Showing posts with label Gosip artis Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Gosip artis Hollywood. Show all posts

Ikon Sukan Gusti Hulk Hogan Gay?



Sebut saja Hulk Hogan mesti korang semua kenal. Hulk Hogan atau nama sebenarnya, Terry Bollea adalah antara ikon sukan gusti yang terkenal sebelum ni. Sekarang dia dah berumur 58 tahun, dah tak bergusti lagi kot. Aku dah lama tak layan gusti.

Picture @ IMDB

Baru-baru ni, Hulk Hogan memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Linda Bollea. Dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya yang menuduh Hogan seorang yang ganas, menderanya dan juga seorang gay! Linda juga menuduh bahawa Hogan mempunyai hubungan seksual dengan rakan ahli gusti lelaki.

OMG! Hulk Hogan Gay?

Bagaimanapun Hulk Hogan menafikan dia gay sambil menjelaskan bahawa jika dia seorang gay, dia akan mengakuinya. Whoa statement yang terbaik!

Hmm dah bercerai pun masih lagi ada issue yang belum selesai. Inilah masalah sekarang. Kahwin lepas tu cerai. Sampai mati ada saja issue yang tak selesai. Baik tak payah kahwin, senang cerita.


Sumber: Yahoo!


Gambar Lindsay Lohan Posing Untuk Playboy Tersebar



Khabar angin yang kami dengar tentang Lindsay Lohan akan beraksi dalam majalah Lelaki nampaknya bukan lagi khabar angin. Baru-baru ni, gambar Linday Lohan beraksi untuk muka depan majalah terkenal Amerika itu tersebar di Internet.

Gambar tersebut yang dikatakan akan digunakan untuk January/February issue tersebar di Internet apabila seorang hacker menjumpai gambar-gambar tersebut dalam sebuah laman perkongsian fail yang berpusat di Russia.

He tracked the pictures down after they were either hacked or stolen and uploaded to a file-sharing website based in Russia.
The hacker admitted: 'I just pieced it together,' once the photos spread to peer-to-peer file sharing sites.
'All I cared about is how I got them,'


Lindsay Lohan Dikatakan dibayar $1million untuk beraksi dengan Majalah itu. Lindsay Lohan dipetik sebagai berkata;

Sex and sexuality are a part of nature and I go along with nature. I think Marilyn Monroe said that, and I agree with her. So knowing yourself and being comfortable with your body is an important thing for me as a woman. Everyone is entitled to their opinion, but that's mine

Mungkin mereka tidak kisah dengan benda-benda macam ni. That's a part of their life. But then they manipulated human, especially Man's weaknesses and turn it into money.

Nasib baiklah Majalah ni tak dijual di malaysia. Aku percaya ramai juga rakyat Malaysia yang akan beli majalah ni nanti :)


Source: Yahoo!, Daily Mail

Hold It Against Me - Britney Spears Latest Masterpiece


Dah lama Britney Spears tak menghasilkan lagu selepas dia berkhawin dan melahirkan anak. Dulu bukan main lagi. Aku ni kira peminat denga lagu-lagu Britney Juga la. Siap minat penyanyi dia dia ni lagi. Tapi itu cerita masa budak-budak. Lepas Britney jadi teruk, aku dah tak minat dengan di lagi.

Tapi 2 hari yang lepas, akhirnya selepas berdiam diri begitu lama, Britney muncul dengan lagu baru bertajuk Hold Me Against Me. Dan seperti biasa, video clip Britney tak lari dari grafik dan latar belakang yang berwarna warni.

Dan aku sebagai salah seorang peminat lahu-lagu dia mestilah menerjah video vlip terbaru Britney.


Agak menarik juga la lagu baru ni. Tengok 2, 3 kali pun tak bosan. Tapi kalau yang tak minat pula, aku tak tahu la pula apa pendapat korang. Bagi aku, not bad. Masih macam Britney yan dulu. Cuma sekarang dia dah makin "nakal".

Apa pendapat korang pula? Adakah aura Britney masih seperti dulu ataupun bisanya dah hilang?


Justin Bieber Cukur Kepala Jadi Botak!



Justin Bieber mengejutkan peminat apabila tampil dengan kepala yang dicukur botak dalam 1 rancangan ABC talk show kelmarin. Sebelum itu, Justin dalam keadaan normal. Tapi selepas rehat, Bieber muncul dengan kepala yang dicukur botak!


So, girls out there, Apa pendapat korang? Hensem ke Justin Bieber buat rambut macam ni? Namun apa yang Justin Bieber katakan berkenaan dengan rambutnya?

I kinda like it. I look like Michael Jordan! I think maybe it’s going to help me be more aerodynamic on the basketball court. Now people will just focus on my beautiful, silky smooth vocals. I think the girls are going to be upset but they will get over it.

So is that true girls, yang korang upset kalau justin botakkan kepala? Ok, nevermind.



Tapi sebenarnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Tak betul pun. So, pada peminat Justin Bieber, jangan korang sedih dan kecewa! 


Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie


Justin Bieber, penyanyi muda berusia 17 tahun yang menjadi pujaan ramai mendaki 1 lagi anak tangga dalam kerjayanya bila filem yang menceritakan kisah bagaimana dia mendaki ke puncak kemashyuran, Never Say Never 3D Movie bakal ditayangkan tahun ini 2011.


Filem ini mengadaptasikan kisah bagaimana seorang budak yang berasal dari sebuah bandar kecil, iaitu Justin Bieber mencapai cita-cita dan impiannya menjadi penyanyi pujaan ramai. Tonton trailer Justin Bieber's Never Say Never 3D Movie di bawah dan korang akan faham serba sedikit mengenai filem Never Say Never ini.


Filem ini akan mula menemui peminat pada bulan ini, pada tarikh 11 February bermula di USA. Manakala peminat Justin Bieber di Malaysia pula boleh menonton filem ni pada bulan April nanti. Tarikh tayangan filem Never Say Never 3D Movie ni di Malaysia dan Singapore adalah pada 14 April 2011.


ubipanas.com Tak Famous Macam Kim Kardashian Yang Dapat 4 Juta Like Di Facebook


kadang-kadang best juga baca tweet artis-artis popular ni kan? Tadi jenguk-jenguk tweet artis-artis popular, terbaca tweet seorang aktress popular Hollywood, Kim Kardashian.


Popular yang amat sangat! Kim kardashian dapat lebih 4 juta like di facebook fan page dia ni. Adakah korang salah 1 dari diorang yang like fan page si kim ni? lagipun siapa tak minat dan tak kenal dia kan? aktress yang cantik dan hot!

 

Dah ada 4 juta lebih yang tekan like facebook fanpage Kim Kardashian ni. Mungkin dalam sebulan dua lagi, sampailah 5 juta tu.

[ Gambar ]

Cantik tak? Inilah Kim Kardhasian kalau korang tak kenal. Yang ni gambar jadi budak baik. Aku tak nak letak gambar yang "terlebih baik". Nanti ada yang muntah darah tengok gambar dia ni. Kalau tak pun hidung berdarah. Sebab panas! Hot! Betul tak Abang Hans?

Sebenarnya namanya mulai dikenali ramai disebabkan oleh rakaman aksi hubungan seks Kim Kardashian dengan teman lelakinya, Ray J. Ala macam Parish Hilton dulu tu. Ingat lagi tak? One Night In Paris.

Kalaulah blog ubipanas.com ni famous macam si kim. Sampai pada saat ini, usia blog ubipanas.com ni sudahpun mencapai usia setahun lebih. Tinggal lagi 7 bulan, genaplah 2 tahun usia blog ubipanas.com ni. Tapi usia bukan penentu kejayaan dan kepopularan.

Inilah jumlah pelawat blog ubipanas.com dalam sehari

Kim Kardashian buat sex tape jadi famous. Parish Hilton pun sama. So, kalau penulis ubipanas.com nak buat macam diorang boleh dapat 4 juta pengunjung ke sehari? Atau dapat 4 juta makian sehari? Haha

Siapa yang nak follow twitter dan facebook kim boleh la korang tambah peminat dia supaya jadi 5 juta;


Dan siapa-siapa yang nak follow facebook dan twitter ubipanas.com amatlah dialu-alukan :)



p/s: Mungkin boleh jadi famous kot buat macam diorang ni :)


Wayne Rooney Jadi Pemain Paling Mahal Dalam Sejarah


Kisah Wayne Rooney yang ingin meninggalkan Manchester rasanya masih lagi panas. 5 hari yang lepas, aku ada menulis mengenai keinginan Wayne Rooney meninggal Manchester United. Dan 2 hari yang lepas Wayne Rooney Main Tarik Tali apabila dia yang beria-ia nak tinggalkan Manchester United pada mulanya tiba-tiba menukar fikiran dengan menandatangani kontrak 5 tahun dengan MAnchester United.

Macam pelik juga dengan perangai si Rooney ni. Yalah kan, kata tak nak terus stay dengan Manchester, tapi tiba-tiba pula tandatangan perjanjian. Pada pendapat aku, mungkin dia kecewa kot sebab dia tak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad United. Tapi ada juga member bagi pendapat lain. Katanya, Rooney mungkin diberi imbuhan lain jika stay dengan United.


Dan mungkin pendapat member aku tu benar. Tadi masa aku belek-belek akhbar, terbaca berita mengenai Rooney yang pergi bercuti dengan isterinya ke Dubai. Dan dalam laporan tu, rupanya kontrak yang Rooney tandatangan hari tu membolehkan si Rooney dibayar £200,000, bersamaan dengan RM977,238 seminggu?!

Dengan kontrak ni, Rooney jadi pemain yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sejarah buat masa ni!

Mungkinkah Rooney berubah fikiran sebab dia dapat gaji banyak tu? Cuba bayangkan, dalam seminggu 200,000 dollar. sebulan dah jadi 800,000 dollar! Wah! Ada kemungkinan juga disebabkan duit. Tapi, itu semua hanya Rooney saja yang Tahu.

p/s: Di Malaysia ni, siapa yang dibayar gaji RM977,238 seminggu?


Wanita Paling Seksi Di Dunia


Majalah Esquire menamakan Minka Kelly sebagai wanita paling seksi didunia kali ni. Kelly mengalahkan beberapa nama besar seperti Scarlett Johanssen yang memang terkenal dengan imej seksinya. fuh cayalah korang. Berebut-rebut pula nak jadi paling seksi ya. kita tengok lawa sangat ke Minka Kelly ni.


Seksi ke tak? Lawa tak? hihi. siapa lagi lawa, Diana Danielle ke si Minka Kelly ni? hihi Aku rasa kalau Diana Danielle yang join, memang kot dia. haha. Gurau saja.

Apapun, kita kat Malaysia ni jangan nak ikut-ikut cara orang-orang barat ni. Diorang ni memang tak heran. Jalan-jalan sambil bogel pun orang tak kisah.


Kanye West Edar Gambar Bogel Sendiri


Berani betul penyanyi rap seorang ni. Kanye West baru-baru ni dikatakan telah merakam gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa orang perempuan. Namun perbuatan itu memakan diri apabila gambar bogelnya itu dijual pula kepada agensi-agensi media antarabangsa.


Menurut sumber, gambar bogel kanye tu memperlihatkan dia beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang dan mengenakan cermin mata hitam dan rantai emasnya.

Tulah kau kanye, dah la artis. Siapa yang tak nak kalau dapat gambar yang panas macam ni kan? Dan lagi satu, jangan lah bodoh sangat nak edar gambar bogel sendiri pada siapa pun termasuklah orang yang paling rapat. Kita tak tahu apa diorang akan buat dengan gambar tu nanti.
Si Kanye ni takpe. Dia tak kisah kot. Sebab dia ni pun suka berbogel. macam-macam dunia ni.


Edward Cullen Dan Bella Swan Bercinta Di Alam Nyata?

Pada peminat filem bersiri Twilight, mesti korang dah biasa dengan Edward Cullen Dan Bella Swan kan? Pada yang tak tahu lagi, Edward Cullen Dan Bella Swan ni adalah watak utama dalam filem bersiri twilight, iaitu sebuah filem yang berkisar tentang cerita puntianak. Yang sebenarnya, watak Edward Cullen Dan Bella Swan ni dilakonkan oleh Kristen Stewart Sebagai Bella dan Robert Pattinson sebagai Edward.


Ingatkan dalam filem twilight tu saja diorang ni mempunyai hubungan. Rupanya dalam dunia nyata, diorang ni tengah bercinta. Menurut sumber pasangan ni kelihatan sangat rapat, dan menurut beberapa saksi mereka dilihat bersama-sama di sebuah kelab di Los Angeles, mereka seakan-akan sepasang kekasih.

Tahniah la diucapkan kerana betul-betul menghayati watak dalam filem sehingga membawa perasaan tu dalam dunia nyata. Mesti ramai peminat yang menyokong diorang ni kan? Tapi jangan jadi macam artis yang lain, hangat-hangat tahi ayam. Lepas beberapa tahun, tukar lagi, dan lagi dan lagi sampai puas.

Sumber gambar dan berita dari sini


Justin Bieber Berlakon Dalam CSI


Pada sesiapa yang kenal dengan Justin Bieber, korang semua mesti tau yang dia ni hebat menyanyi, suara pun sedap walaupun aku rasa tak sedap mana pun. haha. Dan disebalik dengan gosip yang tak habis-habis, rupanya Justin Bieber ni bukan saja menyanyi malahan berlakon! Dia berlakon dalam siri drama popular CSI dan membawakan watak sebagai seorang remaja bermasalah.

Tapi aku rasa sangsi jugalah, boleh ke Justin Bieber ni berlakon? Tak semestinya suara sedap, lakonan pun mantap kan? Tapi apa pun, dah rezeki dia la tu dapat tawaran berlakon pula kan. Syabas diucapkan. Sebelum ni menyanyi, lepas ni berlakon pula, mantaplah.

Mudah-mudahan lakonan ko best la kan. Kalau tak best tiada juga orang nak tengok lakonan tu. Mungkin nak tengok muka je la kot,