Benda Yang Aku Tak Suka Dalam Blog

Kalau korang tengok blog aku ni, sangat simple kan? Betul tak, atau aku je perasan lebih nak mampus. haha. Tapi sejujurnya aku suka sesuatu yang simple dan tak complicated dan serabut. Macam tu jugalah yang aku buat kat blog ni. Aku nak buat paling simple yang boleh.

Sebab tu, bila aku jalan ke blog-blog orang, banyak benda yang buat aku rimas sebenarnya. Tapi kadang bila internet laju, ditambah pula semangat nak jalan-jalan tu kuat, aku redah saja asalkan dapat memenuhi keinginan aku nak blogwalking. hehe Cuma kadang dalam hati tu geram juga ya bila benda yang kita tak suka, ada pula kita jumpa dalam perjalanan merentas alam maya ni.

Jadi, hari ni, tergerak hati aku nak tulis beberapa benda yang kau tak suka ada di dalam blog. Dan sebab tu la juga korang takan umpa benda tu dalam blog aku.

Iklan pop up
Aku paling geram bila ada benda ni. Baru nak klik pada blog, terus keluar benda entah apa. menggangu mood aku buat seketika. benda ni pun korang takan jumpa kat blog aku kan? :D

Lagu
Korang masuk blog kau ada dengar lagu tak? Takde kan? Sebab benda ni pun aku tak suka sebenarnya. Best ke tak best ke lagu tu, aku tak suka. Dah la lagu tu tersekat-sekat macam dvd tersangkut dalam player. pernah sekali tu, aku dengan member seorang tu dalam bilik. Dan aku tengah layan lagu sambil jalan-jalan di blog orang, tiba-tiba sampai kat satu blog tu, keluar lagu entah apa-apa sampaikan emmber aku tu tanya, "weh, dari mana lagu tu"? mood down.


Word Verification
Yang ni pun aku tak suka juga. Lecehlah nak komen kalau ada benda ni. My style masa nak komen lain sikit. Aku baca entri, pastu type komen. Bila tekan je button publish tu, terus blah. tapi yang tak bestnya bila fungsi word verification tu keluar. Ingatkan dah settle. tup2 ada plak nak verify lagi. Kalau takut sangat spam, letak je comment moderation kan senang. Kalau korang tak suka komen tu, delete je. Kalau korang nak tahu, blog aku selalu jadi mangsa spam komen ni.

Iklan Yang Tak Habis-habis
Yang ni pun aku tak suka juga. Memanglah kita nak generate sikit duit dari blog kan, tapi janganlah keterlaluan. Nak letak sana sini iklan. Sana pop up, sini kelip-kelip. Sebelah pula lompat-lompat. Pening kepala nak cari entri. Senang cerita, cari je shoutbox. Pastu blah.

Itulah antara benda yang aku rasa paling annoying dalam sesebuah blog. Aku memang tak suka masuk dalam blog macam ni. Tapi kadang aku masuk juga blog macam ni. Cuma menyumpah-nyumpahlah dalam hati. hihi. So, kalau tak nak jadi blog annoying, bagilah blog tu nampak kemas dan cantik. Simple tapi menarik.

Kecewa Kekalahan Malaysia Keatas china

Sebenarnya hari tu, aku teringin sangat nak menonton perlawanan Malaysia dengan China dalam merebut piala Thomas. Tapi hajat tak kesampaian sebab masih duduk kat kolej, so takde tv. Tapi aku masih dapat mengikuti keputusan perlawanan tersebut dari beberapa blogger yang update mengenai perlawanan itu, seperti si jard.

Aku amat yakin tahun ni, Piala Thomas akan jadi milik negara, namun keyakinan tu hanya mainan perasaan saja. Kalah pula dengan China di peringkat separuh akhir. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Pemain negara dah buat yang terbaik, so anggap sajalah rezeki bukan untuk negara.

Tapi kenapa eh negara boleh senang-senang saja kalah dengan China? Straight kalah pula tu? Datuk Lee Chong Wei yang bergelar juara dunia pada ketika ini pun tidak dapat menyaingi rentak Lin Dan. Aku ingatkan strategy negara nak Datuk Lee Chong Wei kalah kat Lin Dan.

Tapi sepanjang aku menonton perlawanan yang melibatkan pemain negara, ada beberapa faktor yang menyebabkan kelahan mereka pada pandangan akulah. Meh aku list di bawah ni
1. Pemain Negara mudah Demotivated
Ini terjadi bila dah ketingalan. Bila dah ketinggalan, macam diorang dah takde semangat nak kejar balik. kadang-kadang itu yang berlaku dari pemerhatian akulah.
2. Tidak Dapat mengawal perasaan
Memang apabila berada dalam gelanggang, tidak dinafikan bahawa tekanan yang dihadapi memang hebat. Apatah lagi kalau dah jadi pemain harapan. Kalau dilihat dari pemain negara kita, mereka kadang-kadang bermain dalam keadaan gugup apatah lagi bila terpaksa berhadapan dengan pemain yang hebat. Ini menyebabkan mereka akan melakukan bnayak kesilapan yang memberikan mata kepada pihak lawan.

Inilah dua sebab pada pandangan aku sangat memberi impak yang besar kepada para pemain. Bukan dalam sukan Badminton saja malahan keseluruhan sukan, rata-rata pemain negara aku tengok ada masalah ni. So, rasanya kalau nak lebih berjaya lagi, haruslah cari jalan bagaimana nak atasi masalah ni.

Bak kata Pepatah, Seperti Kacang Lupakan Kulit

Wah! penatnya. Aku baru saja habis program kursus sebelah malam. Balik saja bilik, on laptop terus nak update blog. hihi. Aku rasa aku dah ketagih nak menulis dalam blog aku ni. mau nak aku update 10 kali sehari pun rasanya tak cukup. Tapi entri merapu sajalah semuanya. hihi. Takde ilmu boleh dapat dari baca blog aku ni.

Sebenarnya tadi petang kitorang buat satu aktiviti luar yang perlukan kami keluar ke pusat bandar. Kami diberi satu kerja untuk buat promotion kepada at least 3 orang awam. Macam berat saja tugasan kali ni. Tapi dah dusuruh buat, sabar sajalah. huhu. So dengan semangat group aku pun buatlah kerja seperti yang disuruh.

Tapi satu kejadian yang aku tak suka dan aku sifatkan sebagai kacang lupakan kulit. Masa tu kami try nak promote pada seorang mak cik tu. Bila kitorang perkenalkan diri dan tempat kami belajar, mak cik tu dahlah buat muka sombong, dengan laju je berlalu sambil kata, "weh aku pun graduate dari tempat korang study sekarang lah"
WTF!

Habis tu, kalau ko pernah study kat tempat yang sama dengan aku, why not ko sokong kitorang kan? Ni tak. dengan muka sombong lalu je. Tak nak layan pun group aku tu. Macam tulah aku sifatkan sebagai kacang lupakan kulit. Tak ingat dia, mungkin kalau tanpa institusi pendidikan tu, tak mungkin dia berada dimana dia berada sekarang ni. Mungkin juga Malaysian mentaliti, susah sangat nak tolong menolong untuk sama-sama nak maju.

Tapi, apa nak buat. Itulah sikap segelintir masyarakat. Bila dah maju sikit, dah tak nak tengok orang lain yang baru nak naik. Susah nak diubah.

Maggi Telur

Salam satu Malaysia semua. Pagi-pagi macam ni, aku laparlah. So, nak senang, hentam jela maggi. Aku nak masak my special maggi recipe. Taklah special sangat tapi bagi aku special la juga sebab sedap even simple saja bahan-bahannya. Ok, sebelum tu, aku nak share la my special recipe yang tak special ni. :D

Senang saja nak masak ni. Ambil saja maggi kari (aku guna maggi kari sebab lebih sedap), jenama maggi tu. Lepas tu didihkan sehingga masak. Sebelum ianya betul-betul masak, matikan api, ambil sebiji telur dan masukkan. Lepas tu kacau kejap. Dah siap. haha. Lepas tu bolehlah makan.

Mesti korang nampak tak berapa nak sedap kan. Tapi korang cubalah dulu. Sedap tau. Sebenarnya aku dapat belajar masak maggi dengan cara ni masa aku dan member-member melawat lembah danum beberapa tahun yang lalu.

Bila member aku masak maggi dengan cara tu, aku tak berapa yakin sedap ke tak. Tapi lepas aku makan, fuuyyyooo.. Memang Sedap! :D Tapi bagi yang tak suka makan telur memang takan suka lah makan benda ni.

Pada siapa-siapa yang dah pernah makan maggi macam tu, sedap tak?

Naruto Episod 494

Seperti yang aku janjikan dalam post aku pasal Naruto, aku akan cuba update setiap episod naruto manga. Dan sebenarnya untuk pengetahuan korang, episod naruto akan update setiap hari jumaat. Biasanyalah, so kalau nak cepat dapat update cerita ni, cek dekat Narutocentral setiap hari jumaat.



Ok, Kepada peminat naruto, episod manga terbaru naruto iaitu episod 494 dah pun keluar. So kalau korang nak tengok atau download, boleh cek kat Naruto Chapter. enjoy!

Kursus Dan Boring

Aku sebenarnya tengah menghadiri satu kursus di kampus aku ni. Dan sebab tulah kalau korang perasan, aku update blog pun jarang. Biasanya aku akan update jam10 hingga jam12 tengahari. Tapi sekarang, disebabkan kursus ni aku kadang update sekali je setiap hari.

Kursus ni pula sebenarnya aku tak berminat pun nak ikut. Tapi dah kena suruh. katanya wajib, so aku dipaksa rela. Kalau tak tak boleh graduate. Apakah peraturan ni? Kursus ni pun berkaitan dengan kerjaya. So, memang tak sesuai dengan aku lah. Aku baru je habis diploma. Lepas ni nak sabung study lagi ke peringkat ijazah. Habis tu buat apa nak sibuk-sibuk ikut semua benda ni. huhu Lepas habis study segala, barulah sesuai nak ikut.

Tapi bila aku dapat tahu, actually benda ni wajib kepada pelajar semester akhir ijazah je. Tapi pengarah kampus yang nak kitorang pelajar diploma pun turut serta dalam kursus ni. Adoi! kalau tak, dah lama aku tidur makan kat rumah tu. huhu. Sekarang aku terpaksa berkurung dalam kampus ni demi nak ikut kursus yang aku tak nak pergi.

Dah tu, kursus ni pun tersangatlah boring. Group aku dapat trainer yang tak pandai nak berkomunikasi dan syok sendiri saja. Sedih babe. huhu. So terpaksalah aku menghadapi sindrom keboringan yang melampau. Dah tak sabar rasanya nak habis kursus ni. Aku nak balik!!

20 Top Site In Malaysia

Maybe you guys was wondering what are the most popular sites here in Malaysia. So do i. So i did a search in Alexa which site are the most popular. So here the result i get from Alexa, a company who are doing the analysis about sites from all over the world.

1. facebook.com
2. google.com.my
3. yahoo.com
4. google.com
5. youtube.com
6. blogger.com
7. live.com
8. wikipedia.org
9. msn.com
10. maybank2u.com.my
11. mudah.my
12. wordpress.com
13. malaysiakini.com
14. thestar.com.my
15. myspace.com
16. twitter.com
17. lowyat.net
18. mediafire.com
19. cari.com.my
20. tagged.com

So, from the result that i obtain, Malaysian like social networking very much because the famous social networking, facebook is in the first place. But thank god, our people still read online newspaper, because the star online is in the 14th position.

So guys, how about checking yours? What number is your site are? Just go to Alexa.com and find out what number your site is.

Rehat Sambil Jawab Tag

Petang-petang macam ni best rehat-rehat sambil minum teh. hehe. sambil-sambil tu nak jawab tag dulu ni dari si kech, luqman, saifulzakwan dan si serol. Aku dah habis exam, korang still nak aku jawab paper ye. nanti korang. haha. Anyway, jom layan soalan-soalan ni.

Rules And Regulation: 
it's harder than it looks copy this  to your own notes,
erase my answer 
enter yours,
tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions,
they have to be real, nothing made up if the person before u had the same first initial, u must use different answer,
u cannot use any words twice and u can't use your name for the boy/girl name question. 

what is your name: Kyuubi
a four letter word: Katak 
a boy's name: Karan
a girl's name: Kencana Dewi 
an occupation: Kerani 
a colour: Kelabu 
something ur wear: kasut 
a food: kuih muih hahaha 
something found in the bathroom: kertas tisu 
a place: Kota Kinabalu
a reason to being late: Kekenyangan, lepas tu tertidur. hehe 
something u shout: Ko, Jaga nanti!! 
a movie title: King Athur 
something u drink: Kuah Kari. hehe
a musical group: Korn 
an animal: kanggaro 
a street name: Kinabalu 
a type of car: Kenari

Adoi! akhirnya siap juga soalan gila ni. Pening kepala gua nak jawab soalan untuk budak genius ni. So Aku nak tag 20 orang lagi budak genius ni. haha

- Zai
- p3perak
- jamalrafaie
- tEDi
- Hazzy
- Fit
- Berd
- maslinamansor
- Wanie
- MaCy
- mohdshahrulhafizi
- farhanaDr
- shashabee
- mijikemamang
- feelinblue
- Zul Efron
- Nursarah
- Amirah
- Maisyara
- Fina


Wahai budak-budak genius, sila jawab soalan-soalan ni ye. Kalau korang tak dapat jawab, tak graduate la korang. hahaha. Gurau je. siapa yang kena tag ni kalau sudi, buatlah. Kalau tak pun takpe :D


~cheers

Furry Vengeance Best!

Siapa dah tengok filem Furry Vengeance lakonan Brendan Fraser? Kalau korang dah tengok mesti korang kata best kan? Semalam aku berkesempatan menonton filem ni. Apa aku nak kata, filem ni memang best. Penuh dengan unsur kelakar. Dalam cinema tu, tak henti-henti kitorang ketawa sampai perut aku rasa cramp. haha

Ok, sedikit tentang filem ni; ianya mengisahkan bagaimana sekumpulan binatang cuba menyelamatkan hutan tempat tinggal mereka dari sebuah syarikat pemaju yang ingin memajukan hutan tempat tinggal mereka menjadi sebuah kawasan perumahan. Dan dalam usaha binatang-binatang tersebut, mereka menyebabkan hidup pengurus projek berkenaan Dan Sanders (Brendan Fraser) kelam kabut.

Macam-macam aksi lucu dalam filem ni, termasuklah si Dan memakai pakaian isterinya sebab pakaianya dicuri oleh sekumpulan skunk, dia dikejar oleh burung helang dah dia diseksa oleh seekor beruang dalam tandas bergerak. haha. Memang sebuah filem komedi yang sangat menarik.

Sebelum masuk dalam cinema, sebenarnya aku rasa cerita ni macam tak best saja. Tapi aku ikut jelah kehendak orang kan. Tapi lepas menonton cerita ni, aku rasa ianya berbaloi. Aku syorkan pada siapa-siapa yang tengah menghadapi tekanan, sila tengok filem ni. Memang berbaloi.

Lepas ni filem apa lagi nak tengok?

Bosan!

Cuti dah beberapa hari bermula. Pada mulanya memang aku cakap, "yeah, dah cuti"!

Gembira bukan main, dapatlah aku berehat dirumah makan dan tidur puas-puas. Itu perancangan awal la kan. Tapi sekarang baru beberapa hari bercuti, aku dah rasa bosan semacam. Kan dah biasa tiap hari bangun awal nak pergi kelas. Tapi sekarang, tiap hari bangun lewat. Kerja kalau bukan makan, tidur. Lepas tu menghadap internet 24jam.haha. Bosannya!

Dulu tiap hari aku ada kelas jam8 pagi. Paling lewat pun jam10 pagi. Sekarang dah tak macam tu. Pelik pula rasanya. Bila dah biasa buat satu benda tu dan pada satu tahap, kita terpaksa berhenti melakukannya. I felt like im missing them. My friend. My class. Semua. :(

Hari ni, demi mengelakkan keboringan tu, aku nak keluar kejaplah. Jalan-jalan cuci mata. haha. nanti kalau aku duduk terperuk je, kena penyakit sindrom boring. haha

Nanti aku terpaksa buat sesuatu untuk menghilangkan sindrom kebosanan ni. Nanti aku nak berkebunlah, tanam sayur. haha. Boleh jual dan dapat sumber sayur segar. Tak payah nak beli sayur kat pasar yang tidak terjamin kualiti tu. yalah kan, manatau pengusaha tu sembur racun lebih-lebih. Nak dapat hasil yang banyak. So siapa nak tolong aku? Kita berkebun di farmville. hahaha

~Life is like a book. There are many chapter that we need to go trough.

p/s: Entri yang merapu entah apa

Tahap Kemalasan Yang Melampau

Tiap orang ada sifat malas yang tersendiri. Serajin manapun seseorang itu, sampai pada satu tahap, dia tetap akan menunjukkan sedikit sifat malas. Aku pun sama juga. Kadang tu rajin nak mampus. Sampai satu tahap kemalasan melanda, aku jadi malas sangat sampai makan pun malas! Korang pernah ke macam tu? Tahap kemalasan yang melampaui batasan.

Hari ni aku nak tunjuk sikit gambar orang yang menunjukkan tahap kemalasan yang melampaui batasan. Jom tengok kenapa aku cakap tahap kemalasan melampaui batasan.

Tengok tu, semua orang berebut nak naik tangga bergerak tu sampai sesak jadinya. Padahal tangga tu kosong saja tak ada orang nak lalu. Sikap maam ni bukan sikap malas ke? Nak yang senang saja kan?

Yang ni sampai malas nak pegang tali anjing tu sampai nak kena ikat pada kereta? Baik bawa masuk je dalam kereta kan? Kalau kita memanglah tak boleh, tapi yang ni mat salleh, tak boleh ke malas?

Haha, nilah tahap kemalasan yang melampaui batasan. Buang air pun nak duduk atas kerusi? Apa hal ni? Kalau cacat, aku tak heranlah. Yang ni, cacat ke bro?

Semakin maju dunia kita ni, manusia semua semakin malas. Semua nak kerja jadi senang saja. Termasuk akulah sendiri kan. Cuba korang fikir, kenapa kereta dicipta? kenapa Lif dicipta? Kenapa Tangga bergerak dicipta?

Google Redesign Search Engine

As you might realize, recently that there are a few changes to google search result page. Whoever didn't know, this is due to google redesign their search engine for better and easier searching process for users. If you could see, when you search for something, the result page will display a left handed panel of links which google engineers called it left-handed nav. 


The picture above ilustrated how the result page look like. The result of our search will be on the right while the new added tool is on the left.

According to google blog, new function that been added to their search engine page result are Universal Search, the Search Options panel and Google Squared.

Universal Search according to google is designed to provide user with the most relavent search. If you could see, the top panel provide this function which will suggest the most relavent genre of user's searches. So it would give user more option for their search.

Search Options panel on the other hand enables users to get a different view of their search. Maybe users want it to be just pictures.

Google also a slight change on their look, especially on their logo which looks modern but attractive to the users. This new look and new design of Google is showing that Google is trying their best to fulfill the needs of their user when they do a search on the internet.

So congratulation to Google for their improvement and we are hoping that it will bring benefit for all parties, the users and Google.

Top 10 World's Richest People

According to America Forbes Magazine, this year the Microsoft President, Bill Gates is not the world richest man in the world anymore and his seat has been replaced by Mexican Telecom tycoon, Carlos Slim Helu with 53.5 billion dollar of fortune defeating Bill Gates by 0.5 billion dolar of fortune.. Forbes also announce few names as the world richest people. Here top 10 world richest people. Chek it out.

1. Carlos Slim Helu

Coming in third place last year, this year he become the first. Mexican business magnate, philanthropist and the Chairman and CEO of Telmex, Telcel and América Móvil. His property is worth $53.5 billion. Age 70 years


2. Bill Gates

 
Last years' number one, but this years fall to second. American business magnate, philanthropist, and chairman of Microsoft,, well known software company with property worth $53 billion. Age 54 years

3. Warren Buffett

American investor, industrialist and philanthropist. He is one of the most successful investors in the world often called the "legendary investor Warren Buffett. Primary shareholder, CEO and Chairman of Berkshire Hathaway. His fortune worth $47 billion at the age of 79.


4. Mukesh Ambani

 
Chairman, managing director and the largest shareholder of Reliance Industries, India's largest private sector enterprise. His fortune is worth $29 billion. Age 52.


5. Lakshmi Mittal

British Indian steel tycoon, philanthropist, and the chairman and chief executive officer of ArcelorMittal, the largest steel company in the world. His worth of fortune is $28.7 billion at the age of 59.

6. Larry Ellison

American business magnate, philanthropist and the co-founder and chief executive officer of Oracle Corporation, a major enterprise software company. He has has acquired 57 companies in the past five years. His fortune worth $28 billion at the age of 65.

7. Bernard Arnault

French businessman. He is the founder, chairman, and CEO of LVMH, a large luxury goods conglomorate consisting of over fifty luxury brands, including Louis Vuitton, Dior, and Fendi. Also owns a tour operator, yacht builder, luxury boat maker, hotel in Courchevel and stake in Carrefour. His fortune worth $27.5 billion at the age of 61.

8. Eike Batista

 
Brazilian entrepreneur. Considered to be a daring businessman, he has founded companies in different business sectors, mainly in mining. His fortune worth $27 billion at the age of 53.

9. Amancio Ortega

 
Spanish fashion entrepreneur. has 4,500 stores in 73 countries, including new spots in Mexico, Syria. His fortune worth $25 billion at the age of 74.

10. Karl Albrecht

Announce by Forbes as the world number 10 richest in the world. German entrepreneur who founded the discount supermarket chain Aldi, one of Germany's (and Europe's) dominant grocers with his brother. He also  has 1,000 stores in U.S. across 29 states with Estimated sales, $37 billion per year. His fortune worth $23.5 billion at the age of 90

For more list of richest people in the world, go to Forbes.com

Source, Forbes and Wikipedia

Lelaki Memang Kesian

Korang setuju tak kalau aku katakan, lelaki memang kesian?

Rasanya kebanyakan IPT di seluruh negara dah habis exam ketika ni. Dan kalau mereka yang pulang ke rumah, mesti dah lama bersenang lenang kat rumah. Di tempat aku ni pun, aku dapat melihat suasana balik kampung, teringat pula Hari Raya Puasa. Keadaan yang sama. Semua orang berpusu-pusu pulang ke rumah.

Dan aku pula, belum masanya aku nak balik rumah kerana terpaksa menghadiri kursus selama seminggu kat kolej ni. Cis! kacau betul la. haha. Tapi takpe, demi ilmu.

Dalam kesibukan orang nak pulang kampung, aku menyisip dikalangan mereka sambil memerhati gelagat diorang semua ni bersama seorang teman. Dan dalam kesibukan alam, satu adegan berlaku depan mata kau yang menarik perhatianku. Seorang lelaki tengah bersusah payah nak menolong seorang perempuan memunggah barang-barang perempuan tu, dan aku agak, mesti awek lelaki tu.

Sambil memerhatikan keadaan mereka, tiba-tiba saja teman perempuan aku tu aka awek aku kata, kesian kan lelaki kat dunia ni? Kena tolong perempuan angkat barang, dah tu perempuan kalau tengok bukan main banyak barang-barang, kan? Kalau lelaki, siapa yang nak tolong angkat barang pula?


Aku masa tu terdiam. Dalam hati aku mengiakan benda tu. Betul juga kan? Bukan nak merendah-rendahkan wanita tapi dah hakikatnya wanita dijadikan dengan keadaan fizikal yang lemah berbanding lelaki. Tengok saja di weluruh dunia. Siapa yang lebih banyak bekerja sebagai buruh binaan? Pekerja am tukang angkat barang? Lelaki lebih banyak daripada perempuan dalam sektor itu.

Memang kesian pada kaum lelaki ni. Kerja berat adalah bidang mereka. Bukan semua, tapi kebanyakan. Tapi mungkinkah ada hikmah disebalik semua ni? Tuhn saja yang tahu.

Anime : Naruto

Kalau korang baca profile aku tu, korang akan tahu aku sebenarnya peminat setia Anime naruto. Jadi agak peliklah kan seorang peminat anime macam aku ni tak tulis apa-apa pasal anime. So hari ni aku nak share sikit kepada korang semua pasal anime kegemaran aku iaitu Naruto. Aku sebenarnya mula minat anime ni lepas ianya ditayangkan di TV3 lama dulu, tapi dah tak ingat bila sebenarnya anime ni mula ditayangkan.

Ok, balik kepada naruto, anime ni sebenarnya ditulis Oleh Masashi Kishimoto bermula pada tahun 1999. Siapa yang tak tahu pasal naruto, ianya mengisahkan seorang budak lelaki Uzumaki Naruto yang menjadi host kepada seekor musang 8 ekor yang pernah memusnahkan Kampung mereka, kampung Konoha.


Disebabkan benda ni, naruto disisihkan oleh orang-orang kampungnya. Namun, Naruto tidak pernah berputus asa untuk mendapat perhatian dripada orang di kampungnya. Dia juga masuk ke satu sekolah ninja untuk belajar menjadi seorang ninja. Dan bermulalah kisah Naruto sebagai seorang ninja.

Berbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi naruto dalam hidupnya. Dia juga bercita-cita menjadi Hokage, ninja yang terkuat di kampung Konoha.

Memang best anime ni, bukan sahaja kita berhibur tapi juga terselit unsur-unsur kemanusiaan dalam Anime ni, seperti persahabatan, moral dan sikap yang tidak mudah berputus asa dalam menghadapi hidup yang penuh dengan cabaran.

So, kepada siapa yang minat dengan manga ni, korang boleh pergi di  narutocentral untuk dapat lebih banyak info pasal manga ni. Korang boleh download dan baca online dari sini. Versi anime juga terdapat disini unutk download. Tempat ni memang khas untuk anime naruto sahaja.

Ada juga tempat lai korang bleh pergi selain dari sini, contohnya Onemanga untuk baca manga ni dan juga manga yang lain. Dan kalau korang nak download versi anime ni, korang boleh pergi realitylapse

p/s : Lepas ni, kalau dapat aku nak update setiap episod naruto terbaru, khas untuk peminat naruto :D

Negara Semakin Tidak Selamat

Baru 2 minggu yang lalu kita digemparkan dengan kes kematian Aminulrasyid akibat ditembak oleh anggota polis, kali ni seorang remaja, Mohd. Azizi Aziz  pula ditembak hingga tembus ke bahagian usus gara-gara tidak memberhentikan motosikal yang ditunggangnya apabila diarahkan untuk berhenti oleh seorang anggota polis peronda. Mohd Azizi yang diarahkan oleh dua orang anggota polis peronda untuk memberhentikan motosikalnya enggan berbuat demikian menyebabkan seorang dari mereka melepaskan tembakan kearah Mohd. Azizi Aziz.

Aku hairan dengan anggota polis dinegara kita sekarang ni. Semacam mereka dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa yang mereka ada keatas orang ramai. Adakah ini patut berlaku ke atas kita? Tanpa melalui prosedur yang betul untuk melepaskan tembakan malahan mereka tidak berada dalam keadaan terancam tetapi tembakan tetap dilepaskan. Malahan kejadian kali ni langsung tidak masuk akal untuk mereka melepaskan tembakan.

Aku merasakan keadaan negara semakin tidak selamat. Polis yang kita harapkan untuk menjaga keamanan, namun mereka pula yang menimbulkan kekecohan. Apa sudah terjadi pada pasukan polis kita ni?  Main tembak sana sini, sepertinya dunia ni padang permainan video games. Entah siapa lagi yang akan jadi mangsa selepas ini. Adakah ianya salah seorang daripada kita?

Pada pandangan akulah kan, polis macam ni perlu ikut anger management courses. Dia tak pandai kawal kemarahan dia. Bila marah,  tak fikir benda lain dah. Main tembak saja sesuka hati. Nak tangkap orang bersalah, tapi sendiri nak buat salah. Lepas ni siapa yang nak percaya polis lagi kalau benda macm ni selalu jadi?

p/s: Aku pula yang takut

Akhirnya Selesai juga

Akhirnya selesai juga exam aku. Pagi tadi paper terakhir. Lepas ni bolehlah berehat sepuas-puasnya. Aku dah penat sangat sepanjang beberapa mnggu ni demi exam. Tidur tak tentu, makan kadang tak cukup dan tak teratur. Terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi untuk buat ulangkaji. Kadang aku tak tidur langsung. Dan akibatnya, kepala jadi pening-pening lalat macam nak pitam.

Tapi itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang yang bergelar student kan? Dan yang lebih teruk, sehari entah berapa gelas nescafe aku minum demi tak nak tertidur masa buat ulangkaji. langsung tak sihat! Badan pun semakin susut. Nasib saja belum keluar tulang belulang ni. hehe

So, kepada yang akan bercuti, selamat bercuti. Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Kerja elok-elok. jangan malas-malas ok?

Cheers~

Selamat Hari Ibu

Kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia, ingin ku ucapkan selamat hari ibu kepada semua. Jasa dan pengorbananmu tidak terhingga mendidik dan menjaga diri ini sehingga dewasa. Kasih sayangmu tiada tandingan di dunia. Tanpamu, siapalah aku.

Ibu, kau berjaga siang dan malam ketika kecilku, menjaga dan membesarkan ku. Kau sediakan segala keperluanku, pakaian ku, makanan ku. kau berikan yang terbaik buat diriku.


Kini aku telah dewasa dan kenal erti hidup, kau tetap disisi memberi nasihat dan tunjuk ajar, memberi semangat ketika tiada insan lain yang meniupkan semangat buat diri ini. Ku berharap suatu hari, akan tiba masa dan ketikanya untuk aku membalas jasamu, memberikan yang terbaik buat dirimu pula.

Dengan kejayaan yang kumiliki membuatkan dirimu bangga melahirkan aku, menjadi sanjungan di mata dunia.

Terima Kasih Mama!

Lindsay Lohan Berlakon Filem Lucah?

Sebut saja nama Lindsay Lohan, semua pasti kenal kan? Siapa tak kenal pelakon comel yang selalu membawakan watak remaja comel yang memikat hati. Dengan usia yang semakin menigkat,  dia pernah mengatakan dia sudah bosan membawakan watak-watak remaja. dan berhasrat untuk memegang watak yang lebih mencabar dan pelbagai, katanya.


Dan rasanya, hasrat Lindsay untuk memegang watak seperti itu menjadi kenyataan apabila dia dikatakan akan membintangi sebuah filem berjudul inferno. Dan kalau korang nak tahu, Lindsay akan  memegang watak Sebagai Linda Lovelace, seorang pelakon filem lucah yang terkenal. 

Dan untuk pengetahuan, Linda Lovelace ni adalah seorang pelakon filem lucah terkenal pada tahun 70an. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Linda Lovelace ni, sila baca disini.

Dalam filem tersebut, Lindsay dikatakan akan melakonkan beberapa adegan seks. Wah, Ini bakal menimbulkan kontroversi ni. Tapi kita tunggu dan lihat sajalah apa terjadi nanti. Kita tengok, mampukah dia membawa watak tersebut dengan baik dan membuktikan kemampuannya atau bagaimana.

Kami sebagai penonton ni tengok je ok ke tak lakonan tu. kalau ok kitorang support. kalau tak faham-faham sajalah. Dan kepada ibubapa, kalau filem ni keluar nanti, jangan bagi anak-anak bawah umur tengok.

Peminat Bola Sepak Yang Kaki Bangku

Mengimbau zaman persekolahan, dulu sebenarnya aku ni aktif sangat dalam sukan. Ada 3 sukan yang aku betul-betul minat main iaitu badminton. Konon-kononnya nak jadi macam Rashid Sidek. Yala, masa tu, Rashid Sidek masih main untuk negara, dan dikira hebat juga di peringkat antarabangsa. Jadi menjadi idolaku masa tu.

Lepas tu, mesti suka main sepak takraw. yang ni tak ikut siapa-siapa pun. Just minat la kan. main dengan kawan-kawan. Best.

Dan yang paling utama sudah pasti bola sepak. huh! Pantang saja main, mesti berlagak hebat. haha. Padahal masa tu kecil je badan. haha. Tapi semangat kental nak main bola. Kalau tangan terseliuh tu memang perkara biasa bagi aku. Kalau tak pun kepala benjol sampai seminggu baru sembuh. haha. Tak pernah nak serik biarpun kepala macam nak pecah berlanggar dengan budak yang lagi besar dari aku. Memang semangat habis!

Tapi satu kes yang terus meleburkan semangat aku nak main bola berlaku semasa aku tingkatan 1. Masa tu, aku minat gila dengan seorang budak perempuan sekelas dengan aku tu.

Pada satu petang aku pergilah join main bola dengan geng bola yang lain. Habis tu, aku nak tunjuk terrer dengan budak yang lain, ada sekali bola melambung depan aku. Apa lagi, aku buat flying header la kononnya Malangnya seorang lagi rakan aku masa tu dah bersedia angkat kaki nak buat macam shaolin soccer tu. Bup! bukan bola yang aku tanduk dan bukan bola rakan aku tendang tu tapi mata aku yang jadi sasaran. Adoi!

Petang tu, mata aku terus membiru dan bengkak. dua minggu baru mata aku beransur sembuh. bila pergi kelas, malu beb dengan awek tu. huhu. So, dalam hati aku, aku nekad takkan main bola sepak dan sampai sekaranglah aku tak main bola sepak. Begitu juga dengan sukan yang lain.

Tapi sia-sia saja, dah sekarang ni aku jadi kaki bangku, awek tu pun aku tak dapat. cis! melepas la pula. haha

Sekarang nak bersukan, rasanya payah sikit. Macam badan ni tak boleh disuruh bersukan dah. Orang lain turun bersukan, aku duduk depan laptop update blog. huhu. Sihat juga kot macam ni. tak buat benda jahat. duduk-duduk saja. Tangan dan jari jemari ni dah makin tegap, tapi perut makin buncit. Cis!

Terpaksa lah aku minum Jus Diet Mate 5 tu nanti.

Weird

Speaking the truth, i actually like pictures. You can tell it from some of my previous post  if you read my blog. Yeah, and i really like collecting weird pictures from around the world. Some of it makes me feel funny and some of it, makes me say "oh man, what is this"?

Here, some of my weird picture collection which i grab from the internet thanks to Mr Google for this pictures. i really enjoy it even though some of it makes me speechless. So, enjoy the pictures guys.


" man, do you really like to kiss people's a**"?
what would you think?



Look like your eyes are going to blow up!
People might think this person is crazy!



Actually i prefer being a women, but what to do. I was born as a man.



Oh man..



I miss her so much! really

How do i say it. They are weird people! Do what you want to do but do something that people can accept it, ok? So, what do you guys think?

Pengantin Berharga RM2 juta

Rasanya semua kenal dengan Amber Chia kan, supermodel dari Malaysia. Dan rasanya semua pun dah tahu bahawa si Amber Chia ni dah berkhawin beberapa minggu yang lalu (Aku dah tak ingat masa yang betul). Mungkin Ramai yang tak tahu, tapi ramai juga yang tahu tentang perkhawinan dia ni kan?

Dan tahu tak korang semua, si Amber ni berharga RM2 juta!? haha, bukanlah bermaksud bahawa dia ni dibayar RM2 juta ok?

Semasa majlis resepsi Perkhawinan Amber Chia, dia mengenakan pakaian gaun hijau rekaan Khoon Hooi, perhiasan Rafflesia dan kasut rekaan Bill Keith, yang kesemuanya bernilai RM2 juta! Wah, mahal tu! Rasanya perkhawinan si AMber Chia ni menjadi perkhawinan yang termahal tahun 2010 kan. Pakaian saja dah RM2 juta, ditambah dengan benda lain lagi, tak ke berjuta-juta tu harganya?

Memang bertuah Amber Chia ni dapat husband yang kaya raya. Oh ya, korang semua mesti tertanya-tanya siapa husnband dia ni sebab semasa perkhawinan diorang di Bali hari tu, belum ada berita siapakah husband si Amber ni.


Nilah husband si Amber Chia iaitu Adrian Wong, rakan bisnes Amber Chia juga. Dikatakan diorang ni berjumpa pertama kali semasa konsert Andy Lau. Bagi korang,  Padan tak?

Tapi rasanya tak siapa hairan kalau dia berkhawin harga berjuta-juta. Dah namanya supermodel, bukan calang-calang orangnya kan?

Kemerdekaan Menghampiri

Pernah tak korang, lepas habis saja exam terus melompat sambil menjerit, MERDEKA!! :D

Aku masih ingat masa SPM tahun 2002, hari tu adalah paper terakhir exam. Lepas saja habis exam tu, apa lagi kami semua berteriak merdeka! merdeka! haha. Tapi pengawas peperiksaan kata dengan kami "kamu semua belum merdeka lagi, tunggu keputusan peperiksaan kelur dulu baru betul-betul merdeka"
Haha, kisah zaman remaja. :D

Sekarang dah masuk universiti dah tak pernah buat macam tu, tapi masih lagi cakap dengan kawan-kawan, "weh, aku dah merdeka dah" Kalau dah habis exam. Begitu sinonim dengan perkataan merdeka tu. hehe.


Dan ahad ni, adalah hari merdeka aku :D tinggal lagi satu paper hari ahad ni, lepas tu merdeka! Bukan merdeka 31 ogos tu ye, tapi merdeka habis exam. Tapi jeles tengok rakan-rakan yang lain. Sibuk mengemas nak balik rumah. Diorang dah habis exam. huhu. aku masih disini menghabiskan sisa hidup aku di UiTM Sabah ni.

Tapi takpelah, semester ni pun semester terakhir aku disini kalau aku tak repeat mana-mana paper kali ni. Setakat ni rekod aku masih bersih. Tapi tak tau la pula untuk kali ni. Dahlah paper ahad ni killer subjek. Pernah sekali senior-senior aku, dalam satu kelas tu, lebih separuh fail untuk subjek ni. huhu. Ni yang buat aku risau.

So, harap sangat semua akan ok. pasni nak bercuti sepuas-puasnya. Tidur dan makan puas-puas nak bagi tambah lemak dibadan. haha. Dah lama aku tak balik rumah. Tv pun aku dah lama tak tengok. Tengok ramai orang cerita tentang Adamaya ni macam best je, aku pun nak tengoklah. Aku nak buat macam-macam masa cuti nanti. :D

Holiday, im coming!!

Terselamat Kerana Cuping Telinga

Disebabkan cuping telinga, seorang kanak-kanak di China berusia 6 tahun, Ming Ming terselamat daripada terjatuh dari sebuah flat 8 tingkat di Yichang. Disebabkan oleh cuping telinganya yang besar, kanak-kanak tersebut tersangkut pada palang besi di tepi tingkap.

Mangsa terjatuh ketika cuba menjenguk datuknya yang keluar bekerja pada waktu pagi, namun disebabkan cuping telinganya yang besar, kedua-dua belah telinganya tersangkut pada palang besi tersebut menyebabkan Ming Ming berteriak meminta pertolongan.


Nasib baiklah dia berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa. Kalau tak, lain pula tajuknya nanti. huhu

Inilah yang dikatakan, maut ditangan tuhan. Kalau belum sampai masanya kita dipanggil, takkan kita pergi dari dunia ni kan? Walau bahaya macamanapun keadaan kita, namun Dialah yang menentukan bilakah kita akan pergi dari dunia ni.

Hidup Ini Hanya Sementara

Sebelum memulakan bicara, rasanya semua tahu tentang pemergian seorang sahabat blogger beberapa hari yang lalu. Walaupun aku tak kenal siapa dia, tapi aku terasa kesedihannya juga. Dia ada dikalangan kita, sebagai seorang blogger. Dah macam sebuah keluarga besar, walaupun di alam maya sahaja.

Berbagai entri ditulis, pelbagai kata diluahkan untuk mengungkapkan bagaimana kita telah kehilangan seorang insan yang baik. Walaupun tak kenal dengan arwah Hisham, namun entri tetap ditulis untuk mengenang beliau. Inilah terjadi pada insan yang baik, orang tetap akan kenang walaupun selepas pemegian.

Pada kita yang masih berpijak dialam nyata ini, ingatlah hidup ni hanya sementara. Jangan cuba cari musuh tapi berusaha untuk cari kawan, mudah-mudahan apabila tiba masa kita pula yang pergi, orang takkan mencebik bibir dan berkata "itu musuh aku"

Tapi berkata "dia seorang yang baik" lalu mendoakan kita. Itu lebih baik bukan?

Fikirkanlah.

Ambil Kesempatan Ping Redirect GB

Siapa blogger yang tak tau pasal GB aka Gengblogger? Tipulah kalau tak tau.

Kalau korang semua perasan, setiap kali nak ping blog di GB, mesti kita akan dibawa ke ping blog yang terakhir kan? Korang semua suka tak benda tu? Rasanya ada juga yang tak suka kan? Tapi menurut admin Gb, sebab benda tu dibuat supaya blog yang tak dapat banyak unique visitor boleh dapat visitor dari fungsi tu.

Kalau yang tak suka benda tu, memang rasa sikit leceh kan? Tapi mari fikirkan benda ni dari sudut positif. Apa kata kalau kita ambil kesempatan dari ping redirect tersebut untuk promote blog kita?

Ok, contohnya korang ping latest entri dan dibawa ke satu blog yang baru kena ping. Korang komen pada entri tersebut, dan tinggalkan jejak di shoutbox blog tu. Kan ok? Dengan cara tu, diorang akan sedar kewujudan blog korang. Tapi rasanya bagi blogger yang tak famous macam aku ni bolehlah buat. kalau yang dah famous tu, tak payah buat pun takpe.

So, amacam? Apa pendapat korang?

Win-win situation, korang promote blog, diorang dapat traffic :D

Acha Septriasa - Cinta Bertahan

Sambil study untuk exam, tangan ligat menari atas keyboard laptop sambil tetikus ditarik sana sini nak cari lagu buat ubat penenang jiwa. Tak tau mana lagu nak dengan senang je tarik semua lagu dalam satu folder ni ke dalam winamp music player.

Tatkala lagu Acha Septriasa dimainkan, huh! Tiba-tiba hati jadi lembut, jadi suka pula dengan lagu ni. Jiwang. :D  Buatkan hati tiba-tiba jadi rindu pada seseorang. Perasaan yang lembut tapi menusuk kalbu. Di awal pagi begini, melayan perasaan sambil dengar lagu romantik best juga. hehe.

Lantas bertanya pakcik google lirik lagu ni. Huh! Zaman moden, semuanya di hujung jari. Eh, macam aku curi tagline celcom pula, "segalanya ditangan anda". haha. So aku nak coretkan juga lirik  lagu ni disini. Kalau korang tak suka takpe, jangan kutuk. Aku suka :D

Acha Septriasa – Cinta Bertahan (OST In The Name of Love)

hidup yang sedang berjalan
terasa ringan berjalan
karenamu di sisiku, di sampingku

cinta yang kian tertanam
terasa berat bertahan
karena kau menguatkan, menyucikan

kau dan aku bersenyawa
mengarungi hidup

reff:
cintaku ini akan bertahan
tak akan habis menembus jaman
kau buat mega menjadi warna
satukan hati dan percaya

cintaku ini akan bertahan
semakin hari semakin dalam
engkau dan aku bisa jadikan
mimpi jadi kenyataan

hidup yang sedang berjalan
terasa ringan berjalan
karena kau menguatkan, menyucikan

kau dan aku bersenyawa
mengarungi hidup

repeat reff

Source


Taman laut Tunku abdul Rahman

Hari tu, dah melawat Membakut dan Lembah Danum kan? Ok, kali ni aku nak bawa korang semua melawat Taman laut Tunku Abdul Rahman pula Atau orang puteh cakap, Tunku Abdul Rahman Marine Park.

Kalau korang nak tengok lebih banyak koleksi gambar tempat ni, korang boleh pergi kat entri ni, Koleksi Gambar Tunku Abdul Rahman Marine Park



Taman laut Tunku abdul rahman ni terletak di negeri sabah di bawah bayu, Dan hanya mengambil masa 10-20 minit dengan menaiki bot laju dari jeti Jesselton Point atau dari jeti Sutera harbour resort.

korang nak tau, tempat ini telah diwartakan sebagai taman laut pada tahun 1974 dan diberi nama sempena Perdana Menteri Pertama Malaysia. terdapat lima buah pulau yang termasuk dalam taman ni, iaitu Pulau Sulug, Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi.

Tempat ni memang cantik, dengan pemandangan lautnya. air yang jernih, hidupan laut yang unik.. memang best la nak bercuti kat dsini..

Korang boleh pergi snorkeling, atau nak pergi menyelam pun boleh juga. Peralatan untuk snorkeling ada disediakan untuk disewa.

Kalau nak lebih mencabar, pergilah menyelam. Peralatan menyelam pun ada untuk disewa kat sini. Tapi pastikan korang tu pandai menyelam dan dapat lesen penyelam. Kalau tak, takut nanti ada benda buruk berlaku kan.



Korang juga boleh memberi makan pada ikan disini. Beli makanan ikan yang dijual dan hulurkan ke dalam air, pasti banyak ikan akan mengerumuninya untuk makan!! best gila... korang nampak tak gambar diatas?? tu la tangan aku masa nak bagi makan dengan ikan-ikan ni!! hehe

pantai disini juga cantik... Putih dan bersih.. seswai gitu kalau nak pegi honeymoon... hehehe.. Romantik..





Dan kalau korang nak tahu lagi, Salah satu dari pulau ni menyimpan tinggalan perang Dunia iaitu di Pulau Manukan.. Jikalau anda kesana, anda akan nampak tinggalan bom perang dunia ke 2..

Hah, nilah dia tinggalan bom tu.

Dan, kalau korang merancang nak stay semalaman ke beberapa malam ke, terdapat beberapa buah chalet yang korang boleh pergi kat sini. Boleh menikmati suasana malam di pulau kan? :D

So, sesiapa yang berminat nak lawat sabah musim cuti nanti,  luangkan la masa ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni. Memang berbaloi.

Peluang Menang Wang Besar

Kalau pasal duit, mesti semua teruja kan? Samalah dengan aku, mesti mata terbeliak dan mulut terlopong kalau dengar pasal orang cashout Nuffnang ke, Gooogle Adsense ke. Tips nak dapat duit pun orang suka juga nak tau kan?

So, ni ada peluang nak menang wang besar, MAGGI® MEE MY WAY™ contest. Simple dan menarik kontest ni dan hadiahnya juga menarik. Nak tahu, boleh menang hadiah berjumlah RM30,000! Wah banyak bukan? Cuma Upload video yang menunjukkan bagaimana korang menyediakan resepi maggi tersendiri korang dan korang akan berpeluang unutk menang hadiah!


So, siapa yang berminat nak contest ni, klik je gambar dan sertai peraduan MAGGI® MEE MY WAY™. Manalah tahu korang bernasib baik kan?

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia? Macamana nak nampak? Kena usaha lebih la kan :D

P/s aku nak join juga tapi takde idea ni..

Kesilapan Yang Tidak Sepatutnya Berlaku

Korang setuju tak kalau aku katakan setiap orang pasti melakukan kesilapan?

bagi aku, aku setuju sangat bahawa orang akan melakukan kesilapan. Aku setuju tentang itu. Namun kadang-kadang, pernah tak korang terfikir bahawa kesilapan tu tidak sepatutnya berlaku? Betul tak?

Baru-baru, kita semua dikejutkan dengan berita seorang budak lelaki ditembak mati oleh anggota polis disebabkan mereka mengesyaki budak itu adalah penyamun. Mereka hanya mengesyaki tetapi tidak pasti samada benar budak lelaki tu penyamun kan? So, bagi aku, ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh anggota polis tersebut. Dan kesilapan ini sepatutnya tidak berlaku. Kesilapan mereka menyebabkan satu jiwa terkorban atas sebab yang kita tidak pasti.


Dan dalam pasukan polis itu sendiri, bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi untuk melepaskan tembakan? Contohnya, anggota tersebut berada dalam keadaan yang terancam barulah boleh melepaskan tembakan. Kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Rasanya, masih terasa hangat kan masa pengumuman keputusan spm hari tu. Ada yang gembira, sedih dan tak kurang juga, yang kata "eh, aku dapat ni je"?
Atau mungkin,
"eh, tak sangka aku boleh dapat keputusan macam ni"

Dan dalam kita tak sedar, ada berlaku kesilapan dalam keputusan mereka. macam si Amirah ni, kalau korang nak tau, masa keputusan spm dikeluarkan, dia hanya dapat D untuk subjek bahasa english. Dan disebabkan grade D tu, semua spoil katanya. Tapi, korang tau tak dia pergi minta buat semakan semula? Dan apa yang mengejutkan, keputusan bahasa english dari D ke A! Wah tak sangka!


Dan bagi aku, ianya satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku kan? Dah semua spoil gara-gara D tu, tau-tau selepas semakan semula boleh dapat A! Korang tau tak, disebabkan kesilapan tu masa depan seseorang boleh terjejas. Dan bayangkan kalau semakan semula tak dibuat? Kesilapan Yang sepatutnya tidak berlaku!

Aku paling kesian kat seorang senior aku ni. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya dia dah graduate semester lalu. Dan sepatutnya semester ni dah masuk ijazah. tapi entah apa sebabnya dia tak dapat tawaran ke program ijazah walaupun dapat keputusan yang baik. Member yang lain dapat pula. So, bila cek dekat hal ehwal pelajar (HEA) korang tau, dia disenaraikan sebagai pelajar repeaters yang perlu repeat beberapa subjek yang dia dah lulus sebelum tu.


Disebabkan hal ni, dia tak dapat nak sambung study ke program ijazah pada masa yang sepatutnya. Kesian kan? Kalau aku, mesti mood nak sambung study tu dah kurang. Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Benda ni besar kesannya pada orang lain dan boleh menjejaskan masa depan.

Kalau macam ni lah buat kerja, asyik nak buat keislapan saja, macamana? Lebih-lebih lagi perkara serius macam ni. Kalau diorang ni kena saman, ok tak?

Pencuri Identiti

Dalam dunia yang serba moden dan canggih ni, macam-macam boleh barlaku kan? Perkara yang kita tidak pernah jangka juga mungkin berlaku.

Aku baru je selesai membaca sebuah novel bertajuk "Here She Lies" beberapa hari yang lalu. Novel ni mengisahkan bagaimana seorang wanita tu dicuri identitinya oleh seorang yang lain hinggakan dia ditangkap oleh FBI kerana dipercayai melakukan jenayah yang dia sendiri tak pernah buat. Menarik kan?


Bercakap mengenai kecurian identiti, aku sendiri sebenarnya tak tahu sangat benda ni. Tapi selepas membaca novel ni, aku berfikir boleh ke bneda ni terjadi? Ke dalam novel je. Apa yang ditulis dalam novel tu kata, kesan idendity thief atau kecurian identitit tersebut boleh berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Wah memang bahaya benda ni. Kalau kena memang payah la hidup.
Aku teringat kes, beberapa tahun yang lalu yang aku rasakan kesan dari pencuri identiti ni. Ada satu kes seorang lelaki di tempat aku di Sabah tiba-tiba menerima saman lalulintas dari Pulau Pinang sedangkan dia tak pernah datang ke sana. Pelik kan? dan ada beberapa kes lagi juga membabitkan identiti orang lain yang digunakan seperti semasa pilihanraya.


Bahaya kan? So demi mengelakkan kejadian ni berlaku ke atas kita, elakkan kehilangan dokumen diri seperti kad pengenalan, lesen kereta kad bank atau dokumen diri yang lain. Dan kalau berlaku keatas korang, sila laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan, manalah tau orang akan menyalahgunakan identiti kita pula untuk kegunaan jahat kan?

So, beringat sebelum kena, kalau kena kan susah :D

Jawab Soalan Exam

Aku nak jawab kejap soalan exam cik zai bagi ni hah. Dah lama dia bagi tapi aku tak buat lagi. So lepas baca nota untuk exam lusa, aku nak relax kejap sambil jawab soalan ni ok? Joom Layann...

What is your full name?
- Hah, perlu ke jawab ni? g add aku akt facebook baru korang tau nama penuh :D

When is your birthday?

- 19 April 1985 (takde orang wish pun huhu)


What is your daddy's name?

- cek dalam facebook aku. hehe

What is your your mum's name?

- Pn Minah :D

How many siblings do you have?

- ada 6 orang kot semuanya
.

Where do you live?

- Kota Kinabalu Sabah
.

Your favourite colour(s).
-
Blue, White

Still studying?
- of course!

Do you have a bestfriend?

- Mestilaa.. Nobody in this world don't have bestfriend i guess


Do you love them?

-  hah? who? yessss..


Pop or jazz?

- pop


Chicken or beef?

- can i take both?


Coke or 100plus?
- Dulu suka sangat coke with lots of ice. tp skrg cuba nak kurangkan minuman ni

What brand is your purse?

- Hah? Sorry i don't use purse!

How much do you have in your wallet right now?

- Cukup nak makan sampai habis exam. hehe


High heels or flat?
- hah?


Skirts or jeans?

- I don't wear skirt laa.


Shirt or blouse?

- adoi. what do you think a man would wear?

Watch or bracelet?

- Watch


Favourite watch's brand?

- Aku tak pandai pakai branded things, As long bleh guna dah la.
 
Do you have girlfriend?
- yep


Do you have a boyfriend?
 

- what is this mean?
 
Did you love her?

- you mean my girlfriend? of course la


Did you ever kiss him?
- him? yak!


Facebook or Myspace?

- Facebook .

What is your dream?

- pas tido aku jawab yang ni boleh?

Please tagged other ten friends of yours
10 eh? nanti kejap.. 

Ok, dah siap jawab soalan exam. huhu. Siapa yang kena tag, jawab la ye. Kalau tak nak jawab pun takpe. Selamat menjawab soalan!

Tips Menulis Entri Yang Menarik

Aku nak tanya korang, bagaimana satu entri tu menarik untuk dibaca? Kalau korang mula baca dah boring, korang nak teruskan tak pembacaan?

Hah, tulah soalan yang perlu dijawab oleh semua penulis, tak kiralah nak tulis blog ke, cerpen ke article atau berita, ada beberapa cara untuk menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak menulis dan gaya penulisan pun bukan bagus sangat, tapi dari apa yang aku belajar dan baca, aku nak share sikit tips bagaimana nak tulis sesuatu article atau blog post yang menarik.


1. Attention getter atau unsur penarik perhatian
Sebenarnya tips ni aku belajar semasa mengikuti kelas bahasa english dan salah satu yang diajar ialah bagaimana menulis article yang menarik. Dan perkara pertama ialah letakkan sesuatu yang menarik di permulaan article tersebut. Mungkin sedikit lawak, atau sedikit fakta. Kalau tak pun mulakan penulisan dengan sedikit persoalan yang menyebabkan orang tertanya-tertanya apa cerita seterusnya.

Cuba bayangkan kalau permulaan article tu tak menarik langsung, korang nak baca tak? jika dibandingkan dengan article yang mempunyai pendahuluan yang menarik, mana pilihan hati? Mesti nak baca yang menarik kan? Kalau entri macam tu, paling kurang pun, komen tak payah baca entri. hehe lainlah kalau article tu ada isi yang korang perlu kan?


2. Letak gambar-gambar menarik
Yang ni aku dapat masa baca blog paling famous di Asean iaitu si xiaxue ni. Siapa masih tak tahu siapa dia ni, hah pergi baca blog dia kat sini Xiaxue. KAlau korang nak tau, dia ni kira hebat la juga. Kalau tak, kenapa dia ada post wikipedia tentang sia ni. Nah, korang pergi tengok pula kat wikipedia tentang si xiaxue ni.

Ok, balik pada tips kedua kita, letakkan banyak gambar yang menarik bak kata xiaxue supaya post kelihatan lebih ceria dan menarik perhatian. Kalau asyik perkataan je, mesti boring kan? Lagi lah kalau article tu panjang. So letaklah gambar yang menarik, tapi janganlah keterlaluan sebab terlebih letak gambar pun boleh memberi kesan pada loadtime blog.



3. Gunakan bahasa ringkas
Maksudnya disini bukannya gunakan shortform ok? Tapi gunakan bahasa yang simple dan tak memeningkan kepala nak baca. Kalau korang gunakan bahasa yang sangat complicated, pasti orang yang baca akan berasa bosan dengan entri tersebut lalu blah.

Dan kalau boleh jangan gunakan shortform yang orang lain tak faham. Contohnya korunk, faham tak apa maksud ni? dulu aku tak faham pun maksudnya bila aku masuk dalam satu blog tu. Lepas aku pening-peninfg fikir benda tu, baru aku faham maksudnya korang. huhu.

Ini saja tips yang mampu share disini. Kalau ada sesiapa yang ada tips yang lebih baik, boleh sharekan disini. Sharing is caring kan? :D

Eh, Perempuan Pun Nak Main Raba-Raba

Korang setuju tak kalau aku katakan perempuan dan lelaki ni sama saja?

Namun disebalik kesamarataan terebut, perempuan lebih emosional dan lebih bersikap tertutup dan pemalu, tak seperti lelaki.

Dan sebut pasal pemalu ni, sebenarnya keinginan perempuan sama saja dengan lelaki, kecuali dari segi dalaman la kan? Betul tak? Dan aku setuju juga kalau kata perempuan ni pemalu berbanding lelaki.

Namun, apa yang aku baca dalam akhbar kosmo, 1 mei 2010, seorang askar wanita Ausralia didakwa meraba rakan-rakan lelakinya. Wah, ni kes apa ni main raba-raba? Tapi kejadian raba-raba tersebut berlaku selepas perempuan tu minum arak dan mabuk, menyebabkan dia berkelakuan tidak senonoh.

Ooo, patutlah jadi macam tu kan, rupanya mabuk pula. Hah, tulah, ada orang kata arak tu kencing setan. Lepas minum, buat benda bodoh entah apa. Dah jadi macam setan.

Benarkah Kiamat Semakin Menghampiri

Benarkah ianya semakin menghampiri? aku pun Tatau tapi menurut Ramalan nostradamus, ianya akan berlaku pada 12/12/ 2012. Kalendar Mayan pula terhenti pada tarikh itu menyebabkan banyak ilmuan dari seluruh dunia mengesyaki bahawa ia ada kaitan dengan hari kiamat dunia.

Sebenarnya, aku dah pernah tulis benda ni dalam entri 12 Disember 2012 hari kiamat. Tapi baru-baru  ni, aku ada terjumpa satu gambar dalam facebook (facebook lagi) yang menyatakan Nasa bersetuju ada kemungkinan matahari akan terbit dari barat dan tenggelam di timur. Adakah ini satu petanda bahawa kiamat sudah dekat?

Banyak bukti yang menyokong benda ni, contohnya kalendar mayan tu, dan juga ramalan nostradamus. Siapa yang masih tak kenal dengan nostradamus, pergi baca ni, siapa nostradamus

Dan kalau kita lihat keadaan dunia sekarang ni, macam tak mustahil kiamat akan tiba. Dengan sifat manusia yang semakin menjauhi kebaikan dan banyak melakukan kejahatan, kemusnahan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri terhadap bumi, seakan kita sendiri yang menyebabkan dunia ni semakin hancur.

Walaupun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran benda ni, namun sama-samalah kita memberi ingatan antara satu sama yang lain. Bersedia sebelum tibanya waktu itu, kerana bila tibanya saat itu, tiada yang mampu kita lakukan kerana ianya datang seperti pencuri dimalam hari. Tidak akan ada yang bagi kita isyarat secara tepat kedatangannya.

England Lega Menjelang Piala Dunia

Berita penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney sudah beransur pulih dari kecederaan buku lali melegakan skuad England menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Sebelum itu kecederaan Rooney meresahkan jurulatih England, Fabio Capello kerana Rooney adalah pemain penting untuk England. Dan rasanya ianya berita menggembirakan buat seluruh penyokong England.

Wayne Rooney dilaporkan cedera selepas beraksi menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 30 Mac lalu. Dan disebabkan Kecederaan itu, Wayne Rooney terpaksa berehat sehingga tamat saingan Liga Perdana Enggeris musim ini. Ini juga meresahkan Fabio Capello.

Dan yang terbaru, Wayne Rooney mengesahkan bahawa dia sudah pulih selepas menjalani rawatan dan melakukan fisioterapi sepanjang tempoh rehat yang dilaluinya. Dia juga menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk diturunkan dan memberi jaminan akan pulih sepenuhnya menjelang pusingan akhir saingan Piala Dunia di Afrika Selatan jun nanti.

Syukurlah Rooney dah sembuh. Buat. Kalau tak, memang england akan berhadapan dengan masalah. Rasanya peminat England dah boleh tersenyum lebar dengan berita ni. :D

p/s aku peminat setia Brazil :D

Kembali!

Hari mood kembali macam biasa. Tapi lepas ni tak tau pula macamana. Dah jadi macam perempuan mengandung pula aku ni kejap mood baik, kejap pula tak baik. So harap ok je lepas ni.

Anyway, tahniah untuk yuna yang menang besar dalam AIM. Cayalah Yuna, ko memang terbaik. Yuna menang 4 anugerah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Semalam iaitu kategorii Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya.

Yuna juga memenangi kategori kategori Artis Baru Terbaik dan kategori lagu Inggeris tempatan terbaik berjudul Deeper Conversation yang juga ciptaannya sendiri.

Baru je dalam industri tapi dah menang banyak kan? Memang berbakatlah Yuna. So, tahniah sekali lagi. Teruskan usaha untuk lebih maju dan berjaya di masa hadpan. :D Lagu ko memang best.

So, kepada artis Malaysia yang lain kalau nak jadi srtis, lebih baik cipta lagu sendiri macam Yuna. Tak payah nak harap orang lain buatkan lagu untuk korang, baik buat sendiri. Yuna buat lagu sendiri dah menang besar. Itupun kalau berbakat nak cipta lagu. Dan kalau menang, tak payah nak share hadiah, bolot untuk diri sendiri saja. :D