Showing posts with label Gosip artis. Show all posts
Showing posts with label Gosip artis. Show all posts

Pelakon Dan Model Seksi Yang Yang Berasal Dari Lelaki


Alicia Liu adalah seorang pelakon Taiwan yang jelita lagi hot. Mungkin pelakon ni tak berapa dikenali kalau di Malaysia.

Tengok dari gambar, memang cun habis. Jejaka-jejaka diluar sana pasti tergugat keimanan bila tengok dia ni. Sekali pandang pasti nak lagi. Tapi ada sesuatu yang tidak kita ketahui tentang pelakon ni.





Sekali pandang, nampak macam menarik. kali kedua pandang, makin menarik. Kali ketiga pandang, pasti nak lagi. Tapi itulah hakikat. Tapi, jangan tertipu dengan apa yang kita nampak dengan mata kasar kita.

Tiada siapa menyangka, wajah dan badan Alicia yang cantik ni, sebenarnya dia adalah seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina!



Ini adalah rupa sebenar Alicia Liu sebelum dia menukar jantina pada umur 18 tahun. Namun, mungkin dah rezeki Alicia, sekarang dah jadi pelakon terkenal di Taiwan. Dan selepas dia mendedahkan identiti sebenarnya, dia mendapat reaksi positif dari peminatnya pula.

Apa yang menariknya dengan Alicia, tubuhnya tidak menunjukkan yang dia sebenarnya, dulu adalah lelaki. Biasanya, seorang lelaki yang menukar jantina pastinya masih menunjukkan ciri seorang lelaki, seperti bahu yang lebah dan bentuk muka yang seakan lelaki.

Aku pernah terjumpa gadis muka cun. Tapi, bila dah dekat dan dengar suara diorang bercakap, suara dia lebih garau dari suara aku!

Walau apa pun, janganlah kita mengubah diri kita selain dari apa yang telah diciptakan.


Adakah Awal Ashaari Gay?



Terkejut Blogger 20 Sen beberapa hari yang lepas selepas terbaca 1 laporan di akhbar mStar Online mengenai Awal Ashaari yang bertajuk Kahwin Bukan Nak Tutup Status Seksual. Adakah Awal Ashaari ni Gay? Habis tu, bagaimana pula dengan Scha Alya, kekasih Awal?


Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.- mStar

Rupanya gosip semata-mata. Takan lah Awal Ashari ni Gay kan. Dah kekasih dia pun cun melecun. Tak boleh den bayangkan. Mentang-mentanglah si Awal ni Hensem dari aku kan?

Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu. - mStar

Sabar sajalah. Lelaki hensem memang macam tu. lagilah kalau pandai bergaya, mesti masyarakat anggap Gay. Kalau tak pun mesti dianggap bapok, kan?

Aku pun tak percaya si Awal ni Gay. So, baik kahwin cepat-cepat dan buat anak ramai-ramai. Barulah orang diam.

Nasib baiklah muka aku tak hensem, tapi comel. Takde la orang anggap aku ni Gay :)


Orang Lain Nak Khawin, Saida Pula Nak Cerai


Kalau cinta, katakanlah,
Tidak aku terus gelisah menanti dirimu,
Kalau benci, pergilah kau dari hidupku,
Moga suatu hari nanti, kita kan ketemu kebahagiaan yang dicari,

Masih panas rasanya berita tentang pernikahan beberapa pasangan artis yang akan berlangsung tidak lama lagi. Yang terbaru adalah Penyanyi Elyana Nikah Pada 19 November. Manakala ada beberapa lagi termasuklah Mohd Zaquan Dan Ayu Raudhah Nak Khawin ni.

Kepada pasangan yang sedang memadu asmara, Mungkin inilah yang dinantikan, majlis perkhawinan yang gilang gemilang bak Wedding Of The Year 2010 ni antara angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangannya. Sebagai bukti ikatan cinta, memeterai janji sehidup semati. Mungkin itulah yang mereka inginkan. Termasuk jugalah diri ini.

Tapi lain pula kisahnya dengan artis seorang ni. Terbaru, Saida, kakak kepada Penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza memfailkan permohonan cerai daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.

Saida, atau nama penuhnya, Siti Norsaida Tarudin mendakwa hubungannya dengan suami kini semakin renggang dan tidak sefahaman.

Alahai artis, dulu sebelum jadi artis tak pun bercerai. Kini dah jadi artis, nak cerai pula? Tapi, biasalah artis. Hari ni khawin, esok nak cerai. Hari kata cinta, esok kata benci. Haih, macam-macam artis kita ni.


Amber Chia Dah Dapat Baby, Baru Korang Nak Cari Siapa Husband Dia

Dah ramai kan orang dok cerita pasal Amber Cia bersalin hari tu. Nampaknya si Amber Chia dan husband dia, Adrian Wong pun dah bergelar mama dan papa. hihihi. Menurut sumber, baby diorang ni mirip bapanya, Adrian Wong. Mesti comel gitu baby diorang. ehehe. Meh tengok jap gambar baby Amber Chia dan husbandnya, Adrian Wong.


Bila dah besar, kulit dia ni putih melepak, sebab kata orang kalau bayi yang baru lahir kulit warna merah mesti bila dah besar, kulit diorang putih. Kalau warna putih pula mesti jadi gelap bila dah besar. Tapi aku tak tahu la pula betul ke tak. Ni kata orang, bukan aku. hehe

Balik pada tajuk, bila si Amber bersalin, tiba-tiba saja orang nak cari siapa husband si Amber Chia ni. Masa diorang kahwin dulu, tiada pula. Entri pun dah lama ditulis, beberapa bulan yang lalu lagi.

keyword yang masuk blog ni

Tengok kat atas, itulah keyword yang masuk blog ni sejak amber Chia melahirkan anak hari tu. Padahal amber Chia dan si Adrian Wong dah lama pun berkhawin, dah berapa bulan dah. Keyword ni mesti datang dari entri Pengantin Berharga RM2 Juta ni. Ke diorang ni tak up to date? hihi Baby dah keluar, baru nak cari siapa bapa baby tu ye. Kesian kat Amber. haha

Apapun tahniah diucapkan kepada Amber dan suami, Adrian sebab dah jadi ibu bapa. :)
p/s Bila pula turn aku nak kawen nih!


Lindsay Lohan Gagal Ujian Dadah, Berkemungkinan Masuk Penjara Semula

Nampaknya, pelakon terkenal yang bermasalah, Lindsay Lohan berkemungkinan sekali lagi akan masuk penjara selepas gagal ujian dadah terbaru yang di ambilnya. Lindsay yang pernah dimasukkan ke penjara dan pusat pemulihan membuat pengakuan dalam laman sosial twitter.

Regrettably, I did in fact fail my most recent drug test and if I am asked, I am prepared to appear before judge Fox next week as a result
*Dipetik dari Twitter Lindsay

*Gambar dari Google.com
Jelas Lindsay Lohan, dia sedang berusaha untuk mengatasinya dan mengambil pelbagai langkah termasuklah membuat ujian setiap hari dan mengambil pelbagai langkah yang perlu untuk mengelak daripada melakukan kesilapan.

Tapi kali ni ko ambil juga benda tu ye? Bawa la bertaubat Lindsay.

Justin Bieber


Siapa yang  tak kenal Justin Bieber? Tipulah kalau korang tak kenal, lebih-lebih lagi pada wanita-wanita diluar sana kan? Betul tak?

Kali ni, aku nak bawakan berita kepada seluruh wanita-wanita dan peminat sekalian bahawa artis muda berusia 16 tahun pujaan korang, Justin Bieber berstatus single! So maknanya korang semua ada peluang nak mengurat dia ni lagi haha.

 Justin Bieber
Walaupun ada gosip yang mengatakan Justin Bieber bercinta dengan Caitlin Beadles, namun, semasa  Anugerah Video MTV tahun ni, dia mengesahkan status single nya dan menyatakan bahawa dia bersedia untuk menerima perempuan yang mampu membuatkannya ketawa.

Caitlin Beadles
*Gambar Diambil dari google.com
Tapi kenyataan Justin Bieber yang 1 lagi pastinya merobek hati gadis-gadis seluruh dunia.
"teman wanita adalah masalah ketika umur ini, dan untuk menghabiskan masa dengan mereka pastinya seronok. Kami sentiasa menjelajah dan rasanya untuk memiliki seorang teman wanita sahaja tentunya tidak berhasil. lagipun saya tidak suka pada sesiapa pada masa ni"

Justin Bieber ni masih muda dan darah muda pastinya inginkan keseronokan sahaja. Kalau korang nak, bolehlah "berseronok" sekali dua dengan dia ni. Tapi untuk hubungan yang lebih rasanya tidak akan berhasil.

Kalau awek-awek cun kat Malaysia ni nak mengurat si Justin Bieber boleh cair ke dia ni?