Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Google Update Gmail Kini Berwajah Baru



Google akhirnya mengemas kini perkhidmatan elektronik mail mereka Gmail. Tak tahu sejak bila kemas kini tu bermula. Namun sejak beberapa hari yang lalu, kalau aku nak masuk Gmail, mesti ada saja link uptade to new look. Tapi aku tak kisah sangat dengan new look ke apa. Sebab rasa selesa juga dengan Gmail yang lama.

Link ni sentiasa ada di sebelah kanan bawah sekali

Tapi hari ni, my Gmail account automatically kena tukar ke wajah baru google, yang aku rasa not bad juga. dengan wajah yang nampak lebih modern, versatile dan semacam lebih ringan dari Gmail yang dulu.

wajah baru Gmail. Lebih elegant. Klik Untuk Tumbesaran.

Banyak juga fungsi ditambah dalam update kali ni termasuk Gmail New Theme. You all boleh tukar Background Theme untuk Gmail you all. Ada beberapa pilihan theme yang boleh dipilih. For mine, aku guna theme mountain.

 
Mine with Mountain Theme! Klik Untuk Tumbesaran.

Senang saja nak tukar Gmail Theme ni. Korang just klik pada gambar Gear pada sebelah kanan atas dan pilih pada tab Theme.

So bandingkan dengan design dan fungsi lama Gmail, aku rasa yang baru ni lebih baik. Pengguna punya lebih control terhadap apa korang nak buat pada Gmail korang.

Old Gmail Look. Klik untuk tumbesaran.

Pada sesiapa yang menggunakan Gmail, korang boleh mencuba Gmail New Look ini buat sementara waktu. kalau tak suka, korang boleh hantar feedback kepada Google. Korang juga boleh revert kepada old Gmail.

Namun demikian, Gmail New look akan dilancarkan secara rasmi kepada semua pengguna Gmail, samaada korang nak atau tidak.


Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi yang ditambah ada Gmail, korang boleh pergi ke About Gmail’s new look page ni.


Cara Menyemak Status Daftar Pemilih Melalui Sms



Adakah anda berumur 21 tahun ke atas? Adakah anda sudah mendaftar sebagai Pemilih Tapi tidak pasti sama ada pendaftaran anda berjaya atau tidak? Semak Status daftar Pemilih anda melalui Sms dengan cara berikut.



Tunaikan Tanggungjawab korang sebagai Rakyat Malaysia. Kalau dah Cukup umur tu, pergilah mendaftar sebagai pengundi. Undi anda mampu menentukan masa depan negara.

Untuk Lebih Informasi boleh mengunjungi Laman Web Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia


Kenaikan Harga Rokok Dan Implikasinya

Berkuatkuasa pada oktober tahun ni, harga rokok telah dinaikkan kepada minimum 35 sen sebatang. Maknanya untuk sekotak 20 batang rokok berharga RM7. Ini adalah atas arahan Kementerian Kesihatan.

Meteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa langkah tersebut sebenarnya diambil untuk mengurangkan kemampuan mebeli rokok dikalangan rakyat Negara ni. Bila dah tak mampu beli, mesti rakyat akan berhenti merokok. Itu yang mereka fikirkan.

Tapi aku tak fikir begitu. Apabila difikirkan, banyak implikasi lain yang akan berlaku disebabkan oleh kenaikan harga rokok ni. Mari kita bincangkan serba sedikit implikasi terhadap kenaikan ini dari sudut dan pandangan aku sendiri.

1.    Masalah Jenayah
Dari sudut masalah jenayah, mungkin akan ada peningkatan. Bukanlah jenayah yang besar, tapi mungkin kes kecil seperti mencuri dan merompak. Disebabkan apa? Ramai perokok adalah dari golongan muda dan dari pemerhatian aku agak ramai juga yang golongan berpendapatan rendah yang merokok.

Bila dah pendapatan rendah, mesti duit pun kurang kan. Bila dah duit pun kurang, duit nak beli rokok pun mesti tak cukup kan? Dan bila keinginan untuk merokok tu tak dapat dibendung, ditambah lagi duit tak ada untuk beli rokok? Jalan mudah ialah mencuri, nak dapatkan duit untuk beli rokok.

2.    Masalah Penyeludupan
Kalau ada terbaca entri ni berkaitan dengan kes tangkapan ke atas penyeludupan rokok dan arak  di sabah yang membabitkan jumlah jutaan ringgit. Ni baru sikit. Rasanya ada banyak lagi kes yang tak dapat dikesan.Biasanya rokok seludup dijual dengan harga yang lebih rendah daripada yang dibawa masuk secara halal. Jadi, pilihan mana yang korang akan ambil? Yang murah ke yang mahal?

Aku nak ambil senario kat sabah, sebab aku asal sabah. Di Sabah, even Bandar besar macam Kota Kinabalu, kat tepi-tepi jalan pun Korang boleh dapat rokok dengan mudah. Dah tu harga sangatlah murah. Itu semua adalah rokok seludup dan dijual oleh warga asing yang aku jangkakan adalah pendatang tanpa izin!

3.    Masalah Kesihatan
Memang kita semua dah tahu, rokok dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan. Yang ni rokok yang bermutu. Aku nak bagitau, korang tau tak rokok yang diseludup dan dijual dengan harga murah tu banyak yang tiruan? Dan pastinya rokok tiruan ni lebih membahayakan daripada yang berkualiti tu! Jadi akan bertambah la jumlah pesakit kat hospital nanti. Tak tau penyakit apa yang akan keluar.

Aku sebenarnya bukan nak membantah hasrat kerajaan untuk menaikkan harga rokok tu supaya dapat mengurangkan jumlah perokok di Negara ni. Sebab aku ni seorang yang sangat bencikan rokok.

Tapi 1 hal, supaya kerajaan menyelaraskan semua unit. Maksudnya, bila dah naikkan harga rokok tu, anggota penguatkuasa juga lebih teliti dan penyiasatan lebih terperinci harus dilakukan bagi membendung masalah penyeludupan supaya langkah ni boleh berjaya. Kalau tak, sia-sia sajalah usaha ni. Jangan kita selesaikan masalah yang 1 ni, masalah lain pula yang timbul.

p/s siapa-siapa yang ada pendapat dan pandangan lain?


Wedding Of The Year 2010


Mungkin ramai yang masih lagi di awang-awangan apabila mengingat kembali perkhawinan gilang gemilang angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama buah hati pengarang jantungnya, Dr Harlina Mohd Yunos. Mana taknya, mesti semua teringin nak majlis perkhawinan seperti itu kan? Lebih lebih lagi kaum wanita. betul tak?

Mungkin kisah Penyatuan 2 hati, Dr sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Harlina Mohd Yunos boleh dinobatkan sebagai wedding of the year pada tahun ni. Mana taknya, menurut laporan tv3, siaran perkhawinan mereka pada 10 oktober lalu meraih jumlah penonton sebanyak 3.2 juta! Dashyat betul penangan angkasawan kan?
 Semoga Bahagia hingga ke anak cucu ye :)

Dah jadi wedding of the year, jangan pula jadi macam yang lain ye. Buat majlis berjuta-juta, lepas beberapa tahun bercerai. Apa kejadahnya? Baik tak payah khawin kalau macam tu. Buat la style koboi. Dah puas cari lain. Lepas tu ganti lagi sampai puas.

Dan pada lelaki diluar sana termasuk diri aku sendiri, jom kita ramai-ramai jadi angkasawan. Mesti senang je nak jadi popular. Dan mesti ramai anak dara cair bila tengok korang. Ni baru anak dara. Belum kira anak tak dara dan bini orang. hihihi gurau je.

Dibandingkan semasa perkhawinan Datuk Siti Dengan Datuk K dulu, siapa lagi hebat? Siapa lagi punya lebih banyak penonton semasa siaran langsung?

Wa tak kisah, wa rileks je.


Model Kereta Terbaru Proton Inspira

Akhirnya, penantian untuk melihat model kereta terbaru dari proton terjawab dengan pelancaran model terbaru mereka, Proton Inspira. Beberapa minggu yang lepas, kedengaran ura-ura kereta terbaru proton ni. Namun tidak ada berita spesifik tentang kereta ni. Dengan pelancaran Inspira ni, penantian akhirnya berakhir jua.

Inilah pandangan hadapan Proton Inspira
Gambar Mstar

Ini hanyalah preview sebelum model inspiran ni dilancarkan secara rasminya pada 10 November 2010. Harga untuk model Terbaru ni pula adalah sekitar RM79,888 hingga RM95,000. Berbaloi lah  harga ni dengan produk yang berkualiti. Model Proton Inspira ni didatangkan dalam 2 varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter.

So, kepada yang berminat nak dapatkan model ni, boleh lah jenguk-jenguk kereta ni. Manalah tau mampu memenuhi keinginan di hati. :)

Syabas kepada proton dengan pelancaran model ni. Moga Inspira ni mampu mengangkat nama proton.


Promosi Gila-Gila Airasia!

Sempena menghargai semua pengguna Airasia, Syarikat penerbangan tambang murah Airasia ni akan buat promosi Gila-gila, 100 Million Guests Flown! Tambang semurah RM7 sahaja. Tak cukup gila lagi? 100 Million Guests Flown ni bermula hari ni dan tamat pada 17 Okotber 2010.

So cepat, jangan lepaskan peluang nih. Website promotion Airasia 100 Million Guest Flown ada kat link ni. 100 Million Guests Flown

Jarang Ada promosi gila-gila macam ni. Nasib bukan masa aku nak balik. hihi


Persoalan Siapa Dulu, Ayam Atau Telur Terjawab

Teka teki ni aku kira klasik sebabnya dari aku berumur 7 tahun, masa darjah 1, hinggalah pada hari ni, soalan siapa dulu, telur atau ayam ni masih wujud. Dan persoalan siapa dulu ni masih tidak terjawab sampai ke hari ni. Betul tak? Mereka yang ajukan soalan ni kat aku juga tiada jawapannya. Tapi menurut seorang penyelidik British, Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffiel persoalan ayam dan telur ni sebenarnya ada jawapannya.

Menurut penyelidik ini, ayam sepatutnya lebih dulu wujud berbanding telur. Dan ianya dibuktikan melalui kajian saintifik. Mereka membuktikan bahawa, untuk membentuk telur, sejenis protein yang hanya wujud di dalam ovari seekor ayam betina diperlukan. Sebab itulah mereka menyatakan bahawa ayam lebih dulu keluar berbanding telur.

Dan dari segi pemikiran lojik, mungkin ada betulnya ayam dulu keluar berbanding telur. Mengapa? sebabnya, untuk menetas, sebiji telur perlu dieram terlebih dahulu sebelum menetas. Tanpa dieram, sebiji telur tidak mungkin akan menetas.

Dan dari segi agama pula. Mungkin sangkaan ini ada benarnya. Kita fikirkan pada zaman penciptaan bumi dan manusia serta segala isinya. Sudah pastinya ayam dahulu diciptakan untuk membentuk telur bukan? Seperti juga manusia, yang diciptakan adalah manusia dewasa, bukannya bayi.

Pendapat anda pula bagaimana? Adakah ayam dahulu, dan telur kemudiannya atau telur dahulu barulah ayam.


Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Bangga sikit bila dapat tahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinamakan sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia oleh Global Finance, sebuah majalah yang beribu pejabat di New York tahun lalu. Dalam sebuah rencana tahunan terbitan majalah itu, 2009 CENTRAL BANKER REPORT CARDS, Tan Sri Dr. Zeti diberikan gred A bersama 6 lagi ketua bank pusat dari Czech Republic, European Union, Australia, South Korea, Taiwan dan Israel.

Mereka semua diberikan gred A berdasarkan kemampuan mereka untuk kejayaan dalam kawalan inflasi, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan mata wang. Gred terbaik yang diberikan adalah A untuk terbaik dan F untuk paling rendah. Syabas diucapkan Kepada Tan Sri Zeti atas kejayaan dan usaha beliau dalam menguruskan mata wang negara.

Sumber: Global Finance

Anime : Naruto

Kalau korang baca profile aku tu, korang akan tahu aku sebenarnya peminat setia Anime naruto. Jadi agak peliklah kan seorang peminat anime macam aku ni tak tulis apa-apa pasal anime. So hari ni aku nak share sikit kepada korang semua pasal anime kegemaran aku iaitu Naruto. Aku sebenarnya mula minat anime ni lepas ianya ditayangkan di TV3 lama dulu, tapi dah tak ingat bila sebenarnya anime ni mula ditayangkan.

Ok, balik kepada naruto, anime ni sebenarnya ditulis Oleh Masashi Kishimoto bermula pada tahun 1999. Siapa yang tak tahu pasal naruto, ianya mengisahkan seorang budak lelaki Uzumaki Naruto yang menjadi host kepada seekor musang 8 ekor yang pernah memusnahkan Kampung mereka, kampung Konoha.


Disebabkan benda ni, naruto disisihkan oleh orang-orang kampungnya. Namun, Naruto tidak pernah berputus asa untuk mendapat perhatian dripada orang di kampungnya. Dia juga masuk ke satu sekolah ninja untuk belajar menjadi seorang ninja. Dan bermulalah kisah Naruto sebagai seorang ninja.

Berbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi naruto dalam hidupnya. Dia juga bercita-cita menjadi Hokage, ninja yang terkuat di kampung Konoha.

Memang best anime ni, bukan sahaja kita berhibur tapi juga terselit unsur-unsur kemanusiaan dalam Anime ni, seperti persahabatan, moral dan sikap yang tidak mudah berputus asa dalam menghadapi hidup yang penuh dengan cabaran.

So, kepada siapa yang minat dengan manga ni, korang boleh pergi di  narutocentral untuk dapat lebih banyak info pasal manga ni. Korang boleh download dan baca online dari sini. Versi anime juga terdapat disini unutk download. Tempat ni memang khas untuk anime naruto sahaja.

Ada juga tempat lai korang bleh pergi selain dari sini, contohnya Onemanga untuk baca manga ni dan juga manga yang lain. Dan kalau korang nak download versi anime ni, korang boleh pergi realitylapse

p/s : Lepas ni, kalau dapat aku nak update setiap episod naruto terbaru, khas untuk peminat naruto :D

Lindsay Lohan Berlakon Filem Lucah?

Sebut saja nama Lindsay Lohan, semua pasti kenal kan? Siapa tak kenal pelakon comel yang selalu membawakan watak remaja comel yang memikat hati. Dengan usia yang semakin menigkat,  dia pernah mengatakan dia sudah bosan membawakan watak-watak remaja. dan berhasrat untuk memegang watak yang lebih mencabar dan pelbagai, katanya.


Dan rasanya, hasrat Lindsay untuk memegang watak seperti itu menjadi kenyataan apabila dia dikatakan akan membintangi sebuah filem berjudul inferno. Dan kalau korang nak tahu, Lindsay akan  memegang watak Sebagai Linda Lovelace, seorang pelakon filem lucah yang terkenal. 

Dan untuk pengetahuan, Linda Lovelace ni adalah seorang pelakon filem lucah terkenal pada tahun 70an. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Linda Lovelace ni, sila baca disini.

Dalam filem tersebut, Lindsay dikatakan akan melakonkan beberapa adegan seks. Wah, Ini bakal menimbulkan kontroversi ni. Tapi kita tunggu dan lihat sajalah apa terjadi nanti. Kita tengok, mampukah dia membawa watak tersebut dengan baik dan membuktikan kemampuannya atau bagaimana.

Kami sebagai penonton ni tengok je ok ke tak lakonan tu. kalau ok kitorang support. kalau tak faham-faham sajalah. Dan kepada ibubapa, kalau filem ni keluar nanti, jangan bagi anak-anak bawah umur tengok.

Peluang Menang Wang Besar

Kalau pasal duit, mesti semua teruja kan? Samalah dengan aku, mesti mata terbeliak dan mulut terlopong kalau dengar pasal orang cashout Nuffnang ke, Gooogle Adsense ke. Tips nak dapat duit pun orang suka juga nak tau kan?

So, ni ada peluang nak menang wang besar, MAGGI® MEE MY WAY™ contest. Simple dan menarik kontest ni dan hadiahnya juga menarik. Nak tahu, boleh menang hadiah berjumlah RM30,000! Wah banyak bukan? Cuma Upload video yang menunjukkan bagaimana korang menyediakan resepi maggi tersendiri korang dan korang akan berpeluang unutk menang hadiah!


So, siapa yang berminat nak contest ni, klik je gambar dan sertai peraduan MAGGI® MEE MY WAY™. Manalah tahu korang bernasib baik kan?

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Macamana nak nampak? Kena usaha lebih la kan :D

P/s aku nak join juga tapi takde idea ni..

Pencuri Identiti

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ni, macam-macam boleh barlaku kan? Perkara yang kita tidak pernah jangka juga mungkin berlaku.

Aku baru je selesai membaca sebuah novel bertajuk "Here She Lies" beberapa hari yang lalu. Novel ni mengisahkan bagaimana seorang wanita tu dicuri identitinya oleh seorang yang lain hinggakan dia ditangkap oleh FBI kerana dipercayai melakukan jenayah yang dia sendiri tak pernah buat. Menarik kan?


Bercakap mengenai kecurian identiti, aku sendiri sebenarnya tak tahu sangat benda ni. Tapi selepas membaca novel ni, aku berfikir boleh ke bneda ni terjadi? Ke dalam novel je. Apa yang ditulis dalam novel tu kata, kesan idendity thief atau kecurian identitit tersebut boleh berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Wah memang bahaya benda ni. Kalau kena memang payah la hidup.
Aku teringat kes, beberapa tahun yang lalu yang aku rasakan kesan dari pencuri identiti ni. Ada satu kes seorang lelaki di tempat aku di Sabah tiba-tiba menerima saman lalulintas dari Pulau Pinang sedangkan dia tak pernah datang ke sana. Pelik kan? dan ada beberapa kes lagi juga membabitkan identiti orang lain yang digunakan seperti semasa pilihanraya.


Bahaya kan? So demi mengelakkan kejadian ni berlaku ke atas kita, elakkan kehilangan dokumen diri seperti kad pengenalan, lesen kereta kad bank atau dokumen diri yang lain. Dan kalau berlaku keatas korang, sila laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan, manalah tau orang akan menyalahgunakan identiti kita pula untuk kegunaan jahat kan?

So, beringat sebelum kena, kalau kena kan susah :D

Benarkah Kiamat Semakin Menghampiri

Benarkah ianya semakin menghampiri? aku pun Tatau tapi menurut Ramalan nostradamus, ianya akan berlaku pada 12/12/ 2012. Kalendar Mayan pula terhenti pada tarikh itu menyebabkan banyak ilmuan dari seluruh dunia mengesyaki bahawa ia ada kaitan dengan hari kiamat dunia.

Sebenarnya, aku dah pernah tulis benda ni dalam entri 12 Disember 2012 hari kiamat. Tapi baru-baru  ni, aku ada terjumpa satu gambar dalam facebook (facebook lagi) yang menyatakan Nasa bersetuju ada kemungkinan matahari akan terbit dari barat dan tenggelam di timur. Adakah ini satu petanda bahawa kiamat sudah dekat?

Banyak bukti yang menyokong benda ni, contohnya kalendar mayan tu, dan juga ramalan nostradamus. Siapa yang masih tak kenal dengan nostradamus, pergi baca ni, siapa nostradamus

Dan kalau kita lihat keadaan dunia sekarang ni, macam tak mustahil kiamat akan tiba. Dengan sifat manusia yang semakin menjauhi kebaikan dan banyak melakukan kejahatan, kemusnahan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri terhadap bumi, seakan kita sendiri yang menyebabkan dunia ni semakin hancur.

Walaupun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran benda ni, namun sama-samalah kita memberi ingatan antara satu sama yang lain. Bersedia sebelum tibanya waktu itu, kerana bila tibanya saat itu, tiada yang mampu kita lakukan kerana ianya datang seperti pencuri dimalam hari. Tidak akan ada yang bagi kita isyarat secara tepat kedatangannya.