Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips Peperiksaan | Nak Berjaya Atau Tidak


Sempena musim peperiksaan di IPTA seluruh negara, Blogger 20 Sen membawakan tips Peperiksaan untuk semua. Ini adalah Tips Exam menurut member aku. Tidak diambil dari mana-mana sumber luar yang lain. Hanya Member aku. Bukan juga dari diri penulis. Sila jangan salahkan penulis Blogger 20 Sen. Dia Tidak bersalah.




Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis memohon agar semua pembaca untuk tidak mengamalkan tips berguna ini kerana dikhuatiri semua student akan lulus dengan cemerlang. Dan, penulis juga ingin memberi amaran bahawa tips ini tidak berkesan bagi kebanyakan orang. Hanya sesetengah kot yang mampu mengamalkan tips ni.

Sila jangan salahkan juga penulis atas sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Penulis tidak akan bertanggugjawab atas apa-apa kesan sampingan dari tips ni. Dan keberkesanannya juga turut diragui. sila jangan ambil perhatian.

p/s: Saja nak buat lawak sempena exam ni. Aku tekanan nak exam first paper ahad ni dan kecewa sebab nuffnang sponsored post yang terpaksa ditolak.


Cara Untuk mengilatkan Barang Perak

Rasanya, semua orang mempunyai barangan yang diperbuat dari perak kan? atau biasa orang panggil Silver dalam bahasa orang putihnya. Paling kurang pun cincin ke. Dan korang perasan tak, semakin lama usia barang tu, warnanya yang berkilat semakin pudar? Biasanya orang biarkan saja keadaan tu berlaku.

Kalau banyak duit, pergilah kedai emas, minta service cuci, bagi kilat macam baru beli. Tapi kalau yang tak nak membazirkan wang, kali ni Aku nak share 1 tips cara untuk mengilatkan kembali barangan perak korang tanpa membelanjakan wang.


Caranya senang saja, ianya menggunakan barang kegunaan harian iaitu ubat gigi. Jenama ubat gigi yang aku pernah cuba ke atas cincin perak aku ialah ubat gigi Fresh and White. Memang berkeasa. Taklah 100% macam kita hantar kat kedai, tapi sekurang-kurangnya warnanya akan kembali berkilat.

Ok, caranya, ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada seluruh permukaan barang yang diperbuat dari perak tu. Lepas tu tunggu sebentar, dalam 2 hingga 3 minit. Dah tu, bilas dengan air. Dah kilat pun! :)

Selamat Mencuba!


Tips Menulis Entri Yang Menarik

Aku nak tanya korang, bagaimana satu entri tu menarik untuk dibaca? Kalau korang mula baca dah boring, korang nak teruskan tak pembacaan?

Hah, tulah soalan yang perlu dijawab oleh semua penulis, tak kiralah nak tulis blog ke, cerpen ke article atau berita, ada beberapa cara untuk menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak menulis dan gaya penulisan pun bukan bagus sangat, tapi dari apa yang aku belajar dan baca, aku nak share sikit tips bagaimana nak tulis sesuatu article atau blog post yang menarik.


1. Attention getter atau unsur penarik perhatian
Sebenarnya tips ni aku belajar semasa mengikuti kelas bahasa english dan salah satu yang diajar ialah bagaimana menulis article yang menarik. Dan perkara pertama ialah letakkan sesuatu yang menarik di permulaan article tersebut. Mungkin sedikit lawak, atau sedikit fakta. Kalau tak pun mulakan penulisan dengan sedikit persoalan yang menyebabkan orang tertanya-tertanya apa cerita seterusnya.

Cuba bayangkan kalau permulaan article tu tak menarik langsung, korang nak baca tak? jika dibandingkan dengan article yang mempunyai pendahuluan yang menarik, mana pilihan hati? Mesti nak baca yang menarik kan? Kalau entri macam tu, paling kurang pun, komen tak payah baca entri. hehe lainlah kalau article tu ada isi yang korang perlu kan?


2. Letak gambar-gambar menarik
Yang ni aku dapat masa baca blog paling famous di Asean iaitu si xiaxue ni. Siapa masih tak tahu siapa dia ni, hah pergi baca blog dia kat sini Xiaxue. KAlau korang nak tau, dia ni kira hebat la juga. Kalau tak, kenapa dia ada post wikipedia tentang sia ni. Nah, korang pergi tengok pula kat wikipedia tentang si xiaxue ni.

Ok, balik pada tips kedua kita, letakkan banyak gambar yang menarik bak kata xiaxue supaya post kelihatan lebih ceria dan menarik perhatian. Kalau asyik perkataan je, mesti boring kan? Lagi lah kalau article tu panjang. So letaklah gambar yang menarik, tapi janganlah keterlaluan sebab terlebih letak gambar pun boleh memberi kesan pada loadtime blog.



3. Gunakan bahasa ringkas
Maksudnya disini bukannya gunakan shortform ok? Tapi gunakan bahasa yang simple dan tak memeningkan kepala nak baca. Kalau korang gunakan bahasa yang sangat complicated, pasti orang yang baca akan berasa bosan dengan entri tersebut lalu blah.

Dan kalau boleh jangan gunakan shortform yang orang lain tak faham. Contohnya korunk, faham tak apa maksud ni? dulu aku tak faham pun maksudnya bila aku masuk dalam satu blog tu. Lepas aku pening-peninfg fikir benda tu, baru aku faham maksudnya korang. huhu.

Ini saja tips yang mampu share disini. Kalau ada sesiapa yang ada tips yang lebih baik, boleh sharekan disini. Sharing is caring kan? :D

Mari Jadikan Blog Anda Popular

Blog pada hari ini merupakan satu rangkaian informasi yang ku kira penting dan terkenal di zaman ini. Bukan aku je yang cakap macam ni malahan ramai lagi orang diluar sana yang berbicara tentang benda ni. Bahkan menjadi seorang blogger sahaja mampu menjadikan seseorang individu itu selebriti. Korang tengok je la Redmummy tu. Tak pun Project Alpha tu. Dan untuk menjadi seperti mereka, rasanya perlu jadikan dahulu blog kita ni popular. Betulkan aku kalau ada cara lain nak jadi amcam dorang tu. Dan untuk menjadikan blog korang tu popular, ni ada beberapa tips yang aku jumpa. Blog aku ni langsung tak popular pun, tapi mungkin tips ni mampu membantu kita untuk menjadikan blog lebih popular.


1. Cari topik yang menarik untuk ditulis
Rasanya, ini adalah bahagian  yang terpentig dalam satu-satu blog itu. Kalau blog tu tak ada isi yang menarik, korang nak baca tak? Ramai orang jadikan blog mereka tu seperti diari mereka. Nak cerita dari bangun tidur hinggalah nak tidur semula. Kalau nak jadikan blog tu popular, entri macam ni akan mengambil masa bertahun dan mungkin takan pernah popular. Lainlah kalau kisah hidup si penulis tu menarik. Macam Hanis Zalikha atau Azwan Ali tu, takan putus-putus orang nak baca blog tu.

2. Gaya penulisan yang menarik
Rasanya yang ni pun penting juga kalau nak menarik perhatian pembaca blog anda. Cuba anda bayangkan, tajuk dan isi yang menarik tetapi cara penulisan yang tak menarik,  korang teruja tak nak datang balik? Kalau menarik, mesti korang nak selalu datang baca blog orang tu kan? Abang Eyriqazz, perna kata dia tertarik pada blog itu kerana cara penulisan dan penceritaan ang menarik. Sama macam isi dan cara penulisan aku ni memang tak menarik. Tapi aku tengah belajar macamana nak menghasilkan penulisan yang menarik perhatian.

3. Design Blog Yang menarik
Maksudnya disini adalah template dan widget yang bersesuaian dan perlu ada dalam blog. Cuba bayangkan kalau blog tu dah la warna yang tak padan, widget bersepah sana sini dan tak teratur ditambah lagi dengan iklan yang berkelip sana, kelip sini sampaikan nak cari entri pun susah, korang suka tak nak baca? Paling tidak pun, korang tinggal je jejak kat shoutbox blog tu kan? itupun kalau shoutbox tu korang jumpa.

4. Bersahabatlah dengan pembaca blog anda
Jikalau seseorang tu habiskan masanya untuk membaca dan tinggalkan komen pada entri korang, apa kata korang reply komennya tu. Dan kalau boleh, datanglah melawat blog mereka pula. Semua orang inginkan perhatian. Dan kalau korang buat pembaca blog korang tu rasa dihargai, ini akan membuatkan mereka terasa ingin kembali melawat blog korang.


5. Bertukar Link
Ini adalah juga satu cara untuk blog kita diketahui ramai. Link blog korang akan muncul dalam senarai blog mereka. Ini akan menarik pembaca lain untuk datang berkunjung.
tersebut,


6. Update blog anda
Update blog sekurang-kurangnya sekali sehari atau paling kurang 2 kali sehari. Cuba bayangkan kalau blog tu hanya update sekali sseminggu. bila korang melawat blog tersebut, entri yang sama je. Pastu korang nak lagi ke jenguk blog tersebut? Mungkin tak heranlah korang datang jenguk blog dorang tu kalau empunya blog adalah rakan baik anda. Tapi kalau aku, aku takan jenguk blog yang berkurun lama tak update.

Untuk menjadikan blog tu popular, bukan senang dan memerlukan kita untuk berusaha. Cuba korang tanyakan kat kak redmummy, ada ke dia blogging sambil goyang kaki tak buat apa-apa. tup-tup esok dia jadi blogger popular?

Untuk popular, peminat adalah yang paling penting. kalau orang tak suka masuk dan baca blog korang, memang takkan jadi popular sampai bila-bila pun.

Jadi, diharap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. Ini adalah pendapat aku je dan dari pemerhatian dan pandangan orang lain.

Kalau korang ada tips yang lain kongsikan la ye? :D

Adios!

Tips Bagaimana Untuk Mendapat Tidur Yang Lena

Sejak beberapa hari ni korang tidur lena tak? Kalau lena, baguslah. Kalau tak, teruskan membaca kerana aku akan share tips bagaimana untuk dapatkan tidur yang lena. Ok?

Tidur itu sebenarnya adalah satu kenikmatan yang percuma. Sebabnya? Kerana kita tidak perlu membelinya. Maka tidak hairanlah kalau ada orang memilih tidur itu sebagai hobi atau untuk melupakan beban dan ketegangan fikiran. Namun terdapat segelintir orang yang mengalami masalah untuk tidur. Kalau yang tak dapat tidur dek gangguan nyamuk tu aku tak hairanlah.


Sebenarnya, masa tidur yang tidak menentu turut menjadi punca seseorang itu sukar untuk tidur. oleh itu jangan ubah waktu tidur anda dan jangan biarkan masa tidur anda kurang. Masa tidur yang cukup adalah diantara 4 hingga 8 jam sehari. ni adalah penting untuk memastikan tubuh anda segar apabila anda bangun keesokan hari. Jadi, kepada yang sukar untuk tidur, disini ada beberapa tips yang anda boleh ikut untuk mendapat tidur yang cukup.

1.Minta kebenaran diri sendiri untuk tidur.
Kadangkala, ketika kita berhadapan dengan tugas yang banyak, ianya membuatkan kita sukar untuk tidur. Ini kerana kita asyik memikirkan tugasan kita tu.Apa kata minta kebenaran dari diri anda untuk tidur. Anda ingatkan diri anda bahawa anda harus berehat demi diri anda. Biarkan diri anda dalam keadaan yang tenang. Anda pasti berterima kasih terhadap diri anda jika anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti.

2. Buatlah rutin tidur
Cuba lakukan tugas yang sama setiap malam sebelum masuk tidur. Contohnya membaca buku 30 minit sebelum masuk tidur. Dengan berbuat demikian, kita memberi isyarat kepada tubuh supaya bersiap untuk tidur.

3. Pastikan tempat tidur anda selesa.
Cuba pastikan anda dalam keadan yang paling selesa bagi anda. Suasananya, jenis alas tidurnya. Sebenarnya, keselesaan tempat tidur ni bukan sahaja bergantung kepada jenis alas tidur tetapi juga merangkumi suasana tempat tidur anda seperti sejuk, gelap dan jauh dari bunyi bising yang akan menggangu tidur anda.


4. Senaman yang teratur.
Senaman yang teratur dapat meringankan ketegangan diri. Tanpa perasaan tegang dalam diri, pasti tidur pun lena kan? Namun cuba elakkan senaman menjelang waktu tidur kerana ketika kita bersenam, darah akan beredar ke seluruh badan. Ini akan menyukarkan kita untuk tidur. Elakkan juga senaman yang melebihi kemampuan badan. Nanti bukan sihat yang kita dapat tetapi mudarat yang datang.

5. Usahakan tidur yang teratur
Cuba usahakan untuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama  setiap hari. Ini akan melatih tubuh anda untuk tidur apabila sampai waktunya. Jam biologi anda sudah setkan masa tersebut untuk tidur. Jadi, apabila anda masuk tidur, tidak akan ada sebarang kesukaran untuk anda untuk tidur kerana tubuh anda sudah dilatih untuk tidur pada waktu itu.

6. Elakkan meminum minuman yang mengandungi kafein
Cuba elakkan dari mengambil minuman yang mengandungi kafein pada waktu malam, terutamanya kopi dan nescafe. Seperti yang semua tahu, kafein merupakan sejenis dadah yang menggangu sistem otak dimana kesannya lebih kurang sama dengan heroin dan kokain. (sila baca sini untuk lebih lanjut. Kafein dan sini How Caffeine affect us)

7. Jauhi rokok dan alkohol
Amalkan gaya hidup sihat. Kebanyakan perokok memerlukan masa yang lama untuk tertidur dan kadangkala sering terjaga di tengah malam. Meminum alkohol sebelum tidur pula akan membuat anda mudah terjaga.

Masalah sukar untuk tidur ni sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan cara yang betul. Jangan terlalu cepat untuk megambil ubat-ubatan untuk mengatasi masalah ni. Cuba ikut tips-tips yang diberikan. Namun jika tidak berjaya, lebih baik untuk anda terus berjumpa pakar perubatan kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.
Semoga tips-tips ni berguna untuk semua. Selamat mencuba!

Kenali Sifat lelaki melalui kumpulan darah - Part 1

Kepada gadis-gadis diluar sana, korang ada masalah tak nak kenal boyfriend korang? Susah kan nak tahu tentang sikap manusia ni? :D

 
Apa kaitan lak dengan mamat ni..


Ok, kali ni aku nak share la tips-tips ni pada gadis-gadis diluar sana untuk lebih mengenali teman lelaki korang. Walaupun mungkin bukan 100% betul, tapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran tentang boyfriend korang kan? jadi, sebelum korang baca tips ni, baik korang tanya botfriend korang dia darah jenis apa kerana kali ni, aku nak share tips untuk mengenali sifat lelaki melalui jenis darah mereka.

Kepada lelaki-lelaki kat luar sana (termasuk aku), meh kita tengok tips ni betul ke tak..




Jenis Darah A
Sifat - lelaki berdarah jenis A biasanya sopan dan tegas. Apabila dia dah putuskan untuk melakukan sesuatu, dia tidak akan mudah menyerah. walaupun sesetengah orang menganggap lelaki jenis A ni membosankan, sebenarnya dia seorang individu yang berfikiran waras atau bijak dan rela menyelaraskan hubungan dengan kawan-kawannya. Dia tidak suka konfrontasi dan lebih suka mengawal perasaannya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Dia suka bergaul dengan sesiapa sahaja dan lelaki jenis ini menpunyai ciri-ciri lemah lembut dan sensitif.

Kelemahan - Seorang yang tegas dan cerewet. dia akan melakukan apa sahaja asalkan ianya sempurna 100% tanpa kesilapan. Jika dia melakukan kesilapan kecil, itu akan menjadi tekanan pada dirinya.

Cinta - Lelaki jenis darah A lebih berhati-hati untuk meluahkan perasaan minatnya secara terbuka terhadap wanita yang dia sukai.Dia tentu akan berfikir "Bagaimana pula sekiranya dia menolak pujukan saya, tentu saya akan berasa amat malu". lelaki jenis ini akan cuba untuk mendapatkan kepastian terkebih dahulu samaada wanita tersebut mempunyai perasaan yang sama dengannya sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kerana sikap ini, lelaki jenis darah A lebih suka melepaskan beberapa peluang.

Kerjaya - Lelaki jenis darah A ini seorang yang rajin dan jujur. ini menyababkan dia mendapat kepercayaan daripda pihak atasan dan rakan-rakan sekerjanya. jika kerja yang diberikan itu sukar, lelaki jenis in iakan tetap menyiapkannya. Dia akan bekerja perlahan-perlahan dan mantap untuk mencapai matlamatnya. dia seorang yang tidak sukakan perniagaan yang berisiko dan kestabilan serta praktis penting baginya.

Wang - Dia seorang yang suka pentingkan diri sendiri. Dia jarang membeli barang yang diperlukan. dia juga mempunyai perancangan simpanan sendiri danbijak mengurus wang. dia akan berusaha untuk tidak terpengaruh dengan temujanji yang melibatkan pengeluaran wang untuk sesuatu yang tidak  perlu.

Perkhawinan -Lelaki jenis ini adalah seorang yang cerewet. Sekiranya dia berhati-hati memilih kekasih, sikapnya itu akan berlanjutan tanpa bercakap bila dia menentukan pasangan hidupnya. Disebabkan sifat mereka yang disebabkan sikap mereka yang berhati-hati ni, sesetengah merekan ini cuba mengatur perkhawinannya seperti menggunakan perkhidmatan menvari jodoh. Namun kebanyakan lelaki jenis darah A ini adalah suami yang pandai bertimbang rasa dan bertanggungjawab selepas berkhawin dan keluarga adalah segala-galanya bagi mereka.




Jenis Darah AB

Sifat - Lelaki jenis darah AB inginkan kedupan yang tenang tanpa rasa bimbang. Dia tidak suka apa sahaja bentuk penglibatan sosial atau konfrontasi, sebaliknya dia menegaskan lebih suka memilih kebebasan. Lelaki jenis ini seorang yang berkebolehan dan aktif dari segi sosial. Pada dasarnya, Lelaki jenis darah AB kurang tabah untuk bekerja keras untuk mencapai matlamatnya. Dia juga tidak suka orang memandangnya, oleh yang demikina, dia lebih suka menjauhkan diri dari orang ramai. Lelaki jenis ini mempunyai ramai kenalan namun tidak ramai yang setia dan mempercayai dia. Walaupun kadang-kadang bersikap dingin, lelaki jenis ini seorang yang baik hati dan sentimental.

Kelemahan - Walaupun mereka berbakat dan cekap untuk menganalisa tentang sesuatu isu-isu, namun lelaki jenis darah AB ini kurang ketabahan. Mereka jenis yang mudah putus asa dan lemah semangat tanpa banyak berdikari. mereka juga suka menjadi defensif dan pendiam apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Cinta - Seorang lelaki yang berpengetahuan, lucu, baik hati dan cool. Sikap yang menjadi daya tarikan pada wanita.Lelaki jenis ini mempunyai ramai rakan wanita tetapi ianya mengambil proses yang lama untuk dijadikan kekasih. Walaupun dia menyukai wanita itu, dia tidak pasti sama ada dia dapat menikmati kebebasan bersama rakan-rakan kerana dia tidak suka atau terikat pada suatu hubungan.

Kerja - Lelaki jenis darah Ab terkenal dikalangan rakan-rakannya tetapi dia seorang yang kurang berwawasan. Disebabkan itu, dia hanya akan kekal sebgai eksekutif biasa sahaja. Lelaki jenis ini tidak sanggup mengorbankan kebajikan perid=badi untuk mendapat faedah di tempat kerja.

Wang - Lelaki jenis darah BA seorang yang tidak kedekut. Ini dapat silihat apabila sebuah pergaulan terjalin. Bagi doa, persahabatan itu merupakan satu aset, namun dia juga seorang yang praktkal dan biasanya membuat  beberapa simpanan untuk segala kemungkinan.

Perkhawinan - Bagi lelaki jenis darah AB, perkhawinan merupakan suatu yang rumit dan mendatangkan kesusahan baginya. Oleh itu, dia akan cuba mengelaknya jika boleh. Tetapi jika terpaksa, dia akan menerimanya khususnya jika hubungan mereka sudah terjalin lama. Selepas berkhawin, hubungan antara suami isteri akan menjadi seperti kawan dan teman, mempunyai sikap yang terbuka dan tiada ketegangan.




Cukuplah tips ni untuk kali ni. selepas ni, aku akan postkan pula tips yang seterusnya. Entri ni dah cukup panjang. Semoga ianya berguna untuk semua.

Tips Tingkatkan Blog Traffic

Fulamak, skemanya tajuk.. hehe

Tak adalah, ni saja nak share tips yang aku pernah discover selepas sebulan bergelar blogger. Tips ni tak la sehebat mana, tak macam tips top blogger atau otai-otai kat luar sana tu, tapi sedikit sebanyak ianya membantu aku naikkan traffic ke blog aku ni tau. Ni nak share dengan newbie macam aku la yang baru nak belajar blogging. Pada yang otai, tak payah la korang baca yang ni, korang dah tau semua ni.

Ok, tips aku yang pertama adalah blogwalking atau blogjogging atau blogberlari ke apa-apa aje la. Yang penting ianya berkaitan tentang anda melawat blog orang lain. Aku memang amalkan benda ni, dan ianya terbukti berkesan. (Cheewah, macam jurujual pula aku ni).

Jangan pula korang lawat blog orang, baca entrinya tapi korang tak tinggalkan komen atau senangnya, tinggalkan jejak anda. Sebaiknya, nak naikkan traffic ke blog korang, tinggalkan komen pada entri blog yang anda lawat tadi, tuan blog tu pasti datang tempat korang pula. Nak tengok bukti?



Nah, tengokla statistik visitor blog aku ni. Bila aku tak banyak buat lawatan diblog orang dan tinggalkan komen, jatuh menjunam visitor blog aku ni. tapi bila kau buat lawatan dan siap tinggalkan komen lagi, naik mendadak visitor blog aku ni. jadi pendapat anda? berkesan kan..


Ok, tips naikkan visitor blog aku yang kedua adalah ping blog anda. Ping blog ni nak bagitau kat search engine bahawa blog kita dah update. Ping service yang aku selalu guna adalah Pingler.com. Kalau korang nak tahu, blog aku ni pernah keluar kat search engine kat russia dengan keyword yang pelik. haha. Baca post aku tentang ni kat sini.

So, kepada mereka yang tak tahu lagi bagaimana nak naikkan traffic ke blog korang, diharap tips ni sedikit sebanyak dapat membantu anda..

kepada sesiapa yang ada cara yang lebih baik, kongsilah dengan kita disini ye.. terima kasih daun keladi.. hehe

Majulah Blogger untuk semua!!


Tips Menambah Berat Badan

Ok, kali ini aku nak bagi satu tips iaitu cara untuk menambah berat badan. Entri kali ni khas untuk mereka yang teringin untuk menambah berat badan, sama dengan aku.... :D

Kepada mereka yang dah sedia berat, tak payah la baca, tapi kalau nak juga, baca la... boleh bagi dengan orang lain...

So, siapa yang nak menggemukkan diri, ikutlah tips bagaimana untuk menambah berat badan ni...

1. Makan selalu. ambil 3 hidangan biasa dan 2-3 hidangan ringan

2. Makan lebih banyak daripada biasa. (Aku dah cuba yang ni, memang berkesan :D)

3. Makan makanan yang berkalori tinggi seperti
  
   buah-buahan kering, roti, gandum, kekacang, daging merah.

4. Ambil makanan tambahan, contohnya vitamin,

5. Minuman juga perlu diambil kira, banyakkan minum susu, jus buah-buahan

6. Buat senaman berat untuk menukar kalori berlebihan kepada otot dan mengelakkan pembentukan lemak.

7. Banyakkan mengambil makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti telur, produk tenusu
  
8. Amalkan meminum segelas susu sebelum masuk tidur.

9. Dapatkan tidur yang cukup.


(Cara untuk menambah berat badan ni berkesan juga, ada yang aku pernah amalkan dan kesannya berat badan aku naik 6 kg!!)

Adakah anda percaya bahawa berat badan aku bertambah? Sebelum ni berat badan aku cuma 49kg ja..
Sekarang ini berat badan aku sudah bertambah kepada 55kg!!! hehehe..

Aku amalkan cara yang nombor 2 tu.. Aku makan sebelum tido setiap hari... Dan hasilnya Badan aku naik...
Tapi jangan la ikut cara ni... tidak sihat ni..

So, kepada mereka yang berazam nak tambah berat badan di tahun baru ni, semoga berjaya untuk menggemukkan diri.. hehehehe