Showing posts with label Kes bunuh Datuk Sosilawati. Show all posts
Showing posts with label Kes bunuh Datuk Sosilawati. Show all posts

Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik Dipulangkan?

Aku terkejut sekejap bila baca dalam berita online menyatakan kertas siasatan kes pembunuhan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dipulangkan oleh Jabatan Peguan Negara. Dah tu ianya dipulangkan pada hari yang sama ianya dihantar.

Tapi hati sejuk sikit bila baca sebenarnya kertas siasatan tu belum sempurna dan banyak lagi benda yang perlu disiasat termasuklah bukti dan keterangan saksi. Macam tu lebih baik agar siasatan benar-benar menyeluruh dan bukti dapat dikumpul sebanyak mungkin bagi memudahkan pendakwaan kelak.

Lagipun kita tak nak pembunuh kejam macam ni terlepas begitu saja kan?


Lagi Bukti Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Ditemui

Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di lokasi baru hari ini membawa kepada penemuan objek berkilau seperti seutas gelang emas yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan ini. Gelang yang bersalut lumpur itu ditemui di sebatang tali air dekat dengan kunci air di Kampung Sungai Lang oleh tiga anggota penyelam marin.

Semasa operasi, suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Peguam K. Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut turut dibawa polis ke tali air tersebut. Operasi di tali air tersebut diadakan bagi mencari beberapa bahan bukti disamping mencari barang peribadi milik mangsa pembunuhan ini.

Dah beberapa minggu siasatan dijalankan dan masih banyak barang bukti yang ditemui. Mungkinkah siasatan berpanjangan mampu mencari lebih banyak bahan bukti sekaligus menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Dan mungkin juga mampu menyelesaikan beberapa kes orang hilang yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan peguam K. Patmanaban.


Anggap Kes Bunuh Datuk Sosilawati Selesai; PDRM Jangan Terburu-Buru

Menurut Laporan Berita Harian Disini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan bahawa kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 individu terbabit dianggap selesai dengan penahanan semua suspek kes tersebut. Manakala suspek kes ini dijangka akan didakwa minggu hadapan. Polis juga kini berada dalam fasa akhir mengumpul maklumat dan bukti.

Namun begitu, pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama.

Pada pandangan akulah kan, diharapkan pihak PDRM tidak terburu-buru dan tertekan untuk mendakwa suspek kes bunuh Datuk Sosilawati ni. Ambillah masa yang lebih panjang untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti yang kukuh, yang membolehkan dalang kes bunuh ni disabitkan kesalahan. Kita tak nak nanti pendakwaan gagal membuktikan mereka bersalah dalam pendakwaan nanti disebabkan masalah teknikal dan kekurangan bukti kukuh.

Lagipun suspek kes ni adalah seorang peguam berpangkat Datuk. Kalau dah namanya peguam, mesti tahu selok belok perundangan kan? Dan dia mesti dapat cari kerapuhan bukti dalam pendakwaan nanti. Tutup semua ruang yang membolehkan dia terlepas dengan mencari bukti termasuklah alibi suspek.

Seperti mana kes Altantuya Shaariibuu, Nurin Jazrin yang tidak ada penyelesaian dan suspek kes terlepas begitu sahaja. Kita tak nak kes kejam macam ni terbiar begitu sahaja.


Lagi Kes Bunuh Sosilawati: Suspek Broker Tanah Berharga RM100 Juta (Update)

Suspek utama pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan 3 lagi rakannya merupakan seorang broker penjualan tanah milik jutawan kosmetik, datuk Sosilawati di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. Dilaporkan Datuk Sosilawati telah menerima cek berjumlah RM1 juta sebagai wang pendahuluan bagi tanahnya itu. Cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting.

Pada hari kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 lagi individu, dia dikatakan pergi ke Banting dan berjumpa dengan suspek untuk memberi suspek komisen kerana berjaya mencari pembeli bagi tanahnya. Namun dia dikatakan tidak membawa wang tunai, sebaliknya membawa peguam dan perunding kewangan peribadi sebagai langkah berjaga-jaga.

Eh? Mana yang betul ni, hari tu dilaporkan Datuk Sosilawati membawa wang tunai berjumlah 4 juta ringgit. Hari ni pula dilaporkan bahawa diorang tak bawa wang tunai sebaliknya hanya ditemani oleh peguam dan perunding kewangan. Ini macam aa bikin banyak pening oo. haiya.

Sumber: Berita Harian

Update dari laporan the Star menyatakan bahawa suspek sebenarnya tidak mempunyai gelaran Datuk Suspek dikatakan membelanjakan RM180,000 untuk membeli gelaran itu namun dari siasatan polis, mereka tidak menemui sebarang rekod penganugerahan pangkat Datuk pada peguam tersebut.


Kes Bunuh Datuk Sosilawati

Update mengenai kes bunuh berprofail tinggi; seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, bukti baru kes  bunuh Datuk Sosilawati ditemui apabila penyelam Pasukan Gerakan Marin, menemui 6 keping zink yang dipercayai digunakan sebagai alas untuk membakar mangsa di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang. Beberapa barang peribadi kepunyaan mangsa, dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, ditemui di Sungai Kanchong Laut.

Polis juga dikatakan sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan sebagai senjata untuk membunuh keempat-empat mangsa.

Semakin panas kes ni. Diharapkan pihak polis mampu menyelesaikan kes ni secepat mungkin dan orang yang bertanggungjawab dihukum setimpal dengan kesalahan mereka.

Update: Polis Sahkan Sosilawati Dan Rakan Dibunuh

Bersambung dari entri semalam mengenai desas desus bahawa bahawa jutawan, Datuk Sosilawati Dan 3 lagi rakannya dibunuh. Hari ini, laporan dari Berita Harian Online menyatakan bahawa polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Namun demikian pihak polis menyatakan belum ada pengesahan forensik mengenai perkara tersebut.

Manakala The Malaysian Insider pula menyatakan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang berpangkat Datuk dan 2 orang adik beradik berhubung kes ini.Keluarga terdekat Datuk Sosilawati juga dilaporkan datang untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan. Polis juga menyatakan bahawa mereka menemui beberapa barang kepunyaan mangsa di ladang berkenaan.