Terimah Kasih Bank Islam

Aku rasalah, aku ni ada penyakit tau. Penyakit pelupa. Korang pernah dengar ke penyakit ni? Tak pernah? Maksudnya korang pun sama dengan aku ada penyakit kuat lupa, sebabnya aku yakin korang pernah dengar tapi korang lupa. hahaha

Sebenarnya, hari tu, minggu lalu aku dah daftar dengan Bank Islam Internet banking. Yalah kan, nak semua senang. Nak bayar yuran pengajian senang, bayar bil pun boleh buat di rumah saja. Janji ada internet dah boleh settle urusan perbankan. Tapi yang malangnya aku terlupa pula user id dan kata laluan internet banking account aku tu. Cis, punyalah hampeh. umur baru 15 tahun dah ada penyakit lupa.





Lepas tu tanpa berlengah, terus aku call hotline number bank islam ni. tapi, dah namanya hot kan, mestilah banyak peminat. Robot lak yang jawab panggilan. Itu kali pertama. lepas tunggu sejam, call balik, suara mamat macho pula yang sambut. Dia layan aku, baik punya ma. Mesra, siap bagi salam lagi. Soalan-soalan aku dijawab dengan mesra.

Selesai lah masalah aku. Hari ni, hari sabtu sepatutnya cuti kan, tapi diorang dok duduk tepi telefon tunggu panggilan customer. kesian. haha. So korang, nak jimatkan masa dan mudahkan urusan perbankan, daftar saja Internet banking. Senang dan mudah. Siapa yang ada akaun bank islam dan nak daftar internet banking, senang je caranya. Meh aku tunjukkan cara untuk mendaftar internet banking ni.

1. Lawat mana-mana mesin atm bank islam, masukkan atm kad bank.
2. dalam menu utama, pilih lain-lain.
3. Pilih perbankan internet.
4. Dafter perbankan internet.
5. Isikan 6 digit kata laluan yang akan digunakan semasa pendaftaran online.

Lepas dah buat semua tu, korang lawat pula laman web Bank islam ni, lepas tu, cari button internet banking login. Lepas pop up tu keluar, korang pilih pula link first time login. Korang akan diminta untuk memasukkan nombor kad atm korang dan kata laluan sementara yang korang buat masa register di ATM. Dah siap.

Korang dah boleh enjoy Bank Islam Internet Banking services. :)

P/S:

Nak baca gosip yang lebih menarik? Jom lawat ubipanas.com sekarang!



5 comments: