Hari ini masuk hari ke 5 Aidilfitri. Dari pemerhatian aku, kedai pun dah buka satu persatu. Jalan raya pun dah penuh dengan kereta dengan pelbagai gaya pemanduan. Nak racinglah. Ni baru hari ke 5. Rasanya lepas ni, jalan raya akan kembali sesak seperti dahulunya.
Waktu hari raya pertama, jalan raya lengang je. Senang nak melintas jalan. Tak payah nak tunggu lampu merah. Kalau sebelum tu, lampu merah pun ada juga pemandu yang tak ikut. Dan sebab itulah banyak kes kemalangan kereta di negara kita ni. Kedai pun satu persatu buka. Dah senang sikit aku nak beli makanan. Dahlah aku tak balik rumah kan, kedai pun tak buka. Nasib aku ada banyak stok maggi. Balun maggi je la tiap hari.
Dan yang paling tak best, cuti pun dah nak habis. Lepas tu, dalam sebulan lagi final exam. huh! Penatnya nak study. Kan best cuti-cuti Malaysia macam ni saja selalu.
suka perenggan terakhir
ReplyDeletejuga berharap seperti itu malangnya lepas cuti otak bakal berfikir dan rambut kembali gugur
P/S : Malaysian Are Cool Lar : Iklan Yang Kreatif! Anda Wajib Tonton! Selamat Menonton!
@hans haha, seriously aku mls nak balik study.. nak cuti lagi.. hehe
ReplyDelete