Kecewa Kekalahan Malaysia Keatas china

Sebenarnya hari tu, aku teringin sangat nak menonton perlawanan Malaysia dengan China dalam merebut piala Thomas. Tapi hajat tak kesampaian sebab masih duduk kat kolej, so takde tv. Tapi aku masih dapat mengikuti keputusan perlawanan tersebut dari beberapa blogger yang update mengenai perlawanan itu, seperti si jard.

Aku amat yakin tahun ni, Piala Thomas akan jadi milik negara, namun keyakinan tu hanya mainan perasaan saja. Kalah pula dengan China di peringkat separuh akhir. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi. Pemain negara dah buat yang terbaik, so anggap sajalah rezeki bukan untuk negara.

Tapi kenapa eh negara boleh senang-senang saja kalah dengan China? Straight kalah pula tu? Datuk Lee Chong Wei yang bergelar juara dunia pada ketika ini pun tidak dapat menyaingi rentak Lin Dan. Aku ingatkan strategy negara nak Datuk Lee Chong Wei kalah kat Lin Dan.

Tapi sepanjang aku menonton perlawanan yang melibatkan pemain negara, ada beberapa faktor yang menyebabkan kelahan mereka pada pandangan akulah. Meh aku list di bawah ni
1. Pemain Negara mudah Demotivated
Ini terjadi bila dah ketingalan. Bila dah ketinggalan, macam diorang dah takde semangat nak kejar balik. kadang-kadang itu yang berlaku dari pemerhatian akulah.
2. Tidak Dapat mengawal perasaan
Memang apabila berada dalam gelanggang, tidak dinafikan bahawa tekanan yang dihadapi memang hebat. Apatah lagi kalau dah jadi pemain harapan. Kalau dilihat dari pemain negara kita, mereka kadang-kadang bermain dalam keadaan gugup apatah lagi bila terpaksa berhadapan dengan pemain yang hebat. Ini menyebabkan mereka akan melakukan bnayak kesilapan yang memberikan mata kepada pihak lawan.

Inilah dua sebab pada pandangan aku sangat memberi impak yang besar kepada para pemain. Bukan dalam sukan Badminton saja malahan keseluruhan sukan, rata-rata pemain negara aku tengok ada masalah ni. So, rasanya kalau nak lebih berjaya lagi, haruslah cari jalan bagaimana nak atasi masalah ni.

4 comments:

  1. time dorg latihan..bg dorg presure...bru dorg besa ..

    ReplyDelete
  2. nasib baik lin dan encem! ngeee^^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab sudi jadi pengomen (^_^) tHiNk HaPpY tHoUgHts ®. Selalu2 la komen ea..hehehe(≧◡≦)

    HADIAH UNTUK ANDA KLIK SINI

    ReplyDelete
  4. betul2..
    LCW kalah je, terus semua yang lain down..
    langsung x melawan.
    hoho~

    x de rezeki kali ni.

    ReplyDelete