Selamat Hari Malaysia

Hari ni genaplah sudah negara kita berumur Malaysia 53 tahun. 16 september 1963, merupakan detik bersejarah bilamana Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak disatukan dibawah satu bumbung pada masa itu dan terjadilah Malaysia seperti yang kita lihat pada hari ini. Sejak detik itu, hari Malaysia dirayakan setiap tahun pada setiap 16 September.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa pada tanggal 31 ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan tanah melayu bila pemerintah Bristish pada masa itu telah membebaskan Tanah Melayu dan memberikan kemerdekaan atas usaha Tunku Abdul Rahman dan rakan-rakan beliau. Manakala 16 September adalah tarikh pembentukan Negara Malaysia yang disertai Oleh 3 lagi tanah jajahan British iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak pada masa itu.


Kini sudah 53 Tahun Negara Merdeka Dan sudah 47 tahun Malaysia dibentuk. Telah banyak pencapaian Negara dalam jangka waktu itu. Kita semua sebagai rakyat Malaysia, Marilah kita jaga kedaulatan negara. Wujudkan keharmonian, jangan ada rasa dengki di hati, jangan ada sifat perkauman. Sama-samalah kita menjaga keharmonian dan bersama membina negara ini dan membawa nama negara ke pentas dunia!

I Love Malaysia! Peace


4 comments:

  1. Beruntung kita di Malaysia ni tapi sayang masih ada rakyat sendiri yg nak jatuhkan tanahair sendiri dgn buruk-burukkan nama Malaysia diluar...

    ReplyDelete
  2. @Hairil Rizal
    tula pasal.. diorg ni tak sedar diri dan x menghargai...

    ReplyDelete
  3. Yeah!!betul..Selamat Hari Malaysia semuanya,saya bangga jadi anak Malaysia
    Dapat Percuma Vector Bendera Malaysia

    ReplyDelete
  4. @@rtzam
    ya, kita bangga jd rakyat malaysia! :)

    ReplyDelete