Akhirnya, Sequel filem Harry Potter, Harry Potter And The Deathly Hallows yang dinanti-nantikan akan menemui peminatnya di Malaysia pada minggu depan! Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan di Malaysia pada 18 November 2010. Namun producer filem tersebut, Warner Bross dijangkakan mengubah jadual tayangan sehari lebih awal iaitu pada 17 November 2010 untuk Malaysia dan Singapore.
Manakala untuk seluruh Asia Tenggara Pula, peminat filem ni boleh menonton filem ni bermula pada 19 November 2010.
Rasanya tak sabar menunggu 17 November ni kan? Aku pun tak sabar nak tengok.Entah dah macamana lakonan diorang ni. Semua dah semakin dewasa. Dengan si Hermione yang semakin cantik dan seksi. Seksi ke dai nanti dalam filem ni nanti? Sama-sama kita nantikan.
So, sesiapa yang tak sabar nak tengok Filem Harry Potter ni, warga Malaysia boleh menempah tiket untuk filam Harry Potter ni di panggung GSC dan juga TGV manakala untuk warga singapore yang tak sabar nak dapatkan tiket boleh menempah tiket di semua panggung wayang negara itu.
Filem ni sebenarnya dipecahkan kepada 2 bahagian. Mungkin panjang sangat kot filem ni. Bahagian pertama yang akan ditayangkan pada 17 November ni. Manakala bahagian ke 2 pula akan ditayangkan 6 bulan kemudian.
Jadi, siapa yang nak tengok dulu sedutan filem ni, boleh tengok kat Harry Potter And The Deathly Hallow
Dan jangan lupa Hadiah berjumlah 2.4 juta untuk dimenangi dari CIMB!


