Kisah Khalwat Berakhir: Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Akhirnya Bersatu


Kisah kontroversi ditangkap khalwat yang diadapi oleh Noman Hakim Dan Memey Suhaiza pada tahun 2008 akhirnya berakhir dengan perkhawinan pasangan tersebut pada 24 September lalu. Perkhawinan mereka juga dihadiri oleh 2 orang anak Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi.


Syukurlah bila semua dah berakhir dengan baik. Tak adalah cerita yang bukan-bukan lagi. Semoga segalanya berjalan dengan lancar untuk mereka. Janganlah nak jadi macam pasangan kat Hollywood tu. Sekejap kahwin, lepas tu cerai. Lepas tu kahwin lagi. Bak kata aku sendiri, Nak test satu-satu yang mana sedap!


Superhot Britney Spears Kembali Mengaum


Aku pun dah lupa, dah berapa tahun sejak nama Britney Spears meniti dari mulut ke mulut dengan maalah dan kontroversi yang melanda penyanyai. Seingat aku, sejak hubungannya dengan Justin Timberlake gagal. Dia terus-terusan dilanda kontroversi. Mungkin kecewa putus cinta kot.

Tapi itu mungkin hanya sementara. Dia kini kembali walaupun tidak "sehot" dan semantap dulu. kehidupan peribadi yang semakin stabil dan masa depan yang nampak sedikit cerah.


Baru-baru ini, Britney menjadi penghias muka hadapan Majalah Glamour UK. Namun dah macam tak berapa terhias pun aku tengok. Adakah dia masih hot macam dulu? Aku pun tak tahu. Anda yang tentukan sendiri.

Movie Review - Abduction (2011)



Sempena hujung minggu kali ni, biarpun masih sibuk mengatur hidup di sem yang baru, course registration belum settle, tapi sempat jugalah aku menikmati hujung minggu. Sebenarnya hajat hati nak tengok cerita Johnny English Reborn, tapi tak kesampaian bila tiket untuk wayang tu dah habis untuk masa yang aku nak tengok. So option?? Abduction lakonan Taylor Lautner dan si cantik manis Lily Colins.


Not bad jugalah cerita ni. Cerita ni mengisahkan Nathan, lakonan Taylor Lautner yang mengetahui kebenaran tentang hidupnya apabila dia menemui gambarnya semasa masih kecil dalam sebuah laman web yang melaporkan tentang orang hilang.

 Taylor Lautner

Aksi bermula apabila dia cuba melarikan dari CIA dan penjenayah yang cuba menangkap dia untuk memaksa ayahnya yang sebenar yang bekerja sebagai ejen rahsia.

Rasanya jika dibandingkan lakonan Taylor Lautner dalam Twilight dan Abduction, lakonannya lebih berkean dalam Twilight. Lakonan Taylor Lautner nampak sedikit kaku dalam filem ni. Namun ianya sedikit sebanyak dapat diselindungi oleh watak lain dalam filem ni.

Mungkin Taylor Lautner ni lebih sesuai untuk memegang watak aksi daripada watak yang tarpaksa menghayati emosi sesebuah watak tersebut.

Lily Colins

Kesan khas filem ni juga kurang jika dibandingkan dengan filem hebat yang lain. Tanpa kesan khas yang cukup power, susah nak mengangkat nama sesebuah filem tu walaupun dengan cerita yang hebat.

Untuk keseluruhannya aku nak bagi 3/5 untuk filem ni. Rating IMDB untuk filem ni pula ialah 3.5/10. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meletakkan flem ni sebaris dengan filem-filem hebat yang lain.