Salam Hari Jumaat untuk Semua :)
Nampaknya hari ni hujan renyai-renyai la pula. Nasib tak lebat sampai banjir kan? Tapi syukurlah, hujan rahmat kata orang. Orang tua-tua kata hujan renyai-renyai hujan rahmat, kalau hujan lebat, apa pula ya? Terlebih rahmat kot, ya tak? hihi
Ok, bersambung dari entri semalam tentang Gardenia. Gardenia Malaysia berpecah ke? Kalau korang perasan, siapa yang pernah datang ke Sabah, atau yang dari Sabah datang ke Semenanjung, korang mesti perasan produk Gardenia kat sini banyak, tapi produk kat Sabah sikit saja. Banyak produk Gardenia kat Semenanjung tidak dijual di Sabah.
Mula-mula datang sini, aku pun perasan juga, tapi aku pernah peduli sehinggalah kami melawat kilang Gardenia. Rupanya dalam sejarah Gardenia, Gardenia ni sebenarnya sampai ke negara kita bermula di Sabah dan orang yang memulakan Syarikat Gardenia Horatio Sye Slocumm, seorang warga Amerika yang bekerja dengan syarikat pembuatan roti di sana.
Selepas itu, seorang lelaki berbangsa cina pada masa itu melihat peluang Syarikat ni berkembang dan meminta kebenaran Uncle Slocumn untuk membuka kilang atas nama diorang juga. Dan uncle Slocumn bersetuju dengan syarat kilang tu mesti dibuka di tempat lain dan bukannya di Sabah. Sehinggalah pada hari ini, mereka masih lagi menghormati perjanjian itu.
Maksudnya, kat Malaysia ni, wujudnya 2 Syarikat Gardenia sebenarnya iaitu Gardenia (Sabah) dan Gardenia (KL). Lepas dengar sejarah diorang, baru aku faham. Ooo rupanya macam tu, sebab tulah Butterscotch dan twiggies semua tu tak ada kat Sabah. :)
oh baru tau pasal sejarah gardenia ni mula dari sabah..
ReplyDelete@Fitrihadi.com
ReplyDeleteyup, aku pun baru je tau lepas g kilang diorg ni..
nape kena buat cmtu?
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteSebab masa syarikat gardenia ni dibuka, founder dia start kat sabah dan tak buka kat tempat lain.
Just lepas lelaki cina tu minta kebenaran untuk buka syarikat atas nama gardenia juga barulah syarikat tu keluar dari sabah. dan tak silap aku ianya dibuka kat singapura, barulah ke kl.