Showing posts with label games. Show all posts
Showing posts with label games. Show all posts

Bagaimana Cara Nak Main Game Playstation 1 Pada Komputer Anda





Ianya sesuatu yang manis untuk membawa kembali kenangan lama bukan? Untuk membawa kenangan lama korang yang pernah main game dengan Playstation One, kali ni aku nak share satu cara bagaimana nak main Playstation 1 games pada pc korang.

Pada yang dah tahu tentang benda ni, sila beri tunjuk ajar. Pada yang baru tahu pula, sila ringan-ringankan mata untuk terus membaca :) Cara ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai komputer peribadi yang mempunyai keupayaan yang rendah dan tidak mampu untuk bermain games yang berat.

Untuk bermain Playstation One Games pada komputer anda, ada satu tool yang anda boleh guna, dipanggil Playstation one emulator. Emulator ini bertindak pada pc anda menyebabkan pc anda berfungsi macam PS1. Emulator yang famous dipanggil epsxe.

Ada beberapa lagi plugin yang anda perlukan unutk setup emulator ni iaitu grafik dan audio plugin. Anda boleh download emulator dan plugin tu di Pete's Domain.

Bila dah download emulator, grafik dan audio pugin, sila ikut langkah dibawah ni:

1. ekstrak fail emulator tersebut dari winrar.

2. ekstrak fail grafik dan audio plugin tersebut dan simpan fail tersebut dalam folder plugin.

Sekarang anda dah siap install emulator ni.

Sekarang nak setting emulator ni supaya anda boleh start main game Playstation One kegemaran.


Run emulator anda (inilah rupa emulator bila anda run)



klik pada tab config



lepas tu, clik pada video untuk setting video. kalau tak, tak ada gambar yang keluar nanti.



lepas tu korang klik pada dropdown menu dan nama lugin untuk grafik akan kelihatan. pilih la mana satu yang kena di hati. lepas tu klik ok.



Lepas tu, buat sekali lagi seperti tadi, tapi kali ni pilih audio untuk settingkan bunyi



Lepas tu, klik pada dropdown menu dan pilih audio plugin dan klik ok.


Anda dah siap setting emulator anda. Sekarang anda boleh mula main PS1 games di pc anda!!

Korang nak main boleh guna cd atau cd images game tersebut. Tapi aku recomend, guna la imej cd dalam bentuk .iso, .bin. .ccd.. sebab yang ni, masa load time lebih cepat berbanding nak guna cd.

Kalau korang nak imej cd game PS1, korang boleh download kat Romhuster.Net secara percuma.

cuba la, its really good to bring back memories!!

 p/s  kalau korang tak boleh nak main game yang korang nak main dengan setting anda, cuba setting yang lain.. caranya sama je... atau korang ble download grafik plugin versi yang lain pula sebab sesetengah PS1 game hanya dapat dimainkan menggunakan plugin versi yang lain.

Aktiviti Dikala Bosan

Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh lakukan kalau tengah bosan. Dikala member untuk diajak keluar jalan-jalan ke atau lepak kat shopping complex tidak available. Layan movie ke, update blog atau dengar radio. Tapi rasanya masyarakat sekarang lebih gemar layan facebook dan twitter kan?

Member aku sorang ni, kalau masa free dan tiada benda nak buat, mesti hari tak sempurna kalau tak layan movie atau drama. Sekarang dia tengah layan Supernatural Season 1 sampai season 4!

Aku tak layan facebook dan twitter sangat. Cukuplah buka facebook dan twitter 15 minit setiap hari. Serius wa tak tipu! Program aku selalunya adalah layan game Counter Strike! Siapa yang tak kenal game ni? Game ni adalah game main tembak-tembak. Polis lawan penjahat. hehe.


Fire in the hole!


 Tengah merancang serangan dengan ahli kumpulan

 Geng Penjenayah menggunakan senapang Jenis Ak


Yes! I kill you man? Want to fight anymore? @#$%&*(


Tapi kalau dah terlalu asyik dengan games pun tak baik juga. Sekurang-kurang ini adalah cara untuk melepaskan tekanan dan kebosanan. Lebih baik dari buat benda yag berdosa kan? Dan jangan jadi addict pula dengan games. Nanti kang dari pagi sampai ke malam asyik dengan games je. Kerja semua tak jalan.

p/s mood masih merudum akibat komen anonymous semalam


Frets On Fire Permainan Komputer Untuk Penggemar Gitar


Kepada semua peminat gitar, aku nak perkenalkan 1 permainan komputer yang baru aku discover beberapa hari yang lalu, Frets On Fire. Games ni adalah games nak main gitar, cuma yang bezanya, yang ni kita main menggunakan komputer. Tak payah susahkan diri nak cari gitar. hehe. Aku pun baru je dapat games ni demi nak menghilangkan kebosanan diri. huhu. So gambar-gambar dibawah adalah snapshot masa aku main game ni.




Hah, nilah rupa games tu masa korang nak main nanti. Bila button tu lalu kat fret yang bertanda tu, korang pun tekan la keypad. Ala-ala main piano gitu. Tapi sebelum boleh berfungsi, korang kena pergi ke bahagian setting dulu dan settingkan keypad mana nak kena tekan untuk setiap tali gitar tu.

Ni rupa games ni bila tekan je button tu. Bunyi pun sebiji macam gitar

Kalau tengah bosan tak tau apa nak buat, bolehlah layan games ni daripada buat benda tak berfaedah kan? Lagipun ianya macam dengar lagu je, cuma kita sambil buat senaman jari. hehe. So kalau korang berminat nak dapatkan games ni, korang boleh download games ni.


Jom layyaaannn...