadi bersama-sama bertimbang rasa. Jangan nak menangkan diri saja. Orang lain pun manusia juga macam kita, betul tak?

Biar yang maha Esa, yang lebih berkuasa keatas kita melakukan apa yang sepatutnya dan biarlah undang-undang dunia menentukan apa hukuman yang sebaiknya keatas orang-orang yang hilang sifat kemanusiaan ini.

Lindsay Lohan Gagal Ujian Dadah, Berkemungkinan Masuk Penjara Semula

Nampaknya, pelakon terkenal yang bermasalah, Lindsay Lohan berkemungkinan sekali lagi akan masuk penjara selepas gagal ujian dadah terbaru yang di ambilnya. Lindsay yang pernah dimasukkan ke penjara dan pusat pemulihan membuat pengakuan dalam laman sosial twitter.

Regrettably, I did in fact fail my most recent drug test and if I am asked, I am prepared to appear before judge Fox next week as a result
*Dipetik dari Twitter Lindsay

*Gambar dari Google.com
Jelas Lindsay Lohan, dia sedang berusaha untuk mengatasinya dan mengambil pelbagai langkah termasuklah membuat ujian setiap hari dan mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.

Tapi kali ni ko ambil juga benda tu ye? Bawa la bertaubat Lindsay.

Terimah Kasih Bank Islam

Aku rasalah, aku ni ada penyakit tau. Penyakit pelupa. Korang pernah dengar ke penyakit ni? Tak pernah? Maksudnya korang pun sama dengan aku ada penyakit kuat lupa, sebabnya aku yakin korang pernah dengar tapi korang lupa. hahaha

Sebenarnya, hari tu, minggu lalu aku dah daftar dengan Bank Islam Internet banking. Yalah kan, nak semua senang. Nak bayar yuran pengajian senang, bayar bil pun boleh buat di rumah saja. Janji ada internet dah boleh settle urusan perbankan. Tapi yang malangnya aku terlupa pula user id dan kata laluan internet banking account aku tu. Cis, punyalah hampeh. umur baru 15 tahun dah ada penyakit lupa.





Lepas tu tanpa berlengah, terus aku call hotline number bank islam ni. tapi, dah namanya hot kan, mestilah banyak peminat. Robot lak yang jawab panggilan. Itu kali pertama. lepas tunggu sejam, call balik, suara mamat macho pula yang sambut. Dia layan aku, baik punya ma. Mesra, siap bagi salam lagi. Soalan-soalan aku dijawab dengan mesra.

Selesai lah masalah aku. Hari ni, hari sabtu sepatutnya cuti kan, tapi diorang dok duduk tepi telefon tunggu panggilan customer. kesian. haha. So korang, nak jimatkan masa dan mudahkan urusan perbankan, daftar saja Internet banking. Senang dan mudah. Siapa yang ada akaun bank islam dan nak daftar internet banking, senang je caranya. Meh aku tunjukkan cara untuk mendaftar internet banking ni.

1. Lawat mana-mana mesin atm bank islam, masukkan atm kad bank.
2. dalam menu utama, pilih lain-lain.
3. Pilih perbankan internet.
4. Dafter perbankan internet.
5. Isikan 6 digit kata laluan yang akan digunakan semasa pendaftaran online.

Lepas dah buat semua tu, korang lawat pula laman web Bank islam ni, lepas tu, cari button internet banking login. Lepas pop up tu keluar, korang pilih pula link first time login. Korang akan diminta untuk memasukkan nombor kad atm korang dan kata laluan sementara yang korang buat masa register di ATM. Dah siap.

Korang dah boleh enjoy Bank Islam Internet Banking services. :)

P/S:

Nak baca gosip yang lebih menarik? Jom lawat ubipanas.com sekarang!



Justin Bieber


Siapa yang  tak kenal Justin Bieber? Tipulah kalau korang tak kenal, lebih-lebih lagi pada wanita-wanita diluar sana kan? Betul tak?

Kali ni, aku nak bawakan berita kepada seluruh wanita-wanita dan peminat sekalian bahawa artis muda berusia 16 tahun pujaan korang, Justin Bieber berstatus single! So maknanya korang semua ada peluang nak mengurat dia ni lagi haha.

 Justin Bieber
Walaupun ada gosip yang mengatakan Justin Bieber bercinta dengan Caitlin Beadles, namun, semasa  Anugerah Video MTV tahun ni, dia mengesahkan status single nya dan menyatakan bahawa dia bersedia untuk menerima perempuan yang mampu membuatkannya ketawa.

Caitlin Beadles
*Gambar Diambil dari google.com
Tapi kenyataan Justin Bieber yang 1 lagi pastinya merobek hati gadis-gadis seluruh dunia.
"teman wanita adalah masalah ketika umur ini, dan untuk menghabiskan masa dengan mereka pastinya seronok. Kami sentiasa menjelajah dan rasanya untuk memiliki seorang teman wanita sahaja tentunya tidak berhasil. lagipun saya tidak suka pada sesiapa pada masa ni"

Justin Bieber ni masih muda dan darah muda pastinya inginkan keseronokan sahaja. Kalau korang nak, bolehlah "berseronok" sekali dua dengan dia ni. Tapi untuk hubungan yang lebih rasanya tidak akan berhasil.

Kalau awek-awek cun kat Malaysia ni nak mengurat si Justin Bieber boleh cair ke dia ni?


Damn It!

Hadoi apakah malangnya nasib aku hari ni. Baru saja bangun dah kena nasib malang. Cis!

Minggu depan kelas akan bermula. baru hari ni terhegeh-hegeh nak buat assignment, sediakan slide show untuk presentation. Tapi bila aku cek kat dalam pendrive, tup-tup semua assignment aku dah hilang. yang tinggal folder kosong je. Haiya, manyak punya masalah oo.

Hari tu, member aku yang sorang ni pinjam pendrive tu dan transfer semua fail aku pi laptop dia. Sebabnya, dia nak guna pendrive aku nak muatkan fail yang besar. Yalah kan, aku sorang je yang ada kapasiti pendrive yang besar. Tak lah besar mana pun, 4GB saja. Lepas pakai, dia transfer baliklah fail-fail aku tu. Ingatkan dah ok, tak ada masalah. Lagipun masa tu laptop aku masib belum repair lagi. So aku tak ambil kisah sangat pun. Yakin tahap cipan lah tak ada masalah.

Lepas repair laptop, aku masih tak cek lagi fail-fail tu. Dok layan laptop kesayangan, assignment semua terabai. Korang jangan tipu, korang pun sama kan tak buat assignment lagi dok layan kuih raya. :)

Then, bila dah sedar kelas dah nak mula, baru kononnya teringat assignment yang berlambak. Actually dari dulu pun ingat juga, tapi tahap kemalasan yang melampau memaksa diri ini melupakan seketika semua tu. Lepas tu, tadi aku cek assignment tu, fail dah hilang! aku try recover balik guna Pandora Recovery software dapat gak recover balik, tapi tak boleh  buka pula! Damn it! Hari selasa ni aku dah nak present dan hantar assignment, apakah aku mampu siapkan semua tu? Adoi!

Huh! lepas ni aku takan bagi pinjam barang-barang aku dengan orang, nanti ada masalah kang aku pula menyesal bagi pinjam.


Powerfull Tool Untuk Link Exchange

Semua Blogger pasti tau kelebihan teknik Exchange link dimana ianya mampu meningkatkan traffic blog atau laman web disamping boleh meningkatkan PageRank. PageRank penting bagi laman web dimana ianya membolehkan satu-satu laman web muncul dalam enjin carian dengan keywoard tertentu. Semakin tinggi PageRank sesuatu laman web tersebut, semakin mudahlah ianya muncul dalam enjin carian.

Jadi Kali ni, aku nak share dengan korang semua, satu tool link exchange yang boleh digunakan untuk aktiviti link exchange ni. Ianya mudah digunakan, just masukkan nama yang korang inginkan ianya muncul dalam link korang, pastu masuk kan link site korang dan submit. Senang kan? Dan pendaftaran pun free je. Tak payah bayar. Tapi kalau korang nak jadi member exclusive, kenalah bayar.

Tool ni dipanggil Mister Linky. Kalau korang berminat nak install tool ni kat blog korang ke, boleh pergi ke laman web Mister Linky ni. Pendaftaran senang je. Lepas submit, kurang 1 minit activation code dihantar ke inbox email korang. So apa tunggu lagi? Jom Tukar-tukar link.

Kyuubi pun dah letak fungsi ni. Kalau korang nak letak link korang, sila pergi sini. Kalau tak pun korang boleh pergi kat navigation bar blog ni dan cari tab exchange link. Jom tukar link sekarang! :)


Anggap Kes Bunuh Datuk Sosilawati Selesai; PDRM Jangan Terburu-Buru

Menurut Laporan Berita Harian Disini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahawa kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 individu terbabit dianggap selesai dengan penahanan semua suspek kes tersebut. Manakala suspek kes ini dijangka akan didakwa minggu hadapan. Polis juga kini berada dalam fasa akhir mengumpul maklumat dan bukti.

Namun begitu, pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama.

Pada pandangan akulah kan, diharapkan pihak PDRM tidak terburu-buru dan tertekan untuk mendakwa suspek kes bunuh Datuk Sosilawati ni. Ambillah masa yang lebih panjang untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh, yang membolehkan dalang kes bunuh ni disabitkan kesalahan. Kita tak nak nanti pendakwaan gagal membuktikan mereka bersalah dalam pendakwaan nanti disebabkan masalah teknikal dan kekurangan bukti kukuh.

Lagipun suspek kes ni adalah seorang peguam berpangkat Datuk. Kalau dah namanya peguam, mesti tahu selok belok perundangan kan? Dan dia mesti dapat cari kerapuhan bukti dalam pendakwaan nanti. Tutup semua ruang yang membolehkan dia terlepas dengan mencari bukti termasuklah alibi suspek.

Seperti mana kes Altantuya Shaariibuu, Nurin Jazrin yang tidak ada penyelesaian dan suspek kes terlepas begitu sahaja. Kita tak nak kes kejam macam ni terbiar begitu sahaja.


Lady Gaga Pakai Baju Daging

Orang kat dunia ni dah betul hilang akal ke? Kat negara kita Malaysia heboh dengan pembunuhan kejam Jutawan kosmetik. Kat Tempat orang pula lain hal terjadi.

Kalau sebut Tentang Lady Gaga, mesti korang semua kenal kan? Siapa yang tidak kenal penyanyi popular ni. Mungkin Lady Gaga ni pun dah tak berapa betul otaknya juga. Semasa menghadiri Majlis Anugerah Musik Video, MTV, Lady Gaga memakai pakaian yang diperbuat daripada daging.

Lady Gaga dengan pakaian yang diperbuat daripada daging.

Pelik tak? Kalau korang, sanggup tak nak pakai baju macam ni? Tapi bagi Lady Gaga, dia mempertahankan tindakannya memakai baju yang diperbuat daripada daging.


Lagi Kes Bunuh Sosilawati: Suspek Broker Tanah Berharga RM100 Juta (Update)

Suspek utama pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakannya merupakan seorang broker penjualan tanah milik jutawan kosmetik, datuk Sosilawati di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. Dilaporkan Datuk Sosilawati telah menerima cek berjumlah RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi tanahnya itu. Cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting.

Pada hari kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 lagi individu, dia dikatakan pergi ke Banting dan berjumpa dengan suspek untuk memberi suspek komisen kerana berjaya mencari pembeli bagi tanahnya. Namun dia dikatakan tidak membawa wang tunai, sebaliknya membawa peguam dan perunding kewangan peribadi sebagai langkah berjaga-jaga.

Eh? Mana yang betul ni, hari tu dilaporkan Datuk Sosilawati membawa wang tunai berjumlah 4 juta ringgit. Hari ni pula dilaporkan bahawa diorang tak bawa wang tunai sebaliknya hanya ditemani oleh peguam dan perunding kewangan. Ini macam aa bikin banyak pening oo. haiya.

Sumber: Berita Harian

Update dari laporan the Star menyatakan bahawa suspek sebenarnya tidak mempunyai gelaran Datuk Suspek dikatakan membelanjakan RM180,000 untuk membeli gelaran itu namun dari siasatan polis, mereka tidak menemui sebarang rekod penganugerahan pangkat Datuk pada peguam tersebut.


Buffered Earning Berderet!

Wah banyaknya Buffered ads masuk kat blog aku kali ni. dalam 4 bulan je Dalam 14 biji buffered earning masuk dalam blog 20 sen ni. Kalau korang tak percaya, jom tengok screen shot ni.


Ni adalah buffered earning yang dah jadi metered earning. Lagi ada 4 buffered earning masih aktif. Tapi kalau korang tengok betul-betul, korang perasan tak? Paling banyak pun buffered earning ni cuma 90sen je! huhu Dan kalau korang orang yang kuat perasan, mesti korang perasan tarikh buffered ni, ianya tarikh bermulanya aku tak aktif blogging dalam tahun ni iaitu pada bulan mei.

Tengoklah Trafik blog den ni yang macam haram

Sikit punya pandai Buffered ads ni. Masa aku tak aktif update, masa tu la dia nak lekat kat aku ye. Dah x update, trafik pun macam haram. Lepas ni aku yakin sampai hujung tahun pun menangis air mata darah la aku nak menunggu Buffered ads ni lekat kat tempat aku ni. Sekarang aku dah aktif balik, tak ada pula Buffered ads yang baru nak lekat disini. Haiya, ini macham aa, tala boleh jadi oo.


Kes Bunuh Datuk Sosilawati

Update mengenai kes bunuh berprofail tinggi; seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, bukti baru kes  bunuh Datuk Sosilawati ditemui apabila penyelam Pasukan Gerakan Marin, menemui 6 keping zink yang dipercayai digunakan sebagai alas untuk membakar mangsa di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang. Beberapa barang peribadi kepunyaan mangsa, dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, ditemui di Sungai Kanchong Laut.

Polis juga dikatakan sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan sebagai senjata untuk membunuh keempat-empat mangsa.

Semakin panas kes ni. Diharapkan pihak polis mampu menyelesaikan kes ni secepat mungkin dan orang yang bertanggungjawab dihukum setimpal dengan kesalahan mereka.

Menjana Pendapatan Dengan Blog

Siapa kata blogging buang masa dan tak dapat apa-apa? Sebenarnya dulu aku pun mempunyai fikiran yang sama; blogging buang masa dan tak dapat apa-apa. Pada awal tahun 2009 sebenarnya aku pernah cari cara nak buat duit di internet. Masa tu aku hanya nak cari kerja freelancer atau apa-apa saja kerja yang boleh buat duit. Lagipun senang sikit kan, tak payah pegi kerja. Yang penting ada Internet, dah la. Lagipun aku ni student, so nak kerja, mesti yang flexible punya ma.

Dan masa aku jalan-jalan dengan Pakcik Google, aku pernah nampak orang kata boleh buat duit dengan nuffnang. Dan dalam fikiran aku masa tu, Ceh! mustahil! Aku tak percaya. itu semua tipu belaka. Scam internet je tu. Itulah dalam fikiran aku masa tu. Namun lepas beberapa bulan berjumpa, kenal dengan nuffnang, aku pun cuba juga sign up dengan nuffnang ni. Dan mula menulis blog. Dan lepas 4 bulan aku bersama dengan nuffnang, barulah aku tau sebenarnya betul dengan nuffnang ni boleh buat duit apabila aku cash out pertama kali earning nuffnang aku.

Dan semalam, nuffnang mendapat liputan media apabila kosmo! menerbitkan sebuah article mengenai nuffnang. Dan Timothy Tiah, pengarah urusan nuffnang juga menyatakan seorang blogger boleh mendapat pendapatan lumayan sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nampak gayanya, blogger kat Malaysia ni dah boleh mengaut sedikit keuntungan sambil berblog.

Dan memang tidak dinafikan juga, dengan blog sahaja boleh menjana pendapatan. Selain nuffnang, Google Adsense, produk dari pakcik Google juga menjanjikan pulangan sekiranya kita menjadi seorang Profesional blogger. Banyak blogger dari negara lain mendapat pendapatan lumayan dari Google Adsense ni.

Tapi, apa yang pelik aku pernah terjumpa satu blog yang mengutuk nuffnang sekeras-kerasnya. Aku pun tak tau apa masalah penulis blog tersebut. Kalau korang berminat nak baca, boleh lawat blog tu; http://why-nuffnang-will-fail.blogspot.com/. Nampak tak? Alamat blog sahaja sudah menunjukkan dia ni anti pada nuffnang.

Akhir kata dari aku, marilah kita sama-sama blogging dengan gembira, disamping dapat duit dari nuffnang nak bayar Broadband.. hehe


Selamat Hari Malaysia

Hari ni genaplah sudah negara kita berumur Malaysia 53 tahun. 16 september 1963, merupakan detik bersejarah bilamana Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak disatukan dibawah satu bumbung pada masa itu dan terjadilah Malaysia seperti yang kita lihat pada hari ini. Sejak detik itu, hari Malaysia dirayakan setiap tahun pada setiap 16 September.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa pada tanggal 31 ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan tanah melayu bila pemerintah Bristish pada masa itu telah membebaskan Tanah Melayu dan memberikan kemerdekaan atas usaha Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan beliau. Manakala 16 September adalah tarikh pembentukan Negara Malaysia yang disertai Oleh 3 lagi tanah jajahan British iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak pada masa itu.


Kini sudah 53 Tahun Negara Merdeka Dan sudah 47 tahun Malaysia dibentuk. Telah banyak pencapaian Negara dalam jangka waktu itu. Kita semua sebagai rakyat Malaysia, Marilah kita jaga kedaulatan negara. Wujudkan keharmonian, jangan ada rasa dengki di hati, jangan ada sifat perkauman. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan bersama membina negara ini dan membawa nama negara ke pentas dunia!

I Love Malaysia! Peace


Dah Ada Baby Rupanya?

Dah bertahun aku tinggalkan zaman sekolah menengah. Rasanya dalam 6 tahun kot. Dan dalam 6 tahun tu, aku tak pernah jumpa dengan bekas rakan-rakan sekelas aku. Yalah, kan dah ikut haluan masing-masing. Aku membawa diri ke kampung halaman. Dan bertapa kat kampung lebih kurang 2 tahun. Buat kerja kampung, tolong mak ayah. Berita tentang member-member pun dah jarang dengar, kecuali 2 atau 3 orang member yang still keep contacting me.

 Gambar kenangan masa sekolah. Yang botak tu aku. hehe

Tapi kalau dah namanya kawan, tetap ada dalam ingatan walau dimana kita pergi atau selama mana kita tidak bersua muka. Betul tak? Beberapa bulan lalu, demi desakan assignment (assignment ke memang nak ni hehe), aku pun buka akaun facebook. Dah buka akaun, jumpa pula bekas rakan-rakan sekelas. Dan seperti dijangka dah ramai yang dah berkeluarga.(taklah ramai sangat, 2 orang je pun hehe) Dan diorang dah ada baby! aaww comelnya!

Aku tak pernah menyangka juga bertemu dengan diorang lagi selepas dah berkeluarga, dah ada anak. Rasa pelik pula bila suatu masa dulu, sama-sama masih kebudak-budakan. Pastu sekarang, diorang dah ada keluarga sendiri. aku rasa pelik. haha. Korang ada tak pengalaman macam ni?

p/s: Bila pula turn aku nak kawin ni :)


Movie Review: Piranha!

Apa yang akan korang akan lakukan kalau tiba-tiba masa korang mandi manda kat sungai ke pantai ke, tiba-tiba ikan pemakan orang datang nak makan orang?

Masa aku pegi Seremban semalam, sempat lagi layan movie. Dan movie yang aku tengok hari tu adalah Piranha! Korang semua mesti tau kan sifat piranha ni iaitu ikan pemakan daging. Dan dalam movie Piranha ni, producer filem ni cuba menonjolkan sifat ikan ni, tetapi bukan sembarangan daging yang diorang makan. Ikan ni makan orang!


Cerita ni bermula bilamana seorang pakcik pegi memancing sambil minum arak. Tanpa sengaja botol arak tu terjatuh dalam tasik sehingga sampai ke dasar tasik tu. Dan mulalah dasar tasik tu pecah dan memberi laluan ke dalam tasik bawah tanah dimana ikan piranha zaman purba yang dikatakan telah lama pupus masih tinggal. Ikan Piranha yang tinggal dalam tasik itu kemudian keluar dan memakan manusia yang mandi manda di dalam tasik tu.

Bagi aku la kan, cerita ni mengerikan sikit, sebab itulah kalau tak silap aku la kan ianya dalam kategori 18PL je yang boleh tengok. Kalau korang tak tahan dengan movie yang nampak banyak darah dan mengerikan, aku rasa ianya tidak berbaloi untuk tontonan korang.

Jalan cerita movie ni juga tak berapa memberi impak pada penonton. Jalan cerita yang tak solid and strong. Namun kesan khas movie ni terutamanya sesi ikan memakan manusia sangat berkesan. So kalau korang teringin nak menonton sesi ikan makan orang, silalah pegi cinema yang terdekat and watch this movie!

Selepas menonton, rasanya rating untuk movie ni, dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang je.


Suka Hati Saja Korang Nak Buat Apa

Sesungguhnya ramai manusia yang tamak nak dapat duit banyak saja diorang tau, kan? Contohnya macam kes Datuk Sosilawati. Dengar Khabar, dia dibunuh disebabkan persaingan perniagaan. Tak taulah nak cakap apa kan, tapi tergamak diorng ni nak tamatkan nyang lain. Macam binatang saja perbuatan tu.

Macam pengalaman aku, petang tadi, aku dengan seorang member datang ke sebuah gerai nak beli lauk untuk makan malam. Kitorang beli 1 lauk saja, sebab kami berdua je yang makan. So beli pun tak banyak sangat. Lepas kitorang ambil lauk, bagi kat abang di kaunter tu. Dia tak pandai pula nak bagi harga lauk tu. Terpaksa tanya kat akak yang seorang lagi.

Dengan selamba je akak tu cakap, "Ko bagi je harga ikut suka hati ko"

Lepas tu, abang tu pusing tengok kami, "ah, 5 ringgit dik",

Wah, boleh ke suka hati je nak bagi harga? Sudah tu, RM5? Biar betul cik abang oi. Dahlah sikit je. Lauk ayam masak dengan kacang panjang je pun. mentang-mentanglah gerai korang je yang  buka, yang lain masih beraya, sedap je ko nak ambil kesempatan ye.

Suka hati korang je.


Hari Ke 5 Aidilfitri: Kedai dah buka, Jalan Raya Dah Penuh Kereta

Hari ini masuk hari ke 5 Aidilfitri. Dari pemerhatian aku, kedai pun dah buka satu persatu. Jalan raya pun dah penuh dengan kereta dengan pelbagai gaya pemanduan. Nak racinglah. Ni baru hari ke 5. Rasanya lepas ni, jalan raya akan kembali sesak seperti dahulunya.

Waktu hari raya pertama, jalan raya lengang je. Senang nak melintas jalan. Tak payah nak tunggu lampu merah. Kalau sebelum tu, lampu merah pun ada juga pemandu yang tak ikut. Dan sebab itulah banyak kes kemalangan kereta di negara kita ni. Kedai pun satu persatu buka. Dah senang sikit aku  nak  beli makanan. Dahlah aku tak balik rumah kan, kedai pun tak buka. Nasib aku ada banyak stok maggi. Balun maggi je la tiap hari.

Dan yang paling tak best, cuti pun dah nak habis. Lepas tu, dalam sebulan lagi final exam. huh! Penatnya nak study. Kan best cuti-cuti Malaysia macam ni saja selalu.


I Travel Alone, Can't Believe it!

Aku pernah mention tak kat sini aku baru 2 bulan kat Shah Alam ni sebab further study? Kalau korang nak tau, aku baru memijakkan kaki kat Shah Alam ni bulan julai yang lalu. So kiranya aku baru 2 bulan jadi penduduk sementara kat Shah Alam ni. Aku belum tau tempat-tempat kat sini. Yang aku tau, pegi kelas dan balik hostel. Tu jelah.

Tapi atas desakan, semalam aku travel pegi Seremban Seorang diri! fuh, dalam hati tuhan je la yang tau. Dah la tak biasa tempat orang, seorang pula tu. Kang kalau ada apa-apa terjadi, siapa nak tolong kan? So aku memberanikan diri, redah je. Kalau aku sesat, tanyalah kat orang, bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan". Kalau orang nak apa-apakan aku berserah jelah.

So, jam7 pagi aku dah gerak pegi KL Sentral. Dari KL sentral pula naik KTM pegi Seremban. haha. Rupanya senang je. Takdelah susah sangat pun. Tambang naik KTM pegi Seremban cuma RM6 je! murahnya. aku travel antara 2 negeri bayar RM6 je. Kalau kat tempat aku di Sabah, RM6 tu cukup tambang aku pergi balik dari kampung aku ke bandar. Kalau nak travel lebih jauh, nak ke Kundasang, Ranau, Gunung Kinabalu, tambang dalam RM15 one way! Kalau nak lebih ke Selatan seperti Sandakan dan Tawau dalam RM50! perbezaan yang sangat ketara.

So akhirnya selamat juga aku. Nasib 1 Malaysia kan? :) Lepas ni aku dah tak risau. Main redah je pegi tengok tempat orang :)


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Bangga sikit bila dapat tahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinamakan sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia oleh Global Finance, sebuah majalah yang beribu pejabat di New York tahun lalu. Dalam sebuah rencana tahunan terbitan majalah itu, 2009 CENTRAL BANKER REPORT CARDS, Tan Sri Dr. Zeti diberikan gred A bersama 6 lagi ketua bank pusat dari Czech Republic, European Union, Australia, South Korea, Taiwan dan Israel.

Mereka semua diberikan gred A berdasarkan kemampuan mereka untuk kejayaan dalam kawalan inflasi, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan mata wang. Gred terbaik yang diberikan adalah A untuk terbaik dan F untuk paling rendah. Syabas diucapkan Kepada Tan Sri Zeti atas kejayaan dan usaha beliau dalam menguruskan mata wang negara.

Sumber: Global Finance

Frets On Fire Permainan Komputer Untuk Penggemar Gitar


Kepada semua peminat gitar, aku nak perkenalkan 1 permainan komputer yang baru aku discover beberapa hari yang lalu, Frets On Fire. Games ni adalah games nak main gitar, cuma yang bezanya, yang ni kita main menggunakan komputer. Tak payah susahkan diri nak cari gitar. hehe. Aku pun baru je dapat games ni demi nak menghilangkan kebosanan diri. huhu. So gambar-gambar dibawah adalah snapshot masa aku main game ni.




Hah, nilah rupa games tu masa korang nak main nanti. Bila button tu lalu kat fret yang bertanda tu, korang pun tekan la keypad. Ala-ala main piano gitu. Tapi sebelum boleh berfungsi, korang kena pergi ke bahagian setting dulu dan settingkan keypad mana nak kena tekan untuk setiap tali gitar tu.

Ni rupa games ni bila tekan je button tu. Bunyi pun sebiji macam gitar

Kalau tengah bosan tak tau apa nak buat, bolehlah layan games ni daripada buat benda tak berfaedah kan? Lagipun ianya macam dengar lagu je, cuma kita sambil buat senaman jari. hehe. So kalau korang berminat nak dapatkan games ni, korang boleh download games ni.


Jom layyaaannn...


Model baru Proton mengggantikan Proton Waja?

Ura-ura tentang model kereta terbaru dari pengeluar kereta Nasional Malaysia, Proton tersebar baru-baru ini. kalau korang ada tengok kat berita beberapa hari yang lalu, aku pun dah tak ingat bila tarikhnya, Proton dijangka akan memperkenalkan satu model kereta terbaru yang dikatakan akan menggantikan model Proton Waja yang sedia ada.

Ini adalah Model Proton Waja

Dan, yang bestnya model kali ni dikatakan adalah gabungan  rekaan Mitsubishi Lancer dan Proton Waja. Dan kalau tak silap akulah, kereta ni juga adalah jenis high performance car. Ala, macam kereta yang orang selalu bawa lumba kat jalan raya tu.

 


Ini adalah model Mitsubishi lancer

Walaupun belum ada pengumuman rasmi tentang bagaimana reka bentuk kereta ni, tapi boleh tak korang bayangkan sendiri. Aku rasa mesti best kereta ni.. :D Tak sabar pula nak tunggu kereta ni dilancarkan.

Dulu Proton Emas, nampak comej je. Kali ni diharapkan kereta ni lebih menyengat dari model-model Proton terdahulu.

Update: Polis Sahkan Sosilawati Dan Rakan Dibunuh

Bersambung dari entri semalam mengenai desas desus bahawa bahawa jutawan, Datuk Sosilawati Dan 3 lagi rakannya dibunuh. Hari ini, laporan dari Berita Harian Online menyatakan bahawa polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Namun demikian pihak polis menyatakan belum ada pengesahan forensik mengenai perkara tersebut.

Manakala The Malaysian Insider pula menyatakan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang berpangkat Datuk dan 2 orang adik beradik berhubung kes ini.Keluarga terdekat Datuk Sosilawati juga dilaporkan datang untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan. Polis juga menyatakan bahawa mereka menemui beberapa barang kepunyaan mangsa di ladang berkenaan.

Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh

Aku betul-betul terkejut masa tengok beberapa tweet dari rakan twitter bila diorang kata mayat Datuk Sosilawati dan beberapa rakannya yang dilaporkan hilang telah ditemui. Dan yang lebih menyedihkan lagi apabila diorang dibunuh dengan kejam dan dibakar sebelum dibuang dekat Pantai Morib.

Datuk Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu bersama beberapa rakannya. Dan rasanya dengan penemuan mayat yang dipercayai mayat Sosilawati bersama 3 lagi rakannya yang dilaporkan hilang dekat pantai Morib, Selangor semalam misteri kehilangan mereka ni mungkin akan terjawab.

Tapi belum ada pengesahan dari pihak yang berkenaan berkaitan dengan penemuan ni. Tapi yang dilaporkan, polis sudahpun menahan 6 individu berkaitan dengan penemuan ini. Hmmm, kalau betul la mayat yang dijumpai tu adalah Datuk Sosilawati dan rakannya, memang Tragis benarlah raya kali ni untuk keluarga mereka ni.

Apapun, kita sama-sama menunggu pengesahan daripada pihak yang sepatutnya. Sambil tu, boleh baca laporan kat kosmo ni juga

Tiada benda nak Buat, Maintenance Blog lah

Salam 1 malaysia semua dari Kyuubi

Kalau korang tengok blog ni, mesti sangat banyak perubahan kan berbanding dengan yang dulu. Blog ni sebelum ni nampak hodoh dan tak menarik langsung. Dah banyak juga aku buat perubahan, tapi takdelah banyak mana pun. Just tukar template baru cukuplah. Sebenarnya aku masih tinggal kat kolej ni. Korang semua dah balik rumah, makan sedap-sedap, tapi masih tinggal kat kolej ni sorang-sorang. Cuti 2 minggu tuh!

Weh, kampung aku kat Sabah, Tapi sekarang aku study kat Shah Alam ni. So korang dapat bayangkan tak berapa banyak belanja aku nak balik. So, siapa yang baik hati boleh tak korang dermakan tiket pergi dan balik ke sabah? Hehe, gurau je.

Jadi untuk mengisi masa lapang selain study (ada ke aku study ni hahaha) aku godek-godek la blog ni sampai jadi apa yang korang nampak sekarang ni. laptop pun dah repair, Broadband pun dah beli so apa lagi. Tapi ada tak blog ni nampak macam kepunyaan seorang perempuan? Nanti korang panggil aku akak pula, macam si jard ni ada orang panggil bro. haha. padahal dia seorang wanita.. ececeh..

Button Twitter dan facebook pun aku dah letak. lenguh badan nak buat benda ni sebenarnya dengan coding yang aku langsung tak faham. Minta tolong dengan pakcik Google cari tutorial pun punyalah payah. Banyak juga tutorial yang tak berfungsi dengan baik. Tapi setelah mengambil masa hampir 8 jam  baru berjaya letak button facebook dan Twitter! fuh! Tapi puas hati dengan kerja sendiri.

Jadi apa pendapat korang dengan blog ni sekarang? ok ke makin merimaskan? kalau ada sebarang penambahan dalam kekurangan sila tegur aku ye.. peace!