Resepi Nasi Briyani India



Sempena Hari Deepavali yang akan disambut oleh kaum India pada minggu depan, aku nak share satu resepi Nasi Briyani sebab setahu aku, nasi briyani adalah masakan kaum India. Sebenarnya resepi ni dah lama aku tulis. Dah beberapa tahun selepas aku makan nasi briyani buat kali pertama.



 
Nasi Briyani Daging

Bahan-bahan untuk memasak Nasi Briyani
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 1/2 sudu besar rempah briyani 
  • bahan-bahan di mesin atau ditumbuk
  • 4 cawan beras basmathi atau beras yg biasa
  • 4 cawan air atau ikut sukatan air untuk jenis beras yang digunakan
  • 1 senduk nasi susu pekat manis atau 1/2 tin susu cair
  • garam secukup rasa

Cara Memasak
 
1. Goreng bawang dalam minyak sapi yang panas sehingga kuning
2. Masukkan tomato dan goreng lagi hingga pecah minyak
3. Tambahkan bawang putih, halia, yogurt dan rempah biryani
4. Masukkan daging, ayam atau kambing. Masak selama 15 minit
5. Tambahkan 1 cawan air dan masak lagi dengan api perlahan hingga daging agak lembut
6. Bila daging dah lembut kuatkan api dan masak hingga pecah minyak
7. Ambil rasa, kalau tak cukup rasa, letak garam secukup rasa

Cara Memasak Nasi


1. Beras yang telah direndam tadi dibuangkan air terlebih dahulu
2. Kemudian tambahkan anggaran 12 cawan air dan 3 sudu besar garam
3. Masak nasi hingga ¾ masak
4. Kemudian buangkan airnya menggunakan penapis

Cara Melapis Nasi

1. Ambil 1/3 nasi dan ratakan
2. Kemudian ambil daging yang telah dimasak tadi letaklah dalam 3 atau 4 ketul
3. Letakkan pula gajus ,bawang goreng , daun pudina
4. Buat dalam 3 lapis
5. Akhir sekali, buat lubang dan tuangkan sedikit pewarna kuning dalam lubang tadi
6. Masak sekali lagi dengan api yang perlahan sehingga nasi masak
7. Gaulkan sebelum dihidang

 

12 comments:

  1. memang sedap nasi briyani ni.. Actually nasi ni makanan orang india.. Ni la nikmatnya masyarakat majmuk macam Malaysia ni, beraneka makanan kita ble makan..

    ReplyDelete
  2. ya...sedap oo...
    tapi ada pedas ckit...but i like...

    ReplyDelete
  3. sedapnya tengah fikir nak makan apa tgh ni

    ReplyDelete
  4. bahan untuk masak daging xde...pblem sket

    ReplyDelete
  5. xde bahan utk masak daging.....problem sket. tolonggg.....

    ReplyDelete
  6. xde bahan untuk mask daging, ayam or....tolong....bahann2ya

    ReplyDelete
  7. @~~~Duniaku~~~
    yg ni resepi express, so semua ganti dengan rempah briyani je. hehehe

    ReplyDelete
  8. Makanan orang lndia memang bagus kerana banyak pedas

    ReplyDelete