Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Celcom Bring You The New Blackberry Torch 9800!


Adakah anda seorang peminat telefon pintar atau dalam bahasa lainnya, smartphone? Kalau ya, adakah anda tahu bahawa Celcom telah melancarkan telefon pintar,  Blackberry terbaru, Blackberry Torch 9800?



Kalau korang tak tahu lagi, Celcom dengan Rasminya telahpun  melancarkan Blackberry Torch 9800 pada 29 oktober yang lalu di Bukit Bintang Entrance, Pavilion KL.



Dan pada pelancaran itu, fuh! Memang gila ah Celcom ni. Korang tahu??  Tak tahu?? Ke buat-buat tak tahu??

It’s a One day crazy sale beb! Betul-betul gila!



Pada pelancaran tu, korang boleh memiliki Celcom Blackberry Torch dengan harga RM8 bila korang signup dengan Celcom Exec or Celcom Biz plans! Only That Day beb! Percaya tak!

1st 10 pelanggan boleh memiliki celcom blackberry torch dengan hanya RM8!
Next 100 pelanggan bayar RM488!
100 pelanggan seterusnya pulak bayar RM888!

Betul gila tak? Sebab tulah si monyet tekanan tak dapat datang pelancaran tu! Aku menyesal tak datang pelancaran tu! Menyesal gila ah! Siapa nak bagi korang Blackberry Dengan harga RM8??!! Korang boleh dapat dari Celcom saja. huh

Tapi, jangan gusar, jangan bimbang! Masih ada peluang lagi nak pakai Blackberry dari Celcom yang seksi ni mengalahkan wanita paling seksi di dunia ni. Heh siapa yang tak nak dengan blackberry ni kan?

Dengan Kamera 5MP,  ada pula 11 photo modes. Bangun pagi, terus tangkap gambar pun boleh. Memang sure taik mata korang terang saja dalam gambar tu.


Hah! Korang tekanan sebab tak dapat online twitter dan facebook sebab takde internet? Tak dapat tuai tanaman kat Farmville? Kini tidak lagi! Dengan Blackberry ni, ada fungsi facebook, twitter dan banyak lagi laman social yang lain! You name it!

Dan sudah pastinya dengan saiz memory 8GB yang boleh upgrade ke 32GB. Lain hari tak payah bawa ke hulu ke hilir mp3 player ke. Tak payah pakai laptop. Segalanya ada disini! 32GB? Siap boleh simpan movie.

Pada siapa-siapa yang terlepas peluang untuk datang pelancaran ni, bolehlah terjah  mana-mana celcom blue cube outlet di seluruh Negara untuk dapatkan Blackberry ni. Daftar dengan celcom exec 50 atau biz atau mana-mana plan celcom yang korang suka.


Hah, inilah plan yang ada untuk dipilih. Murahkan? Pilih jangan tak pilih. Bak kata Celcom, segalanya di tangan anda, betul tak?  Berbaloi lah kan demi Blackberry yang seksi itu. Korang tak puas hati lagi dengan plan ni? Kalau nak lebih lagi, sila terjah plan Blackberry dengan celcom ni.

Best pakai Celcom Exec ni, dengan hanya 15 sen seminit untuk panggilan ke semua nombor, memang jimatlah. Jadi Siapa yang perlu selalu contact orang guna phone, memang plan ni sangat sesuai la dengan korang.


Daftar dengan Celcom, dan pasti korang dapat banyak manfaatnya. Tak percaya? Cubalah! Dah cuba pasti nak lagi. :)

Be Part Of ChurpChurp Today And Get Rewarded!


Adakah anda seorang kaki facebook, 24 jam 7 hari seminggu main facebook?

Adakah anda seorang yang rasa resah gelisah kalau tak online twitter dalam sehari?

Anda berusaha mencari pendapatan sampingan tapi tak pernah berhasil. Dapat kerugian pula


Kalau jawapan anda adalah ya bagi soalan di atas, maka andalah orang yang dicari!!

Pernah tak korang terfikir, korang dok best main game Farmville, dok chatting dengan member kat facebook sambil buang masa. Pada masa yang sama duit tengah masuk dalam poket si Mark Zuckerberg, facebook founder tu?

Sambil kita main Farmville atau tengah chat dengan member kat facebook dan twitter, pada masa yang sama tuan punya facebook dan twitter tengah layan duit masuk dalam poket diorang! Jadi apa kata kali ni sambil kita dok main game dalam facebook, chatting dan sembang kat twitter, sambil menambah sikit pendapatan?

Macamana Caranya?

Senang saja!

Senang saja??

Ya! senang saja!

Jom Sertai ChurpChurp sekarang! Tak kenal dengan churpchurp? Meh aku kasi kenal churpchurp tu dengan korang.


Rasanya kepada mereka yang bergelar blogger dan berdaftar di bawah nuffnang, pasti dah biasa dengar nama churpchurp ni.

Bagi yang tak biasa dengar, Churpchurp adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan facebook dan twitter sebagai media pengiklanan tapi mainly trough twitter lah. Bila ada assignment untuk korang, churpchurp akan hantar email kat korang, untuk inform yang korang ada assignment yang nak kena buat. Dan jangan bimbang, korang tak perlu lah nak gunakan tips berjaya dalam peperiksaan tau tak tidur malam untuk siapkan assignment churpchurp ni. Senang bangat beb!

Churpchurp adalah adik kepada nuffnang. Maksudnya diorang ni dibawah syarikat yang samalah lebih kurang macam tu. So, kalau korang menulis blog, boleh letak iklan nuffnang kat blog. Dan kalau anda kaki facebook dan twitter, jom buat duit dengan churp-churp!


Kenapa Harus Saya Join Churpchurp?

Mungkin ini adalah pertanyaan biasa bagi mereka yang baru pertama kali kenal dan dengar churpchurp ni.

Ok, macam ni akak, abang, makcik, pakcik adik-adik, korang join churp-churp ni senang sangatlah dan tak perlu keluar duit 1 sen pun. Just daftar di laman web churp-churp dan ada akaun twitter dan facebook yang aktif, dah selesai. Buat lah aktiviti harian korang kat facebook atau twitter dan tunggu email dari churp-churp untuk assignment. Tak lama pun. Kalau tak silap, masa aku sign up dengan churp-churp, seminggu je dah dapat assignment pertama.



Bagi bloger yang biasa dengan nuffnang, mesti dah biasa dengan aktiviti dengan nuffnang kan? Ada movie screening la, Gathering lah, Ada free tiket konsert la. Dan banyak lagilah. Aktiviti churpchurp pun apa kurangnya! Best! Boleh pi movie screening, dapat tiket wayang  free la katakan. Lepas tu gathering bersama chupers yang lain, macam kite flying day ni? Best!

Dan, kalau dah namanya ada gathering tu, mestilah jumpa ramai chupers dari serata Malaysia ni kan? So, boleh tambah kenalan korang. Takan korang nak dok sembang dengan budak kampung korang saja kan? Dan manalah tahu, korang bertemu jodoh lepas join churpchurp ni kan? Oops! Terlebih sudah!

Lagipun churpchurp ni memaksimumkan aktiviti social di alam maya ke dunia nyata. Kenapa aku cakap macam tu? Korang tengoklah, dunia sekarang, semua pakai alam maya. Nak bayar bil, guna hujung jari. Nak sembang dengan orang, guna hujung jari. Pendek kata, segalanya di hujung jarilah. So dah kurang aktiviti kat luar. Dengan adanya komuniti macam churpchurp ni, keadaan macam tu dapat diseimbangkan dengan event anjuran diorang. Bukan korang dok sembang kat twitter dan facebook, tapi tak pernah tengok muka orang tu.


Dan yang paling penting, korang join churpchurp, korang boleh buat duit sambil bertweet tweet! Dah namanya syarikat pengiklanan, tentulah korang boleh buat duit! Sambil kita bersosial dan bergembira, sambil kita buat duit. Apa salahnya kan?

Korang tak percaya eh? Kalau korang tak percaya, dah ramai orang yang buat duit dengan churp-churp. Dan ianya adalah duit yang sebenar! Bukan scam okeh! Dan bukan skim cepat kaya raya atau Multilevel Marketing. Nak bukti? Hah, hang pi baca apa diorang dapat dengan churpchurp ni.




So korang berminat tak? Kalau korang berminat, boleh aja register di Laman web Pendaftaran churpchurp ni sekarang! Sekarang?? Ya! Sekarang aja, bila lagi nak buat? Lagi cepat daftar, lagi cepat dapat assignment! heh


Kalau hang nak belajaq dulu pasal churpchurp ni pun boleh aja. Pi belajar kat Lecture Page ni heh. Barulah korang boleh dapat full view dan dapat info lebih lanjut bagaimana nak jana $$ dengan churpchurp. Kalau masih tak faham-faham juga, sila jangan malu jangan segan, email aja kat churpchurp. Sure diorang tolong punya. Kalau malas nak emai diorang, boleh aja korang tanya aku. heh

Sebenarnya aku tak pernah lagi join mana-mana event churpchurp ni disebabkan masa dan jarak yang membataskan pergerakan aku. So, sekarang ni macam dah boleh nak join aktiviti tu sikit-sikit sebab jarak dah dekat sikit. heh. So kalau boleh, Aku nak jugak join kalau ada aktiviti sehari bersama selebriti. Heh. Jemput mana-mana selebriti lepas tu gather ramai-ramai dengan chupers kan?

Tak pun buat gathering chupers dari seluruh negara dan buat aktiviti makan-makan. Kita terjah mana-mana tempat makan yang best! Buat chupers day ke, lepas tu buat sukaneka. Manatau boleh masuk Malaysia books of record. Acara sukaneka terbesar yang pernah diadakan. heh. Jemputlah media sekali, leh dapat promosi sikit untuk churpchurp. heh

Aku dah sebulan lebih join churpchurp ni. Memandangkan aku ni tak aktif sangat bertweet tweet dengan twitter, maka inilah hasil yang aku jana melalui churpchurp dalam tempoh sebulan lebih.


Hah, abah, mak, abang, adik-adik sekalian alam, aku dah join churpchurp. Korang bila lagi? Jom bertweet tweet sambil dapat duit!

Nuffnang Sponsored Post Yang Terpaksa Ditolak


Mungkin benar sesetengah orang kata, When you least expect it, opportunity arises right in front of you.

Aku bukanlah blogger yang hebat, punya ramai pengunjung beribu riban macam yang lain. Kualiti penulisan pun macam melepas batuk di tangga. Kadang mengharap berita sensasi untuk meraih trafik yang tidak seberapa ke blog.

Tidak juga pernah terlintas di fikiran, nuffnang akan bagi peluang untuk blogger picisan macam Blogger 20 Sen ni untuk merasa sponsored post yang diidamkan semua blogger yang bernaung dibawah nuffnang.

Namun kadang-kadang, peluang hadir  tanpa kita undang, tanpa kita dijangka. Terkejut beruk aku semalam bila menerima email Dari Nuffnang bertajuk opportunity for exclusive sponsored post for KK nuffnangers. Yalah, kan aku asal KK Sabah.

Hati terdetik, betul kah nuffnang nak bagi aku peluang untuk menulis sponsored post? Peluang dapat Buffered Ads Berderet pun aku dah cukup bersyukur even aku tak dapat maximize earning tu. Inikan pula sponsored post?  Balik-balik aku baca email tu. Jemputan ni pun limited, So maksudnya yang terpilih dan terawal kot yang akan dijemput. Tapi apakan daya, peluang tersebut aku harus tolak. Sebab aku ada komitmen lain untuk dilaksanakan.

Xpax akan membawakan Stopmin’ Sabah di Jesselton Point  pada 6 November 2010. So, nuffnang nak jemput nuffnanger yang dapat datang event ni untuk datang dan blog pasal ni. Memandangkan aku asal Sabah, mungkin sebab itulah diorang bagi offer ni. Rasanya, ramai juga blogger yang bernaung dibawah nuffnang dari Sabah yang dapat jemputan ni.

We are offering sponsored post opportunities to Nuffnangers who'll be able to attend the event and blog about it, and also tell their friends about it on Facebook/Twitter

Event tu berlangsung pada 6 November 2010, jam 9 malam, iaitu pada malam exam aku yang ketiga (3). Dan masa tu aku masih lagi kat Shah Alam. Jadi nampaknya, terpaksa aku menolak niat baik nuffnang kali ni. Kalau saja masa dan tempat tidak membataskan keupayaanku, sudah ku sambar peluang ni.

Tapi, mungkin yang ni bukan rezeki aku lagi. Sabar sajalah

Kadang-kadang peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Jadi kita mesti hargai setiap peluang yang ada.  Tapi kali ni aku harap peluang macam ni akan datang berkali-kali


BlackBerry® Torch™ 9800 In Town Now!


Adakah anda seorang peminat telefon pintar? Atau dalam bahasa orang putehnya, smartphone? Atau adakah anda seorang pengguna smartphone yang sedia ada dan ingin merasa kelainan dari smartphone yang lain?
Kalau jawapan korang adalah ya bagi soalan-soalan diatas, pasti korang terliur bila Nampak smartphone seksi terbaru yang akan dibawakan kepada anda oleh Celcom, BlackBerry® Torch™ 9800! Aku bukan lagi terliur, terpukau beb!

Tengok betapa seksinya Blackberry® Torch 9800 Ni. Kalah Wanita paling seksi Di Dunia Ni haha

Kenapa Korang Harus Pakai Smartphone BlackBerry® Torch™ 9800 Ni?

Smartphone BlackBerry® Torch™ 9800 mempunyai fungsi BlackBerry® keyboard dan juga touch skrin 3.2 inch untuk pengalaman yang lebih best. Jadi kalau korang yang malas nak tekan-tekan keyboard ni, pakai saja fungsi touch screen ni. Pasti orang sekeliling pun terliur tengok korang pakai smartphone ni. Haha. Oops!


Sebab tu, aku pun nak Blackberry® ni, nak gantikan Phone cap ayam aku tu. Sakit jari den nak type mesej bila mesej cik awek.  Hehe


 
Untuk korang yang suka dengar lagu, atau tengok video, jangan bimbang. New BlackBerry® ni mampu memenuhi keperluan korang! Dengan memory  8GB, korang boleh lagi upgrade memory kepada 32 GB! Weh! Takan tak cukup 32 GB nak simpan Lagu! Siap boleh simpan Movie lagi!

Dan ni khas untuk awek-awek. Kenapa aku cakap awek? Sebab Blackberry® ni juga dilengkapi dengan kamera 5 megapixel. Disamping tu juga, ianya dilengkapi dengan 11 photo modes! Hah, korang nak gambar malam ke siang ke bangun subuh-subuh terus nak tangkap gambar ke no hal. So fungsi ni memang sesuai untuk awek.  Awek kan suka ambil gambar? Hehe betul tak? Kalau awek pakai smartphone ni, pasti lelaki-lelaki di sekeliling pun terliur tengok korang. Oops!

Tak cukup dengan gambar? Nak rakam video? No hal. Blackberry® ni juga dilengkapi dengan  perakam video. Semua ada beb!

 

Korang nak apa lagi? Nak online facebook dan twitter 24 jam? No hal. Pada yang kaki facebook dan twitter, smartphone ni mampu memenuhi nafsu online korang.  Dan lagi, dengan hanya sekali tekan saja dah boleh update status korang di facebook, LinkedIn, Buzzd dan banyak lagi.

Kalau nak browse internet, korang boleh bukak new tab banyak-banyak.  Dah macam notebook la pula kan? Jadi kepada blogger sekalian alam, korang boleh blogwalking dengan menggunakan ni saja. Hik3

Korang ni Seorang yang Berkerjaya?

Kepada mereka yang berkerjaya dan selalu berhubung melalui email. Korang boleh menerima dan menghantar email menggunakan Blackberry® Torch 9800 ni. Dan korang jangan bimbang punyalah,  sebab Celcom ni adalah penyedia perkhidmatan yang paling pantas, terluas dan paling jelas di Malaysia. Jangan risaulah kalau korang takut no coverage. No hal punya

Sebab Kenapa Korang Mesti Guna Celcom Exec 50

Paling best kalau korang pakai Celcom Exec Postpaid plan – Celcom Exec 50. Boleh dapat dengan harga RM50 sebulan! Dan lagi korang boleh dapat automatic diskaun 30% setiap bulan.

Hah, kalau nak jimat banyak lagi, korang pakai la banyak-banyak. Sebab konsep Celcom, The more You use, The more You save! Maksudnya, lagi banyak korang pakai, lagi banyak lah korang jimat kan?

Dan kalau nak bergayut pun senang. Hanya 15 sen seminit untuk panggilan ke semua nombor. So nak buat panggilan untuk mana-mana nombor pun senang. Nak mengurat awek lain ke, laki lain ke, senang. Tak payah pakai banyak-banyak nombor. Pakai ni saja. Hik3

Dan lagi, kalau korang sign up dengan Celcom Exec 50, korang boleh dapat FREE Celcom Broadband plan untuk 1 bulan dgn speed 384 kbps!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang plan ni, sila terjah Celcom exec 50 plan.

Bila Pelancaran  Celcom Blackberry® Torch 9800 Ni?
Siapa yang nak terjah Blackberry® Torch 9800 ni awal-awal dan menyaksikan sendiri keseksian Blackberry® Torch 9800 ni, Celcom akan melancarkan Blackberry® Torch 9800  ni pada 29 October 2010. Semasa pelancaran tu korang boleh menang banyak hadiah. Ada juga macam-macam activiti yg menarik!

Pada siapa yang tak sabar nak tunggu pelancaran Blackberry® Torch 9800 Oleh Celcom ni, Sila buat Pra pendaftaran Di laman Web Celcom ni.

Jadi pembeli terawal, sebab ada beberapa barangan yang Celcom akan bagi pada 100 pembeli pertama iaitu;

- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Blackberry® Torch with Celcom Postpaid plans boleh lah korang pi kat Sini.


Hah, tengok si Lewis Hamilton pun pakai dah Blackberry® Torch 9800 ni. Korang bila lagi?


Cara Mudah Untuk Dapat Duit?

Selama aku hidup 25 tahun kat atas muka bumi ni, dalam lebih kurang setahun aku cuba cari cara buat duit paling senang. Yang tak perlu berusaha banyak. Duduk di rumah saja dan duit masuk tanpa henti. Dan hasilnya? Cara untuk buat duit? Aku tak jumpa pun apa cara yang paling senang nak dapat duit. Aku dah search kat internet. Dan banyak yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan senang. Itu hanya mukadimah. Bila dah start betul-betul, barulah kita tahu betapa susahnya nak cari duit. Takde cara senang oi. Semua bergantung pada usaha.

Dan demi duit jugalah ramai antara kita yang menulis blog meletak iklan nuffnang kat blog. Demi nak dapat duit sampingan disamping berblog.

Tapi yang tak best bila ada orang buat klik fraud. Hari tu dah heboh semua blogger pasal klik fraud ni. Aku rileks je biar pun aku dapat email juga dari nuffnang. Sebab semua blogger dok tulis pasal email nuffnang tu. Dan bila dah beransur reda, semua orang dah lupa kot.

Inilah masanya aku pula nak ingatkan kepada semua, janganlah buat klik fraud ni. Tak baik menipu. Kalau nak duit lebat, pi la cari kerja kat luar. Duit lagi lebat masuk poket daripada buat klik fraud 20 sen 1 klik. Apa yang kita dapat?

Kalau nak Buffered earning yang lebat, pi la blogwalking rajin-rajin biar meletup unique visitor tu. Barulah buffered earning pun berani lekat kat blog. ya tak? Tak pun survey nuffnang tu buat betul-betul. anggaplah kita tengah mohon kerja dengan diorang.

So, ingatan sekali lagi. Jauhi Click Fraud! Pandu Cermat jiwa selamat!


Buffered Earning Berderet!

Wah banyaknya Buffered ads masuk kat blog aku kali ni. dalam 4 bulan je Dalam 14 biji buffered earning masuk dalam blog 20 sen ni. Kalau korang tak percaya, jom tengok screen shot ni.


Ni adalah buffered earning yang dah jadi metered earning. Lagi ada 4 buffered earning masih aktif. Tapi kalau korang tengok betul-betul, korang perasan tak? Paling banyak pun buffered earning ni cuma 90sen je! huhu Dan kalau korang orang yang kuat perasan, mesti korang perasan tarikh buffered ni, ianya tarikh bermulanya aku tak aktif blogging dalam tahun ni iaitu pada bulan mei.

Tengoklah Trafik blog den ni yang macam haram

Sikit punya pandai Buffered ads ni. Masa aku tak aktif update, masa tu la dia nak lekat kat aku ye. Dah x update, trafik pun macam haram. Lepas ni aku yakin sampai hujung tahun pun menangis air mata darah la aku nak menunggu Buffered ads ni lekat kat tempat aku ni. Sekarang aku dah aktif balik, tak ada pula Buffered ads yang baru nak lekat disini. Haiya, ini macham aa, tala boleh jadi oo.


Menjana Pendapatan Dengan Blog

Siapa kata blogging buang masa dan tak dapat apa-apa? Sebenarnya dulu aku pun mempunyai fikiran yang sama; blogging buang masa dan tak dapat apa-apa. Pada awal tahun 2009 sebenarnya aku pernah cari cara nak buat duit di internet. Masa tu aku hanya nak cari kerja freelancer atau apa-apa saja kerja yang boleh buat duit. Lagipun senang sikit kan, tak payah pegi kerja. Yang penting ada Internet, dah la. Lagipun aku ni student, so nak kerja, mesti yang flexible punya ma.

Dan masa aku jalan-jalan dengan Pakcik Google, aku pernah nampak orang kata boleh buat duit dengan nuffnang. Dan dalam fikiran aku masa tu, Ceh! mustahil! Aku tak percaya. itu semua tipu belaka. Scam internet je tu. Itulah dalam fikiran aku masa tu. Namun lepas beberapa bulan berjumpa, kenal dengan nuffnang, aku pun cuba juga sign up dengan nuffnang ni. Dan mula menulis blog. Dan lepas 4 bulan aku bersama dengan nuffnang, barulah aku tau sebenarnya betul dengan nuffnang ni boleh buat duit apabila aku cash out pertama kali earning nuffnang aku.

Dan semalam, nuffnang mendapat liputan media apabila kosmo! menerbitkan sebuah article mengenai nuffnang. Dan Timothy Tiah, pengarah urusan nuffnang juga menyatakan seorang blogger boleh mendapat pendapatan lumayan sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nampak gayanya, blogger kat Malaysia ni dah boleh mengaut sedikit keuntungan sambil berblog.

Dan memang tidak dinafikan juga, dengan blog sahaja boleh menjana pendapatan. Selain nuffnang, Google Adsense, produk dari pakcik Google juga menjanjikan pulangan sekiranya kita menjadi seorang Profesional blogger. Banyak blogger dari negara lain mendapat pendapatan lumayan dari Google Adsense ni.

Tapi, apa yang pelik aku pernah terjumpa satu blog yang mengutuk nuffnang sekeras-kerasnya. Aku pun tak tau apa masalah penulis blog tersebut. Kalau korang berminat nak baca, boleh lawat blog tu; http://why-nuffnang-will-fail.blogspot.com/. Nampak tak? Alamat blog sahaja sudah menunjukkan dia ni anti pada nuffnang.

Akhir kata dari aku, marilah kita sama-sama blogging dengan gembira, disamping dapat duit dari nuffnang nak bayar Broadband.. hehe


Kalau Cerita Nuffnang Semua Nak Baca

Kalau cerita pasal traffic macam hujan, pasal earning Nuffnang, pasal cashout Nuffnang, semua orang teruja sangat nak baca kan? aku juga kadang-kadang macam tu. Yala kan, siapa tak nak duit.

Dan semalam menjadi bukti apabila aku tulis tentang my first cashout earning Nuffnang. Walaupun ciput je, tak setanding dengan korang, tapi syukurlah ada juga reward sambil menulis ni.

Lepas saja aku publish post tu, aku terus pingkan latest entri tu di Gengblogger. Tak sampai 3 minit bila aku cek blog aku, hah ada 15 orang skodeng dalam satu masa.

Ya, sikit je bagi korang yang leh berpuluh-puluh skodeng dalam satu masa. namun bagi blog murahan macam aku ni, 15 orang dalam satu masa tu kira dah banyak sangat dah tu. Tak pernah lagi selama aku tulis blog ni seramai tu orang datang sekaligus. Hah tengok screenshot aku ambil semalam.



Kalau blog fames macam korang, tak hairanlah untuk dapat macam ni kan? Tapi, bagi aku, ni dah jadi satu pencapaian bagi aku. Dan jadi bukti bahawa semua orang gila nak tengok Nuffnang je kan? :D

Cashout Pertama Selepas 4 Bulan

Akhirnya, selepas 4 bulan bersama Nuffnang, barulah aku mampu nak cashout earning. huhu. Ciput je aku dapat. Korang yang lain ada pernah aku baca, lepas 2 bulan saja dengan Nuffnang dah cashout. Mantap! tapi apa pun, aku percaya rezeki kita berbeza, tak sama.

Thanks juga dengan instant cash blogging tu. kalau tak, rasanya belum mampu nak cashout earning aku tu. tapi apapun brsyukur dengan apa yang kita dapat, ya tak?

lepas cash out, akaun jadi RM0 balik. huhu. Dah rasa pelik, sebab selama ni biasa tengok earning tu ada. sekarang ni, dah jadi RM0 balik. huhu


So, sekarang tengah nak tunggu cek pertama sampai. mungkin hujung mei barulah sampai tu. huhu. tak sabar pula rasanya nak rasa duit blog ni. hehe

So, lepas ni berusaha lebih lagi lah dalam blogging ni. semakin lama aku rasa jadi bloggers, semakin ketagih nak update blog ni. Dan makin best pula rasanya. Blog ni ada ilmu pukau ke apa? haha

Happy blogging kepada semua! :D

NuFFnang: Dah Macam Bapa Blogger

Dalam Dunia ni macam-macam cara orang nak tarik perhatian. Dari segi tingkah lakunya, cara berpakaian dan macam-macam lagi.


Kalau si perempuan nak tarik perhatian, mesti nak berhias secantik mungkin. Kalau yang berani sikit pakai lah pakaian seksi sikit. Kalau perempuan pakai pakaian seksi mata gatal mana yang tanak tengok kan?

Si lelaki pula pakai lah smart sikit, leh serlahkan kehenseman. Tak pun pakai pakaian berjenama sikit, mesti orang tertarik nak tengok.

Nuffnang pula disebaliknya.




Selepas beberapa bulan join NuFFnang, dah macam-macam event yang diorang anjurkan. Dari movie screening, minum kopi dengan staff NuFFnang, pergi blogger gathering dan macam-macam event yang best dan boleh menang hadiah lagi tu.

Korang tak caya? Pergi tanya abang Eyriqazz dah berapa banyak dia dapat dari event NuFFnang ni. Kalau tak silap dia pernah mention yang dia dah pernah menang hadiah hampir 7k harga kesemuanya.

aku nampak NuFFnang ni dah jadi macam bapa kepada semua blogger Malaysia ni. Tak pernah rasanya ada benda macam ni di seluruh dunia. Syarikat pengiklanan blog sangat rapat dengan blogger. 

Tengok dengan google, ada dia pernah buat macam ni? Nuffnang je yang pernah buat. Pastu mulalah syarikat lain nak ikut jejak langkah diorang ni. Nuffnang layan semua blogger macam anak diorang je.

Kalau hantar email, cepat je diorang reply email. Aku pernah hantar email awal pagi kat diorang. Petang sikit dah kena reply. ok tak macam tu?

Tapi kita blogger ni yang tak tau nak appreciate. Dah Nuffnang bagi amaran jangan lakukan clik fraud atau menipu klik, nak juga kita buat. Tu maksudnya menderhaka tu. Orang bagi peluang kat kita untuk dapat sedikit kebaikan, kita nak lebih-lebih.

dulu tak pernah ada benda ni. So semua orang anggap blogging ni buang masa je. tapi lepas nuffnang muncul dan tersebarnya kisah redmummy dan kennnysia dapat berpuluh ribu dari blog, semua orang nak buat blog. baik blog sampah mahupun blog tak sampah, nak berebut-rebut join nuffnang dengan mengimpikan rezeki yang sama.



Tapi korang semua lupa, rezeki manusia bukannya sama. Redmummy dapat rezeki dari blog sebab usaha dia. dan mungkin Allah dah jadikan rezeki dia tu dari blog. Kita pula mengimpikan kisah yang sama atas usaha klik-klik ni. baik hentikan sebelum terlambat.

Dan bagi kita semua, pasti ada suatu yang lain menanti kita semua. Dan mungkin juga masanya belum sampai untuk kita dapat rezeki sedemikian.

Percayalah, bila masanya sampai untuk kita, dua tangan kita menadah pun takan cukup untuk menerima rezeki dariNYA.

Boleh Dapat Sampai Beratus Ribu Dari blog??

Rasanya semua orang dah tahu yang si kennysia ni boleh dapat beribu-ribu ringgit dari blog dia tu. Fuh, memang masyuk la kenny. Apa tips? Share la. :D

 Ni adalah cek dari nuffnang milik Kennysia yang berjumlah RM11,000 lebih. (Source of Picture)
Dan disebabkan pendapatan dia ni yang mencecah puluhan ribu, ramailah blogger yang muncul dengan tujuan yang sama, iaitu nak dapat duit banyak macam si kennysia dan ramai lagi blogger yang hebat-hebat diluar sana. Keinginan untuk blogging bukan lagi suatu yang suci dari hati tetapi dicemari dengan keinginan untuk mendapat duit bertimbun je.

Buktinya, korang tengoklah entri yang berbaur tips untuk dapat banyak duit dari nuffnang, mesti banyak komen. Kalau korang ping entri macam ni di gengblogger mahupun innit chatter, senang je nak dapat hit yang banyak, betul tak?


Dan dengan kewujudan nuffnang juga, semua orang berlumba-lumba nak jadi blogger untuk menjana pendapatan dari iklan nuffnang, Atau nak senang cakap nak menjana pendapatan dengan blog. Dan dengan keinginan ini wujudlah perbuatan pihak tertentu yang tidak sabar-sabar nak dapat duit seperti perbuatan penipu klik atau click fraud. Ni pun nuffnang dah bagi amaran kepada kita semua. Baca entri sini.



Tetapi tahukah kamu bahawa semua blogger yang dapat ribuan ringgit dari blog mereka bukan sengan senangnya nak dapat macam tu. Perlu ada usaha, dan bermula dengan tangan yang kosong. Selepas bertahun, dan dengan usaha yang gigih, barulah ada hasilnya. Korang baca di Harian Metro Bagaimana Redmummy dapat apa yang dia miliki sekarang ni.

Dan bercakap mengenai Kennysia, Aku rasa pasti ramai yang tak tahu bagaimana dia bermula dengan nuffnang. Sebelum aku tahu, aku juga terfikir, apa yang dia lakukan sehingga mampu menjana ribuan ringit dari blog dia tu.Kalau korang nak tahu, nuffnang sendiri yang cari si kennysia untuk untuk tampal iklan mereka. Korang p baca entri si kennysia ni di sini

Dia ceritakan bagaimana Nuffnang bermula dan bagaimana dia boleh signup dengan nuffnang ni. Its very inspiring to read this entri.

So, siapa kata blog tak boleh jana pendapatan, cuma perlu berusaha dan sabar. Dan lakukan dengan cara yang berhemah.

Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Nuffnang Warning: Please Stop Click Fraud!!


Ok, straight to the point, Nuffnang has sent me an email today regarding the click fraud activity among blogger. This activity seems to be worsen as time pass by, so Nuffnang is giving a warning to all blogger to stop this. I think there are a lot of blogger also received this email as i can see a few blogger already discussing this mater on their blog. So here is the email that i received from Nuffnang.

Dear Nuffnangers,


As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

So, my advise to all blogger, please stop this as Nuffnang can detect this activity. If you are not interested to the ads which appear during your visit, please do not click on it where ever blog you go. Furthermore, it violate the term and condition which you has agreed upon joining Nuffnang.

Yes, i agree that everyone wants money, but that's not the way it should be. You're clicking the ads just to increase earning is like you're stealing someone's money because advertiser pay for person that interested to know the advertisement not the person that only clicking to earn money. And if it's your money? what you're gonna do?  Think about it.

We have nuffnang as a way to get an extra reward from blogging for now, so appreciate it. Dont make them stop believing you and dont make your account terminated just to earn 25cent! There is no things like this back then and you are not getting any cent from your blog. So, if you wanna blog, go blogging. If you wanna have money, go get some job.

So, guys lets stop click fraud, once and for all. And to show that you are serious abut it, go to Fitrihadi.blogspot.com and copy the banner he made just like one at my side bar, ok?

Say No To Click Fraud!! If you wanna blog, go blogging. If you wanna have money, go get some job.

I Got RM20 From Nuffnang!!


Macam tak percaya je. Tadi Masa aku nak send Assignment trough email, aku sempat lagi bongkar-bongkar email yang baru masuk. Dan masa tu, aku nampak 1 email dari Nuffnang. Dengan perasaan ingin tahu aku klik pada email tersebut. Yala kan, Nuffnang jarang hantar email kalau tak ada benda penting. Dan bila email tu dah buka, aku terkejut.

Dear Nuffnanger,


Thank you for your participation in Week 2 of Project Alpha's Instant Cash Blogging!

We've credited RM 20 into your Nuffnang account for being one of the first 100 valid entries for Week 2. Don't forget, you can always try your luck at Instant Cash Blogging in the following weeks!

Aku, pergi ke inbox. Email tu masih ada. Aku klik sekali lagi. isinya tetap sama. Sah aku dapat RM20 tu!!. Pastu aku nak pastikan betul ke benda ni. Aku terus log in ke akaun Nuffnang aku.

Klik Untuk besarkan

Memang betul dah dikreditkan ke dalam akaun. Tak sangka betul bernasib baik juga aku ni. Hari tu, ingatkan dah tak dapat dah. Yala, aku submit entri aku hari khamis malam. aku just suka-suka. Takde benda nak cerita dalam blog. So aku buatlah post ni. I Just Love Good Smelling People. Tak sangka dapat pula RM20 tu. Mungkin Dah rezeki aku kan? So, korang tak nak cuba nasib? Check la kat website Project alpha dan sertai instant cash blogging. Manatau, korang bernasib baik! :D

Cheers!

Finally i Got Buffered Ads!!

Hi everyone. I'm in a very good mood today because of what? :D well, you've already read the title right? haha. I got 4 buffered ads running simultaneously in my blog! Thanks Nuffnang. This is my very first time getting buffered ads, so that is why I'm so happy. Maybe mine is just a small amount compare to you guys but, still I'm happy. Its my very first time getting  so much buffered! :D So you want a prove? below is my print screen of my buffered ads.

Click to enlarge

OK, let me tell you how did i get that buffered ads. Before this, i don't really care about all the survey that Nuffnang provide. You know, the blogger survey. I just write a few words, than enough. No specification, no enthusiasm. Just dull. But then, no buffered ads. But after i read so many blogger stress about that survey, i pushed myself to do the survey and provide as many as i can ,information about myself. Than, here the result. I'm starting to get buffered ads. And i hope it will be a good starting for me. :D

So, how about you guys? Did you guys fill in the survey for real or just fill in to qualify for signing in with Nuffnang?

I Just Love Good Smelling People

Why i just love good smelling people? Pasti semua orang ada sebab tersendiri, dan aku juga ada sebab aku sendiri. Ok, ini adalah kisah benar yang aku nak cerita kat korang semua tentang betapa pentingnya untuk menjaga bau badan kita ni and makes me love good smelling people. huhuhu


Cantik tak gigi si gadis ni. Errkk, gadis ke? aku pun tak tahu. Tapi gigimu la cantik :) Tapi apa pendapat korang kalau gigi je yang cantik, tapi mulut berbau!? Memang muka yang cantik sekalipun korang akan larikan diri dari dorang, betul tak? Aku pun akan buat benda yang sama. huhu

Ni ada berlaku kat aku masa aku nak pergi kelas hari tu. Masa tu aku nak cepat pergi kelas, bila sampai ke perhentian bas, bas dah penuh tapi kerana nak cepat, aku menyumbat juga masuk ke dalam bus. Dalam aku bersesak-sesak dalam bus tu, ada seorang mamat junior aku  berdiri kat sebelah aku ni. Aku tenang je, ala aku senior dia junior so tak payah takut. Tapi tiba-tiba mamat tu bercakap dengan kawanya dan. Adoi mak!! bau mulutnya macam dah seminggu tak gosok gigi! aku yang duduk yang berdiiri disebelahnya tu terpaksa menahan nafas kerana bau mulutnya terlalu menyengat hidung! adoi nak termuntah aku!!. Tak tahan aku dengan bau mulutnya. Nak je aku tenyeh kepala budak tu dan kata, "Eh budak, ko tak berus gigi ke? Apasal mulut ko bau semacam je?" dan suru budak tu pergi berus gigi. Tapi aku tak sanggup.




Kejadian kedua yang aku pernah alami ialah ketika menaiki bus. Bus bandaraya kota kinabalu ni memang akan sesak setiap masa tak kira pagi, siang atau malam. Nak dijadikan cerita, Ahad yang lalu, aku keluar dengan gf aku ke bandar kejap. Yala kan, hujung miggu orang nak bersuka ria melepaskan tekanan selepas seminggu asyik ke kelas je.

Selepas penat berkeliaran, kami pun balik ke terminal bus untuk balik ke kolej. Dan untuk sampai ke terminal bas dari tengah bandar kami perlu menaiki bas bandaraya. Dan semua orang tahu keadaan dalam bas tu bagaimana. Sempit, sesak dengan orang yang berbagai ragam dan bau. Hah! sebut pasal bau ni, masa tu aku terpaksa berdiri kerana semua kerusi dah penuh. Dan masa tu juga seorang pak cik naik dan berdiri disebelah aku. Kerana terpaksa berdiri, pakcik tu memegang rel besi yang ada kat atas, dan terbuka la ketiak dia tu! Dah tu ketiak tu mengarah kat aku. Dan korang tahu tak bau ketiak yang tak pakai deodorant atau bedak dan berpeluh setelah penat seharian bekerja? Bau!!

Aku memandang kearah gf aku dengan muka yang berkerut. Dia faham maksud aku dan tersenyum melihat ke arah aku masa tu.. huhuhu. Dan aku terpaksa menahan bau tu selama 30 minit!! Sikit aku nak cakap kat pak cik tu, 
"pak cik, tak pakai deodorant ke? bau semacam je ketiak tu. Gunalah Adidas action 3, bau ketiak tu akan hilang" 
Tapi aku tak berani nak cakap, kang dilempangnya aku, pengsan aku dalam bas tu.


Eh, kenapa aku nak syorkan pakcik tu gunakan Adidas Action 3? Adidas action 3 ni memang best, ada beberapa kelebihan bila menggunakannya iaitu mengandungi anti perspirant dimana ianya menghalang ketiak kita dari berpeluh dan basah. Adidas action 3 juga menghilangkan bau badan yang kurang enak serta tidak mengandungi alkohol dimana ianya sesuai untuk semua, tak kiralah korang muslim ke tak. Memang bijak! :D So, korang nak tips untuk menghilangkan bau badan? Gunalah Adidas Action 3! :D

Sebab itulah juga Adidas Action 3 bersama Nuffnang membawakan Project Alpha Season 2 dimana ianya akan membariskan Malaysian Top Blogger dan melihat bagaimana kehidupan mereka. sebabnya? Agar mereka ni tidak akan berbau ketika melakukan aktiviti-aktiviti terutamanya yang lasak nanti! haha

So, apa yang ditunggu? mari bersama-sama Memberi kaharuman, bukan sahaja diri sendiri malahan kepada semua orang di sekeliling kita agar kejadian yang menimpa aku tu tidak akan berulang lagi!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS!!