Publish Blog Entri dengan Microsoft Office word 2007

Biasanya, untuk post terbaru, kyuubi akan type Menggunakan notepad terlebih dahulu sebelum copy paste ke dalam page new post dalam dashboard blog kyuubi. Selepas itu, barulah kerja-kerja upload gambar dilakukan kerana gambar tidak boleh disertakan dalam fail notepad.

Tapi, tahukah anda bahawa, anda juga boleh upload post blog terbaru anda Menggunakan Micsosoft office Word 2007? Inilah yang baru kyubi pelajari. Bukan sahaja memudahkan malah ianya boleh menjimatkan masa anda kerana anda boleh menulis entri terbaru dalam Micsosoft office Word 2007 dan dengan hanya beberapa klik sahaja, anda sudah boleh postkan entri terbaru anda. Inilah yang kyuubi akan share kali ini iaitu bagaimana untuk publish entri terbaru anda Menggunakan Micsosoft office Word 2007. Mungkin ramai yang sudah tulis mengenainya, tapi kyuubi tetap akan share benda ini.

 
Ok, langkah pertama ialah dengan menulis entri anda dalam Ms office Word 2007 . Selepas selesai menulis entri anda, klik pada office button yang terletak paling atas disebelah kiri. Dan seterusnya pilih publish dan pilih blog. Rujuk gambar dibawah.



 

Selepas itu, 1 page baru akan dibuka dimana anda perlu menaip tajuk entri anda di tempat yang disediakan yang bertulis, Enter post title here. 




 

 
Untuk mendaftarkan blog anda, klik pada tab manage accounts dan ikuti arahan yang diberi.
Selepas anda memastikan semuanya dalam keadaan yang anda inginkan, klik pada tab publish yang terletak paling kiri, dibawah button office. Anda boleh pilih samaada save sebagai draft atau terus publish. Dan anda boleh publish entri anda tanpa perlu login ke akaun blog anda.

Namun, terdapat beberapa kelemahan dalam fungsi ini iaitu anda perlu upload gambar yang ingin anda sertakan dalam post tersebut ke mana-mana storage barulah ianya dapat disertakan dalam entri anda.

 
Selamat Mencuba!!

 
P/s entry ini Menggunakan MS office Word 2007. Namun gambar-gambar yang disertakan terpaksa upload secara manual.

Menggairahkan??!!


lagi kali ni sesuatu yang pelik disini. Kan aku pernah bagitahu hari tu yang aku ni sukakan benda yang pelik-pelik.

Kali ni aku nak share lagi sesuatu yang pelik aku jumpa masa pertemuan dengan pak cik Google hari tu. :D


 
Eh, lagi-lagi pakcik Google. Bukan yang ni la. Tapi Pak cik Google ni banyak "harta" tau. haha

Ok, mesti korang dah tak sabar nak tahu apa yang aku nak share kali ni kan? Ok, malas cerita panjang, korang tengok sendiri.




Apa Pendapat korang?

Aku Susah Hati


Aku dah mula susah hati. Bukannya apa, kelas dah mula dan assignment pun pasti berlambak lepas ni. Dengan test lagi, kuiz lagi. Adoi. Aku memang akan sibuk lepas ni sebab nak tumpukan perhatian pada pelajaran aku. Aku ni student semester akhir, kalau aku tak buat betul-betul, kang aku "sangkut" kan susah. Tak Graduate on time macam member-member yang lain. Tak best la.

Dan kalau aku nak tumpukan masa lebih dengan study aku, mesti blog kesayangan aku ni jarang aku dapat update. Nanti berdebu sana sini, besawang sana sini. 


Mesti korang akan lupakan blog si kyuubi ni. Heh, ada juga orang sebut kayu ubi. ces! lantak la haha..
Blogwalking pun kurang la pasni. Dah internet ni pun lambat macam siput. Kalau aku pegi blogwalking, dalam sejam mungkin aku mampu buka 10 blog saja dengan kelajuan yang mengalahkan siput ni. aduh, lembab betul!

Tapi takpela, aku harap aku akan dapat curi masa nak update blog kesayangan aku ni dan jumpa kawan-kawan alam maya ni.

Adios!

Makanan Rutin Seorang Student



Wah, skema sungguh tajuk kali. Macam tajuk berita la pula. Lantak la.  Aku sentiasa mengharap hari akan hujan. Aku dah tak tahan cuaca yang panas melampau ni. Apapun cuaca hari ini boleh dimaafkan jika dibandingkan beberapa hari yang lalu. Rasanya suhu sebelum ni dah boleh panggang sosej. Aku mengarut lagi. Hahaha

Aku nak tanya korang semua, yang pernah jadi student, atau yang tengah jadi student, apa makanan rutin korang? Maksud aku, apa makanan yang menjadi kebiasaan akan menjadi mangsa perut korang yang tak pernah kenal penat lelah melayan nafsu serakah makan korang tu?


 
Adakah kat sini korang melantak selalu?
Atau


 Disini

Atau

Dekat sini?

Wah, kalau nuffnang bermurah hati bagi aku cek seribu sebulan, memang kat sini la pilihan aku nak makan. Ada kelas gitu..

Tapi sebagai seorang student, ciri-ciri makanan pilihan aku ialah cepat, murah dan sedap lagi menyelerakan. jeng-jeng tengok kat bawah tu lah makanan yang aku selalu makan.



 
Maggie atau orang putih panggil instant noodles dan sardin

Mee Maggie ni makanan kegemaran aku kerana murah dan menyelerakan. Lagipun sebagai student aku perlu jimatkan pengeluaran wang kan? Kalau tak, tak hidup la aku. Lagipun sedap apa. Ada kawan aku pernah cakap, mee maggie ni makanan rutin seorang pelajar. Tanpa mee maggie tak muncul la tokoh-tokoh hebat kat dalam negara kita ni. hahaha. betul ke tu? tak kisah la, dia yang cakap. Bukan aku





Dan yang wajib ada mestilah yang ni. kalau tak ada yang ni tak lengkap la rasa kat perut tu. Betul tak? Ke korang dah tak biasa makan nasi? dah jadi macam orang puteh tu.. ala, makan makanan macam dalam gambar-gambar kat atas sekali tu.

Tapi, weh. Sedap apa makan nasi dengan maggie. kalau korang nak tahu makan nasi yang masih panas dengan mee maggie perisa kari. Ummph!! haha.. sedap hingga menjilat piring!

Pada korang yang pernah jadi student atau yang tengah jadi student, apa makanan rutin korang?


Gunakan Tandas Dengan betul, Kalau Tak...

Sebelum apa-apa, aku nak tanya soalan bodoh dulu. Korang tahu ke nak guna tandas? mestilah tahu kan?

Tapi rasanya ada juga yang tak tahu nak gunakan tandas dengan cara yang betul. Hari tu masa aku tengah googling nak cari gambar untuk entri aku Masuk tandas pun Ada Kadar Bayaran?, aku terjumpa satu gambar yang aku agak terkejut dengan keyword yang aku taip, iaitu tandas. So, aku usahakan untuk dapat url gambar tersebut, dan rupanya datang dari blog ni, Papajahat.blogspot.com. Ingatkan cerita tandas kotor ka. Sungguh, ia satu kisah yang aneh dan pelik, tapi benar-benar terjadi.

So, korang nak tahu gambar apa yang aku dapat?

Tengok kat bawah.



 
Peha yang macam nak terbelah dua




 
Dia tengah diberi rawatan


Gambar tu diambil ketika insan malang tu diberi pertolongan oleh pasukan medik. Inilah yang terjadi kalau tak gunakan tandas tu dengan betul.

Gadis malang ni menggunakan tandas awam jenis duduk dengan cara mencangkung kat atas, lebih kurang dia naik kat tempat duduk tu dan mencangkung instead of duduk ketika menggunakannya. Dia mungkin merasakan tandas tu tak bersih dan kotor sebab dah ramai orang yang guna. Biasa lah kan, tandas awam.

Dan kerana tak dapat menampung berat badannya, mangkuk tandas tu pecah, dan inilah akibatnya.  Korang bayangkan la bila mangkuk tu pecah dan korang jatuh atasnya, dan kemungkinan benda tu tajam. ish3 tak dapat ku bayangkan.

Jangan tengok tempat yang lain ok, tengok kat peha tu yang nak terbelah 2.


Struktur tu sebenarnya dibina hanya untuk menampung berat badan seseorang ketika duduk, bukannya menampung keseluruhan berat badan kita. (ada bezanya kesan berat badan seseorang keatas sesuatu benda mengikut posisi korang, kalau tak tau pegi belajar fizik).

Sebagai pengajarannya disini, gunakan tandas tu dengan cara yang betul. Tandas yang aku tau, ada 2 jenis, jenis duduk dan yang mencangkung.

 
 

 


Kalau korang rasa tandas tu tak bersih, cuba cari alternatif lain nak bagi bersih, contohnya cuci dulu ke atau lapis la dengan apa-apa benda sebelum menggunakan perkhidmatannya, ok? Kalau tak, jadi la macam gambar kat atas tu.

p/s Gunakan la sesuatu benda tu mengikut kegunaannya dan cara yang betul. macam bengong je ayat aku ni.. haha, ok2, contohnya pisau digunakan untuk memotong benda kan, bukan digunakan untuk makan, ada faham?

Selamat menjaga keselamatan anda!

gambar credit to Papajahat.blogspot.com

Akhirnya Hujan juga tapi...



Teringat aku kat lagu Allahyarham tan Sri Sudirman,

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

korang ingat ke lagu tu? Huh, memang mutiara betul hujan sekarang ni. Dulu masa musim hujan, tak nak la hujan. Harap berenti la hujan secepat mungkin. Tapi Sekarang, oh mutiara jatuh la kau cepat, agar dapat kau sinari bumi yang gersang ni.Aku nak hujan turun!!!

Dan, hujan juga petang tadi... tapi amat mendukacitakan! yang turun macam kencing tikus je  (korang tau ke kencing tikus banyak mana?)

Dan tak sampai 5 minit dah berhenti. aku yang tengah berbumbungkan angkasaraya pun tak basah dek hujan yang macam kencing tikus ni. Dah la panas betul sekarang ni. macam rasa dipanggang je. (ayat yang melampau, sila abaikan)

Aku tak tahu kota kinabalu ni suhunya berapa, tapi yang aku tau, aku tengah panas sekarang! hot! hot!

hujan cepatlah turun..

penantian yang menyeksakan.

Sukau : Kinabatangan Wildlife Sancturay


Sukau village is located in Kinabatangan Sabah, beside the Kinabatangan River. It is famous with the  smallest elephant species in the world, Borneo Pygmy Elephant. If you are lucky, You can rent a boat with a reasonable price and go for river cruise and you will met this Pygmy Elephant just at the river bank.

Proboscis Monkey

The Kinabatangan River is the second largest river in Malaysia and the longest is the Sungai Rajang in Sarawak, Malaysia. Along the river, you can find a leaf eating monkey, that is the Proboscis Monkey, which is found only in Borneo Island. And for your information, this place has the highest Proboscis monkey concentration in Malaysia.


Some of the place that you will see along the river

During my visit to Sukau, i think it is not my luck because we didn't manage to find any of the Borneo Pygmy Elephant. We only manage to met the Proboscis monkey. But Next time, if i  have a chance to get back there, hope i will met them.


Picture that i manage to get with my cheap camera. So sad i don't have dslr


There are also cave there. if you wish to visit the cave, you will need to walk around 1 hour to get there through jungle. But don't worry, you will not climb any hill to get there. :D

 



If you wish to go here, you can stay in any chalet run by the local here or stay in Kampung Sukau Bed & Breakfast.

And one thing, Dont forget you Camera!!

Sekeji-keji Manusia

 
Comelnya baby ni kan

Mungkin aku terlewat untuk menulis tentang ni, tapi aku nak juga.

Memang manusia ni dilahirkan dengan sifat yang keji ke? Mungkin persoalan aku disini mengundang rasa tidak puas hati bagi sesetengah pihak. Tapi apa yang kau nak cerita disini mungkin boleh dikatakan perbuatan yang keji oleh manusia.

Pada 13 hb februari bersamaan hari sabtu yang lalu, semasa menonton buletin utama tv3, aku terkejut dengan berita utama, iaitu tentang penemuan mayat bayi yang dibakar dalam tong sampah. Korang boleh lawat Berita Harian untuk cerita lebih lanjut.

Mayat bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih ada. Dan yang paling mengerikan bilamana beberapa anggota badannya terpisah dalam tong sampah berkenaan.

 Memang kejam!Perbuatan Yang sungguh kejam!

Inilah yang aku dapat simpulkan dari perbuatan manusia tersebut. bayi yang mempunyai cukup sifat tersebut dibunuh begitu sahaja? Siapa yang menganugerahkan kuasa pada mereka untuk mencabut nyawa bayi tersebut?!

Dikatakan bahawa perbuatan tersebut untuk menutup perbuatan mereka. Tapi aku nak katakan disini, mereka tu tak takut ke dosa?

Dah berzina tu satu dosa, kenapa tak terus insaf? ni nak membunuh pula. Dah dua kali berdosa. dah double dosa tu. dah berzina, membunuh pula. (betulkan aku jika aku salah) teruk la.


So, marila kita semua menginsafi diri sendiri. kalau dah sedar kita bersalah, jangan terus melakukan kesalahan lagi, tapi insafilah kesalahan kita. Hadapi la akibat perbuatan kita sementara kita masih hidup di dunia. Jangan kita hadapi hadapi akibat perbuatan kita di akhirat kelak.

Hidup ini cuma sementara...

Belum Terlambat Kiranya Aku Nak Ucap Selamat Tahun Baru Cina




Hai semua,

Dah lama aku tak update blog. Balik bercuti, so blog ditinggalkan seketika. Bila balik, aku tengok blog aku dah besawang. Visitor pun sorang dua saja. Tapi, takpe, pasni aku cerita kat sini sampai juling mata korang nak baca post aku nanti.. :D

Ok, mungkin belum terlambat kiranya aku nak wish pada semua kawan-kawan cina kita yang menyambut Tahun Baru Cina. Lagipun sekarang masih dalam mood ChineseNew Year kan.
Jadi, kepada semua yang menyambut Tahun Baru Cina, diucapkan selamat tahun baru. Moga di tahun baru ini membawa seribu rahmat kepada semua.

Cheers!!

Macam-Macam Dunia


Kebiasaan aku pada setiap hujung minggu mesti aku akan layan berita online. Dan kali ni pun macam tu jugalah. (mcm je korang tak faham kan)

Kali ni aku nak share satu berita yang aku baca dari kosmo online iaitu,


 



Pertandingan bercium di Beijing

BEIJING - Sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, sekumpulan pasangan mengambil bahagian dalam satu pertandingan bercium di Beijing semalam.

Takde pertandingan lain ke yang boleh dorang buat selain benda ni? Macam-macam kan dunia sekarang ni?  Korang rasa kalau pertandingan macam ni diadakan di malaysia macamana ye? :D

So, rasanya kepada rakyat malaysia yang ketagih nak bercium ke,  atau memang suka macam ni, yang banyak buat scandal dan adegan-adegan bercium yang melampau sampai riuh satu negara, lebih baik korang pegi duduk kat luar negara dan korang masuk la pertandingan macam ni. Boleh juga menang duit kan. :D
 
Peace!!

**petikan berita daripada Kosmo!!

Apa itu blog?


 
Gambar Makhluk yang tiada kaitan dengan Post ini. Datang dengan Pakcik Google

Hari tu, aku tersesat dekat blog akak sorang ni, miss lolly. Dan aku terbaca post dia yang bertajuk, saya tak suka BLOGGER OTAI yg berlagak hebat ! Pas baca post akak ni, baru kusedar, ada juga blogger ni yang berlagak sangat. Kalau korang tak tahu apa cerita kat situ, pegilah baca dulu post akak ni baru korang terus membaca disini.

Aku yang baru nak berjinak-inak dengan dunia maya ni pun terasa la juga. Yala, kita ni newbie, kalau otai-otai tu nak jatuhkan kita senang saja kan?

Tapi, aku tak puas hati la juga bila dia kata **blog macam ni pun ada juga?**

Tak patutkan?

Ok, mungkin ada yang pandai nak berblog tapi tak faham apa itu blog kan? Mari cikgu kyuubi ajar korang hari ni apa itu blog.


Sebelum tu, ada banyak penyedia free blog termasuklah Blogspot, Wordpress, Xanga, Blog.com Dan banyak lagi penyedia free blog. Kalau korang nak berblg, senarai diatas adalah beberapa tempat yang korang boleh pergi untuk mulakan blog korang.

Ok, kita masuk kepada topik kita hari ini iaitu apa itu blog?

Menurut buku Discovering Computers 2008 keluaran Thompson Course Technology, blog didefinisikan sebagai:

an informal website consisting of time-stamped articles, or post, in a diary or journal format, ussualy listed in reverse chronology order. Blogs have become an important means of worldwide communication. Bussiness create blogs to communicate with employees, customers and vendors. Teachers create blogs to collaborate with other teachers and students. Home users create blogs to share aspects of their personal life with family, friends and others.
Menurut Wikipedia pula, Blog adalah sejenis website yang diselenggara oleh seorang individu dengan entri yang kerap tentang komen, events dan gambar atau video.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries.

Dengan Maksud dan penjelasan diatas, jelaslah blog itu adalah website peribadi yang kita isi dengan apa sahaja yang kita suka, tentang kehidupan kita, tentang minat kita, tentang boyfriend dan girlfriend kita dan macam-macam lagilah benda yang kita suka. Ianya boleh juga dijadikan sebagai online diari kita.

Jadi, selepas ini, kalau korang terjumpa blog yang tulis tentang diri dia, siap dari saat dia buka mata hinggala saat dia nak pejam mata, jangan la korang nak kutuk dia pula. Nak kata, "eh, ada juga blog macam ni?"

Kalau korang tak suka nak baca apa yang orang tu tulis kat blog dia, korang blah aje la dari sana. Ni nak juga menyibuk tapi siap bagi komen yang macam-macam kan?

Bukan salah orang tu menulis macam tu, tapi salah korang yang nak juga menempel kat blog dia even korang tak suka..

Koleksi Gambar Tunku Abdul Rahman Marine Park

Ok, kali ini aku nak share koleksi gambar-gambar Semasa melawat Tunku abdul Rahman Marine Park. Aku pernah juga tulis review tentang taman laut ini disini. Tempat ni memang menarik. Kalau aku dapat peluang nak pergi tempat ni lagi, pasti aku takkan lepaskan.

So, Jom enjoy the pictures!!


 
Kedatangan anda dialu-alukan




 
 
wah, banyaknya ikan, berjuta-juta ikan 





  
Alam semulajadi yang dipelihara. Sangat menarik




  
White sandy beach. So romantik. sesuai nak pergi berbulan madu pada pasangan yang baru berumah tangga. Yang dah lama kawin pun ok juga, nikmati masa berkualiti bersama.




wah, banyaknya ikan! Boleh bagi makan ikan-ikan tu dengan tangan anda sendiri! Bestnya!!




 






  
 Alahai, comelnya cik adik. Eh, jangan la malu, tengok la abang nak ambil gambar ni.




 
Pemandangan yang cukup menarik tertarik tempat ni memang menarik.




 
eh, ada kedai souvenir lagi. Bolleh la beli sesuatu sebagai kenangan anda pernah kesini.



 
wah, ada bom!!! 
Ini adalah tinggalan bom ketika perang dunia ke II


dah banyak gambar yang aku tampal disini kali ni kan? So, cukuplah dulu sampai disini saja. Di lain hari, aku akan share lagi gambar-gambar yang menarik, khas untuk tontonan umum.

Adios!!

Bagaimana nak buat fungsi Open Link In A new Tab

 Pakcik Google takde kena mengena

Ok, kali ni tutorial yang pendek saja iaitu bagaimana nak letak fungsi Open Link In A New Tab. Sebenarnya ada sebabnya aku buat Tutorial ni. anyak aku lawat blog orang dan banyak yang letak link dalam post mereka. dan kebanyakan (mungkin semua) link yang disertakan tu, bila aku klik, akan terun directed ke laman yang kita linkkan tu pada page yang sama. jadi pembacaan Kau terganggu seketika.

Ok, mungkin korang tak faham lagi kan? Mari aku sediakan 2 link kat bawah ni, dan cuba korang klik pada kedua-dua link tersebut dan lihat apa yang terjadi.





Apa perbezaannya? Link pertama akan load pada page ni kan? Manakala link yang satu lagi akan load pada page lain kan? dan ini tidak menggangu pembacaam korang kan?

Inilah yang akan aku ajarkan pada korang kali ni.

Ok, untuk meletakkan fungsi tersebut, selepas link yang korang sertakan, Letakkan kod html ni,

target="_blank"

Ok, caranya begini
pertama, letakkan link yang korang nak seperti contoh link kat blog aku ni, 

http://kyuubi85.blogspot.com/

Selepas itu, letakkan kod target di hujung link tersebut,

a href="http://kyuubi85.blogspot.com/" target="_blank"

sebelum perkataan  a href tu, letakkan tanda < dan selepas perkataan blank juga letakkan tanda >

selepas tanda > korang bolehlah meletakkan apa sahaja perkataan yang korang nak ia muncul,


ok, lihat contoh link ke blog aku yang ada fungsi open in a new tab

Kod untuk link di atas akan keluar seperti di bawah.


Semoga tutorial ni berguna kepada semua,

Selamat mencuba!!

Streamyx Broadband Student Package




Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengeluarkan satu produk broadband yang terbaru khas untuk student. kelmarin, datang la dorang ni ke kampus aku nak promote package terbaru dari mereka iaitu Streamyx broadband student package atau Streamyx GradPack.

Aku punyala teruja bila dengar ada streamyx broadband student package. Aku dah lama mengidan nak memiliki berukband ini, pernah gak aku tulis pasal ni di sini dulu nak pilih broadband yang mana yang lebih baik. Tapi hajat tu belum tertunai lagi kerana aku tak yakin kat kampung aku nanti broadband tu akan ada coverage atau tak. sebabnya kampung aku tu berbukit bukau.

Sudah tu, dengan tawaran untuk mendapat 1 netbook percuma sekiranya anda beli streamyx broadband student package tu, memang mengujakan. Rakan-rakan aku juga teruja nak memiliki broadband ni.

Tapi, yang menyedihkan bila promoter tu ditanya, kami mesti mempunyai talian tetap (telefon Rumah) baru ianya boleh berfungsi. Kalau tak, sia-sia saja lah. 

tapi aku terfikir, kenapa pula nak subscribe broadband dorang ni perlu ada talian tetap? kata untuk student, dorang tak terfikir ka semua student memerlukan pergerakan yang banyak, dan semua tinggal kat kolej. Jadi tak masuk akal la nak minta talian tetap lagi. Lagipun sekarang, banyak orang dah tak guna talian tetap lagi dan lebih senang nak gunakan telefon bimbit. Lebih baik dorang namakan saja package ni untuk pengguna talian tetap, tak payah la kata untuk student. Tak ada ciri untuk seorang student pun.

Dorang tak buat market research ke sebelum nak promote benda ni, tak pun kajilah golongan sasaran tu. Sedihnya hati. Apa yang rakan-rakan aku bagitau, streamyx broadband adalah yang terbaik, sebab tu la aku berminat sangat nak beli, tapi siri-ciri yang didatangkan tidak fleksibel untuk memungkinkan semua dapat memilikinya.

Berkubur lagi hajat aku nak beli broadband. :D


Bagaimana Untuk Meletak Garisan Lurus Pada Entri

Ok, kali ni kyuubi nak share satu lagi tips, iaitu bagaimana untuk meletak garisan lurus seperti dibawah dalam entri anda.




Mungkin ada yang nak buat tapi tak tahu, dan ada mungkin yang tak kisah pun. Jadi, kali ni, kyuubi akan ajar cara yang sangat mudah. Aku ulang, sangat mudah. Ok sini caranya,


 


Salin kod html di atas dan letak pada mana-mana bahagian pada entri anda, dan lihat la hasilnya.

Selamat mencuba!!

Kenali Sifat lelaki melalui kumpulan darah - Part 1

Kepada gadis-gadis diluar sana, korang ada masalah tak nak kenal boyfriend korang? Susah kan nak tahu tentang sikap manusia ni? :D

 
Apa kaitan lak dengan mamat ni..


Ok, kali ni aku nak share la tips-tips ni pada gadis-gadis diluar sana untuk lebih mengenali teman lelaki korang. Walaupun mungkin bukan 100% betul, tapi sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran tentang boyfriend korang kan? jadi, sebelum korang baca tips ni, baik korang tanya botfriend korang dia darah jenis apa kerana kali ni, aku nak share tips untuk mengenali sifat lelaki melalui jenis darah mereka.

Kepada lelaki-lelaki kat luar sana (termasuk aku), meh kita tengok tips ni betul ke tak..




Jenis Darah A
Sifat - lelaki berdarah jenis A biasanya sopan dan tegas. Apabila dia dah putuskan untuk melakukan sesuatu, dia tidak akan mudah menyerah. walaupun sesetengah orang menganggap lelaki jenis A ni membosankan, sebenarnya dia seorang individu yang berfikiran waras atau bijak dan rela menyelaraskan hubungan dengan kawan-kawannya. Dia tidak suka konfrontasi dan lebih suka mengawal perasaannya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Dia suka bergaul dengan sesiapa sahaja dan lelaki jenis ini menpunyai ciri-ciri lemah lembut dan sensitif.

Kelemahan - Seorang yang tegas dan cerewet. dia akan melakukan apa sahaja asalkan ianya sempurna 100% tanpa kesilapan. Jika dia melakukan kesilapan kecil, itu akan menjadi tekanan pada dirinya.

Cinta - Lelaki jenis darah A lebih berhati-hati untuk meluahkan perasaan minatnya secara terbuka terhadap wanita yang dia sukai.Dia tentu akan berfikir "Bagaimana pula sekiranya dia menolak pujukan saya, tentu saya akan berasa amat malu". lelaki jenis ini akan cuba untuk mendapatkan kepastian terkebih dahulu samaada wanita tersebut mempunyai perasaan yang sama dengannya sebelum mengambil apa-apa tindakan. Kerana sikap ini, lelaki jenis darah A lebih suka melepaskan beberapa peluang.

Kerjaya - Lelaki jenis darah A ini seorang yang rajin dan jujur. ini menyababkan dia mendapat kepercayaan daripda pihak atasan dan rakan-rakan sekerjanya. jika kerja yang diberikan itu sukar, lelaki jenis in iakan tetap menyiapkannya. Dia akan bekerja perlahan-perlahan dan mantap untuk mencapai matlamatnya. dia seorang yang tidak sukakan perniagaan yang berisiko dan kestabilan serta praktis penting baginya.

Wang - Dia seorang yang suka pentingkan diri sendiri. Dia jarang membeli barang yang diperlukan. dia juga mempunyai perancangan simpanan sendiri danbijak mengurus wang. dia akan berusaha untuk tidak terpengaruh dengan temujanji yang melibatkan pengeluaran wang untuk sesuatu yang tidak  perlu.

Perkhawinan -Lelaki jenis ini adalah seorang yang cerewet. Sekiranya dia berhati-hati memilih kekasih, sikapnya itu akan berlanjutan tanpa bercakap bila dia menentukan pasangan hidupnya. Disebabkan sifat mereka yang disebabkan sikap mereka yang berhati-hati ni, sesetengah merekan ini cuba mengatur perkhawinannya seperti menggunakan perkhidmatan menvari jodoh. Namun kebanyakan lelaki jenis darah A ini adalah suami yang pandai bertimbang rasa dan bertanggungjawab selepas berkhawin dan keluarga adalah segala-galanya bagi mereka.




Jenis Darah AB

Sifat - Lelaki jenis darah AB inginkan kedupan yang tenang tanpa rasa bimbang. Dia tidak suka apa sahaja bentuk penglibatan sosial atau konfrontasi, sebaliknya dia menegaskan lebih suka memilih kebebasan. Lelaki jenis ini seorang yang berkebolehan dan aktif dari segi sosial. Pada dasarnya, Lelaki jenis darah AB kurang tabah untuk bekerja keras untuk mencapai matlamatnya. Dia juga tidak suka orang memandangnya, oleh yang demikina, dia lebih suka menjauhkan diri dari orang ramai. Lelaki jenis ini mempunyai ramai kenalan namun tidak ramai yang setia dan mempercayai dia. Walaupun kadang-kadang bersikap dingin, lelaki jenis ini seorang yang baik hati dan sentimental.

Kelemahan - Walaupun mereka berbakat dan cekap untuk menganalisa tentang sesuatu isu-isu, namun lelaki jenis darah AB ini kurang ketabahan. Mereka jenis yang mudah putus asa dan lemah semangat tanpa banyak berdikari. mereka juga suka menjadi defensif dan pendiam apabila berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Cinta - Seorang lelaki yang berpengetahuan, lucu, baik hati dan cool. Sikap yang menjadi daya tarikan pada wanita.Lelaki jenis ini mempunyai ramai rakan wanita tetapi ianya mengambil proses yang lama untuk dijadikan kekasih. Walaupun dia menyukai wanita itu, dia tidak pasti sama ada dia dapat menikmati kebebasan bersama rakan-rakan kerana dia tidak suka atau terikat pada suatu hubungan.

Kerja - Lelaki jenis darah Ab terkenal dikalangan rakan-rakannya tetapi dia seorang yang kurang berwawasan. Disebabkan itu, dia hanya akan kekal sebgai eksekutif biasa sahaja. Lelaki jenis ini tidak sanggup mengorbankan kebajikan perid=badi untuk mendapat faedah di tempat kerja.

Wang - Lelaki jenis darah BA seorang yang tidak kedekut. Ini dapat silihat apabila sebuah pergaulan terjalin. Bagi doa, persahabatan itu merupakan satu aset, namun dia juga seorang yang praktkal dan biasanya membuat  beberapa simpanan untuk segala kemungkinan.

Perkhawinan - Bagi lelaki jenis darah AB, perkhawinan merupakan suatu yang rumit dan mendatangkan kesusahan baginya. Oleh itu, dia akan cuba mengelaknya jika boleh. Tetapi jika terpaksa, dia akan menerimanya khususnya jika hubungan mereka sudah terjalin lama. Selepas berkhawin, hubungan antara suami isteri akan menjadi seperti kawan dan teman, mempunyai sikap yang terbuka dan tiada ketegangan.




Cukuplah tips ni untuk kali ni. selepas ni, aku akan postkan pula tips yang seterusnya. Entri ni dah cukup panjang. Semoga ianya berguna untuk semua.

Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Ok, kali ni aku Dapat peluang nak terjah blog Mr Eyriqazz. Selalu dia je yang nak terjah blog orang. Kali ni giliran aku nak terjah blog dia. Hahaha..

Sebenarnya ni nak join contest Mr GTO ni... hehe. Contest Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Mr GTO pinjam kejap eh gambar ni.

Sedikit tentang Mr Eyriqazz a.k.a Great Teacher Onizuka, seorang kipas susah mati pelakon Jepun, Takashi Sorimachi yang berlakon sebagai Onizuka sensei (cikgu Onizuka) dalam drama Jepun, Great Teacher Onizuka tu.

Tengok la senarai entri Mr GTO ni

Ok, tentang blog Mr GTO ni, dia ni dah lama blogging sebenarnya. Kalau korang perasan, entri pertama beliau pada April 2003 iaitu bertajuk waikiki. Aku tak faham apa maksudnya perkataan tu. Dia hanya aktif dalam blogging ni dalam september 2009 dengan 28 entri. Dan sekarang, Mr GTO ni adalah antara blogger yang terkenal juga dengan jumlah follower yang nak dekat 500 tu.


Gaya penulisan Mr GTO pada mulanya aku tengok memang pening kepala aku,

 

Hah, korang tengok tu, tak ke pening tu tulis mcm tu... tapi sekarang dah ok dah cara dia tulis ni. Mungkin dulu baru nak belajar. Sekarang, dia mempunyai gaya penulisan yang selamba je, senang nak dihadam, dan difahami. Tak macam dalam gambar tu yang nampak sangat serabut.  memang best blog dia ni.


 

Header yang simple tapi menarik. Sebelum ni header kat blog dia ni simple sangat. Tapi lepas beberapa orang tegur, dia muncul dengan header ni. 

Blog dia ni juga banyak tips yang menarik, tips nak buat wang pun ada, tips pasal cinta pun ada, grooming pun ada gak. memang pelbagai, mungkin inilah kunci mengapa ramai orang suka berkunjung ke blog dia ni kerana banyak info kat sini juga.


Ni hah, print screen tentang tips-tips yang ada kat blog dia ni.

entri-entri Mr GTO lebih pelbagai. Banyak tentang aktiviti dengan nuffnang, personal life activity, tips dan yang paling menyengat sekarang adalah segmen terjah beliau yang dilihat mendapat sambutan dari kalangan pembaca, termasuk aku.. hehehe

Pada pendapat saya, blog Mr GTO ni dah ok sangat, tapi ada beberapa perkara yang perlu diubah untuk nak bagi lebih umph..

1.  Blog Template 

yang ni Mr GTO pun dah cakap gak memang tak berapa nak ok. template sekarang ni nampak sedikit serabut dan sempit. Kalau nak stay dengan template sekarang ni pun ok gak, cuma cuba edit bagi besar sikit bahagian content agar nampak lebih selesa disitu.


2. Cuba bagi kemas sikit penulisan entri

Isi memang dah  best, tapi tak berapa kemas. Contohnya, selepas noktah or koma tu, boleh bagi space dulu baru mulakan perkataan baru. Mungkin boleh baca entri ezany tentang kekemasan entri.

untuk korang nak tahu, aku paling suka dan teruja dengan entri dia iaitu Ada apa dengan beautifulnara dan aura beautifulnara rekod baru tercipta kerana blog hiburan beautifulnara adalah antara yang terkenal dan menduduki tempat pertama dalam carian google. Aku sangat teruja untuk mengetahui hasil terjahan ke blog beautifulnara.

ok, dah selesai.. hahaha

So, sapa nak join kontest ni, bleh la join.. Ramai2 terjah blog Mr GTO

nak tag sape ni eh...

Nurfarhana

Kawie

FIT

Masuk Tandas Pun Ada kadar Bayaran??


Hai semua. Sejak akhir-akhir ni, aku semakin malas nak menulis. Bukan apa, cuma... entah.. malas mungkin faktor utama. BUkannya apa, sebab internet ni lambat macam siput. Tu yang buat mood nak menulis ni hilang. Sebenarnya aku nak join contest Mr GTO tapi internet yang macam siput ni membataskan keupayaan nak skodeng blog Mr GTO ni. Tapi, nanti, aku tetap nak join juga tu... :D

Ok, balik pada apa yang aku nak share kali ni, pengalaman aku pergi tandas awam yang paling pelik selama ni. Tapi mungkin korang pernah mengalaminya.. (pernah ke?)

 
Gambar Dari pak cik Google 

Ok, kebetulan hari ni hujung minggu, jadi aku pun keluar la nak lepaskan tekanan duduk dalam kolej saja. (alasan ni nak jalan.. hehe) Disebabkan makanan entah apa yang aku makan semalam, perut aku asyik memulas nak menjalankan kewajipan. (korang faham-faham la ya, kalau tak faham buat-buat faham saja). Jadi, sampai saja pekan diluar kolej tu, aku bergegas pergi cari tandas awam nak jalankan kewajipan. 

Bila sampai dekat tandas tu, aku nampak notis berbunyi begini:
Buang air kecil : 30sen

Buang air Besar : 50sen

Mandi :1 ringgit

Dalam hati aku, eh biar betul ni nak masuk tandas pun ada kadar bayaran macam tu. So, aku tak peduli sangat sebab perut dah meragam masa tu. Aku korek duit seringgit, terus aku bagi kat mak cik jaga tandas tu dan pergi jalankan kewajipan. (Dah berapa kali aku guna  perkataan kewajipan tu? hehe)

Selepas siap, aku pun pergi ke tempat makcik tu. Sambil tersenyum mak cik tu tanya aku,

Mak cik : Tadi buang air besar kan (senyum-senyum)
Aku : Ya (dengan Muka selamba)

 
Eh, ada kaitan ke si spongebob ni?
Makcik tu pun hulurkan duit 50sen pada aku. Dalam hati aku, eh? nak masuk tandas pun ada kadar bayaran ke? nak buang air pun ada kadar, kalau besar nak dibuang, besar juga harganya, kalau kecil, harga pun kecil. Kalau mandi aku tak heran sangat la nak minta bayar banyak. 

Dunia sekarang ni semuanya tentang duit, duit, duit dan duit. Tiada benda yang tak nak duit. Nak sekolah, kena ada duit, nak makan kena ada duit, even nak berak pun nak kena bayar. Entah apa lagi yang tak perlu duit.
Tempat korang macamana pula? Nak masuk tandas pun macam ni juga ka?