Showing posts with label Datuk Sosilawati Lawiya. Show all posts
Showing posts with label Datuk Sosilawati Lawiya. Show all posts

Update: Polis Sahkan Sosilawati Dan Rakan Dibunuh

Bersambung dari entri semalam mengenai desas desus bahawa bahawa jutawan, Datuk Sosilawati Dan 3 lagi rakannya dibunuh. Hari ini, laporan dari Berita Harian Online menyatakan bahawa polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Namun demikian pihak polis menyatakan belum ada pengesahan forensik mengenai perkara tersebut.

Manakala The Malaysian Insider pula menyatakan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang berpangkat Datuk dan 2 orang adik beradik berhubung kes ini.Keluarga terdekat Datuk Sosilawati juga dilaporkan datang untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan. Polis juga menyatakan bahawa mereka menemui beberapa barang kepunyaan mangsa di ladang berkenaan.

Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibunuh

Aku betul-betul terkejut masa tengok beberapa tweet dari rakan twitter bila diorang kata mayat Datuk Sosilawati dan beberapa rakannya yang dilaporkan hilang telah ditemui. Dan yang lebih menyedihkan lagi apabila diorang dibunuh dengan kejam dan dibakar sebelum dibuang dekat Pantai Morib.

Datuk Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu bersama beberapa rakannya. Dan rasanya dengan penemuan mayat yang dipercayai mayat Sosilawati bersama 3 lagi rakannya yang dilaporkan hilang dekat pantai Morib, Selangor semalam misteri kehilangan mereka ni mungkin akan terjawab.

Tapi belum ada pengesahan dari pihak yang berkenaan berkaitan dengan penemuan ni. Tapi yang dilaporkan, polis sudahpun menahan 6 individu berkaitan dengan penemuan ini. Hmmm, kalau betul la mayat yang dijumpai tu adalah Datuk Sosilawati dan rakannya, memang Tragis benarlah raya kali ni untuk keluarga mereka ni.

Apapun, kita sama-sama menunggu pengesahan daripada pihak yang sepatutnya. Sambil tu, boleh baca laporan kat kosmo ni juga