Showing posts with label Memey. Show all posts
Showing posts with label Memey. Show all posts

(Tahniah) Memey Nikahi Norman Hujung Tahun Ini


Masih segar di ingatan kitorang tentang kes Memey dan Norman Ditangkap Khalwat tahun lalu. Itu masa diorang belum ada apa-apa ikatan yang sah lagi.

Namun hari ini, Memey mengesahkan bahawa dia akan menikahi Norman pada hujung tahun ini 2011.

Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman. Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain - mStar Online

Itu antara luahan Memey dipetik dari akhbar mStar Online.

Syukurlah diorang dah nak khawin. Semoga selepas ini tak ada lagi main tangkap-tangkap basah ok? Dan diharapkan semua perancangan diorang berjalan lancar.

Tahniah juga kami nak ucapkan kepada pasangan ini. Semoga nanti bahagia hingga ke anak cucu. jangan pula lepas khawin, bercerai berai. David Beckham yang kaya raya dan muka hensem pun tak cari isteri lain :)


Kes Khalwat Norman Dan Memey: Masih Tinggal Bersama Selepas Dicekup?


Kes hangat Norman dan Memey yang pernah ditangkap khalwat sebelum ni masih lagi hangat macam pisang goreng. Menurut 1 laporan, mereka telah didakwa di mahkamah dan  apa yang mengejutkan aku, menurut 1 laporan dalam akhbar, seorang saksi menyatakan bahawa Norman dan Memey masih tinggal bersama selama seminggu selepas dicekup oleh pihak penguatkuasa agama.

*Picture Taken From Google.com
Wah, ni barulah betul-betul. Dah kena tangkap khalwat oleh pihak penguatkuasa agama, masih boleh pula tinggal bersama tanpa rasa malu. Dan menurut laporan lagi, ada saksi yang cuba membuat laporan di jabatan agama mengenai perlakuan Norman dan Memey ni, namun tiada tindakan yang diambil. Benar atau tidak laporan ni, mereka sajalah yang tau.

Kalau betul Norman dan Memey ni bersalah, takan terlepas punyalah. Kalaupun orang bersalah terlepas di dunia, takan terlepas di akhirat kelak. Sebenarnya diorang ni baru sahaja melangsungkan pertunangan pada hari raya ke 4 yang lalu. Tapi masa diorang tu ditangkap, belum ada hubungan yang sah lagi! Apapun kita tunggu saja keputusan dari mahkamah ye.

Untuk pengetahuan juga, Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama. Dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda RM3000 atau penjara 2 tahun atau kedua-dua sekali.