Mari baca lawak

Pada suatu hari, 2 orang kaya sedang bersembang sambil menikmati kopi. Salah seorang daripada mereka berkata, "hei, ko tau pemandu aku tu bodoh betul. Kalau awak tak percaya, mari aku tunjukkan". Dia memanggil pemandunya Ah beng dan berkata, " Ah Beng, ini duit RM10, pergi ke pameran kereta dan belikan saya sebuah mercedes." Ah Beng menjawab, "ya tuan saya akan pergi dengan segera dan dia pun bergegas ke pameran kereta tersebut.

Orang kaya itu berpaling sambil berkata kepada rakannya seraya berkata, "Awak nampak tak? Saya dah bagitau awak dia ni sangat bodoh".

Orang kaya yang seorang lagi pun berkata, " yang tu tak dikira bodoh lagi, awak nak tengok yang lebih bodoh?" dia pun memanggil pemandunya Ali dan berkata, " ali, pulang ke rumah dan periksa jika saya berada di rumah".Sambil menjawab, " Ya tuan, sekarang juga saya pergi."
"See, i told you, dia ni takda otak sehingga dia tak terfikir jika saya berada disini, mana mungkin saya akan berada di rumah".

beberapa lama kemudian, kedua-dua pemandu tersebut terjumpa di pertengahan jalan. Ah Beng berkata kepada ali, "Hei, bos saya bodoh betul. dia memberi saya RM10 dan dia menyuruh saya pergi ke pameran kereta dan minta belikan sebuah kereta Mercedes... Takan dia tak tau, hari ni adalah hari ahad lah, pameran tu tutup...

Ali menjawab, "awak fikir bos awak tu bodoh sangat ke? my boss lagi la teruk, dia menyuruh saya pergi ke rumah dan periksa sekiranya dia d rumah, Dia ada handphone lah!! kenapa tak telefon rumah untuk periksa??

Movie Review : Avatar

Korang dah tengok ke filem Avatar?? Baru2 ni Filem Avatar mula ditayangkan di Malaysia pada 18 disember. Aku pun tak ketinggalan juga lah nak tengok filem ni, hebat ke tak.. Dan fulamak, memang best gile la tengok aksi dorang ni. Mata aku tak bekelip pun masa menonton filem ni. Memang best. Aku recomend la pada yang kaki tengok wayang, pegi la tengok filem ni, berbaloi.


Ok, sedikit tentang filem ni,

Pengarah filem ni adalah James Cameron, (tak tau la sapa dia ni, sebab aku ni minat tengok filem je, sapa yang buat filem ni aku tak peduli pun, yang penting best..hehe)
Watak starring dilakonkan oleh Sam Worthington sebagai Jack Scully dan heroin filem ni pula dilakonkan oleh Zoe Saldana sebagai Neytiri. Watak penjahatnya pula dilakonkan oleh Stephen Lang sebagai Kolonel Miles Quaritch.

Filem ni mengisahkan tentang sebuah syarikat yang cuba menggali mineral yang dipanggil unobtanium di sebuah planet yang jauh dari bumi, Pandora. Mineral ni terletak di bawah perkampungan puak yang tinggal disana, puak Na'vi.



Dengan menggunakan kejuruteraan genetik, Saintis telah mengambil DNA puak ni dan mencipta badan Manusia-Na'vi yang dipanggil Avatar. Puak Na'vi ni melancarkan perang keatas manusia selepas manusia mengganggu tempat tinggal mereka, dan bermula la aksi Jake Scully Dengan Avatarnya..


So anda nak tau lebih lanjut tentang filem ni?? Jom ramai2 ke panggung dan tengok filem ni.. beessttt!!

Sedutan dari filem ni yang aku ambil dari Youtube.com




** Filem Arahan James Cameron, Avatar ni menduduki tangga teratas box office di US

koleksi gambar Kampung Sukau

Ini adalah koleksi gambar semasa lawatan kami ke Kampung Sukau, Kinabatangan Sabah. Memang menarik tempat ni. Dengan Binatang kiar dan kecantikan alam semulajadi, pencinta alam pasti akan terpikat dengan Kampung Sukau.









Kg Sukau, Kinabatangan

Korang pernah ke dengar nama tempat ni? Kalau korang Sabahan mungkin tau la kot. Actually Kg Sukau terlatek Di daerah Kinabatangan Sabah. Korang nak tau, tempat ni Fames tau untuk para pelancong. Nak tau sebabnya? Sebabnya, kat sini korang leh jumpa spesis gajah yang terkecil di dunia iaitu Borneo Pygmy Elephant Yang hanya ada di Pulau Borneo. Di sepanjang sungai kinabatangan juga anda ble nampak spesis orang utan yang hanya ada di borneo iaitu Monyet Belanda atau nama saintifiknya, Proboscis Monkey.



proboscis monkeyMonyet Belanda

Menarik beb, Waktu petang, anda ble pegi river cruise dengan menyewa bot dengan harga yang berpatutan. Anda akan dibawa menyusur sungai-sungai kecil di kampung sukau ni. Antaranya Ialah sungai Menanggol. Waktu ni la korang akan nampak banyak monyet Belanda bertenggek d pokok bakau sepanjang sungai. memang sangat menarik.

Dan kalau anda bernasib baik, anda akan terjumpa kawanan Borneo Pygmy Elephant di tepi sungai.

proboscis monkey
kepada yang berminat nak kesini, anda ble menginap d rumah tumpangan Bed & Breakfast yang dimiliki oleh orang tempatan Kampung Sukau ni. Memang Best Gila tempat ni..

Dan aku nak pesan kepada anda yang nak kesini, jangan lupa Kamera anda!!!! hehehe... kalau yang berkuasa tinggi lagi la best!!


sukau
korang nak tau lebih lanjut tentang Kampung Sukau ni?? klik di sini je