Showing posts with label Wayne Rooney. Show all posts
Showing posts with label Wayne Rooney. Show all posts

Wayne Rooney Jadi Pemain Paling Mahal Dalam Sejarah


Kisah Wayne Rooney yang ingin meninggalkan Manchester rasanya masih lagi panas. 5 hari yang lepas, aku ada menulis mengenai keinginan Wayne Rooney meninggal Manchester United. Dan 2 hari yang lepas Wayne Rooney Main Tarik Tali apabila dia yang beria-ia nak tinggalkan Manchester United pada mulanya tiba-tiba menukar fikiran dengan menandatangani kontrak 5 tahun dengan MAnchester United.

Macam pelik juga dengan perangai si Rooney ni. Yalah kan, kata tak nak terus stay dengan Manchester, tapi tiba-tiba pula tandatangan perjanjian. Pada pendapat aku, mungkin dia kecewa kot sebab dia tak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad United. Tapi ada juga member bagi pendapat lain. Katanya, Rooney mungkin diberi imbuhan lain jika stay dengan United.


Dan mungkin pendapat member aku tu benar. Tadi masa aku belek-belek akhbar, terbaca berita mengenai Rooney yang pergi bercuti dengan isterinya ke Dubai. Dan dalam laporan tu, rupanya kontrak yang Rooney tandatangan hari tu membolehkan si Rooney dibayar £200,000, bersamaan dengan RM977,238 seminggu?!

Dengan kontrak ni, Rooney jadi pemain yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sejarah buat masa ni!

Mungkinkah Rooney berubah fikiran sebab dia dapat gaji banyak tu? Cuba bayangkan, dalam seminggu 200,000 dollar. sebulan dah jadi 800,000 dollar! Wah! Ada kemungkinan juga disebabkan duit. Tapi, itu semua hanya Rooney saja yang Tahu.

p/s: Di Malaysia ni, siapa yang dibayar gaji RM977,238 seminggu?


Wayne Rooney Main Tarik Tali


Heboh Old Trafford dan peminat Manchester United hari tu bilamana Wayne Rooney menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Manchester United. Aku sendiri pun terkejut dengan keputusan Rooney tu. Dalam hati aku fikir "apasal pulak mamat seorang ni". Sebab sebelum ni pun Wayne Rooney claim yang dia berada dengan kelab terbaik dunia.

Dan kali ni, keputusan yang mengejutkan ramai pihak diambil oleh Rooney bilamana dia bersetuju dengan kontrak 5 tahun dengan United. Ini bermakna, Rooney akan kekal bersama United sehingga June 2015. Benda ni pun dah di disahkan oleh Manchester United Website.

Rooney dipetik sebagai berkata, 

sokongan dan kepercayaan mereka membuatkan saya terus kekal disini

Apalah Rooney ni. Nak main tarik tali la pula. Kalau nak, kata ya, jangan nak bagi banyak alasan pula ye Rooney. Aku rasa si Rooney ni just tekanan sebab dia tak diturunkan dalam senarai utama kot.  Tengok dari statement Rooney tu pun dah tahu. Sabar la Rooney. Tunggu la kecederaan ko tu pulih.


Skandal Seks Wayne Rooney, Nak Ikut Macam Tiger Woods ke?

Kalau korang masih ingat bagaimana hubungan Tiger Woods, pemain golf nombor 1 dunia dengan isterinya Elin Nordegren berakhir bulan lepas selepas Tiger Woods menipu isterinya dengan menjalinkan hubungan dengan beberapa  orang wanita.

 Gambar Kenangan Tiger Woods bersama bekas isterinya, Elin Nordegren. Masa ni diorang masih berbahagia.. uhuks!

Kini giliran penyerang sensasi England dan Manchester United, Wayne Rooney pula seperti mengikut jejak langkah mamat sorang ni apabila dia didakwa menipu isterinya Coleen dengan melanggani seorang pelacur, Jennifer Thompson ketika isterinya mengandung anak pertama mereka pada tahun 2009.

Jennifer Thompson

Dah terdesak sangat ke si Rooney ni masa isterinya mengandung sampaikan sanggup melanggani pelacur walaupun sudah mempunyai seorang isteri?

Rooney dan isterinya Coleen

Tetapi menurut akhbar kosmo yang aku baca, Rooney bukan meniduri seorang pelacur sahaja tetapi 2 orang sekaligus. Pelacur kedua tersebut ialah seorang ibu tunggal, Helen Wood yang berumur 23 tahun.

Wah, nampak gayanya, Wayne Rooney kini berada dalam masalah yang besar. Rooney ni bukan sahaja hebat di padang ye, tapi nafsu pun hebat juga. Apapun moga Rooney dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan harap-harap jangan jadi macam Tiger Woods.

Korang tengok, Siapa lagi lawa, Jeniffer Thompson atau Coleen? :D

England Lega Menjelang Piala Dunia

Berita penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney sudah beransur pulih dari kecederaan buku lali melegakan skuad England menjelang pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Sebelum itu kecederaan Rooney meresahkan jurulatih England, Fabio Capello kerana Rooney adalah pemain penting untuk England. Dan rasanya ianya berita menggembirakan buat seluruh penyokong England.

Wayne Rooney dilaporkan cedera selepas beraksi menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, 30 Mac lalu. Dan disebabkan Kecederaan itu, Wayne Rooney terpaksa berehat sehingga tamat saingan Liga Perdana Enggeris musim ini. Ini juga meresahkan Fabio Capello.

Dan yang terbaru, Wayne Rooney mengesahkan bahawa dia sudah pulih selepas menjalani rawatan dan melakukan fisioterapi sepanjang tempoh rehat yang dilaluinya. Dia juga menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk diturunkan dan memberi jaminan akan pulih sepenuhnya menjelang pusingan akhir saingan Piala Dunia di Afrika Selatan jun nanti.

Syukurlah Rooney dah sembuh. Buat. Kalau tak, memang england akan berhadapan dengan masalah. Rasanya peminat England dah boleh tersenyum lebar dengan berita ni. :D

p/s aku peminat setia Brazil :D