Korang setuju tak kalau aku katakan perempuan dan lelaki ni sama saja?
Namun disebalik kesamarataan terebut, perempuan lebih emosional dan lebih bersikap tertutup dan pemalu, tak seperti lelaki.
Dan sebut pasal pemalu ni, sebenarnya keinginan perempuan sama saja dengan lelaki, kecuali dari segi dalaman la kan? Betul tak? Dan aku setuju juga kalau kata perempuan ni pemalu berbanding lelaki.
Namun, apa yang aku baca dalam akhbar kosmo, 1 mei 2010, seorang askar wanita Ausralia didakwa meraba rakan-rakan lelakinya. Wah, ni kes apa ni main raba-raba? Tapi kejadian raba-raba tersebut berlaku selepas perempuan tu minum arak dan mabuk, menyebabkan dia berkelakuan tidak senonoh.
Ooo, patutlah jadi macam tu kan, rupanya mabuk pula. Hah, tulah, ada orang kata arak tu kencing setan. Lepas minum, buat benda bodoh entah apa. Dah jadi macam setan.