Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Ubipanas.com Lebih Panas Dari Biasa!


Walaupun ubipanas.com tak famous macam kim kardhasian, namun kini blog ini jadi lebih hangat dari biasa! Ya sudah tentu. Bak kata Fit,

P/s: eh baru aku perasan blog bro dah jadi blog hiburan ar.. boleh berjaya ni..good luck :). Fitrihadi.com

Blog ni bukan jadi blog hiburan sangat pun. Just idea nak tulis pun kering, so berhiburlah sekejap cuma. Lagipun nak bagi blog ni lebih hot sikit. Dah namanya pun ubipanas, mestilah nak bagi panas sikit. haha

Blog ubipanas ni tetap blog peribadi yang suka menulis cerita lebih hangat dari biasa. Menulis kisah peribadi aku sebagai seorang student yang merantau di tempat orang.. Walaupun tak la peribadi sangat pun. Berkongsi maklumat dan info berguna kepada semua. Pendek kata, blog ni jadi blog rojak.

Dan aku nak wujudkan lagi cerita baru, iaitu segmen cerita seram. So siapa yang suka dengan cerita seram-seram gitu, boleh la berhibur sambil ketawa baca cerita seram. errk? ada tak orang ketawa masa baca cerita seram? Ok, nevermind.

Tapi buat masa ni, aku tak aktif sangat menulis. Aku lebih pentingkan masa rehat dan tidur. Dan semestinya study. Kalau dulu, sanggup kurang tidur, semata-mata nak bagi blog update. Hasilnya, penat memanjang. Masuk kelas mata kuyu dan tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. So tak nak lagi macam tu. Ada masa update la. Kalau takde, biarkan saja.
 
So kalau blog ni tak berupdate selama berbulan-bulan ke, korang faham sajalah. Dan kalau aku tak membalas lawatan korang, jangan lah merajuk. Ada masa, aku akan tetap jejakkan kaki, menyemak di blog korang. hahaha!


Cara Letak Facebook Share Button Dalam Blogspot Blog


Tidak dinafikan facebook adalah laman sosial yang paling terkenal buat masa ni biarpun ada ura-ura yang mengatakan yang facebook bakal ditutup tahun ni. Dan dengan kepopularannya, kita boleh menggunakan facebook untuk meningkatkan trafik blog atau website dengan menggunakan fungsi share button.

Tutorial kali ni adalah cara bagaimana untuk meletak facebook share button dalam blogspot blog. Tutorial cara meletak facebook share button ni hanya untuk blogspot sahaja. Untuk twitter pula, anda boleh pergi ke laman tutorial cara meletak twitter button dalam blogspot blog.

Ok, untuk tutorial meletak facebook share button, sila ikut langkah berikut.

1. Sila login ke Dashbord blospot blog
2. Pergi ke tab design dan seterusnya Edit HTML
3. Tick pada "Expand Widget Templates" Checkbox

Bahagian yang paling penting adalah untuk menjejaki kod HTML dalam template blog korang. Untuk mencari kod ini, sila tekan cltr+f dan cari kod dibawah;

<div class='post-body entry-content'>

Atau ini

<data:post.body/> 

Atau ini

<div class='post-footer'>

Selepas korang jumpa kod di atas, sila salin kod dibawah;

<div style='float:left;padding:4px;'>
<script>var facebook = {
url : "<data:post.url/>"
buttonType : "box_count"
}</script> <script
src="http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/facebook.js">
</script>

Untuk memilih style button yang korang suka, sila tukar kod berwarna merah diatas kepada kod dibawah mengikut style button yang korang suka.

box_count

button_count

 Selepas itu, paste kod diatas sebelum kod,

<div class='post-body entry-content'>

Untuk mendapat hasil seperti dalam blog blogger 20 sen ni.

Kalau korang nak button tersebut berada di bawah blog post, sila paste kod tersebut selepas kod

<data:post.body/>

Atau selepas kod,
<div class='post-footer'>

Korang boleh cuba semua kedudukan facebook share button ni dan pilih mana satu yang berkenan di hati.

Sebagai ingatan, sila backup template korang terlebih dahulu untuk mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi pada blog korang. Sebarang pertanyaan sila ajukan dalam bahagian komen.

++Hasil dari tutorial ini mungkin sedikit berbeza mengikut template yang korang guna.


Jom Tengok Baju Dalam Remaja Perempuan Dan Filem di Cerita lucah.com



Kepada peminat filem biru, atau orang kata filem blue @ blue film, jom ramai-ramai tengok filem biru kat cerita lucah.com. Aku tak nak join, korang saja la layan filem macam tu. Aku budak baik. Sebenarnya aku tak tahu pun kewujudan laman sesawang tersebut sebelum ada bebudak nakal cari benda tu kat sini.




Dan, aku sebagai seorang lelaki tulin yang berhati suci lagi murni sememangnya tak pernah terlintas di fikiran aku dengan benda-benda yang tak baik. Apatah lagi memikirkannya. Dan sebab itu jugalah aku berfikir, macamana ya rupa baju dalam remaja perempuan macam yang diorang cari tu? Aku pun terfikir, macamana rupa baju tu? Err, korang tak payah jawab.

Nakal lah budak-budak zaman sekarang ni. Bukan budak-budak saja, mungkin bapa budak pun ada juga!

Maaflah, Ubipanas.com Bukan blog lucah. Korang tak akan jumpa benda-benda tu kat sini. Kalau nak hang pi cari sendiri kat kedai obat!


Cara Untuk letak Tweet Button Dalam Blogspot Blog


Sebagai seorang blogger, traffic adalah salah satu element yang menjadi keutamaan dalam berblogging,terutamanya mereka yang ingin menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Dan salah satu cara untuk meningkatkan traffic adalah melalui laman sosial yang ada, seperti twitter dan facebook.

So kali ni, aku nak share sikit cara bagaimana untuk membuat atau meletak twitter button dalam blogspot blog, memandangkan aku menggunakan blogspot sebagai blogging platform. Banyak juga cara yang aku jumpa tapi tidak ada satu pun yang berhasil atau berfungsi dengan baik. Twitter button yang ni berfungsi dengan baik untuk aku, so harapnya berfungsi untuk korang juga.

Ok perkara pertama yang perlu korang buat  untuk meletak Twitter button adalah;

Login ke Dashboard blog. Untuk Dashboard blogspot yang lama, rasanya korang perlu pergi ke layout tab. Tapi untuk updated blogspot dashboard, korang pergi ke

1.    Tab “Design”
2.    Pergi ke “Edit HTML”
3.    Tick pada “Expand Widget Templates”

Selepas itu, part yang penting, Cari kod ini,

<div class='post-body entry-content'>

Atau ini

<data:post.body/> 

Atau ini

<div class='post-footer'>


Selepas itu, sila copy kod di bawah ni dan tukarkan kod warna merah kepada profile name twitter korang.Dan kod warna ungu kepada button style yang korang nak. Contoh button,

vertical 

None

<div style='float:left;padding:4px;'>
<script>
var tweet = {url : " <data:post.url/>", count: "horizontal", via: "kyuubi_85", text: " <data:post.title/>" }</script> <script src='http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/tweet.js'/> </div>

Kyuubi_85 adalah profile name aku. Kalau korang berminat nak add, silakan. Fungsi meletakkan profile name ialah, bila ada orang yang share post korang kat twitter, secara tidak langsung, tweet tu akan mention korang, macam aku, @kyuubi_85. 
 
Untuk Button tu kelihatan seperti yang ada dalam blog ni, korang boleh paste Sebelum kod ini

<div class='post-body entry-content'>

Hasilnya kelihatan seperti gambar dibawah


Kalau korang nak Twitter button tu menyempit kat sebelah ayat pertama entry, korang boleh paste kode tersebut selepas kod ni

<div class='post-body entry-content'>

Atau sebelum kod ni
<data:post.body/> 

Hasilnya akan kelihatan seperti ini,




Dan kalau korang nak button tu berada dibawah selepas entry, sila paste kod selepas kod ni

<div class='post-footer'>

Hasilnya akan kelihatan seperti ini,


Sebagai ingatan, sila backup template anda sebelum mencuba tutorial ini. Takut kalau anda benda yang tidak diingini berlaku pada blog korang.

Diharap tutorial ni dapat membantu. Sebarang pertanyaan atau penambahan sila bagitau ok. Tutorial ni di copy dan diubahsuai dari Official Tweet Buttons for websites, Blogger and WordPress

++Sila ambil perhatian bahawa hasil dari tutorial ini mungkin berbeza sedikit bergantung kepada blogger template yang korang guna.

Anda Diberi Pilihan Samaada anda Tekan Suka, Kongsi Atau Bunyi Macam Burung


Perubahan kearah suatu kebaikan adalah amat dimestikan. Betul atau salah? Itu hak korang untuk tentukannya.

Bagi aku, aku cuba untuk berubah kepada yang lebih baik setiap hari sebab aku ni sukakan suatu yang sempurna; Sempurna atas definisi aku sendirilah.

Blog ini misalnya dah jadi salah 1 rutin harian aku. Kalau tak update setiap jam, mesti update paling kurang pun sekali. Apa yang kurang dari 1 tapi bukan kosong? Ngehehehe

So untuk berubah seiringan dengan zaman ini dan memberi anda lebih pilihan, kepada mereka yang baca blog ni, aku dah sediakan 3 pilihan untuk korang. Errkk, bukan 3 tapi 4 tindakan yang korang boleh buat.




4 pilihan itu adalah sila tekan suka kalau anda suka dengan artikel yang aku terbitkan, sila tekan kongsi kalau korang nak rakan-rakan muka buku korang baca artikel yang aku terbitkan dan sila tekan bunyi burung jika korang nak rakan-rakan bunyi burung korang baca artikel yang diterbitkan.

Dan pilihan terakhir ialah jangan buat apa-apa. haha

Aku rasa macam pelik pula aku susun 3 aplikasi tu macam tu. Korang rasa ok ke?


Blogger Bercerai Dan Money Boy Melaka


Exam ada tinggal 1 paper lagi. So boleh la bersenang lenang sikit lepas ni. Beberapa hari juga aku tak update blog ni. Nasib tak tinggal terus saja. Tetap setia dalam arena blogging walaupun takde orang kenal. :)

Tadi tengok performance blog untuk hari ni, tergelak aku tengok. Siapa blogger yang bercerai? Ada pulak orang cari berita blogger bercerai kat blog blogger 20 sen ni. Seingat aku, tak pernah pun aku tulis pasal blogger bercerai, sebab aku tak tau mana-mana blogger yang bercerai.




Dan moneyboy Melaka? Siapa moneyboy Melaka? haha!

Sebenarnya, aku tak tau pun apa tu moneyboy. Lepas tanya kat pakcik google, rupanya moneyboy tu Pelacur Lelaki!

Oh no! Adakah aku telah melakukan kesalahan kerana menjadi pelacur! Haha!

Kepada orang-orang kat melaka? Mana tempat nak cari Moneyboy? Aku nak cari. Dan ada juga orang kat luar sana yang nak cari moneyboy macam aku. haha

Oh ya, Si Abang fitrihadi kan study kat Melaka, Weh fit ko tau tak Mana nak cari moneyboy kat melaka?

Aku Insomnia!


Simple update. Sekarang musim exam, so aku pun tak ketinggalan nak exam. Aku nak praktikkan tips bagaimana untuk berjaya dalam exam ni namun nampaknya tidak berkesan untuk aku.

Dah beberapa hari juga aku tidur tak tentu sebab nak study punya pasal. Makan pun tak teratur. huh! Inilah kehidupan aku buat masa ni.

Nampaknya blog pun akan terbiar beberapa hari. Mood nak update hilang. Idea pun kering. Sebab otak dipaksa bekerja keras untuk study, so idea best nak update pun bercuti sementara waktu.

Maaflah kat fitrihadi dan pembebel jalanan sebab aku tak dapat jawab tag korang tu buat masa ni. lepas ni aku buat ok.

Pada yang drop komen dan baca blog ni, terima kasih daun keladi. Lain kali singgah lagi. Maaflah aku tak dapat lawat korang pula. Sedang dilanda demam exam yang teruk. nanti lepas exam habis, kita blogwalking ramai-ramai sampai pengsan okeh?


Nuffnang Sponsored Post Yang Terpaksa Ditolak


Mungkin benar sesetengah orang kata, When you least expect it, opportunity arises right in front of you.

Aku bukanlah blogger yang hebat, punya ramai pengunjung beribu riban macam yang lain. Kualiti penulisan pun macam melepas batuk di tangga. Kadang mengharap berita sensasi untuk meraih trafik yang tidak seberapa ke blog.

Tidak juga pernah terlintas di fikiran, nuffnang akan bagi peluang untuk blogger picisan macam Blogger 20 Sen ni untuk merasa sponsored post yang diidamkan semua blogger yang bernaung dibawah nuffnang.

Namun kadang-kadang, peluang hadir  tanpa kita undang, tanpa kita dijangka. Terkejut beruk aku semalam bila menerima email Dari Nuffnang bertajuk opportunity for exclusive sponsored post for KK nuffnangers. Yalah, kan aku asal KK Sabah.

Hati terdetik, betul kah nuffnang nak bagi aku peluang untuk menulis sponsored post? Peluang dapat Buffered Ads Berderet pun aku dah cukup bersyukur even aku tak dapat maximize earning tu. Inikan pula sponsored post?  Balik-balik aku baca email tu. Jemputan ni pun limited, So maksudnya yang terpilih dan terawal kot yang akan dijemput. Tapi apakan daya, peluang tersebut aku harus tolak. Sebab aku ada komitmen lain untuk dilaksanakan.

Xpax akan membawakan Stopmin’ Sabah di Jesselton Point  pada 6 November 2010. So, nuffnang nak jemput nuffnanger yang dapat datang event ni untuk datang dan blog pasal ni. Memandangkan aku asal Sabah, mungkin sebab itulah diorang bagi offer ni. Rasanya, ramai juga blogger yang bernaung dibawah nuffnang dari Sabah yang dapat jemputan ni.

We are offering sponsored post opportunities to Nuffnangers who'll be able to attend the event and blog about it, and also tell their friends about it on Facebook/Twitter

Event tu berlangsung pada 6 November 2010, jam 9 malam, iaitu pada malam exam aku yang ketiga (3). Dan masa tu aku masih lagi kat Shah Alam. Jadi nampaknya, terpaksa aku menolak niat baik nuffnang kali ni. Kalau saja masa dan tempat tidak membataskan keupayaanku, sudah ku sambar peluang ni.

Tapi, mungkin yang ni bukan rezeki aku lagi. Sabar sajalah

Kadang-kadang peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Jadi kita mesti hargai setiap peluang yang ada.  Tapi kali ni aku harap peluang macam ni akan datang berkali-kali


Apa Kes Jadi Blog Lucah

Rasanya jarang aku tulis pasal blog ni, keyword yang masuk dan visitor berapa kan. Yalah, blog baru. mana ada pencapaian yang boleh dibanggakan sangat. Lain lah macam korang yang dah jadi guru SEO, kalau cakap macamana nak tingkatkan visitor dari search engine, memang terror. Hit setiap hari melambung-lambung. Aku? Tak payah cakap.

Ok, ini kes awal pagi. Bila online je, buka nuffnang nak la kan tengok pencapaian blog semalam. Biasalah. macam korang tak biasa kan? hihi. Bila aku tengok referral yang masuk yang tolong bagi traffic pada blog ni, mak ai. Mau tak terkejut aku.


Ini adalah antara penyumbang traffik untuk blog ni. Apa kes ni jadi lucah pula? Kalau just perkataan macam seks ke, bogel ke atau yang biasa-biasa aku tak heran la. Tapi yang ni, twitter bogellucah? Bila aku check akaun twitter ni, memang sah! Milik seorang blogger Indonesia yang menulis blog lucah!

Takan lah hanya disebabkan oleh makcik yang menggunakan tangan bogel ni kot. hish. Hei mamat, terima kasih atas trafik kau bagi kat aku, tapi kalau lu nak tulis blog lucah, jangan kau libatkan aku. Ini bukan blog lucah. Sikit-sikit adalah, tapi masih sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat!


I'm 82% Addicted To Blogging!

Pernah tak terfikir, korang ni dah ketagih menulis blog. Pada yang menulis blog mungkin rasa di hati tu macam ketagih kan. Asyik rasa nak menulis saja. Pantang ada benda best ke berita hangat ke, mesti terbayang blog kan. Tapi korang tetap tak nak akuinya. hihi

Ok, tak nak mengaku sudah. Kalau korang malu nak mengaku, ada 1 tempat korang saja yang tau ketagih ke tak menulis blog ni. Tadi aku merayau-rayau, jumpa pula dengan blog kalamhati ni. Katanya, "Nak tahu tahap ketagihan anda blogging?" 

Terus aku jadi minat! haha! Dia bagi link kat 1 web yang sediakan kuiz untuk menguji sejauh mana ketagihan anda menulis blog. Siapa yang nak tahu, sila terjah tempat ini.

Result aku ni je.


I'm 82% Addicted to blogging!


Ini Adalah Blog Peribadi

Bak kata Fitrihadi, ini adalah blog peribadi! Aku sokong ko fit. Blog ni juga merupakan blog peribadi. Tempat untuk aku meluahkan perasaan dan menulis apa sahaja yang aku rasakan menarik. Mungkin benda tu tak menarik kat mata orang lain, tapi bagi aku menarik kot. Sebab tulah aku tulis kat blog ni. Tak macam tu?

Tempat aku berkongsi pengalaman hidup aku. Pengalaman yang best dan tak best. Semuanya tersimpan disini. Tapi bukanlah sebagai diari. Kalau diari lain la pula isinya kan. Tak nak aku bagi korang baca kalau blog ni adalah diari. :)

Kadang tu, kalau idea tu datang nak share benda ke, nak share tips ke. Aku tulis la kat sini. Kadang bergaduh dengan cik awek ke, bengang dengan lecture ke. Luahkan juga kat sini. Kan dah namanya blog peribadi. Bukan diari harian, atau blog yang ditetapkan niche.

Teringat komen anonymous kat entry ni hari tu, katanya blog ni macam sampah je. Aku nak bagitau lah sekali lagi. Blog ni adalah blog peribadi tempat aku share semua yang menarik perhatian aku. So maksudnya adakalanya, benda yang aku tulis tu orang lain rasakan ianya sampah, tapi bagi aku ianya suatu yang menarik. Tak macam tu?


Akhirnya Dah Ubah Juga

Hari ini, 16 Oktober 2010 akhirnya berubah juga nama blog ni dari Everything Beautiful kepada Blogger 20 Sen. Memang dah lama nak tukar tapi mood nak tukar tu belum sampai. So hari ni kot mood tu sampai. haha.

Lepas ni, korang jangan ingat pada Everything beautiful lagi k. Tapi ingatlah si kyuubi, blogger 20 Sen ni. Takde benda pun yang beautiful kat dalam blog ni. hihi

Sebenarnya ni adalah salah satu blog rebranding yang aku maksudkan dulu, nak cari nama blog yang lagi unik dan senang nak ingat. Lagipun, rasanya belum ada blog yang bagi nama macam ni kot. Kalau everything Beautiful tu, search kat Google takde keluar punya blog ni. Semua keluar orang putih punya.

Mungkin lepas ni kalau bosan dengan nama ni, nak tukar lagi kot. haha

p/s unik tak nama tu? ke macam sampah?


Blog Kena Banned Oleh Google!

Pernah tak terfikir yang blog kita kena banned oleh Google? Mungkin Ramai yang tak tahu, tapi rasanya otai-otai ramai yang tahu tentang ni. Aku pun baru saja tahu tentang ni. Dan kalau blog tu kena banned, memang susah kot nak dapat traffic dari search engine walaupun seo yang hebat dan pagerank yang tinggi.

Banyak sebab google banned blog atau website tu. Antaranya adalah melakukan spam, atau mengulang keyword tertentu dalam jumlah yang banyak. Contohnya, Datuk Siti Nurhaliza mengandung. Dalam blog pots, korang ulang keyword Datuk Siti Nurhaliza mengandung sebanyak 20 kali. Ini akan menyebabkan Google akan anggap post tersebut adalah spam. Ini hanya contoh, aku bukan pandai bab seo pun.

Jadi bagaimana nak check kena banned ke tak? Jangan risau sebab ada tools yang boleh digunakan untuk check samada blog dibanned atau tidak

Ok, sini adalah cara nak tahu blog kita ni kena banned atau tidak. Just Masukkan Domain anda dan tekan check! :)


Check domain: http://
(eg. www.iwebtool.com)

Powered by iWEBTOOL

Selamat mencuba!


Blog Diserang Anonymous!

Wah, selama ni anonymous yang datang blog ni saja nak spam kat komen. Tapi kali  ni lain pula yang datang. Anonymous kali ni komen dalam bahasa melayu! Aku tak sangka jugalah blog murahan dan tak popular macam blog ni boleh diserang Anonymous. Siap kata blog macam sampah saja. Kalau korang nak baca komen si anon ni, boleh baca kat post, Filem Terbaru 2010 - Red.

Blog ni macam sampah ke? wa tak nampak pun sampah bersepah sana sini. huhu. Sorry la anon kalau lu datang sini cari benda yang wa tak tulis. Serius wa nak minta maaf. Wa budak baru belajar. Umur blog baru setahun jagung so wa tak berpengalaman sangat pun. Wa pun tengah nak cari indentiti blog ni.

Tapi wa kecik hati sebab blog wa bukan famous mana pun. Setakat 40 hingga 50 unique visit setiap hari, lu nak jugak kondem wa. Tapi terima kasih sebab hari ni boleh tambah 1 unique visit dari si anon. hihi.

So pada si anon, kalau lu rasa blog wa macam sampah, sila datang balik dan ajar wa nak blogging supaya blog ni tak macam sampah. Wa rileks je~

Terima kasih anon sebab bagi komen yang jujur. Wa tahu blog wa macam sampah tapi takde pun orang nak bagitau.


Blog Rebranding

Jenama ataupun brand dalam bahasa orang putih merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesuatu produk. Kalau jenama tak best atau pelik, mesti sikit orang nak tengok kan? Lihat saja jenama levis, gucci, KFC dan banyak lagi jenama terkenal yang ada kat luar sana. Kenapa brand ni famous sangat sampai orang pun bangga kalau pakai seluar jenama levis. Mesti sebab senang nak ingat dan kualiti pun bagus, ya tak?

Macam tu juga dengan blog. Perlu ada jenama dan kualiti. Kalau korang tengok blog ni, kualiti rendah dan nama pun biasa saja. Everything Beautiful, kalau nampak link ni kat mana-mana, berapa ramai orang tergerak hati nak klik link ni. Wa cakap sama lu, wa sebagai tuan tanah blog ni pun tak akan klik link ni kalau blog ni bukan wa yang punya.

Dan disebabkan itulah aku fikir nak buat penjenamaan semua blog ni. nak bagi nama yang happening sikit, biar korang boleh ingat nama blog ni. Beberapa peraturan untuk jadikan blog berjaya aku cilok dari otai-otai blogger yang berjaya kat luar sana adalah seperti;

1. Beli domain dot com ke apa-apa dotnya, asal saja doman sendiri
Ini aku dah fulfill atau orang kata penuhi dengan domain ubipanas.com ni. Nama pun pelik sikit, so harap boleh lekat kat fikiran sesiapa saja yang masuk kat sini.

2. Beli hosting sendiri
Ni aku planning nak buat tahun depan. hihi. Nak kumpul duit hasil blog baru beli hosting. tak mahal pun, tak sampai RM100, so apa salahnya kan.

3. Pakai wordpress
Ni kalau lepas beli hosting, memang sure la kan kena pakai ni. Ke ada platform lain yang boleh kita guna kalau guna hosting sendiri? Ni pun aku belum guna, masih terkial-kial dengan blogspot sekarang ni.

4. Kualiti isi
yang ni memang payah. Kalau baca entri blog ni, takde kualitinya pun. Kuantiti je lebih. huhu. So kena berlatih dan perah otak lebih sikit supaya entri lebih berkualiti. Kalau takde idea, baik tak payah aku nak update. huhu

5. Branding
Ni aku yang tambah sendiri. Kalau nak bagi orang ingat blog ni, sila lah gunakan domai yang pelik-pelik tapi mudah diingat dan nama blog.

So, peraturan pertama dah dipenuhi. Dan ada beberapa lagi yang akan menyusul selepas ni. Dan kali ni aku nak buat rebranding blog, Nak bagi nama yang best sikit.

Apa pendapat korang kalau aku tukar dari Everything Beautiful ke nama baru ni,

"Blogger 20 sen"

Korang terasa nak klik tak link ni kalau muncul kat mana-mana? Sure korang boleh ingat tak? hehe


Penyakit Lupa-Lupa Ingat

Bila otak beku, sure takde benda nak tulis. Tak update la blog ni. Kalau update pun merapu entah takde maknanya entri yang ditulis. Sekadar untuk memuaskan nafsu seks untuk menulis dan yang penting istilah update blog tu dapat dipenuhi. Betul atau tidak? Korang sendiri lah yang tentukan ya. Aku tak pernah. hihi. Dan paling tak boleh blah, bila otak kering takde idea, senang je bukak news online, copy paste berita yang dirasakan hangat untuk dijadikan bahan untuk update blog. hehe.


Muka tekanan, tapi masih mau control macho. hihi

Tapi yang paling bengang, bila korang tengah jakan kat luar, atau tengah sibuk, bila teringat blog, idea datang mencurah-mencurah untuk update. Tapi bila sampai depan komputer, bukak blog dan bersedia untuk update, idea tiba-tiba hilang entah kemana. Bengang ke tak? Aku tak bengang, aku relax je. haha.

So, kalau korang selalu menghadapi simptom yang aku panggil lupa-lupa ingat ni, aku nak sarankan agar korang bawa nota kecil kemana saja korang pergi dan sediakan juga sebatang pen. kegunaannya? Untuk menulis tajuk entri yang tiba-tiba muncul dikala korang tak berada depan laptop atau tidak berada dalam keadaan yang membuatkan kita sempat nak curahkan idea tu. hihi

Sebagai seorang blogger, kenalah bersedia setiap masa kan, kot idea datang tiba-tiba. Kamera yang besar berat tu korang sanggup angkut ke hulu ke hilir, kenapa pula nota kecil korang tak sanggup nak bawa ke sana kemari?

p/s Aku selalu mengalami simptom lupa-lupa ingat ni, sebab tulah memerlukan sekeping nota kecil untuk merekod idea yang datang tanpa diundang. hihi


Sifu Aku Dalam Dunia Blog

Masa korang semua mula-mula berjinak dengan dunia blog, siapa yang perkenalkan blog ni dengan korang? Dah kenal pula, siapa yang banyak beri tunjuk ajar kat korang. Kalau tak pun korang jadikan blog diorang sebagai singgahan untuk dapat blogging inspiration?

Masa aku mula-mula blogging dulu, kenal blog sebab sendiri cari dan belajar. Dan mula-mula jadi blogger dulu, aku tak tau apa benda pun. Nak tulis apa aku tak tau, nak buat itu ini dan segala macam yang korang nampak kat belog ni, depa tak tau! Serius aku tipu! lalala~

 Header Yang Mantap!

Blogger pertama yang aku kenal korang nak tahu siapa? Dialah pemilik fitrihadi.com tu. Aku ingat lagi mula-mula aku kenal masa aku nak pasang favicon tu. hehe. Aku pasang pertama kali tak menjadi. Aku komen kat belog lama dia kat fitrihadi blogspot tu. Lepas tu dia lak tolong aku sampai aku dapat pasang favicon tu. Serius aku tak tipu!

Sekarang dah pandai pasang sendiri aku tak lah bergantung pada orang lain selain pakcik google. ehehe. Dan sejak tu, aku jadi silent reader kat belog lama dia tu. Kadang je nak komen. hehe. Dah sekarang pula rezeki dia dalam blog ni pun nampaknya ada baik punya, tukar pulak domain dan hosting sendiri. Itu pasal la aku pun nak jugak, sebab nak ikut sifu! ehehe.

Dan bab yang paling tak boleh blah ialah bab edit-edit gambar. Dia ni memang terrer bab edit gambar beb. Korang tak percaya? Pi la tengok kat belog dia, sekarang! kat Fitrihadi.com! Belog dia memang cool.

Dalam diam, dia nilah sifu aku sebenarnya, aku banyak rujuk belog dia untuk mantapkan lagi belog aku ni. ehehe. Jangan marah ya fit, nanti cepat tua! ahaha

p/s korang lak siapa yang jadi bahan eksperimen rujukan korang?


My First Churp-Churp Earning!

Akhirnya murah hati juga churp-churp bagi aku assignment. Tak banyak, 1 je. hehehe. Setakat 1 assignment pun nak sibuk kan? Lain lah korang yang dah berkali cashout duit churp-churp tu. Aku baru dapat 1 assignment. So korang bayangkan sajalah baru berapa earning yang aku dapat.


Apakejadahnye baru dapat 48sen pun nak heboh! haha! Saja je nak tengok berapa lama baru aku dapat cashout duit churp-churp ni. Nak sampai RM100 tu korang rasa nak ambil masa berapa tahun? huhuhu. Sekarang ni pun ada 5 assignment baru yang aku dah hantar tapi sedang tunggu approval. Duit blog ni aku dah pernah rasa, sekarang nak tunggu churp-churp pula. Tapi entah nak tunggu sampai bila kalau macam ni. haha.

Kata orang, "usaha tangga kejayaan". Dan ada orang kata, "kalau tiada nasib, seberapa banyak kita berusaha pun takan ada hasil yang best". Betul ke? Apa pula pendapat korang?


Nampaknnya Aku Terpaksa Bermula Dari Bawah

Nampaknya pertukaran domain dari blogspot ke dot com memberi kesan pula dengan blog ni. Memang sedih jugalah, tapi nak buat macamana juga kan, dah keinginan aku nak tukar domain ke dot com. Pasrah sajalah.

Dulu sebelum tukar ke domain baru, Google Pagerank blog ni adalah 2. Tapi bila aku check balik lepas tukar domain, Google Pagerank dah jadi 0! huhu. Non available katanya buat masa ni. Kesian juga kat blog ni, setelah setahun blogging, baru nak merasa Pagerank 2. Tiba-tiba turun pangkat la pula. Tapi Setakat Pagerank 2 tu apalah sangat kan. Lainlah kalau 4 ke, 5 stau lebih tinggi.

Not Available kata pakcik Google

Dah check pagerank, aku check Alexa ranking pula. Dan hasilnya, ranking menjunam jatuh gaung! aduhai blog, kesian ko ye. Takpe, nanti akan aku temani meniti hari yang mendatang. hihihi. Hari tu, ranking alexa adalah dalam 1 juta seluruh dunia. Kat Malaysia pula, bolehlah dalam tangga ke 5000. Tapi bila dah tukar nama baru, ranking blog jatuh ke nombor 16 juta seluruh dunia. Dan kat Malaysia pula 16,000.


16 juta tu beb! Memang Kalau nak lawan keyword dengan korang kat search engine, Pak Cik Google takan pandang pun blog aku ni. huhu. Nampaknya, terpaksalah aku berusaha dari bawah semula kalau nak bagi ranking ni naik macam dulu. Macam bayi baru lahir, macam blog baru sehari dua kan? huhu


Comment moderation Lebih baik Dari Word Verification

Ramai diantara kita tak suka kalau blog kena spam komen kan? Aku juga selalu kena dengan spam komen ni. Diorang ni nak guna cara mudah nak naikkan pagerank la ni dengan bagi spam kat orang. geram tau! So ramai juga lah dok suruh aku letak je word verification supaya tiada lagi spam komen. Tapi aku tak letak. Sebabnya, aku sendiri rimas kalau masa komen tu nak kena verify lagi. So pilihan yang aku buat, letak comment moderation.

Semua kata word verification ni sebagai protection dari kena spam komen. Ya memang betul, tapi susah sikit la bagi orang nak komen kan. So kenapa tak pilih comment moderation saja? Boleh pilih nak show comment ke tak kan? Lagi bagus, comment moderation ni boleh filter atau tapis komen yang kita nak publish.

Kalau korang tengok, aku dah pun enable comment moderation kat blog ni. dan hasilnya? Best! :) lagipun, comment spam filter enabled. Kalau ada spam, automatically masuk ke folder spam. kan senang. Kita senang, orang nak komen pun senang.

So, kalau aku nak bandingkan comment moderation dengan word verification, rasanya comment moderation lebih baik. Banyak kelebihan berbanding word verification. Korang boleh filter komen yang masuk dan automatically google akan enable spam komen filter. Word verification hanya nak susahkan pengomen je block spam, tak boleh filter komen yang masuk.

Tapi kalau korang nak enable both function, aku tak taulah. :)