Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Roti Aiskrim Dan Aiskrim Bun Yang Enak



Pertama kali menikmati Aiskrim yang pelik semasa melawat Taman Pertanian Bukit Cerakah beberapa minggu yang lalu; 3 scoop aiskrim yang enak di atas potongan roti yang lembut! Rasa yang sangat enak! Aku panggil Aiskrim Bun sebab aiskrim tu diletak atas bun.


Macam ni lah rupa aiskrim tu. Yang ni dipinjam dari Google saja. Sebelum ni tak pernah merasa Aiskrim ni. Rasa aiskrim mix dengan rasa roti tu, memang lain dari yang lain. Magical Malaysia!

Lepas ni teringin pula nak rasa Aiskrim Goreng. Nama serius pelik, tapi rasa tak tahu lagi. Member kata sedap. Tapi aku tak jumpa lagi benda ni. Seriously, Malaysia kalau pasal makanan memang heaven!


Aku Ketagih Makan Tom Yam Potek!


Dalam dunia ni, ada saja benda pelik-pelik. Nama memang pelik tapi bila tengok,

"ah benda biasa aja"

Siapa kenal Tom Yam Potek? Kalau peminat Tomyam sejati, sure kenal kot. Aku bukanlah peminat Tomyam sejati. Sepanjang hidup tak pernah makan Tomyam. Sebabnya? Aku prejudis dengan Tomyam. Muka nampak macam,

"eh, bukan ada benda special sangat pun"

Ceh! Kau nak special aja dalam hidup. Tak pernah nak merasa benda yang biasa-biasa aja. Padahal hidup pun biasa-biasa aja.

Hari tu aku menendang bertandang tempat akak Sumijelly punya blog. Heh riuh sekampung dia khabarkan apa itu tomyam potek. Aku memang tak kenal pun benda tu. heh. Bila dikhabarkan baru aku faham.

"Oo, Tomyam Potek tu Tomyam yang ada banyak jenis lauk, ada udang, ada entah apa benda lagi"

Baru tau. haha. So petang tu, aku pi la cari gerai jual Tomyam. haha. Tapi yang diorang bagi nama kat sana bukan Tomyam Potek tapi Tomyam campur. heh. Apa ajalah, janji Tomyam. Dan bila aku rasa? Ko tau tak? Menyesal aku tak makan dari dulu! Sedap yang amat! haha

 [ Gambar ]

Lepas makan malam tu, esok petangnya aku datang lagi. Beli Tomyam. Esoknya, aku datang lagi untuk kali ke 3. Bila aku datang, baru aja aku sampai depan gerai tu, akak yang jaga tempat tu kata kat aku'

"Ooo dik, nak beli Tomyam ye"

Haha. Akak tu macam tau-tau aja. haha. Siap dia kenal muka aku lagi. Cis. Malu juga lah. Tapi sebab kehendak perut yang tak boleh blah  ni. Tebalkan aja muka. Dengan selamba aja aku jawab kat akak tu,
"ya kak"

ngehehe

Kopi Kapal Api No Kick!


Masih ingat tak dengan tagline ni;

"Kopi kapal Api, Betul-betul kaw!"

Aku masih ingat. Dan terlekat dikepala otak aku ni dari sejak mula iklan tu keluar kat tv, sampai la hari semalam yang lalu. Memang dari dulu, aku bajet kalau minum kopi kapal api yang kaw ni, memang sure mata ko terbentang luas tak tidur 1 malam. Sebab iklan dah heboh sangat kata kaw. Tapi semalam yang lalu, lepas aku minum kopi kapal api ni, kau tau??


picture from Google.com

Ceh! Iklan saja lebih! Bila minum, aku rasa tawar semacam aja. Aku dah letak 1 sudu makan kopi tu dalam gelas, tapi rasa macam minum air bergula aja. Takde rasa kopi pun. Rasa macam beras yang hangus pun ada. heh

Sia-sia saja iklan yang meletup letup macam tu kat tv. Bila ko dah rasa, tak seperti apa yang digambarkan oleh diorang tu. Macam kena tipu pun ada. heh. Baik aku minum nescafe, lagi mantap dari kopi kapal api.

Aku rasa, dengan performance yang macam tu, aku nak bagi tagline baru kat kopi kap al api ni;

Kopi Kapal Api, betul betul tak Kaw! heh!

Keju Dari Susu Badan Manusia!


Pernah tak korang terdengar atau terbaca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia?

Kadang-kadang dalam kita menempuh kehidupan ini, ada saja benda pelik yang kita temui, samada dengan mata kepala kita sendiri ataupun hanya melalui kabar angin sahaja. Suatu yang sukar untuk diterima dek akal fikiran manusia.

Seperti juga apa yang aku baca mengenai keju yang diperbuat dari susu manusia! Aku cuba menganggap ianya hanya cerita rekaan semata-semata.

Tapi satu article mengenai France human breast milk cheese yang ditulis pada tahun 2007 menyebabkan benda ni seakan benar.

Le Petit Singly, sebuah kilang di France direka khas untuk menghasilkan produk keju yang diperbuat dari susu badan manusia ni. I was like, huh?! Boleh tak korang bayangkan bagaimana cara diorang menghasilkan atau menuai susu manusia utuk dijadikan keju?

Menurut mereka, cara menghasilkan keju ini adalah sama dengan cara menghasilkan keju dari susu lembu dan rasanya seakan keju ni dicampur dengan kacang hazel!

Dan pada tahun ini juga (2010), seorang tukang masak diberi amaran oleh oleh pegawai kesihatan selepas dia memberi tawaran kepada pelanggan untuk merasa sendiri keju yang diperbuat daripada susu isterinya sendiri!

Aku masih meragui kewujudan benda ni kalau ianya tak ada depan mata aku.  Sejauh mana kebenaran benda ni, diorang sajalah yang tahu. Tapi kalaulah benda ni benar-benar wujud, apa yag korang fikir masa menikmati keju tu?


Atau



Kalau korang berminat nak baca lebih mengenai benda ni, korang boleh baca kat  Human breast cheese milk mada in France Atau New York chef offers customers cheese made from wife's breast milk

Dan kalau nak lebih advance lagi, korang boleh lawat Petit Singly, laman web dalam bahasa france, kilang di france yang menghasilkan produk ini. Korang boleh buat tempahan online juga kat laman web ni kalau berminat. Sejauh mana berfungsi laman ni, aku tak tau pula sebab aku tak cuba lagi.

Hidung Gatal, Bukan Hidung Belang!

Hidung gatal dengan hidung belang sama ke? hihi. Setahu aku maksud hidung belang ni macam lelaki yang gatal. Nak ngorat awek je kerja. betul Tak? kepada cikgu-cikgu diluar sana, terutama pada chekgu isza. Tolong betulkan aku. hihi.

Ni bukan pasal aku jadi hidung belang ke jadi kuat ngorat perempuan. Ni kes kegatalan hidung yang melebih-lebih ni. Selalu terjadi rasa hidung aku ni gatal semacam saja. Terutamanya lepas makan kacang, kuaci. Kadang kunyah gula getah pun buatkan hidung aku gatal yang amat sangat. Tak tahu apa sebabnya. takan aku alahan kot.

Atau mungkin juga resdung. Lagipun, aku ni berjerawat sikit. Tapi aku tak pernah pula tanya kat doktor sebab aku tak kisah sangat. Cuma bila benda ni datang, memang sure sangat tak selesa. Bila dah datang, terpaksa tahan jelah hidung ni. Sampai hidung pun jadi merah macam badut aku tarik, sebab nak bagi lega sikit.


Makcik Boleh Tak Jangan Pakai Tangan Bogel

Kalau cakap bab makanan, aku memang sangat cerewet. Kalau nak makan kat satu tempat tu, mesti aku tengok sekeliling apa yang ada, bersih ke tak tempat tu. Pekedai dia bersih atau tidak. Kalau tak bersih, memang selera aku hilang. Tak pun memang sure aku blah le cari tempat lain.

Kecerewetan aku ni pun dipersetujui oleh cik awek. hihi. Aku bukanlah nak cari makanan yang sedap ke apa, tapi nak cari tempat yang bersih beb. Korang berselera tak kalau makan kat satu tempat yang tak bersih, dengan bau dapur yang tak pernah dicuci. Aku memang sure hilang selera makan. Walau makanan sedap macamana pun, selera tetap lari.

Ok fine, aku nak cerita pasal makcik seorang ni yang menjual nasi lemak. Entah kenapa akhir-akhir ni aku suka sangat makan nasi lemak yang diorang jual. Sedap beb. Sangat sedap. haha. Even jual kat tepi jalan je pun. Tapi tetap sedap. hihi.

Gerai diorang ni ada 5 orang yang menjaga semuanya. 4 lelaki, seorang makcik. Pernah sekali  masa aku beli nasi lemak kat gerai diorang, makcik tu yang jaga. Aku fikir, makcik yang jaga mesti bersih punyalah. Aku yakin.

So, dengan yakin aku pegi tempat makcik tu;

Aku: makcik, nasi lemak 1. lauk begedil ya.

makcik tu pun teruskan la kerja dia sediakan pesanan aku. Dan tanpa aku sangka, makcik tu ambil lauk begedil tu dengan menggunakan tangan bogel, atau dalam bahasa orang puteh, naked hand. Betul tak aku translate tu? Ke salah? Ah lantak lah! Yang penting, aku geli tengok makcik tu ambil lauk tu menggunakan tangan bogel!

Kalau makcik tu pegi tandas sebelum datang berjualan? kalau dia dah basuh tangan tu, ok juga kan? Kalau tak?! Korang fikirkanlah apa yang ada ditangan dia tu. aku dalam keadaan blur dan geli+menyampah diam je sambil bayar harga makanan dan berlalu dari situ.

Sejak hari tu, aku tak pernah pesan makanan dari makcik tu even aku tetap beli nasi lemak kat tempat diorang tu. Dan dari apa yang aku tengok, makcik tu tetap dengan ilmu tangan bogelnya tu. hish.

Lepas cerita, baru aku perasan, mungkin aku patut letak tajuk tu "makcik, boleh tak masa nak ambil makanan tu jangan pakai tangan bogel" Tapi terlalu panjang, kang korang bingung pula. haha


Gardenia Malaysia Berpecah?

Salam Hari Jumaat untuk Semua :)

Nampaknya hari ni hujan renyai-renyai la pula. Nasib tak lebat sampai banjir kan? Tapi syukurlah, hujan rahmat kata orang. Orang tua-tua kata hujan renyai-renyai hujan rahmat, kalau hujan lebat, apa pula ya? Terlebih rahmat kot, ya tak? hihi

Ok, bersambung dari entri semalam tentang Gardenia. Gardenia Malaysia berpecah ke? Kalau korang perasan, siapa yang pernah datang ke Sabah, atau yang dari Sabah datang ke Semenanjung, korang mesti perasan produk Gardenia kat sini banyak, tapi produk kat Sabah sikit saja. Banyak produk Gardenia kat Semenanjung tidak dijual di Sabah.

Mula-mula datang sini, aku pun perasan juga, tapi aku pernah peduli sehinggalah kami melawat kilang Gardenia. Rupanya dalam sejarah Gardenia, Gardenia ni sebenarnya sampai ke negara kita bermula di Sabah dan orang yang memulakan Syarikat Gardenia Horatio Sye Slocumm, seorang warga Amerika yang bekerja dengan syarikat pembuatan roti di sana.

Selepas itu, seorang lelaki berbangsa cina pada masa itu melihat peluang Syarikat ni berkembang dan meminta kebenaran Uncle Slocumn untuk membuka kilang atas nama diorang juga. Dan uncle Slocumn bersetuju dengan syarat kilang tu mesti dibuka di tempat lain dan bukannya di Sabah. Sehinggalah pada hari ini, mereka masih lagi menghormati perjanjian itu.

Maksudnya, kat Malaysia ni, wujudnya 2 Syarikat Gardenia sebenarnya iaitu Gardenia (Sabah) dan Gardenia (KL). Lepas dengar sejarah diorang, baru aku faham. Ooo rupanya macam tu, sebab tulah Butterscotch dan twiggies semua tu tak ada kat Sabah. :)

Sedapnya Bersama Gardenia!

Siapa yang tak kenal dengan Jenama Roti terkenal kat Malaysia ni? Ke ada juga yang tak kenal? haha. Kalau korang tak kenal, maknanya korang tipuuu! Mustahil tak kenal. Tiap hari ada saja iklan gardenia keluar kat TV kan? Takpun, kalau korang  ke mana-mana pasaraya atau kedai runcit korang mesti jumpa roti gerdenia.

Hari tu aku dan geng kelas aku ada lawatan sambil belajar kat kilang Gardenia. Best la dapat masuk kilang tempat buat roti yang kau makan setiap hari. Dapat tengok sendiri lagi macana diorang buat roti tu. Bila kitorang masuk je pintu bangunan Gardenia tu, wah bau sedap roti gardenia menusuk hidung. Macam nak masuk kilang tu je nak ngap roti diorang, haha


Pastu kitorang menonton pula secara terperinci cara nak buat roti tu. Dan bukan senang tau nak buat roti gardenia tu. Setiap roti tu melalui proses selama 8 jam sebelum siap untuk dimakan! mak oi lamanya nak buat roti saja ye. Tak tau pula selama ni perlukan 8 jam nak hasilkan roti tu. Mak aku kat rumah bakar roti tak sampai sejam je dah siap. hehe.

Dan lagi 1 yang menarik ialah, korang janganlah risau pasal halal atau tak produk Gardenia ni, sebabnya orang kat sana bagitau kitorang produk diorang ni halal. Siap ada penal khas untuk mengawal selia status halal diorang tu. Tapi yang ni untuk Gardenia KL saja ok. Kalau Gardenia kat negara lain, diorng tak dapat nak pastikan pula. So pastika korang kalau nak beli roti Gardenia, belilah buatan malaysia. :)
Dan lagi 1, sebenarnya Gardenia KL ni berbeza dengan Gardenia kat sabah tu. Sebab tulah aku pelik. Bila aku sambung belajar kat sini, banyak produk gardenia yang tiada kat sabah sedangkan Diorang share nama yang sama! Mereka berbeza dari segi pengurusan dan pasaran disebabkan sejarah kewujudan Gardenia ni. Ok yang tu aku ceritakan kemudian ok? :)

Ni la antara Produk Gardenia di pasaran

Dan bila masuk ke dalam kilang untuk melihat sebenar proses pembuatan roti ni, memang tak pernah nak bayangkan macam tulah cara ianya dihasilkan. Dan pertama kali dalam hidup aku melihat beratus-ratus biji roti. haha.

So, lepas ni kalau korang makan roti gardenia ni, korang jangan bazirkan ya? Ingat, roti yang korang makan tu mengambil masa 8 jam untuk jadi roti!