Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Konsep Rekaan iPhone 5 Yang Supercool


Produk Apple, iPhone dah jadi 1 fenomena baru dalam dunia teknologi. Dulu, sebelum iPhone 4S dilancarkan, banyak rumors tentang rekaan dan design yang nampak gila-gila dan futuristic. Dan ianya bukan iPhone 4S seperti yang ada sekarang ni, ianya iPhone 5!
Namun, yang pasti bila Apple lancarkan produk tersebut, ianya jadi iPhone 4S. Pasti peminat iPhone yang ternanti-nanti kemunculan iPhone ni terkecewa.



Apple iPhone 5 tidak akan keluar dalam masa yang terdekat, namun dah banyak design dari perekacipta yang cuba meneka rekaan iPhone 5 ni. Terbaru, pereka dari Itali Federico Ciccarese merekacipta versi iPhone 5 beliau.


 Rekaan ni nampak supercool dan comel. Kelihatan seperti Apple mouse.




Ini bukanlah rekaan iPhone 5 yang sebenar, tapi hanya imaginasi dari perekacipta Itali, Federico Ciccarese. Namun begitu rekaan ni nampak supercool dan hebat.

Bagaimanalah rupa sebenar iPhone 5 jika ianya dilancarkan?



HOT! Yusri Dan Lisa Surihani Akan Mengumumkan Tarikh Pernikahan Mereka Sabtu Ini



Berita hot!

Pelakon hot Lisa Surihani dan Yusri dikhabarkan akan mengumumkan Tarikh Pernikahan mereka selepas lama membisu mengenai tarikh Pernikahan diorang ni. Mereka akan mengumukannya Sabtu ini iaitu esok.

Gambar @ mStar Online


Lisa Surihani dan Yusri yang membuat pengakuan mengenai hubungan cintan cintun mereka Jun lalu dikatakan akan melangsungkan pernikahan awal tahun depan, Tahun 2012.

Tahniah atas berita ini. Hmm, semoga lah hubungan akan sentiasa kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lah jadi macam yang dulu ye Yusri? :)

Hmm, Lisa pula janganlah nak sembunyi-sembunyi pasal kahwin ni. Ramai jejaka akan terluka dan patah hati tau. :)


Pelakon Norish Karman Nafi Dakwaan Hamil Luar Nikah



Macam-macam gosip dan cerita dalam dunia hiburan tanah air ni. Terbaru, pelakon drama Spa Q, Norish Karman didakwa hamil luar nikah. Dia didakwa hamil luar nikah kerana lama menghilangkn diri dari dunia seni.


Namun Norish menafikan dakwaan itu dan menyatakan dia menghilangkan diri kerana sibuk dengan kerja dan anak-anak.

Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas - mStar Online

Biasalah kak. Kalau dah namanya artis, memang tak lekang dari gosip panas. Kalau takde gosip, bermaksud akak tu bukan artis. :)

Dunia hiburan memang sentiasa panas.

Sumber: mStar Online


Kisah Khalwat Berakhir: Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Akhirnya Bersatu


Kisah kontroversi ditangkap khalwat yang diadapi oleh Noman Hakim Dan Memey Suhaiza pada tahun 2008 akhirnya berakhir dengan perkhawinan pasangan tersebut pada 24 September lalu. Perkhawinan mereka juga dihadiri oleh 2 orang anak Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.


Syukurlah bila semua dah berakhir dengan baik. Tak adalah cerita yang bukan-bukan lagi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk mereka. Janganlah nak jadi macam pasangan kat Hollywood tu. Sekejap kahwin, lepas tu cerai. Lepas tu kahwin lagi. Bak kata aku sendiri, Nak test satu-satu yang mana sedap!


Superhot Britney Spears Kembali Mengaum


Aku pun dah lupa, dah berapa tahun sejak nama Britney Spears meniti dari mulut ke mulut dengan maalah dan kontroversi yang melanda penyanyai. Seingat aku, sejak hubungannya dengan Justin Timberlake gagal. Dia terus-terusan dilanda kontroversi. Mungkin kecewa putus cinta kot.

Tapi itu mungkin hanya sementara. Dia kini kembali walaupun tidak "sehot" dan semantap dulu. kehidupan peribadi yang semakin stabil dan masa depan yang nampak sedikit cerah.


Baru-baru ini, Britney menjadi penghias muka hadapan Majalah Glamour UK. Namun dah macam tak berapa terhias pun aku tengok. Adakah dia masih hot macam dulu? Aku pun tak tahu. Anda yang tentukan sendiri.

Pelakon Dan Model Seksi Yang Yang Berasal Dari Lelaki


Alicia Liu adalah seorang pelakon Taiwan yang jelita lagi hot. Mungkin pelakon ni tak berapa dikenali kalau di Malaysia.

Tengok dari gambar, memang cun habis. Jejaka-jejaka diluar sana pasti tergugat keimanan bila tengok dia ni. Sekali pandang pasti nak lagi. Tapi ada sesuatu yang tidak kita ketahui tentang pelakon ni.





Sekali pandang, nampak macam menarik. kali kedua pandang, makin menarik. Kali ketiga pandang, pasti nak lagi. Tapi itulah hakikat. Tapi, jangan tertipu dengan apa yang kita nampak dengan mata kasar kita.

Tiada siapa menyangka, wajah dan badan Alicia yang cantik ni, sebenarnya dia adalah seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina!



Ini adalah rupa sebenar Alicia Liu sebelum dia menukar jantina pada umur 18 tahun. Namun, mungkin dah rezeki Alicia, sekarang dah jadi pelakon terkenal di Taiwan. Dan selepas dia mendedahkan identiti sebenarnya, dia mendapat reaksi positif dari peminatnya pula.

Apa yang menariknya dengan Alicia, tubuhnya tidak menunjukkan yang dia sebenarnya, dulu adalah lelaki. Biasanya, seorang lelaki yang menukar jantina pastinya masih menunjukkan ciri seorang lelaki, seperti bahu yang lebah dan bentuk muka yang seakan lelaki.

Aku pernah terjumpa gadis muka cun. Tapi, bila dah dekat dan dengar suara diorang bercakap, suara dia lebih garau dari suara aku!

Walau apa pun, janganlah kita mengubah diri kita selain dari apa yang telah diciptakan.


Justin Bieber Cukur Kepala Jadi Botak!



Justin Bieber mengejutkan peminat apabila tampil dengan kepala yang dicukur botak dalam 1 rancangan ABC talk show kelmarin. Sebelum itu, Justin dalam keadaan normal. Tapi selepas rehat, Bieber muncul dengan kepala yang dicukur botak!


So, girls out there, Apa pendapat korang? Hensem ke Justin Bieber buat rambut macam ni? Namun apa yang Justin Bieber katakan berkenaan dengan rambutnya?

I kinda like it. I look like Michael Jordan! I think maybe it’s going to help me be more aerodynamic on the basketball court. Now people will just focus on my beautiful, silky smooth vocals. I think the girls are going to be upset but they will get over it.

So is that true girls, yang korang upset kalau justin botakkan kepala? Ok, nevermind.



Tapi sebenarnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Tak betul pun. So, pada peminat Justin Bieber, jangan korang sedih dan kecewa! 


Ubipanas.com Lebih Panas Dari Biasa!


Walaupun ubipanas.com tak famous macam kim kardhasian, namun kini blog ini jadi lebih hangat dari biasa! Ya sudah tentu. Bak kata Fit,

P/s: eh baru aku perasan blog bro dah jadi blog hiburan ar.. boleh berjaya ni..good luck :). Fitrihadi.com

Blog ni bukan jadi blog hiburan sangat pun. Just idea nak tulis pun kering, so berhiburlah sekejap cuma. Lagipun nak bagi blog ni lebih hot sikit. Dah namanya pun ubipanas, mestilah nak bagi panas sikit. haha

Blog ubipanas ni tetap blog peribadi yang suka menulis cerita lebih hangat dari biasa. Menulis kisah peribadi aku sebagai seorang student yang merantau di tempat orang.. Walaupun tak la peribadi sangat pun. Berkongsi maklumat dan info berguna kepada semua. Pendek kata, blog ni jadi blog rojak.

Dan aku nak wujudkan lagi cerita baru, iaitu segmen cerita seram. So siapa yang suka dengan cerita seram-seram gitu, boleh la berhibur sambil ketawa baca cerita seram. errk? ada tak orang ketawa masa baca cerita seram? Ok, nevermind.

Tapi buat masa ni, aku tak aktif sangat menulis. Aku lebih pentingkan masa rehat dan tidur. Dan semestinya study. Kalau dulu, sanggup kurang tidur, semata-mata nak bagi blog update. Hasilnya, penat memanjang. Masuk kelas mata kuyu dan tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. So tak nak lagi macam tu. Ada masa update la. Kalau takde, biarkan saja.
 
So kalau blog ni tak berupdate selama berbulan-bulan ke, korang faham sajalah. Dan kalau aku tak membalas lawatan korang, jangan lah merajuk. Ada masa, aku akan tetap jejakkan kaki, menyemak di blog korang. hahaha!


Yusri (KRU) Bukan Jadi Pensyarah


Sebelum ni, terbaca mengenai Yusry KRU yang bakal menyertai barisan tenaga pengajar UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Yusri dikatakan bakal menjadi pensyarah sambilan dan mengajar kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Itu cerita sebelum ni. Namun hari ni, Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar meyatakan bahawa Yusry bukanlah menjadi pensyarah sambilan seperti yang digembar gemburkan. 

Dia hanya akan menjadi salah seorang penceramah jemputan bagi kursus kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu. Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini. - Ezwan Mohd Mokhtar, mStar Online

Jadi dah sah bahawa Yusry (KRU) bukanlah menjadi pensyarah sambilan tapi sebagai penceramah jemputan bagi kursus tersebut. Namun penceramah atau pensyarah, tugas adalah sama iaitu mencurahkan ilmu yang ada. Yusry ni berpengalaman dalam bidang tu, jadi bertuahlah pada sesiapa yang masuk dengar ceramah dia ni nanti.

Jadi korang yang masuk dengar ceramah dia ni, jangan dok tengok muka Yusry sampai tak berkelip mata tu, tapi ambil ilmu yang dia akan curahkan nanti :)


Akademi Fantasia (AF) Musim Ke 9 Sesi Yang Terakhir


Percaya atau tidak, program realiti tv kendalian astro, Akademi Fantasia atau lebih popular lagi AF, yang menjadi fenomena di seluruh negara kini sudah sampai ke penghujungnya.


Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata, program yang mencetus fenomena yang diadaptasi dari rancangan popular Le Academia dari Mexico itu terpakda melabuhkan tirai berikutan ingin memberi peluang kepada pelbagai program lain.
“Kami rasa sudah sampai masanya program Akademi Fantasia di rehatkan buat selama-lamanya. Jadi program yang terakhir ini pastinya merupakan program yang terbaik dari musim sebelumnya.
“Kami akan bawakan pelbagai kejutan dan merangkumkan kembali nostalgia-nostalgia dari musim pertama hingga ke lapan untuk paparan peminat setia AF bagi musim terakhir ini,”jelasnya pada sidang media pengumuman sesi uji bakat AF9, Khamis. - mStar Online

Masih aku ingat ketika program Akademi Fantasia baru bermula, masa tu keluarga aku belum subscribe Astro lagi. Tapi disebabkan program ni, ayah aku beria-ia nak pakai Astro sebab nak tengok Akademi Fantasia katanya!

Dan lepas dah pakai Astro, mak dan ayah aku boleh ingat semua juara AF! Aku kira dashyat juga penangan Akademi Fantasia ni, walaupun aku taklah minat sangat dengan program macam ni. Bolehlah, kalau nak lepaskan bosan duduk kat rumah.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak jadi Artis dan nak jadi antara pelajar terakhir Akademi Fantasia, sila la dengan tidak segan silu rujuk Jadul Tempat Ujibakat dan Cara nak Buat ujibakat Online.

Untuk musim terakhir, Astro nak bawakan kejutan dan kelainan dalam program kali ni, Jadi peminat semua sila tunggu apa kejutan dan kelainan yang ingin dibawakan oleh Akademi Fantasia musim terakhir ni.

Lepas ni, program apa pula yang akan muncul, yang punyai aura sehebat akademi Fantasia?
 

Wedding Of The Year 2010


Mungkin ramai yang masih lagi di awang-awangan apabila mengingat kembali perkhawinan gilang gemilang angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama buah hati pengarang jantungnya, Dr Harlina Mohd Yunos. Mana taknya, mesti semua teringin nak majlis perkhawinan seperti itu kan? Lebih lebih lagi kaum wanita. betul tak?

Mungkin kisah Penyatuan 2 hati, Dr sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh dinobatkan sebagai wedding of the year pada tahun ni. Mana taknya, menurut laporan tv3, siaran perkhawinan mereka pada 10 oktober lalu meraih jumlah penonton sebanyak 3.2 juta! Dashyat betul penangan angkasawan kan?
 Semoga Bahagia hingga ke anak cucu ye :)

Dah jadi wedding of the year, jangan pula jadi macam yang lain ye. Buat majlis berjuta-juta, lepas beberapa tahun bercerai. Apa kejadahnya? Baik tak payah khawin kalau macam tu. Buat la style koboi. Dah puas cari lain. Lepas tu ganti lagi sampai puas.

Dan pada lelaki diluar sana termasuk diri aku sendiri, jom kita ramai-ramai jadi angkasawan. Mesti senang je nak jadi popular. Dan mesti ramai anak dara cair bila tengok korang. Ni baru anak dara. Belum kira anak tak dara dan bini orang. hihihi gurau je.

Dibandingkan semasa perkhawinan Datuk Siti Dengan Datuk K dulu, siapa lagi hebat? Siapa lagi punya lebih banyak penonton semasa siaran langsung?

Wa tak kisah, wa rileks je.


Kanye West Edar Gambar Bogel Sendiri


Berani betul penyanyi rap seorang ni. Kanye West baru-baru ni dikatakan telah merakam gambar bogelnya sendiri dan mengirimkan kepada beberapa orang perempuan. Namun perbuatan itu memakan diri apabila gambar bogelnya itu dijual pula kepada agensi-agensi media antarabangsa.


Menurut sumber, gambar bogel kanye tu memperlihatkan dia beraksi di hadapan kamera tanpa seurat benang dan mengenakan cermin mata hitam dan rantai emasnya.

Tulah kau kanye, dah la artis. Siapa yang tak nak kalau dapat gambar yang panas macam ni kan? Dan lagi satu, jangan lah bodoh sangat nak edar gambar bogel sendiri pada siapa pun termasuklah orang yang paling rapat. Kita tak tahu apa diorang akan buat dengan gambar tu nanti.
Si Kanye ni takpe. Dia tak kisah kot. Sebab dia ni pun suka berbogel. macam-macam dunia ni.


Oh, Dah Kahwin Rupanya

Nampaknya Penyanyi Dia Fadila kini teleh menamatkan zaman bujangnya semalam selepas, Dia Fadila dan pasangannya, Redza Abdullah Sanusi melangsungkan perkhawinan semalam. Pasangan ni memilih 1 Oktober untuk melangsungkan perkhawinan mereka bersamaan dengan hari ulang tahun kelahiran Redza Abdullah Sanusi.

 
So, siapa-siapa yang menyimpan perasaan kat Dia Fadila ni, korang buanglah jauh-jauh. Dia dah jadi milik orang. haha

Sementara itu, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau nama glamer, jejai yang banyak  kontroversi gitu akhirnya muncul di khalayak ramai selepas lama mendiamkan diri. Fasha Sandha dan pasangan kontroversinya, jejai ditemui dengan aksi mesra dalam 1 majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Wah, Fasha kalau dah berkenan, jangan ditunggu lagi. Langsungkan saja. Nanti kalau lama sangat tak baik. Nanti jadi macam kes Norman dan Memey itu. Lagipun tiada halangan kan. So apa salahnya dipermudahkan benda baik.


Britney Spears Disaman Kerana Berkelakuan Tidak Senonoh

Apa sudah jadi dengan Britney Spears yang terkenal suatu ketika dulu sebagai seorang pop star dan gadis baik? Baru-baru ni, seorang bekas pengawal peribadi, Fernando Flores memfailkan saman terhadap Britney Spears atas dakwaan gangguan seksual terhadapnya.

Britney Spears Suatu ketika dahulu, Cantik dan menarik

She was wearing a white lace, see-through dress," Flores claims. "She walked over close by, intentionally dropped her cigarette lighter on the floor, bent over to retrieve it and thereby exposed her uncovered genitals
Itu adalah antara petikan dakwaan Fernando terhadap Britney. Antara dakwaan lain terhadap Britney termasuk memukul anaknya menggunakan tali pinggang, Memberi anak-anaknya makan makanan yang dia tahu mereka alergi dan mengadakan hubungan seks dalam bilik hotel ketika anak-anaknya ada disana.

Britney Spears Sekarang. Err? Any comment?

Apalah nak jadi dengan diorang ni ya. Dah memang hilang akal ke?