Hold It Against Me - Britney Spears Latest Masterpiece


Dah lama Britney Spears tak menghasilkan lagu selepas dia berkhawin dan melahirkan anak. Dulu bukan main lagi. Aku ni kira peminat denga lagu-lagu Britney Juga la. Siap minat penyanyi dia dia ni lagi. Tapi itu cerita masa budak-budak. Lepas Britney jadi teruk, aku dah tak minat dengan di lagi.

Tapi 2 hari yang lepas, akhirnya selepas berdiam diri begitu lama, Britney muncul dengan lagu baru bertajuk Hold Me Against Me. Dan seperti biasa, video clip Britney tak lari dari grafik dan latar belakang yang berwarna warni.

Dan aku sebagai salah seorang peminat lahu-lagu dia mestilah menerjah video vlip terbaru Britney.


Agak menarik juga la lagu baru ni. Tengok 2, 3 kali pun tak bosan. Tapi kalau yang tak minat pula, aku tak tahu la pula apa pendapat korang. Bagi aku, not bad. Masih macam Britney yan dulu. Cuma sekarang dia dah makin "nakal".

Apa pendapat korang pula? Adakah aura Britney masih seperti dulu ataupun bisanya dah hilang?


Impian Siti Nurhaliza Tercapai, Hadiri Perasmian Masjid Bersama Suami


Siapa yang tak kenal dengan Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air. Aku terpinga-pinga bila baca tweet Datuk Siti dalam twitternya.


Kata Datuk Siti, impiannya bersama suami sudah pun tercapai. Pantas yang bermain dalam fikirang tentulah aku terfikir Datuk Siti dah mengandung. Tapi bila aku terjah link tu, ternyata apa yang aku fikirkan melayang jauh. Apa yang aku nampak hanyalah gambar masjid Masjid Al-Khalidiah.


Rupa-rupanya Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan menghadiri Majlis Perasmian Masjid Al-Khalidiah, Kampung permatang Pasir, Kuala Muda, Kedah, Sabtu ini. Majlis perasmian majsid ini akan disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pukul 11.30 pagi.

Dan yang menariknya, masjid ini dibangunkan oleh Yayasan Nurjiwa yang mana Yayasan Nurjiwa ini adalah sebuah badan kebajikan yang diilhamkan oleh Datuk Siti Dan Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Yayasan yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri ni bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim dan juga mangsa bencana alam.

Cantik nama diorang pilih ni. Bagai pinang dibelah 2. Kalau korang tengok betul-betul, nama Yayasan ini adalah gabungan nama Datuk Siti Nurhaliza Dan juga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Sungguh Romantik diorang ni kan? :)

Bagus Datuk Siti ni. Tak pernah lupa pada yang memerlukan setelah berjaya dalam hidup. Susah nak cari orang macam ni sekarang, kan? So, kepada Datuk Siti dan suami, semoga terus berjaya dalam hidup dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Moga dapat meneruskan niat baik ini di masa akan datang :)

Sumber mStar Online


Vokalis Sam Keluar Dari BunkFace


Heboh diperkatakan hari ini tentang vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang dikatakan akan meninggalkan kumpulan itu dan menubuhkan kumpulan sendiri yang dinamakan The Azenders. Sam dikatakan mennggalkan kumpulan Bunkface disebabkan mempunyai beberapa masalah dalam kumpulan.

Tempat Sam pula akan diambil alih oleh Myo, seorang ahli kumpulan Oh Chentaku.

Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan. - mStar Online

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar dan media massa jauh tersimpang dari kenyataan kumpulan Bunkface dalam facebook fan Page mereka. Dalam fan page Kumpulan Bunkface, mereka menyatakan bahawa Sam tidak akan meningalkan kumpulan, cuma sedang mengusahakan projek beliau.

Dear all Bunkers and people out there, the rumors about Sam is quitting from Bunkface IS NOT TRUE..Bunkface is now focusing on developing our own Studio that will be opening soon and Sam is just busy preparing the tracks for The Azenders (his project band). So please don't believe any story that doesn't came out from us because it just a rumors. Bunkface is still Bunkface. Thanks guys! - Bunkface

So, mana 1 nak percaya ni? Nak percaya laporan akhbar mStar atau nak percayakan berita dari Bunkface sendiri? Tapi, takan nak percaya sumber lain selain dari tuan punya badan kan? Apa pun bagi aku, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi di masa depan.

Segala persoalan pasti terungkai juga.


Keputusan Peperiksaan STPM 2010 Diumum 21 Februari Ini


Hari yang dinanti oleh semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan Sijil Tinggi Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) tahun 2010 akan diumumkan pada hari isnin bersamaan 21 Februari 2011.

Jadi, pada semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan, korang boleh memperolehi keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing bermula dari tengah hari 21 Februari 2011. Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos.

Kalau korang malas nak datang ke sekolah atau malu nak jumpa kawan-kawan, keputusan peperiksaan juga boleh diketahui melalui khidmat pesanan ringkas. Cara untuk menyemak keputusan peperiksaan STPM melalui sms, taip STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 36363 atau dengan menaip KEPUTUSAN STPM (jarak) diikuti dengan no kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Keputusan STPM juga boleh disemak melalui laman web Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula dari tengah hari hari isnin ni.

Jadi selamat berjaya pada semua calon STPM 2010, semoga mendapat keputusan yang cemerlang!


Hari Valentine Hari Untuk Menghilangkan Dara dan Teruna


Seperti yang kita semua maklum, 14 February diraihkan di seluruh dunia sebagai hari memperingati kekasih. Namun tiada siapa yang benar-benar tahu apa sebenarnya itu Hari Valentine dan asal usul Valentine. Hanya apa yang dibawakan oleh barat sebagai hari kekasih, itulah yang difikirkan oleh semua orang.

Aku tak nak cerita asal usul valentine. Semua kata, Valentine adalah perayaan orang kristian. Ok, fine. Aku no komen. Tapi yang sebenarnya, tidak ada perayaan atau upacara keagamaan dalam kristian di hari Valentine. Aku pun pelik dari mana datangnya kisah ni.

Hari  ni, sangat banyak tulisan dan coretan blogger mengenai valentine. Dan dalam 1 entry yang sempat aku baca, aku sangat tertarik dengan beberapa  komen pembaca dalam entry mengenai Hari Valentine;

valentine, hari yang di takuti oleh parent2 untuk anak2 yang tak berapa nak baik...
9 bulan dr tarikh nih bkl jd kes buang bayi yang melambakk!
kesian dorng nih, i dont know wht in their mind, but seems like terok gilaa! Grr

Lelaki ni memang pelik kadang2..
Dorang yg hilangkan 'dara' awek dorang tapi nak beristerikan wanita yg still ade 'dara'..
Nasib baik Allah ni adil..
Sesungguhnya wanita yg baik itu untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik itu utk wanita yg baik..

Adakah ini bermaksud, hari Valentine ni adalah hari untuk melakukan hubungan sex dengan kekasih? Itukah yang difikirkan? Hari Valentine adalah hari untuk menghilangkan dara seorang gadis dan menghilangkan teruna seorang jejaka? What a damn low IQ!

Hari Valentine dengan pesta pora dan sex adalah apa yang dibawakan oleh barat! Dan tak hairanlah, Valentine atau tidak orang-orang barat tetap melakukan hubungan sex dan ianya  adalah halal walaupun sebelum berkhawin. Itu adalah setakat hiburan bagi mereka. Itu adalah cara hidup mereka. Tapi cara hidup kita bukan begitu.

Atau adakah Rakyat Malaysia juga beranggapan hari ni adalah hari untuk melakukan hubungan sex? Valentine atau bukan, kes buang bayi tetap ada. Kenapa? Tepuk dada, Tanya nafsu. Jangan Disalahkan Hari Valentine bila ada kes buang bayi atau kes bakar bayi di Malaysia.

Jabatan agama islam dah terang-terang melarang sambutan Hari Valentine, kata nak tangkap siapa yang sambut valentine. Dah dilarang buat maksiat, tapi di Malaysia, siapa yang paling banyak buang bayi?

The Chinese or Indian di Negara ni, tiada siapa yang melarang mereka dari meraihkan hari ini, tapi rasanya aku tak pernah dengar kes diorang buang bayi.


Pelakon Dan Model Seksi Yang Yang Berasal Dari Lelaki


Alicia Liu adalah seorang pelakon Taiwan yang jelita lagi hot. Mungkin pelakon ni tak berapa dikenali kalau di Malaysia.

Tengok dari gambar, memang cun habis. Jejaka-jejaka diluar sana pasti tergugat keimanan bila tengok dia ni. Sekali pandang pasti nak lagi. Tapi ada sesuatu yang tidak kita ketahui tentang pelakon ni.





Sekali pandang, nampak macam menarik. kali kedua pandang, makin menarik. Kali ketiga pandang, pasti nak lagi. Tapi itulah hakikat. Tapi, jangan tertipu dengan apa yang kita nampak dengan mata kasar kita.

Tiada siapa menyangka, wajah dan badan Alicia yang cantik ni, sebenarnya dia adalah seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina!



Ini adalah rupa sebenar Alicia Liu sebelum dia menukar jantina pada umur 18 tahun. Namun, mungkin dah rezeki Alicia, sekarang dah jadi pelakon terkenal di Taiwan. Dan selepas dia mendedahkan identiti sebenarnya, dia mendapat reaksi positif dari peminatnya pula.

Apa yang menariknya dengan Alicia, tubuhnya tidak menunjukkan yang dia sebenarnya, dulu adalah lelaki. Biasanya, seorang lelaki yang menukar jantina pastinya masih menunjukkan ciri seorang lelaki, seperti bahu yang lebah dan bentuk muka yang seakan lelaki.

Aku pernah terjumpa gadis muka cun. Tapi, bila dah dekat dan dengar suara diorang bercakap, suara dia lebih garau dari suara aku!

Walau apa pun, janganlah kita mengubah diri kita selain dari apa yang telah diciptakan.


Justin Bieber Cukur Kepala Jadi Botak!



Justin Bieber mengejutkan peminat apabila tampil dengan kepala yang dicukur botak dalam 1 rancangan ABC talk show kelmarin. Sebelum itu, Justin dalam keadaan normal. Tapi selepas rehat, Bieber muncul dengan kepala yang dicukur botak!


So, girls out there, Apa pendapat korang? Hensem ke Justin Bieber buat rambut macam ni? Namun apa yang Justin Bieber katakan berkenaan dengan rambutnya?

I kinda like it. I look like Michael Jordan! I think maybe it’s going to help me be more aerodynamic on the basketball court. Now people will just focus on my beautiful, silky smooth vocals. I think the girls are going to be upset but they will get over it.

So is that true girls, yang korang upset kalau justin botakkan kepala? Ok, nevermind.



Tapi sebenarnya itu hanyalah gurauan semata-mata. Tak betul pun. So, pada peminat Justin Bieber, jangan korang sedih dan kecewa! 


I Got Surprise From Churp-Churp


Macam tak percaya. Dah dekat setengah tahun aku join Churp-Churp. Earning pun baru ciput. Nak kata aktif dengan mereka, aku rasa tak juga. Jarang juga aku share campaign yang tengah running dengan Churp-Churp, especially menggunakan twitter. Paling  kurang, aku share dalam facebook atau buat banner dan tampal dalam blog ni.

Pagi ni, tersentak bila dapat email dari Churp-Churp;

Thank you for your active participation in the ChurpChurp Social Sharing Campaigns! Unfortunately, our records have identified that your account has committed one/or all of the following offences: 1. Sharing the campaign(s) links alongside misleading messages to entice clicks from friends and followers. 2. Sharing and posting on conflicting sites and/or suspicious sites.

Aku terfikir, bila aku melakukan kesalahan-kesalahan ni. Tapi hati lega sikit bila dapat email kedua dari Churp-Churp;

Dear churper,

Regretfully, we have mistakenly sent you a click fraud email notice. Please ignore our previous email. We truly apologize for the inconvenience caused.

Rupanya diorang dah salah hantar email tu. Lega sikit hati aku. Tapi kalaupun diorang nak tarik balik earning Churp-churp aku pun, tak kisah sangat pun. Earning baru RM10. So rasanya nak ambil setahun dua baru boleh cashout Churp-Churp. Takde kesan sangat pun kat aku.

So rakan-rakan chupers yang lain, lain hari, ikutlah peraturan yang ditetapkan ye? Jangan main redah je, nanti dapat padah :)


Ubipanas.com Lebih Panas Dari Biasa!


Walaupun ubipanas.com tak famous macam kim kardhasian, namun kini blog ini jadi lebih hangat dari biasa! Ya sudah tentu. Bak kata Fit,

P/s: eh baru aku perasan blog bro dah jadi blog hiburan ar.. boleh berjaya ni..good luck :). Fitrihadi.com

Blog ni bukan jadi blog hiburan sangat pun. Just idea nak tulis pun kering, so berhiburlah sekejap cuma. Lagipun nak bagi blog ni lebih hot sikit. Dah namanya pun ubipanas, mestilah nak bagi panas sikit. haha

Blog ubipanas ni tetap blog peribadi yang suka menulis cerita lebih hangat dari biasa. Menulis kisah peribadi aku sebagai seorang student yang merantau di tempat orang.. Walaupun tak la peribadi sangat pun. Berkongsi maklumat dan info berguna kepada semua. Pendek kata, blog ni jadi blog rojak.

Dan aku nak wujudkan lagi cerita baru, iaitu segmen cerita seram. So siapa yang suka dengan cerita seram-seram gitu, boleh la berhibur sambil ketawa baca cerita seram. errk? ada tak orang ketawa masa baca cerita seram? Ok, nevermind.

Tapi buat masa ni, aku tak aktif sangat menulis. Aku lebih pentingkan masa rehat dan tidur. Dan semestinya study. Kalau dulu, sanggup kurang tidur, semata-mata nak bagi blog update. Hasilnya, penat memanjang. Masuk kelas mata kuyu dan tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. So tak nak lagi macam tu. Ada masa update la. Kalau takde, biarkan saja.
 
So kalau blog ni tak berupdate selama berbulan-bulan ke, korang faham sajalah. Dan kalau aku tak membalas lawatan korang, jangan lah merajuk. Ada masa, aku akan tetap jejakkan kaki, menyemak di blog korang. hahaha!


Yusri (KRU) Bukan Jadi Pensyarah


Sebelum ni, terbaca mengenai Yusry KRU yang bakal menyertai barisan tenaga pengajar UiTM Shah Alam di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. Yusri dikatakan bakal menjadi pensyarah sambilan dan mengajar kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Itu cerita sebelum ni. Namun hari ni, Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar meyatakan bahawa Yusry bukanlah menjadi pensyarah sambilan seperti yang digembar gemburkan. 

Dia hanya akan menjadi salah seorang penceramah jemputan bagi kursus kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi.

Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu. Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini. - Ezwan Mohd Mokhtar, mStar Online

Jadi dah sah bahawa Yusry (KRU) bukanlah menjadi pensyarah sambilan tapi sebagai penceramah jemputan bagi kursus tersebut. Namun penceramah atau pensyarah, tugas adalah sama iaitu mencurahkan ilmu yang ada. Yusry ni berpengalaman dalam bidang tu, jadi bertuahlah pada sesiapa yang masuk dengar ceramah dia ni nanti.

Jadi korang yang masuk dengar ceramah dia ni, jangan dok tengok muka Yusry sampai tak berkelip mata tu, tapi ambil ilmu yang dia akan curahkan nanti :)


Bila Laptop Masuk ICU Kat Hospital Bagi Laptop-Laptop


Lapto aku cikai aja. Model Acer 4310, dengan processor Intel Celeron dan kelajuan 1.73 GHz. Tak la hebat mana kalau dibandingkan dengan laptop korang. Member aku beli desktop dengan harga RM4k. Senang saja nak main pc game. No hang, no lagging. Member aku yang lain pula kata nak beli laptop model i5 entah apa kejadah. Aku langsung tak faham.

Laptop aku ni, main Counterstrike Condition Zero ke, main Dota pun ok juga. Tapi kalau nak guna untuk program yang perlukan grafik yang mantap, sure laptop cikai aku ni tak boleh diharap. Aku nak install PES 2011 pun tak boleh!

Tapi cikai macam ayam goreng KFC ke, ayam kampung ke, bila laptop aku meragam, merasa juga aku kehilangan. Seminggu laptop aku hidup merempat kat hospital bagi laptop-laptop. Hidup aku jadi tak keruan. Haha. Tak dapat layan facebook, tak dapat menghadap blog. Dan target aku nak habiskan menonton Supernatural Season 1 hingga 6 sepanjang cuti tahun baru cina tak kesampaian.

Yang aku boleh buat, hanya berharap dapat panggilan dari hospital bagi laptop-laptop mengatakan bahawa laptop aku dah pun sihat dan boleh keluar wad ICU.

Dan hari yang aku tunggu-tunggu muncul juga semalam. Laptop aku ni dah pun berjaya diubati oleh doktor pakar sakit laptop. Tepat pada masanya, assignment aku ni dah beritmbun menunggu ketibaan laptop ni. Dah sihat, bolehlah beraksi semula kan?

Bila suatu benda tu dah berumur dan dah lama, bukan bermaksud bahawa ianya dah tak boleh atau dah tak ada gunanya. Akan sampai masanya kita akan terasa kehilangannya. jadi hargainya selagi ianya masih ada!