Dah Ada Baby Rupanya?

Dah bertahun aku tinggalkan zaman sekolah menengah. Rasanya dalam 6 tahun kot. Dan dalam 6 tahun tu, aku tak pernah jumpa dengan bekas rakan-rakan sekelas aku. Yalah, kan dah ikut haluan masing-masing. Aku membawa diri ke kampung halaman. Dan bertapa kat kampung lebih kurang 2 tahun. Buat kerja kampung, tolong mak ayah. Berita tentang member-member pun dah jarang dengar, kecuali 2 atau 3 orang member yang still keep contacting me.

 Gambar kenangan masa sekolah. Yang botak tu aku. hehe

Tapi kalau dah namanya kawan, tetap ada dalam ingatan walau dimana kita pergi atau selama mana kita tidak bersua muka. Betul tak? Beberapa bulan lalu, demi desakan assignment (assignment ke memang nak ni hehe), aku pun buka akaun facebook. Dah buka akaun, jumpa pula bekas rakan-rakan sekelas. Dan seperti dijangka dah ramai yang dah berkeluarga.(taklah ramai sangat, 2 orang je pun hehe) Dan diorang dah ada baby! aaww comelnya!

Aku tak pernah menyangka juga bertemu dengan diorang lagi selepas dah berkeluarga, dah ada anak. Rasa pelik pula bila suatu masa dulu, sama-sama masih kebudak-budakan. Pastu sekarang, diorang dah ada keluarga sendiri. aku rasa pelik. haha. Korang ada tak pengalaman macam ni?

p/s: Bila pula turn aku nak kawin ni :)


4 comments:

  1. oh rupenye hang bdk sabah iye...!!!

    ReplyDelete
  2. @Uruchimaru @ kfaha, ya gue dr sabah.. :) sesat kat sini pi study

    ReplyDelete
  3. bila akak jumpa kawan2 lama kan.. macm2 cerita yang ada.. ada yang bahagia.. ada yang derita.. ada yang tak dapat anak.. ada dah berderet2.. ada kena dera.. ada jadi janda berhias.. macam2..

    bila kita fikir.. ingat semuanya bahagia..

    ReplyDelete
  4. @cikgu isza
    tulah, bukan semua akan jadi seperti apa yg diorg inginkan.. mungkin ada hikmahnya jg..

    ReplyDelete