Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

Tahap Kemalasan Yang Melampau

Tiap orang ada sifat malas yang tersendiri. Serajin manapun seseorang itu, sampai pada satu tahap, dia tetap akan menunjukkan sedikit sifat malas. Aku pun sama juga. Kadang tu rajin nak mampus. Sampai satu tahap kemalasan melanda, aku jadi malas sangat sampai makan pun malas! Korang pernah ke macam tu? Tahap kemalasan yang melampaui batasan.

Hari ni aku nak tunjuk sikit gambar orang yang menunjukkan tahap kemalasan yang melampaui batasan. Jom tengok kenapa aku cakap tahap kemalasan melampaui batasan.

Tengok tu, semua orang berebut nak naik tangga bergerak tu sampai sesak jadinya. Padahal tangga tu kosong saja tak ada orang nak lalu. Sikap maam ni bukan sikap malas ke? Nak yang senang saja kan?

Yang ni sampai malas nak pegang tali anjing tu sampai nak kena ikat pada kereta? Baik bawa masuk je dalam kereta kan? Kalau kita memanglah tak boleh, tapi yang ni mat salleh, tak boleh ke malas?

Haha, nilah tahap kemalasan yang melampaui batasan. Buang air pun nak duduk atas kerusi? Apa hal ni? Kalau cacat, aku tak heranlah. Yang ni, cacat ke bro?

Semakin maju dunia kita ni, manusia semua semakin malas. Semua nak kerja jadi senang saja. Termasuk akulah sendiri kan. Cuba korang fikir, kenapa kereta dicipta? kenapa Lif dicipta? Kenapa Tangga bergerak dicipta?

Weird

Speaking the truth, i actually like pictures. You can tell it from some of my previous post  if you read my blog. Yeah, and i really like collecting weird pictures from around the world. Some of it makes me feel funny and some of it, makes me say "oh man, what is this"?

Here, some of my weird picture collection which i grab from the internet thanks to Mr Google for this pictures. i really enjoy it even though some of it makes me speechless. So, enjoy the pictures guys.


" man, do you really like to kiss people's a**"?
what would you think?



Look like your eyes are going to blow up!
People might think this person is crazy!



Actually i prefer being a women, but what to do. I was born as a man.



Oh man..



I miss her so much! really

How do i say it. They are weird people! Do what you want to do but do something that people can accept it, ok? So, what do you guys think?

Hidup Ini Hanya Sementara

Sebelum memulakan bicara, rasanya semua tahu tentang pemergian seorang sahabat blogger beberapa hari yang lalu. Walaupun aku tak kenal siapa dia, tapi aku terasa kesedihannya juga. Dia ada dikalangan kita, sebagai seorang blogger. Dah macam sebuah keluarga besar, walaupun di alam maya sahaja.

Berbagai entri ditulis, pelbagai kata diluahkan untuk mengungkapkan bagaimana kita telah kehilangan seorang insan yang baik. Walaupun tak kenal dengan arwah Hisham, namun entri tetap ditulis untuk mengenang beliau. Inilah terjadi pada insan yang baik, orang tetap akan kenang walaupun selepas pemegian.

Pada kita yang masih berpijak dialam nyata ini, ingatlah hidup ni hanya sementara. Jangan cuba cari musuh tapi berusaha untuk cari kawan, mudah-mudahan apabila tiba masa kita pula yang pergi, orang takkan mencebik bibir dan berkata "itu musuh aku"

Tapi berkata "dia seorang yang baik" lalu mendoakan kita. Itu lebih baik bukan?

Fikirkanlah.

Pak Cik Pengawal Yang Baik Hati

Apa pandangan korang terhadap pengawal?

Aku rasa tanggungjawab sebagai seorang pengawal sangat berat. Dari nama saja dah tau memang berat kan. Diorang mesti kawal keselamatan tempat dimana diorang bertugas. Kalau tak, mesti dipersalahkan kalau-kalau terjadi apa-apa.

 
Ok, aku nak ceritakan seorang pengawal ni yang berkerja dekat sebuah bank. Bank apa korang tak payah la nak tau ok? :D

So, pagi tadi, aku pergilah bank ni dengan hajat nak keluarkan duit. Biasalakan student, memang tak berduit. Kalau ada duit sikit dalam bank ke tabung buluh ke, mau saja dikorek semua buat belanja harian.

So, balik dengan pakcik pengawal tadi, Masa aku masuk saja dalam bank tu, pakcik tu dah tanya aku, "adik nak urus apa?" Dengan senyuman biarpun gigi depannya takde. :D

So, aku bagitaulah nak bagi keluar duit. Lepas tu pakcik tu siap bagi tunjuk jalan dan borang mana patut aku isi. Padahal, aku dah memang biasa pun keluarkan duit tu. Dalam hati aku kata "pakcik, aku dah biasa pakcik. Jangan risau"


Lepas tu, pakcik tu kata lagi, "nanti dah siap isi borang, saya bagi nombor giliran ok?" Aku mengiyakan je, sambil dalam hati "yalah pakcik, aku tau"

Tapi bila fikir balik, baiknya pakcik tu. Siap hulur senyuman lagi kat aku. Bukan macam orang lain yang kadang nak tengok pun tak. buat muka sombong adalah. cis! nasib tak hulur duit. hehe

Bersyukur lak aku bila aku fikir balik benda tu. Cuba bayangkan kalau aku berurusan untuk kali pertama, tak ke gelabah jadinya pasal tak tau apa-apa. tapi dengan adanya pakcik tu, kalau baru sekalipun, rasanya tak ada masalah nak berurusan. Mesra sangat pakcik tu tadi.

Betapa baiknya kalau semua rakyat Malaysia macam Pakcik tadi tu.

Terima kasih Pakcik!