Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Cara Untuk letak Tweet Button Dalam Blogspot Blog


Sebagai seorang blogger, traffic adalah salah satu element yang menjadi keutamaan dalam berblogging,terutamanya mereka yang ingin menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Dan salah satu cara untuk meningkatkan traffic adalah melalui laman sosial yang ada, seperti twitter dan facebook.

So kali ni, aku nak share sikit cara bagaimana untuk membuat atau meletak twitter button dalam blogspot blog, memandangkan aku menggunakan blogspot sebagai blogging platform. Banyak juga cara yang aku jumpa tapi tidak ada satu pun yang berhasil atau berfungsi dengan baik. Twitter button yang ni berfungsi dengan baik untuk aku, so harapnya berfungsi untuk korang juga.

Ok perkara pertama yang perlu korang buat  untuk meletak Twitter button adalah;

Login ke Dashboard blog. Untuk Dashboard blogspot yang lama, rasanya korang perlu pergi ke layout tab. Tapi untuk updated blogspot dashboard, korang pergi ke

1.    Tab “Design”
2.    Pergi ke “Edit HTML”
3.    Tick pada “Expand Widget Templates”

Selepas itu, part yang penting, Cari kod ini,

<div class='post-body entry-content'>

Atau ini

<data:post.body/> 

Atau ini

<div class='post-footer'>


Selepas itu, sila copy kod di bawah ni dan tukarkan kod warna merah kepada profile name twitter korang.Dan kod warna ungu kepada button style yang korang nak. Contoh button,

vertical 

None

<div style='float:left;padding:4px;'>
<script>
var tweet = {url : " <data:post.url/>", count: "horizontal", via: "kyuubi_85", text: " <data:post.title/>" }</script> <script src='http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/tweet.js'/> </div>

Kyuubi_85 adalah profile name aku. Kalau korang berminat nak add, silakan. Fungsi meletakkan profile name ialah, bila ada orang yang share post korang kat twitter, secara tidak langsung, tweet tu akan mention korang, macam aku, @kyuubi_85. 
 
Untuk Button tu kelihatan seperti yang ada dalam blog ni, korang boleh paste Sebelum kod ini

<div class='post-body entry-content'>

Hasilnya kelihatan seperti gambar dibawah


Kalau korang nak Twitter button tu menyempit kat sebelah ayat pertama entry, korang boleh paste kode tersebut selepas kod ni

<div class='post-body entry-content'>

Atau sebelum kod ni
<data:post.body/> 

Hasilnya akan kelihatan seperti ini,




Dan kalau korang nak button tu berada dibawah selepas entry, sila paste kod selepas kod ni

<div class='post-footer'>

Hasilnya akan kelihatan seperti ini,


Sebagai ingatan, sila backup template anda sebelum mencuba tutorial ini. Takut kalau anda benda yang tidak diingini berlaku pada blog korang.

Diharap tutorial ni dapat membantu. Sebarang pertanyaan atau penambahan sila bagitau ok. Tutorial ni di copy dan diubahsuai dari Official Tweet Buttons for websites, Blogger and WordPress

++Sila ambil perhatian bahawa hasil dari tutorial ini mungkin berbeza sedikit bergantung kepada blogger template yang korang guna.

Blog Rebranding

Jenama ataupun brand dalam bahasa orang putih merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesuatu produk. Kalau jenama tak best atau pelik, mesti sikit orang nak tengok kan? Lihat saja jenama levis, gucci, KFC dan banyak lagi jenama terkenal yang ada kat luar sana. Kenapa brand ni famous sangat sampai orang pun bangga kalau pakai seluar jenama levis. Mesti sebab senang nak ingat dan kualiti pun bagus, ya tak?

Macam tu juga dengan blog. Perlu ada jenama dan kualiti. Kalau korang tengok blog ni, kualiti rendah dan nama pun biasa saja. Everything Beautiful, kalau nampak link ni kat mana-mana, berapa ramai orang tergerak hati nak klik link ni. Wa cakap sama lu, wa sebagai tuan tanah blog ni pun tak akan klik link ni kalau blog ni bukan wa yang punya.

Dan disebabkan itulah aku fikir nak buat penjenamaan semua blog ni. nak bagi nama yang happening sikit, biar korang boleh ingat nama blog ni. Beberapa peraturan untuk jadikan blog berjaya aku cilok dari otai-otai blogger yang berjaya kat luar sana adalah seperti;

1. Beli domain dot com ke apa-apa dotnya, asal saja doman sendiri
Ini aku dah fulfill atau orang kata penuhi dengan domain ubipanas.com ni. Nama pun pelik sikit, so harap boleh lekat kat fikiran sesiapa saja yang masuk kat sini.

2. Beli hosting sendiri
Ni aku planning nak buat tahun depan. hihi. Nak kumpul duit hasil blog baru beli hosting. tak mahal pun, tak sampai RM100, so apa salahnya kan.

3. Pakai wordpress
Ni kalau lepas beli hosting, memang sure la kan kena pakai ni. Ke ada platform lain yang boleh kita guna kalau guna hosting sendiri? Ni pun aku belum guna, masih terkial-kial dengan blogspot sekarang ni.

4. Kualiti isi
yang ni memang payah. Kalau baca entri blog ni, takde kualitinya pun. Kuantiti je lebih. huhu. So kena berlatih dan perah otak lebih sikit supaya entri lebih berkualiti. Kalau takde idea, baik tak payah aku nak update. huhu

5. Branding
Ni aku yang tambah sendiri. Kalau nak bagi orang ingat blog ni, sila lah gunakan domai yang pelik-pelik tapi mudah diingat dan nama blog.

So, peraturan pertama dah dipenuhi. Dan ada beberapa lagi yang akan menyusul selepas ni. Dan kali ni aku nak buat rebranding blog, Nak bagi nama yang best sikit.

Apa pendapat korang kalau aku tukar dari Everything Beautiful ke nama baru ni,

"Blogger 20 sen"

Korang terasa nak klik tak link ni kalau muncul kat mana-mana? Sure korang boleh ingat tak? hehe


Powerfull Tool Untuk Link Exchange

Semua Blogger pasti tau kelebihan teknik Exchange link dimana ianya mampu meningkatkan traffic blog atau laman web disamping boleh meningkatkan PageRank. PageRank penting bagi laman web dimana ianya membolehkan satu-satu laman web muncul dalam enjin carian dengan keywoard tertentu. Semakin tinggi PageRank sesuatu laman web tersebut, semakin mudahlah ianya muncul dalam enjin carian.

Jadi Kali ni, aku nak share dengan korang semua, satu tool link exchange yang boleh digunakan untuk aktiviti link exchange ni. Ianya mudah digunakan, just masukkan nama yang korang inginkan ianya muncul dalam link korang, pastu masuk kan link site korang dan submit. Senang kan? Dan pendaftaran pun free je. Tak payah bayar. Tapi kalau korang nak jadi member exclusive, kenalah bayar.

Tool ni dipanggil Mister Linky. Kalau korang berminat nak install tool ni kat blog korang ke, boleh pergi ke laman web Mister Linky ni. Pendaftaran senang je. Lepas submit, kurang 1 minit activation code dihantar ke inbox email korang. So apa tunggu lagi? Jom Tukar-tukar link.

Kyuubi pun dah letak fungsi ni. Kalau korang nak letak link korang, sila pergi sini. Kalau tak pun korang boleh pergi kat navigation bar blog ni dan cari tab exchange link. Jom tukar link sekarang! :)


Menjana Pendapatan Dengan Blog

Siapa kata blogging buang masa dan tak dapat apa-apa? Sebenarnya dulu aku pun mempunyai fikiran yang sama; blogging buang masa dan tak dapat apa-apa. Pada awal tahun 2009 sebenarnya aku pernah cari cara nak buat duit di internet. Masa tu aku hanya nak cari kerja freelancer atau apa-apa saja kerja yang boleh buat duit. Lagipun senang sikit kan, tak payah pegi kerja. Yang penting ada Internet, dah la. Lagipun aku ni student, so nak kerja, mesti yang flexible punya ma.

Dan masa aku jalan-jalan dengan Pakcik Google, aku pernah nampak orang kata boleh buat duit dengan nuffnang. Dan dalam fikiran aku masa tu, Ceh! mustahil! Aku tak percaya. itu semua tipu belaka. Scam internet je tu. Itulah dalam fikiran aku masa tu. Namun lepas beberapa bulan berjumpa, kenal dengan nuffnang, aku pun cuba juga sign up dengan nuffnang ni. Dan mula menulis blog. Dan lepas 4 bulan aku bersama dengan nuffnang, barulah aku tau sebenarnya betul dengan nuffnang ni boleh buat duit apabila aku cash out pertama kali earning nuffnang aku.

Dan semalam, nuffnang mendapat liputan media apabila kosmo! menerbitkan sebuah article mengenai nuffnang. Dan Timothy Tiah, pengarah urusan nuffnang juga menyatakan seorang blogger boleh mendapat pendapatan lumayan sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nampak gayanya, blogger kat Malaysia ni dah boleh mengaut sedikit keuntungan sambil berblog.

Dan memang tidak dinafikan juga, dengan blog sahaja boleh menjana pendapatan. Selain nuffnang, Google Adsense, produk dari pakcik Google juga menjanjikan pulangan sekiranya kita menjadi seorang Profesional blogger. Banyak blogger dari negara lain mendapat pendapatan lumayan dari Google Adsense ni.

Tapi, apa yang pelik aku pernah terjumpa satu blog yang mengutuk nuffnang sekeras-kerasnya. Aku pun tak tau apa masalah penulis blog tersebut. Kalau korang berminat nak baca, boleh lawat blog tu; http://why-nuffnang-will-fail.blogspot.com/. Nampak tak? Alamat blog sahaja sudah menunjukkan dia ni anti pada nuffnang.

Akhir kata dari aku, marilah kita sama-sama blogging dengan gembira, disamping dapat duit dari nuffnang nak bayar Broadband.. hehe


Tiada benda nak Buat, Maintenance Blog lah

Salam 1 malaysia semua dari Kyuubi

Kalau korang tengok blog ni, mesti sangat banyak perubahan kan berbanding dengan yang dulu. Blog ni sebelum ni nampak hodoh dan tak menarik langsung. Dah banyak juga aku buat perubahan, tapi takdelah banyak mana pun. Just tukar template baru cukuplah. Sebenarnya aku masih tinggal kat kolej ni. Korang semua dah balik rumah, makan sedap-sedap, tapi masih tinggal kat kolej ni sorang-sorang. Cuti 2 minggu tuh!

Weh, kampung aku kat Sabah, Tapi sekarang aku study kat Shah Alam ni. So korang dapat bayangkan tak berapa banyak belanja aku nak balik. So, siapa yang baik hati boleh tak korang dermakan tiket pergi dan balik ke sabah? Hehe, gurau je.

Jadi untuk mengisi masa lapang selain study (ada ke aku study ni hahaha) aku godek-godek la blog ni sampai jadi apa yang korang nampak sekarang ni. laptop pun dah repair, Broadband pun dah beli so apa lagi. Tapi ada tak blog ni nampak macam kepunyaan seorang perempuan? Nanti korang panggil aku akak pula, macam si jard ni ada orang panggil bro. haha. padahal dia seorang wanita.. ececeh..

Button Twitter dan facebook pun aku dah letak. lenguh badan nak buat benda ni sebenarnya dengan coding yang aku langsung tak faham. Minta tolong dengan pakcik Google cari tutorial pun punyalah payah. Banyak juga tutorial yang tak berfungsi dengan baik. Tapi setelah mengambil masa hampir 8 jam  baru berjaya letak button facebook dan Twitter! fuh! Tapi puas hati dengan kerja sendiri.

Jadi apa pendapat korang dengan blog ni sekarang? ok ke makin merimaskan? kalau ada sebarang penambahan dalam kekurangan sila tegur aku ye.. peace!

Benda Yang Aku Tak Suka Dalam Blog

Kalau korang tengok blog aku ni, sangat simple kan? Betul tak, atau aku je perasan lebih nak mampus. haha. Tapi sejujurnya aku suka sesuatu yang simple dan tak complicated dan serabut. Macam tu jugalah yang aku buat kat blog ni. Aku nak buat paling simple yang boleh.

Sebab tu, bila aku jalan ke blog-blog orang, banyak benda yang buat aku rimas sebenarnya. Tapi kadang bila internet laju, ditambah pula semangat nak jalan-jalan tu kuat, aku redah saja asalkan dapat memenuhi keinginan aku nak blogwalking. hehe Cuma kadang dalam hati tu geram juga ya bila benda yang kita tak suka, ada pula kita jumpa dalam perjalanan merentas alam maya ni.

Jadi, hari ni, tergerak hati aku nak tulis beberapa benda yang kau tak suka ada di dalam blog. Dan sebab tu la juga korang takan umpa benda tu dalam blog aku.

Iklan pop up
Aku paling geram bila ada benda ni. Baru nak klik pada blog, terus keluar benda entah apa. menggangu mood aku buat seketika. benda ni pun korang takan jumpa kat blog aku kan? :D

Lagu
Korang masuk blog kau ada dengar lagu tak? Takde kan? Sebab benda ni pun aku tak suka sebenarnya. Best ke tak best ke lagu tu, aku tak suka. Dah la lagu tu tersekat-sekat macam dvd tersangkut dalam player. pernah sekali tu, aku dengan member seorang tu dalam bilik. Dan aku tengah layan lagu sambil jalan-jalan di blog orang, tiba-tiba sampai kat satu blog tu, keluar lagu entah apa-apa sampaikan emmber aku tu tanya, "weh, dari mana lagu tu"? mood down.


Word Verification
Yang ni pun aku tak suka juga. Lecehlah nak komen kalau ada benda ni. My style masa nak komen lain sikit. Aku baca entri, pastu type komen. Bila tekan je button publish tu, terus blah. tapi yang tak bestnya bila fungsi word verification tu keluar. Ingatkan dah settle. tup2 ada plak nak verify lagi. Kalau takut sangat spam, letak je comment moderation kan senang. Kalau korang tak suka komen tu, delete je. Kalau korang nak tahu, blog aku selalu jadi mangsa spam komen ni.

Iklan Yang Tak Habis-habis
Yang ni pun aku tak suka juga. Memanglah kita nak generate sikit duit dari blog kan, tapi janganlah keterlaluan. Nak letak sana sini iklan. Sana pop up, sini kelip-kelip. Sebelah pula lompat-lompat. Pening kepala nak cari entri. Senang cerita, cari je shoutbox. Pastu blah.

Itulah antara benda yang aku rasa paling annoying dalam sesebuah blog. Aku memang tak suka masuk dalam blog macam ni. Tapi kadang aku masuk juga blog macam ni. Cuma menyumpah-nyumpahlah dalam hati. hihi. So, kalau tak nak jadi blog annoying, bagilah blog tu nampak kemas dan cantik. Simple tapi menarik.

Aku Bengang!!

Aku betul-betul bengang, tak tau masalahnya datang dari mana~

Kalau korang perasan, dah beberapa entri yang aku tak dapat nak reply komen. Dan dah lama juga aku tak lawat blog korang. Lebih-lebih lagi yang tingal jejak kat shoutmix tu.

Sebenarnya aku ada masalah dengan blog ni. Loading time lambat sangat macam siput! Mau aku tunggu sejam nak view blog aku ni tak keluar-keluar juga. Bengang aku jadinya. Dah dua hari macam ni. huhu~
aku hanya boleh baca komen semua dari email. Sedih hatiku. huhu

Aku hanya boleh masuk sampai dashboard blog je. Nak view tak boleh. Semua entri sekarang ni pun buat autopublish je. Malas nak publish on the spot. Takde mood. huhu. Mungkin tak masalah template aku ni? Aku dah suka sangat dengan template ni. aku nak stay dengan template ni. Tak nak tukar lagi. Lagipun aku bukannya pandai bab-bab edit template. Kalau aku pandai, bagilah aku tempalte macamana pun, boleh saja aku transform pergi style yang aku suka.

Kalau korang masuk blog aku ni cepat tak load time dia? Ke sama lambat juga? Macam nuffnang ni pun sama gak. Aku tak dapat nak view pun website ni. Lambat! Nak kata masalah laptop, tak juga. Baru je semalam aku format laptop ni. Lagipun website lain boleh pula aku buka.

Kenapa ye?

Apa itu blog?


 
Gambar Makhluk yang tiada kaitan dengan Post ini. Datang dengan Pakcik Google

Hari tu, aku tersesat dekat blog akak sorang ni, miss lolly. Dan aku terbaca post dia yang bertajuk, saya tak suka BLOGGER OTAI yg berlagak hebat ! Pas baca post akak ni, baru kusedar, ada juga blogger ni yang berlagak sangat. Kalau korang tak tahu apa cerita kat situ, pegilah baca dulu post akak ni baru korang terus membaca disini.

Aku yang baru nak berjinak-inak dengan dunia maya ni pun terasa la juga. Yala, kita ni newbie, kalau otai-otai tu nak jatuhkan kita senang saja kan?

Tapi, aku tak puas hati la juga bila dia kata **blog macam ni pun ada juga?**

Tak patutkan?

Ok, mungkin ada yang pandai nak berblog tapi tak faham apa itu blog kan? Mari cikgu kyuubi ajar korang hari ni apa itu blog.


Sebelum tu, ada banyak penyedia free blog termasuklah Blogspot, Wordpress, Xanga, Blog.com Dan banyak lagi penyedia free blog. Kalau korang nak berblg, senarai diatas adalah beberapa tempat yang korang boleh pergi untuk mulakan blog korang.

Ok, kita masuk kepada topik kita hari ini iaitu apa itu blog?

Menurut buku Discovering Computers 2008 keluaran Thompson Course Technology, blog didefinisikan sebagai:

an informal website consisting of time-stamped articles, or post, in a diary or journal format, ussualy listed in reverse chronology order. Blogs have become an important means of worldwide communication. Bussiness create blogs to communicate with employees, customers and vendors. Teachers create blogs to collaborate with other teachers and students. Home users create blogs to share aspects of their personal life with family, friends and others.
Menurut Wikipedia pula, Blog adalah sejenis website yang diselenggara oleh seorang individu dengan entri yang kerap tentang komen, events dan gambar atau video.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries.

Dengan Maksud dan penjelasan diatas, jelaslah blog itu adalah website peribadi yang kita isi dengan apa sahaja yang kita suka, tentang kehidupan kita, tentang minat kita, tentang boyfriend dan girlfriend kita dan macam-macam lagilah benda yang kita suka. Ianya boleh juga dijadikan sebagai online diari kita.

Jadi, selepas ini, kalau korang terjumpa blog yang tulis tentang diri dia, siap dari saat dia buka mata hinggala saat dia nak pejam mata, jangan la korang nak kutuk dia pula. Nak kata, "eh, ada juga blog macam ni?"

Kalau korang tak suka nak baca apa yang orang tu tulis kat blog dia, korang blah aje la dari sana. Ni nak juga menyibuk tapi siap bagi komen yang macam-macam kan?

Bukan salah orang tu menulis macam tu, tapi salah korang yang nak juga menempel kat blog dia even korang tak suka..

Blog Aku Genap Sebulan


Akhirnya genaplah sebulan usia Blog aku. Selamat menyambut usia ke sebulan kepada Kyuubi dalam blogging!!! dan kepada Everything Beautiful. :D

Kalau kamu tengok,  post pertama aku pada 19 Disember 2009. entah apa-apa ja yang aku tulis sini. Biasala la tu, orang baru mula menjejakkan kaki ke dunia blogging ni kan. Manalah nak tahu apa-apa lagi kan. Tapi, aku membaca blog orang dan membaca tips-tips yang pak cik Google sajikan, dah tahu serba sedikit pasal blogging ni.

aku baru sangat lagi dalam dunia maya ni, so kepada otai-otai blogger diluar sana, silala berikan tunjuk ajar kepada budak yang baru belajar ni. Banyak lagi yang saya perlu belajar dan saya perlu ketahui, dan berharap minat dengan blogging ni takan pudar... :D

Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak masih belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Happy Blogging to all!!!