Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Pengantin Berharga RM2 juta

Rasanya semua kenal dengan Amber Chia kan, supermodel dari Malaysia. Dan rasanya semua pun dah tahu bahawa si Amber Chia ni dah berkhawin beberapa minggu yang lalu (Aku dah tak ingat masa yang betul). Mungkin Ramai yang tak tahu, tapi ramai juga yang tahu tentang perkhawinan dia ni kan?

Dan tahu tak korang semua, si Amber ni berharga RM2 juta!? haha, bukanlah bermaksud bahawa dia ni dibayar RM2 juta ok?

Semasa majlis resepsi Perkhawinan Amber Chia, dia mengenakan pakaian gaun hijau rekaan Khoon Hooi, perhiasan Rafflesia dan kasut rekaan Bill Keith, yang kesemuanya bernilai RM2 juta! Wah, mahal tu! Rasanya perkhawinan si AMber Chia ni menjadi perkhawinan yang termahal tahun 2010 kan. Pakaian saja dah RM2 juta, ditambah dengan benda lain lagi, tak ke berjuta-juta tu harganya?

Memang bertuah Amber Chia ni dapat husband yang kaya raya. Oh ya, korang semua mesti tertanya-tanya siapa husnband dia ni sebab semasa perkhawinan diorang di Bali hari tu, belum ada berita siapakah husband si Amber ni.


Nilah husband si Amber Chia iaitu Adrian Wong, rakan bisnes Amber Chia juga. Dikatakan diorang ni berjumpa pertama kali semasa konsert Andy Lau. Bagi korang,  Padan tak?

Tapi rasanya tak siapa hairan kalau dia berkhawin harga berjuta-juta. Dah namanya supermodel, bukan calang-calang orangnya kan?