Apa yang akan korang akan lakukan kalau tiba-tiba masa korang mandi manda kat sungai ke pantai ke, tiba-tiba ikan pemakan orang datang nak makan orang?
Masa aku pegi Seremban semalam, sempat lagi layan movie. Dan movie yang aku tengok hari tu adalah Piranha! Korang semua mesti tau kan sifat piranha ni iaitu ikan pemakan daging. Dan dalam movie Piranha ni, producer filem ni cuba menonjolkan sifat ikan ni, tetapi bukan sembarangan daging yang diorang makan. Ikan ni makan orang!
Cerita ni bermula bilamana seorang pakcik pegi memancing sambil minum arak. Tanpa sengaja botol arak tu terjatuh dalam tasik sehingga sampai ke dasar tasik tu. Dan mulalah dasar tasik tu pecah dan memberi laluan ke dalam tasik bawah tanah dimana ikan piranha zaman purba yang dikatakan telah lama pupus masih tinggal. Ikan Piranha yang tinggal dalam tasik itu kemudian keluar dan memakan manusia yang mandi manda di dalam tasik tu.
Bagi aku la kan, cerita ni mengerikan sikit, sebab itulah kalau tak silap aku la kan ianya dalam kategori 18PL je yang boleh tengok. Kalau korang tak tahan dengan movie yang nampak banyak darah dan mengerikan, aku rasa ianya tidak berbaloi untuk tontonan korang.
Jalan cerita movie ni juga tak berapa memberi impak pada penonton. Jalan cerita yang tak solid and strong. Namun kesan khas movie ni terutamanya sesi ikan memakan manusia sangat berkesan. So kalau korang teringin nak menonton sesi ikan makan orang, silalah pegi cinema yang terdekat and watch this movie!
Selepas menonton, rasanya rating untuk movie ni, dari 5 bintang, aku bagi 3 bintang je.