Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Contest Review Blog Dauspozi.com

Rasanya dah lama kot aku tak masuk mana-mana contest. Malas punya pasal. haha. So demi nak buang rasa malas tu, kali ni aku join la contest blog hijau ni. Hah! siapa tak kenal blog hijau ni sila angkat kaki! kih3

Kali ni dengan bangganya aku akan review blog hijau Dauspozi.com ni sempena contest review blog dauspozi.com. Walaupun rasa macam tak layak je. hihi

Ok benda pertama yang memang tak boleh blah ialah slogan blog ni "Ingat Hijau, Ingat Daus" haha. Memang sure ingat punyalah. aku kenal blog ni masa Gengblogger masih aktif dulut tu hanya dengan slogan ni saja. Syabas Beta!

Template

Ok, kita belek-belek pula template blog ni. Dah slogan main hijau-hijau, template pun memang hijau. Siapa yang minat hijau mesti terkinja-kinja masa baca blog hijau ni. betul tak? Korang jangan nak tipu pula. haha. Warna hijau ni nampak serasi dalam blog ni. Tapi mungkin boleh pelbagaikan sikit warna tu daus. Hijau biasanya matching dengan kuning, so apa salahnya letak kuning sikit ke, warna lain. Supaya blog nampak ceria. :)


Header nampak simple je dan lawa. Tapi nampak serabut sikit. aku tak pasti apa yang buatkan header ni nampak serabut. Mungkin boleh remove perkataan-perkataan kecil kat bawah tu kot. Tak pun bagi perkataan tu warna terang sikit. :)

Dan lagi 1, aku tak jumpa pun blog archieve blog ni. Ataupun page navigation. Susah nak baca entri-entri lama. Mungkin ada sebabnya daus tak letak blog archieve tu. Tapi mungkin lebih senang kot orang nak baca post lama dengan blog archieve berbanding post label je.

Entri-Entri

Ok kali ni kita tengok entri pula. Banyak informasi, review filem dan juga personal blog daus ni. Namanya personal blog kan. Biasalah. Lagipun aku suka gak kalau banyak info. Mesti banyak info menarik blog ni kan. hah, korang tengok follower blog ni dah mencecah seribu! mak ai! aku punya dah setahun blogging baru nak sampai 300. huhu

Gaya bahasa santai yang digunakan juga membuatkan pembaca tak pening kepala baca blog ni. Senang je nak faham isi tersirat dan tersurat. ehehe

Loading page? Aku tak guna speed test tu. Aku guna beruk celcom 512 kbps tak ada masalah masa loading. Syabas beta!

Keseluruhan

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan prestasi blog ni. Teruskan usaha dan selamat maju jaya! Majulah sukan Untuk negara. ekeke. (gaya macam reviewer profesional)

So pada siapa-siapa yang teringin nak join contest ni, meh ramai-ramai terjah sini! Hadiah pun best gak ni.Boleh menang domain untuk setahun. Siapa yang teringin nak pakai domain sendiri, cepat la join. Manatau nasib korang nak pakai domain sendiri tahun ni. :)

Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

Contest Terbaru, Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM110!

Wah! wang besar untuk dimenangi! :)

Dah lama sebenarnya aku tak join mana-mana kontest. Sebabnya? Entahlah, mungkin belum ada mood agaknya nak join kontest ni. Lagipun baru saja 3 minggu aku bersatu semula dengan lappy kesayangan yang jatuh sakit beberapa bulan lepas. hehe. So kontest apa aku join kali ni? Jom mengintai orang mandi kontest ni!


Kontest ni sebenarnya dianjurkan di blog farahwahida.com. Dia ni banyak rezeki berblog sebenarnya. Kontest ni pun diadakan sempena memperkenalkan blog baru farah kat lirik lagu ni. So siapa yang memang suka cari dan kumpul lirik lagu, sesuai sangatlah! :)

Dan lagi satu, kalau korang nak peluang nak menang tu tinggi, boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang korang suka. Tapi dengan syarat mesti guna blog yang lain, tak boleh guna blog yang sama untuk semua penyertaan dan umur blog korang mesti 5 bulan ke atas.

So, sesiapa yang terasa nak join sama, ni syarat-syarat yang aku copy paste. hehe

1. Pertama sekali kena jadi follower di blog Lirik Lagu
2. Kena Subscribe Feedburner di blog Lirik Lagu ( ada di bahagian sidebar atau pop up, 
    masukkan email dan klik subscribe)
3.Tulis post tentang contest ini di blog anda dengan syarat di numbor 4
4. Link ke blog lirik lagu dalam format seperti ini Lirik Lagu dan link ke post ini
5. Sertakan sekali email anda dalam entri untuk pengesahan dari pihak kami

Tarikh tutup penyertaan adalah 3 November 2010. Contest ini berlansung selama 50 hari bermula 13 September 2010. So masih ada banyak masa nak join.


Hadiah yang bakal dimenangi pula adalah seperti berikut;

Pemenang Pertama – Wang Tunai RM50 atau top up RM50 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Kedua – Wang Tunai RM30 atau top up RM30 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Ketiga – Wang Tunai RM20 atau top up RM20 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Keempat – Wang Tunai RM10 atau top up RM10 (maxis, celcom, digi)

Pemenang Kelima – Wang Tunai RM5 atau top up RM5 (maxis, celcom, digi)

Hadiah pun berbaloi gak kan? So meh join ramai-ramai! :) Sebagai confirmation penyertaan aku, ni adalah email aku: larrieda@gmail.com


CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Korang rasa mana nak dapat duit 100 ringgit dengan senang? Bagitau aku, aku nak pergi sekarang juga! haha.

Kalau korang diberi RM100, korang nak buat apa dengan duit tu? nak belanja aku tak? :D Kalau aku yang diberi RM100 tu benda pertama yang akan aku buat ialahaku nak beli Digi Internet Prepaid tu. Memandangkan sekarang ni aku menggunakan wireless kolej, dan connection yang macam nak mampus, aku nak ada internet connection sendiri. Dan Internet prepaid ni adalah yang terbaik untuk aku sebagai seorang student. betul tak? kalau tak ada duit, tak payah la nak online kan? senang. :D Lagipun harga simpack tu cuma Rm25 ringgit je. berbaloi-berbaloi. hehe

Dan bakinya aku nak simpan untuk digunakan apabila perlu. hehe. Aku dah pernah rasa tahap kekeringan wang yang melampau sehingga aku terpaksa makan mee maggi selama seminggu! Jadi kalau dapat RM100 tu, jangan terus belanja tak ingat dunia. :D Nanti menyesal tak sudah. haha.



Sebenarnya Entri ni aku tulis untuk menyertai kontest di Diari Seorang Lelaki. Saja je nak join kontest. Lagipun mudah dan tak banyak syarat penyertaan. Dan kalau menang hadiah pun lumayan! :D
Hadiah

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda


Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda


Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda


Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda

So, korang macamana? marilah join kontest ni. Masih sempat lagi. Tarikh tutup ialah pada 30hb mac 2010.

Join, jangan tak join. :D

Kalaulah aku Seorang Jutawan

Apa Perasaan anda sekiranya anda bangun lewat pada esok hari dan anda temui sepucuk surat diatas meja dialamatkan kepada nama anda. Bila Korang buka saja, dalamnya sebuah surat berbunyi;

Tahniah!, anda baru sahaja memenangi cabutan bertuah anjuran Nuffnang sendirian berhad berjumlah sejuta ringgit!



wah! mimpi yang tak pernah kesampaian.hahaha

jikalau aku menjadi jutawan macam diorang ni, benda pertama yang akan buat ialah beli kereta. Dan kereta yang aku akan beli ialah,

Ferrari! ni adalah kereta idaman aku sejak sekian lama. Kalaulah aku jutawan, aku mesti beli kereta ni. Boleh juga aku berlagak lebih dengan kereta ni. Budak-budak kampus aku yang temberang bawa kancil pun aku tak tengok dah. Hah, dulu korang temberang kat aku dengan berlagak ngan aku korang bawa kancil saja, hah, sekarang giliran aku la pula nak temberang bawa kereta ferrari pergi kelas. Bolah ke macam tu?

Benda yang kedua aku nak buat ialah Buat Pembedahan plastic!!!  aku nak bagi muka aku ni hemsem ala-ala brad pit.


Sebab dulu cintaku pernah ditolak oleh seorang gadis dan alasannya adalah kerana muka aku ni tak hensem. hah!, sekarang aku dah ada duit berjuta, aku nak buat pembedahan muka. ala, macam alahyarham Michael Jackson tu kan, balik-balik buat pembedahan muka. Bila muka aku dah jadi hensem, boleh la aku berlagak dengan dia, nah muka aku dah hensem, padan muka ko buang aku dulu. huh! nanti kalau dia nak aku balik, aku cakap la kat dia. weh muka tak cantik, ada hati nak laki hensem macam aku?

Aku nak juga pergi melancong dan tempat yang yang aku teringin nak pergi ialah jepun. Kenapa jepun? sebab aku nak tengok bunga sakura. Orang kata bunga sakura ni cantik.

Eh, kejap.. sebelum aku nak pergi jepun, aku nak kawen!! haha.. kenapa? sebab orang kata masa bunga sakura berkembang dan berguguran, romantik. haha.. jadi sebelum pergi jepun, aku nak kawen dulu. pastu berbulan madu di jepun. baru best.. haha

dah berapa kali aku haha sini :D

Dengan duit yang banyak tu, aku nak mulakan perniagaan. Aku memang suka berniaga, tapi sekarang modal aku takda. Jadi tak boleh la nak mulakan perniagaan. Tapi, kalau aku ada duit berjuta, tak payah cakap. esok juga aku mulakan perniagaan aku. Dan aku nak buka business makanan. Kenapa? sebab setiap masa ada saja orang lapar. jadi kenapa kalau orang sentiasa lapar?
banyak la peluang business aku kalau orang sentiasa lapar. Tak berhenti-henti pengunjung nak makan nanti. (itu pun kalau makanan yang dijual tu sedap)




dan benda yang paling baik yang aku nak buat ialah tolong keluarga aku. Walau sejahat manapun aku, aku tetap akan tolong keluarga aku. Aku nak tolong sekolahkan adik-adik aku sehingga tahap yang mereka dah boleh hidup dan cari makan sendiri.

aku juga nak buatkan rumah untuk ibu bapa aku dan bagi mereka duit. selama ni, ibu bapa aku hidup susah nak besarkan kami, jadi inilah masanya aku pula nak bagi hidup mereka senang. bawa mereka pergi melancong.


Akhirnya habis juga duit sejuta tu. haha. so, apa pendapat korang dengan angan-angan aku ni. ok tak. kejam tak aku? haha

sebenarnya entri ini khas untuk menyertai contest anjuran aduka5.blogspot.com iaitu;



Tarikh tutup contest adalah pada 4 mac 2010. Masih ada 2 hari lagi untuk anda menyertai. Jadi jom ramai-ramai kita berangan nak jadi jutawan!!

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Ok, kali ni aku Dapat peluang nak terjah blog Mr Eyriqazz. Selalu dia je yang nak terjah blog orang. Kali ni giliran aku nak terjah blog dia. Hahaha..

Sebenarnya ni nak join contest Mr GTO ni... hehe. Contest Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Mr GTO pinjam kejap eh gambar ni.

Sedikit tentang Mr Eyriqazz a.k.a Great Teacher Onizuka, seorang kipas susah mati pelakon Jepun, Takashi Sorimachi yang berlakon sebagai Onizuka sensei (cikgu Onizuka) dalam drama Jepun, Great Teacher Onizuka tu.

Tengok la senarai entri Mr GTO ni

Ok, tentang blog Mr GTO ni, dia ni dah lama blogging sebenarnya. Kalau korang perasan, entri pertama beliau pada April 2003 iaitu bertajuk waikiki. Aku tak faham apa maksudnya perkataan tu. Dia hanya aktif dalam blogging ni dalam september 2009 dengan 28 entri. Dan sekarang, Mr GTO ni adalah antara blogger yang terkenal juga dengan jumlah follower yang nak dekat 500 tu.


Gaya penulisan Mr GTO pada mulanya aku tengok memang pening kepala aku,

 

Hah, korang tengok tu, tak ke pening tu tulis mcm tu... tapi sekarang dah ok dah cara dia tulis ni. Mungkin dulu baru nak belajar. Sekarang, dia mempunyai gaya penulisan yang selamba je, senang nak dihadam, dan difahami. Tak macam dalam gambar tu yang nampak sangat serabut.  memang best blog dia ni.


 

Header yang simple tapi menarik. Sebelum ni header kat blog dia ni simple sangat. Tapi lepas beberapa orang tegur, dia muncul dengan header ni. 

Blog dia ni juga banyak tips yang menarik, tips nak buat wang pun ada, tips pasal cinta pun ada, grooming pun ada gak. memang pelbagai, mungkin inilah kunci mengapa ramai orang suka berkunjung ke blog dia ni kerana banyak info kat sini juga.


Ni hah, print screen tentang tips-tips yang ada kat blog dia ni.

entri-entri Mr GTO lebih pelbagai. Banyak tentang aktiviti dengan nuffnang, personal life activity, tips dan yang paling menyengat sekarang adalah segmen terjah beliau yang dilihat mendapat sambutan dari kalangan pembaca, termasuk aku.. hehehe

Pada pendapat saya, blog Mr GTO ni dah ok sangat, tapi ada beberapa perkara yang perlu diubah untuk nak bagi lebih umph..

1.  Blog Template 

yang ni Mr GTO pun dah cakap gak memang tak berapa nak ok. template sekarang ni nampak sedikit serabut dan sempit. Kalau nak stay dengan template sekarang ni pun ok gak, cuma cuba edit bagi besar sikit bahagian content agar nampak lebih selesa disitu.


2. Cuba bagi kemas sikit penulisan entri

Isi memang dah  best, tapi tak berapa kemas. Contohnya, selepas noktah or koma tu, boleh bagi space dulu baru mulakan perkataan baru. Mungkin boleh baca entri ezany tentang kekemasan entri.

untuk korang nak tahu, aku paling suka dan teruja dengan entri dia iaitu Ada apa dengan beautifulnara dan aura beautifulnara rekod baru tercipta kerana blog hiburan beautifulnara adalah antara yang terkenal dan menduduki tempat pertama dalam carian google. Aku sangat teruja untuk mengetahui hasil terjahan ke blog beautifulnara.

ok, dah selesai.. hahaha

So, sapa nak join kontest ni, bleh la join.. Ramai2 terjah blog Mr GTO

nak tag sape ni eh...

Nurfarhana

Kawie

FIT

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com


** entri ni adalah sticky post sehingga 15/01/2010. Semua update terkini ada di bawah.



wei!!!

korang nak menang duit tak? Senang je... aku ada caranya :D

Ni haa.. Ada contest kat http://www.azizwan.com/ hee...

Tak la sampai beribu hadiah, tapi duit juga kan? tak susah, dan tak perlu buang keringat nak sertai contest ni...

Aku dapat tau contest ni dari http://bytcontest.blogspot.com/2010/01/penyertaan-contest-lekat-menang-anjuran.html ... hehehe.. (skemanya :D)


So kalau korang nak join contest ni, klik kat sini... Jom MENANG DUIT

Hadiah utama adalah Rm50 manakala untuk refferer pula adalah Rm30.. berbaloi gak.. bukan kerja berat punn.. hee

Simple je nak join contest ni.. Buat 1 entri je dah bleh join..

Tarikh akhir nak sertai contest ni adalah pada 13 Januari 2010 tepat jam 11.59pm...

So, cepat rebut peluang ni!!!!!!!!