Showing posts with label infomarsi. Show all posts
Showing posts with label infomarsi. Show all posts

Pelan Baru Xpax, Xpax X2 Serius Jimat



Rasanya dah lama pelan baru dari Xpax ni dilancarkan, cuma aku saja yang baru tahu benda ni. Pelan baru Xpax, iaitu Xpax X2 seriously aku bagitau memang jimat.


Dengam kadar panggilan 28sen untuk 10 minit dari number Celcom-Celcom dan 28sen untuk number Celcom-Telco lain, serius memang jimat. Sms pula hanya 1 sen dari number Celcom-Celcom dan 5 sen untuk Celcom-Telco Lain.

Aku rasa pelan baru ni amat sesuai untuk mereka yang suka bergayut. Serius! Kalau dulu, nak bergayut selama sejam, kredit paling kurang mesti ada RM10. Tapi sekarang, nak bergayut selama sejam, paling kurang, kredit kena ada RM3. Jimat tak?


Tapi yang tak best, semua keistimewaan untuk pelan yang asal tidak terdapat dalam pelan baru ni. Free sms, free call, credit free, bonus hari jadi dan macam-macam lagi lah bonus yang ada. Tapi, bagi aku, pelan ni lagi berbaloi dari pelan asal. Kalau dapat free sms atau apa-apa bonus, kebanyakan boleh digunakan untuk number dalam friend list sahaja.

Kalau korang rasa berbaloi tukar k pelan baru ni, nak tukar senang je. Bagaimana nak Tukar pelan ke Xpax X2 ni? Type MIG<>X2 dan hantar ke 28882. Ikut procedure yang akan diberitahu kemudian. Untuk pertukaran pelan, korang akan kena charge RM5.

Klau nak tahu banyak lagi, korang boleh godek-godek Term And Condition Untuk pelan Baru ni di laman web Xpax.


Pelik: Badak air Berwarna Merah Jambu Ditemui

Banyak cerita yang pelik dan kejadian yang pelik berlaku. kadang ada yang betul, tapi ada juga yang dibuat-buat untuk mendapat nama ataupun sebagainya. Betul kan? Tapi benda pelik kali ni rasanya benar berlaku dan dilaporkan dalam akhbar kosmo hari ini. Ianya tentang penemuan seekor badak air jantan yang berwarna merah jambu ditemui di Kenya.


Pelik kan? Tak pernah lagi selama ni menemui badak air yang berwarna merah jambu. Semua badak air yang aku nampak kat tv, berwarna hitam. Takde la pula yang berwarna merah jambu. Tapi inilah mungkin yang dikatakan, kuasa yang maha ESA kan. Apa dia nak, semuanya terjadi.

Tapi mungkin ada juga sebab lain kenapa badak ni berwarna merah jambu. Mungkin dia sedang sakit kot. Sindrom down ke, kan? Atau masalah dengan pigment kulitnya. Sebab bukan manusia je yang pandai nak sakit. Haiwan pun sakit juga. :)


Keputusan Kemasukan Ke IPTA Diumumkan Hari Ini


Kepada semua budak-budak lepasan SPM, ini adalah waktu yang ditunggu-tunggu.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini. Berikut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada calon yang ingin memeriksa status kemasukan, mereka boleh menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Calon juga boleh memeriksa status permohonan mereka dengan melayari;




Calon juga boleh memeriksa status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini. Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Sumber sini.