Berita ini pastinya membuatkan pekerja yang menerima caruman KWSP tersenyum lebar. Tahun lalu (2009) kadar caruman pekerja yang sepatutnya bernilai 11% di turunkan kepada 8%. Kadar caruman sebanyak 8% ni berkuatkuasa selama 2 tahun, bermula dari januari 2009 dan berakhir disember 2010.
Namun untuk tahun hadapan (2011) kadar caruman KWSP baru yang akan berkuatkuasa pada januari 2011, akan dinaikkan semula kepada 11%.
Sebenarnya aku pun tak faham sangat tentang KWSP ni. So maksudnya, kadar potongan gaji untuk disimpan semakin besar la kan?
Baik sangatlah tu, supaya duit simpanan di hari tua nanti pun banyak. Lepas kerja nanti, dah pencen bolehlah dapat duit pencen banyak-banyak kan? Boleh lagi pergi honeymoon untuk kali ke 2.
Berita selanjutnya di Utusan Malaysia Online, Kadar caruman KWSP pekerja 11%




