Perginya Seorang Pendidik

Pagi tadi, lebih kurang jam 10 pagi, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang pensyarah aku., Puan Sharifah Intan Baizura Syed Ahmad Fuad. Sampai saat ni, aku masih tak percaya lagi yang dia dah pergi buat selamanya. Susah aku nak percaya. Sangat susah. Perasaan terkejut tu masih ada sehingga saat ni. Hari tu dia nampak masih sihat lagi. Sebelum cuti Hari Raya, masih masuk kelas dia. Dan sepatutnya selepas cuti Raya, aku perlu buat pembentangan dengan dia. Tapi dia dah tak masuk kelas dan pensyarah lain pula yang masuk kelas kami.

Dan berita yang kami terima, dia memang tengah sakit, tapi tak tahulah pula sakit apa. Ingatkan semuanya ok saja. Tak berat sangat sakit tu.Tapi berita tadi pagi amat mengejutkan. Dan barulah diorang bagitau kat aku, sebenarnya dia tengah menghidap penyakit leukemia. Kalau korang tak tau apa tu leukemia, leh google saja. Aku pun tak berapa tahu sangat, yang aku tau penyakit ni adalah penyakit pasal darah. Mungkin Akak Farhana yang tengah belajar doktor ni tahu kot.

Dia seorang yang baik, tak pandai marah. Nampak gembira saja muka tu. Senyum selalu dan ambil berat dengan kitorang. Tak sangka pula dia dah tiada saat ni.


Semoga engkau ditempatkan disisi orang yang beriman disana. Mungkin korang ada yang kenal beliau, dan mungkin juga tidak, tapi harapnya rakan sekalian sudilah kiranya sedekahkan doa untuk beliau.


4 comments:

  1. salam takziah utk pensyarahmu kyuubi !

    ReplyDelete
  2. Salam,
    DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.

    Bila seorang hamba Allah tinggalkan dunia ini, dia bawa 3 perkara yang akan berterusan memberinya pahala:
    i. Harta yang dibelanjakan kearah kebaikan dan wakaf
    ii. doa anak-anak yang soleh (termasuk anak didik kan?)
    iii. Ilmu yang ditinggalkan dan digunakan secara berterusan.

    Jadi, sebagai anak muridnya yang baik, kita boleh teruskan yang ii dan iii tu kan?
    Moga rohnya di tempatkan bersama para kekasihNya.

    ReplyDelete