Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Kenaikan Harga Rokok Dan Implikasinya

Berkuatkuasa pada oktober tahun ni, harga rokok telah dinaikkan kepada minimum 35 sen sebatang. Maknanya untuk sekotak 20 batang rokok berharga RM7. Ini adalah atas arahan Kementerian Kesihatan.

Meteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa langkah tersebut sebenarnya diambil untuk mengurangkan kemampuan mebeli rokok dikalangan rakyat Negara ni. Bila dah tak mampu beli, mesti rakyat akan berhenti merokok. Itu yang mereka fikirkan.

Tapi aku tak fikir begitu. Apabila difikirkan, banyak implikasi lain yang akan berlaku disebabkan oleh kenaikan harga rokok ni. Mari kita bincangkan serba sedikit implikasi terhadap kenaikan ini dari sudut dan pandangan aku sendiri.

1.    Masalah Jenayah
Dari sudut masalah jenayah, mungkin akan ada peningkatan. Bukanlah jenayah yang besar, tapi mungkin kes kecil seperti mencuri dan merompak. Disebabkan apa? Ramai perokok adalah dari golongan muda dan dari pemerhatian aku agak ramai juga yang golongan berpendapatan rendah yang merokok.

Bila dah pendapatan rendah, mesti duit pun kurang kan. Bila dah duit pun kurang, duit nak beli rokok pun mesti tak cukup kan? Dan bila keinginan untuk merokok tu tak dapat dibendung, ditambah lagi duit tak ada untuk beli rokok? Jalan mudah ialah mencuri, nak dapatkan duit untuk beli rokok.

2.    Masalah Penyeludupan
Kalau ada terbaca entri ni berkaitan dengan kes tangkapan ke atas penyeludupan rokok dan arak  di sabah yang membabitkan jumlah jutaan ringgit. Ni baru sikit. Rasanya ada banyak lagi kes yang tak dapat dikesan.Biasanya rokok seludup dijual dengan harga yang lebih rendah daripada yang dibawa masuk secara halal. Jadi, pilihan mana yang korang akan ambil? Yang murah ke yang mahal?

Aku nak ambil senario kat sabah, sebab aku asal sabah. Di Sabah, even Bandar besar macam Kota Kinabalu, kat tepi-tepi jalan pun Korang boleh dapat rokok dengan mudah. Dah tu harga sangatlah murah. Itu semua adalah rokok seludup dan dijual oleh warga asing yang aku jangkakan adalah pendatang tanpa izin!

3.    Masalah Kesihatan
Memang kita semua dah tahu, rokok dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan. Yang ni rokok yang bermutu. Aku nak bagitau, korang tau tak rokok yang diseludup dan dijual dengan harga murah tu banyak yang tiruan? Dan pastinya rokok tiruan ni lebih membahayakan daripada yang berkualiti tu! Jadi akan bertambah la jumlah pesakit kat hospital nanti. Tak tau penyakit apa yang akan keluar.

Aku sebenarnya bukan nak membantah hasrat kerajaan untuk menaikkan harga rokok tu supaya dapat mengurangkan jumlah perokok di Negara ni. Sebab aku ni seorang yang sangat bencikan rokok.

Tapi 1 hal, supaya kerajaan menyelaraskan semua unit. Maksudnya, bila dah naikkan harga rokok tu, anggota penguatkuasa juga lebih teliti dan penyiasatan lebih terperinci harus dilakukan bagi membendung masalah penyeludupan supaya langkah ni boleh berjaya. Kalau tak, sia-sia sajalah usaha ni. Jangan kita selesaikan masalah yang 1 ni, masalah lain pula yang timbul.

p/s siapa-siapa yang ada pendapat dan pandangan lain?


Lelaki Memang Kesian

Korang setuju tak kalau aku katakan, lelaki memang kesian?

Rasanya kebanyakan IPT di seluruh negara dah habis exam ketika ni. Dan kalau mereka yang pulang ke rumah, mesti dah lama bersenang lenang kat rumah. Di tempat aku ni pun, aku dapat melihat suasana balik kampung, teringat pula Hari Raya Puasa. Keadaan yang sama. Semua orang berpusu-pusu pulang ke rumah.

Dan aku pula, belum masanya aku nak balik rumah kerana terpaksa menghadiri kursus selama seminggu kat kolej ni. Cis! kacau betul la. haha. Tapi takpe, demi ilmu.

Dalam kesibukan orang nak pulang kampung, aku menyisip dikalangan mereka sambil memerhati gelagat diorang semua ni bersama seorang teman. Dan dalam kesibukan alam, satu adegan berlaku depan mata kau yang menarik perhatianku. Seorang lelaki tengah bersusah payah nak menolong seorang perempuan memunggah barang-barang perempuan tu, dan aku agak, mesti awek lelaki tu.

Sambil memerhatikan keadaan mereka, tiba-tiba saja teman perempuan aku tu aka awek aku kata, kesian kan lelaki kat dunia ni? Kena tolong perempuan angkat barang, dah tu perempuan kalau tengok bukan main banyak barang-barang, kan? Kalau lelaki, siapa yang nak tolong angkat barang pula?


Aku masa tu terdiam. Dalam hati aku mengiakan benda tu. Betul juga kan? Bukan nak merendah-rendahkan wanita tapi dah hakikatnya wanita dijadikan dengan keadaan fizikal yang lemah berbanding lelaki. Tengok saja di weluruh dunia. Siapa yang lebih banyak bekerja sebagai buruh binaan? Pekerja am tukang angkat barang? Lelaki lebih banyak daripada perempuan dalam sektor itu.

Memang kesian pada kaum lelaki ni. Kerja berat adalah bidang mereka. Bukan semua, tapi kebanyakan. Tapi mungkinkah ada hikmah disebalik semua ni? Tuhn saja yang tahu.

Negara Semakin Tidak Selamat

Baru 2 minggu yang lalu kita digemparkan dengan kes kematian Aminulrasyid akibat ditembak oleh anggota polis, kali ni seorang remaja, Mohd. Azizi Aziz  pula ditembak hingga tembus ke bahagian usus gara-gara tidak memberhentikan motosikal yang ditunggangnya apabila diarahkan untuk berhenti oleh seorang anggota polis peronda. Mohd Azizi yang diarahkan oleh dua orang anggota polis peronda untuk memberhentikan motosikalnya enggan berbuat demikian menyebabkan seorang dari mereka melepaskan tembakan kearah Mohd. Azizi Aziz.

Aku hairan dengan anggota polis dinegara kita sekarang ni. Semacam mereka dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa yang mereka ada keatas orang ramai. Adakah ini patut berlaku ke atas kita? Tanpa melalui prosedur yang betul untuk melepaskan tembakan malahan mereka tidak berada dalam keadaan terancam tetapi tembakan tetap dilepaskan. Malahan kejadian kali ni langsung tidak masuk akal untuk mereka melepaskan tembakan.

Aku merasakan keadaan negara semakin tidak selamat. Polis yang kita harapkan untuk menjaga keamanan, namun mereka pula yang menimbulkan kekecohan. Apa sudah terjadi pada pasukan polis kita ni?  Main tembak sana sini, sepertinya dunia ni padang permainan video games. Entah siapa lagi yang akan jadi mangsa selepas ini. Adakah ianya salah seorang daripada kita?

Pada pandangan akulah kan, polis macam ni perlu ikut anger management courses. Dia tak pandai kawal kemarahan dia. Bila marah,  tak fikir benda lain dah. Main tembak saja sesuka hati. Nak tangkap orang bersalah, tapi sendiri nak buat salah. Lepas ni siapa yang nak percaya polis lagi kalau benda macm ni selalu jadi?

p/s: Aku pula yang takut

Kesilapan Yang Tidak Sepatutnya Berlaku

Korang setuju tak kalau aku katakan setiap orang pasti melakukan kesilapan?

bagi aku, aku setuju sangat bahawa orang akan melakukan kesilapan. Aku setuju tentang itu. Namun kadang-kadang, pernah tak korang terfikir bahawa kesilapan tu tidak sepatutnya berlaku? Betul tak?

Baru-baru, kita semua dikejutkan dengan berita seorang budak lelaki ditembak mati oleh anggota polis disebabkan mereka mengesyaki budak itu adalah penyamun. Mereka hanya mengesyaki tetapi tidak pasti samada benar budak lelaki tu penyamun kan? So, bagi aku, ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh anggota polis tersebut. Dan kesilapan ini sepatutnya tidak berlaku. Kesilapan mereka menyebabkan satu jiwa terkorban atas sebab yang kita tidak pasti.


Dan dalam pasukan polis itu sendiri, bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi untuk melepaskan tembakan? Contohnya, anggota tersebut berada dalam keadaan yang terancam barulah boleh melepaskan tembakan. Kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Rasanya, masih terasa hangat kan masa pengumuman keputusan spm hari tu. Ada yang gembira, sedih dan tak kurang juga, yang kata "eh, aku dapat ni je"?
Atau mungkin,
"eh, tak sangka aku boleh dapat keputusan macam ni"

Dan dalam kita tak sedar, ada berlaku kesilapan dalam keputusan mereka. macam si Amirah ni, kalau korang nak tau, masa keputusan spm dikeluarkan, dia hanya dapat D untuk subjek bahasa english. Dan disebabkan grade D tu, semua spoil katanya. Tapi, korang tau tak dia pergi minta buat semakan semula? Dan apa yang mengejutkan, keputusan bahasa english dari D ke A! Wah tak sangka!


Dan bagi aku, ianya satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku kan? Dah semua spoil gara-gara D tu, tau-tau selepas semakan semula boleh dapat A! Korang tau tak, disebabkan kesilapan tu masa depan seseorang boleh terjejas. Dan bayangkan kalau semakan semula tak dibuat? Kesilapan Yang sepatutnya tidak berlaku!

Aku paling kesian kat seorang senior aku ni. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya dia dah graduate semester lalu. Dan sepatutnya semester ni dah masuk ijazah. tapi entah apa sebabnya dia tak dapat tawaran ke program ijazah walaupun dapat keputusan yang baik. Member yang lain dapat pula. So, bila cek dekat hal ehwal pelajar (HEA) korang tau, dia disenaraikan sebagai pelajar repeaters yang perlu repeat beberapa subjek yang dia dah lulus sebelum tu.


Disebabkan hal ni, dia tak dapat nak sambung study ke program ijazah pada masa yang sepatutnya. Kesian kan? Kalau aku, mesti mood nak sambung study tu dah kurang. Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Benda ni besar kesannya pada orang lain dan boleh menjejaskan masa depan.

Kalau macam ni lah buat kerja, asyik nak buat keislapan saja, macamana? Lebih-lebih lagi perkara serius macam ni. Kalau diorang ni kena saman, ok tak?