I Travel Alone, Can't Believe it!

Aku pernah mention tak kat sini aku baru 2 bulan kat Shah Alam ni sebab further study? Kalau korang nak tau, aku baru memijakkan kaki kat Shah Alam ni bulan julai yang lalu. So kiranya aku baru 2 bulan jadi penduduk sementara kat Shah Alam ni. Aku belum tau tempat-tempat kat sini. Yang aku tau, pegi kelas dan balik hostel. Tu jelah.

Tapi atas desakan, semalam aku travel pegi Seremban Seorang diri! fuh, dalam hati tuhan je la yang tau. Dah la tak biasa tempat orang, seorang pula tu. Kang kalau ada apa-apa terjadi, siapa nak tolong kan? So aku memberanikan diri, redah je. Kalau aku sesat, tanyalah kat orang, bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan". Kalau orang nak apa-apakan aku berserah jelah.

So, jam7 pagi aku dah gerak pegi KL Sentral. Dari KL sentral pula naik KTM pegi Seremban. haha. Rupanya senang je. Takdelah susah sangat pun. Tambang naik KTM pegi Seremban cuma RM6 je! murahnya. aku travel antara 2 negeri bayar RM6 je. Kalau kat tempat aku di Sabah, RM6 tu cukup tambang aku pergi balik dari kampung aku ke bandar. Kalau nak travel lebih jauh, nak ke Kundasang, Ranau, Gunung Kinabalu, tambang dalam RM15 one way! Kalau nak lebih ke Selatan seperti Sandakan dan Tawau dalam RM50! perbezaan yang sangat ketara.

So akhirnya selamat juga aku. Nasib 1 Malaysia kan? :) Lepas ni aku dah tak risau. Main redah je pegi tengok tempat orang :)


10 comments:

  1. shah alam ke seremban seorang okay lah..
    dulu, saya travel dari london ke malaysia seorang diri.. haha.. agak nervous.. =P

    ReplyDelete
  2. wah! brani giler brader..hehe..kalau amir..tak sanggup jalan2 ke tempat orang..

    ha,pi la uptown shah alam..best kot..hehe

    ReplyDelete
  3. Tak cuba tak tahu kan.. Heee.. Lain kali pegi Perak plak okey.. Saye bawak jalan2.. Heee.. :)

    ReplyDelete
  4. @Amir Izzathaha.. main belasah je.. tp nervous gak la.. hehe.. ko bwa la aku jln2 :)

    ReplyDelete
  5. Buat pe pergi Seremban tu..? Beraya ye..? Dulu masa bujang, akak ada jugak travel sorang-sorang. Pompuan lagi. Naik bas, ke Kuantan dari KL, membawa diri. Skrang bila terkenang balik, kelakor je. ^_^

    ReplyDelete
  6. @Yatijumpa member kat sana :) wah akak lg adventure.. hehe.. aku main redah je berserah je arap semuanya ok.. hehe

    ReplyDelete
  7. oh.. shah alam.. bertahun akak tinggalkan..

    ReplyDelete
  8. @cikgu isza
    oo yeke? habis tu akak ada kat mana skrg?

    ReplyDelete