Suspek utama pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakannya merupakan seorang broker penjualan tanah milik jutawan kosmetik, datuk Sosilawati di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. Dilaporkan Datuk Sosilawati telah menerima cek berjumlah RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi tanahnya itu. Cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya
menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting.
Pada hari kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 lagi individu, dia dikatakan pergi ke Banting dan berjumpa dengan suspek untuk memberi suspek komisen kerana berjaya mencari pembeli bagi tanahnya. Namun dia dikatakan tidak membawa wang tunai, sebaliknya membawa peguam dan perunding kewangan peribadi sebagai langkah berjaga-jaga.
Eh? Mana yang betul ni, hari tu dilaporkan Datuk Sosilawati membawa wang tunai berjumlah 4 juta ringgit. Hari ni pula dilaporkan bahawa diorang tak bawa wang tunai sebaliknya hanya ditemani oleh peguam dan perunding kewangan. Ini macam aa bikin banyak pening oo. haiya.
Sumber: Berita Harian
Update dari laporan the Star menyatakan bahawa suspek sebenarnya tidak mempunyai gelaran Datuk Suspek dikatakan membelanjakan RM180,000 untuk membeli gelaran itu namun dari siasatan polis, mereka tidak menemui sebarang rekod penganugerahan pangkat Datuk pada peguam tersebut.
harap ianya diselesaikan segera
ReplyDeleteBerapa Dapat Duit Raya
Banyak pulak versi ceritanya.. Kena tunggulah sampai siasatan selesai..
ReplyDelete@Sharinginfoz
ReplyDeleteya, aku arap benda ni diselesaikan tapi jgn terburu-buru..
@Jamal Rafaie
ReplyDeletebiarkan polis buat keja diorg dulu