Cuti Hujung Minggu Di Taman Pertanian Bukit Cerakah Shah Alam



Selepas seminggu mengharungi hari yang sukar dan penuh dugaan, sudah pasti ketibaan hujung minggu adalah yang paling dinanti. Mungkin hujung minggu adalah hari yang paling dinanti bagi semua orang, termasuk aku. Kalau hujung minggu tak payah susah hati nak fikir pasal kelas atau kerja, boleh bangun lewat. Kadang aku berharap setiap hari adalah hujung minggu!

So hujung minggu yang lalu aku dan beberapa geng sekepala merayap hingga sampai ke Taman Pertanian Bukit Cerakah. Aku tak pastilah nama sebenar tempat ni. Apa yang aku dengar dari mulut orang, nama tempat ni adalah Taman Pertanian Bukit Cerakah, tapi dalam tiket masuk tertulis Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Dalam Taman pula tertulis Taman Botani Negara.

Tiket untuk masuk ke dalam Taman hanya RM 3 untuk dewasa manakala RM 1 untuk kanak-kanak dan warga emas. Banyak aktiviti yang boleh dibuat dalam taman ni, termasuk memancing, berbasikal, berkayak dan camping. So kami memilih untuk berbasikal. Ops! Correction, hanya member  aku yang berbasikal. Aku naik shuttle bus sebab aku tak pandai mengayuh basikal!


Kadar Bayaran Untuk Masuk Ke Taman. Klik untuk tumbesaran
(Dipetik dari Portal Rasmi Taman)

So member berbasikal manakala aku pula naik shuttle bus dan tujuan kami adalah rumah 4 musim. Tak rugi naik shuttle bus sebab ianya percuma. Kalau nak naik basikal, kadar sewaan basikal adalah RM 5 untuk sejam yang pertama. Jam yang berikutnya pula adalah RM 1 setiap jam.

Untuk masuk ke Rumah 4 musim pula, pelawat perlu membeli Tiket berharga RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Tiket ni juga boleh didapatkan di pintu masuk taman semasa pembelian tiket masuk ke taman. Mereka tak jual kat pintu masuk rumah tu.

Sempat Lagi berposing dalam taman biarpun suhu sangat sejuk. Tak pasti pula rumah tu dalam mode musim apa. Musim Spring kot. Cuaca Sejuk dengan pokok dan tumbuhan di negara 4 musim. Bacaan Termometer yang dipasang dalam taman pula menunjukkan suhu pada  6.5 °C! Memang sejuk!

Kalau korang nak melawat tempat ni, apa kata korang baca secara lanjut info tentang Tanam ni di Portal Rasmi Taman Botani Negara supaya korang boleh buat rancngan awal sebelum masuk ke taman. Manalah tahu kalau ada apa-apa info baru.

Aku rasa nak datang lagi ke taman ni nak tengok taman pertanian pula. Dengar kata banyak pokok buah-buahan ditanam. Musim salji pun akan sampai tak lama lagi!!

Nak baca gosip yang lebih menarik? Jom lawat ubipanas.com sekarang!

8 comments:

  1. lama tak pegi

    masih banyakkah kera-kera

    ReplyDelete
  2. @.::WaNiE::.
    haha. banyak kera kat sana. aku hampir dikejar kera2 tu masa nak pulang. haha

    ReplyDelete
  3. @Sharinginfoz
    pi la kat taman ni boleh naik basikal :)

    ReplyDelete
  4. teringinnya nak pergi sana. tunggu musim durian le. :)

    ReplyDelete
  5. buat malu xpndai naek beskal...hmm org bndar

    ReplyDelete
  6. @zizou
    haha. bukn org banar tp mmg dr kecik x pernah naik basikal. so mmg jd tak pandai

    ReplyDelete