Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Model Kereta Terbaru Proton Inspira

Akhirnya, penantian untuk melihat model kereta terbaru dari proton terjawab dengan pelancaran model terbaru mereka, Proton Inspira. Beberapa minggu yang lepas, kedengaran ura-ura kereta terbaru proton ni. Namun tidak ada berita spesifik tentang kereta ni. Dengan pelancaran Inspira ni, penantian akhirnya berakhir jua.

Inilah pandangan hadapan Proton Inspira
Gambar Mstar

Ini hanyalah preview sebelum model inspiran ni dilancarkan secara rasminya pada 10 November 2010. Harga untuk model Terbaru ni pula adalah sekitar RM79,888 hingga RM95,000. Berbaloi lah  harga ni dengan produk yang berkualiti. Model Proton Inspira ni didatangkan dalam 2 varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter.

So, kepada yang berminat nak dapatkan model ni, boleh lah jenguk-jenguk kereta ni. Manalah tau mampu memenuhi keinginan di hati. :)

Syabas kepada proton dengan pelancaran model ni. Moga Inspira ni mampu mengangkat nama proton.


Model baru Proton mengggantikan Proton Waja?

Ura-ura tentang model kereta terbaru dari pengeluar kereta Nasional Malaysia, Proton tersebar baru-baru ini. kalau korang ada tengok kat berita beberapa hari yang lalu, aku pun dah tak ingat bila tarikhnya, Proton dijangka akan memperkenalkan satu model kereta terbaru yang dikatakan akan menggantikan model Proton Waja yang sedia ada.

Ini adalah Model Proton Waja

Dan, yang bestnya model kali ni dikatakan adalah gabungan  rekaan Mitsubishi Lancer dan Proton Waja. Dan kalau tak silap akulah, kereta ni juga adalah jenis high performance car. Ala, macam kereta yang orang selalu bawa lumba kat jalan raya tu.

 


Ini adalah model Mitsubishi lancer

Walaupun belum ada pengumuman rasmi tentang bagaimana reka bentuk kereta ni, tapi boleh tak korang bayangkan sendiri. Aku rasa mesti best kereta ni.. :D Tak sabar pula nak tunggu kereta ni dilancarkan.

Dulu Proton Emas, nampak comej je. Kali ni diharapkan kereta ni lebih menyengat dari model-model Proton terdahulu.