Showing posts with label Amber Chia. Show all posts
Showing posts with label Amber Chia. Show all posts

Amber Chia Dah Dapat Baby, Baru Korang Nak Cari Siapa Husband Dia

Dah ramai kan orang dok cerita pasal Amber Cia bersalin hari tu. Nampaknya si Amber Chia dan husband dia, Adrian Wong pun dah bergelar mama dan papa. hihihi. Menurut sumber, baby diorang ni mirip bapanya, Adrian Wong. Mesti comel gitu baby diorang. ehehe. Meh tengok jap gambar baby Amber Chia dan husbandnya, Adrian Wong.


Bila dah besar, kulit dia ni putih melepak, sebab kata orang kalau bayi yang baru lahir kulit warna merah mesti bila dah besar, kulit diorang putih. Kalau warna putih pula mesti jadi gelap bila dah besar. Tapi aku tak tahu la pula betul ke tak. Ni kata orang, bukan aku. hehe

Balik pada tajuk, bila si Amber bersalin, tiba-tiba saja orang nak cari siapa husband si Amber Chia ni. Masa diorang kahwin dulu, tiada pula. Entri pun dah lama ditulis, beberapa bulan yang lalu lagi.

keyword yang masuk blog ni

Tengok kat atas, itulah keyword yang masuk blog ni sejak amber Chia melahirkan anak hari tu. Padahal amber Chia dan si Adrian Wong dah lama pun berkhawin, dah berapa bulan dah. Keyword ni mesti datang dari entri Pengantin Berharga RM2 Juta ni. Ke diorang ni tak up to date? hihi Baby dah keluar, baru nak cari siapa bapa baby tu ye. Kesian kat Amber. haha

Apapun tahniah diucapkan kepada Amber dan suami, Adrian sebab dah jadi ibu bapa. :)
p/s Bila pula turn aku nak kawen nih!


Pengantin Berharga RM2 juta

Rasanya semua kenal dengan Amber Chia kan, supermodel dari Malaysia. Dan rasanya semua pun dah tahu bahawa si Amber Chia ni dah berkhawin beberapa minggu yang lalu (Aku dah tak ingat masa yang betul). Mungkin Ramai yang tak tahu, tapi ramai juga yang tahu tentang perkhawinan dia ni kan?

Dan tahu tak korang semua, si Amber ni berharga RM2 juta!? haha, bukanlah bermaksud bahawa dia ni dibayar RM2 juta ok?

Semasa majlis resepsi Perkhawinan Amber Chia, dia mengenakan pakaian gaun hijau rekaan Khoon Hooi, perhiasan Rafflesia dan kasut rekaan Bill Keith, yang kesemuanya bernilai RM2 juta! Wah, mahal tu! Rasanya perkhawinan si AMber Chia ni menjadi perkhawinan yang termahal tahun 2010 kan. Pakaian saja dah RM2 juta, ditambah dengan benda lain lagi, tak ke berjuta-juta tu harganya?

Memang bertuah Amber Chia ni dapat husband yang kaya raya. Oh ya, korang semua mesti tertanya-tanya siapa husnband dia ni sebab semasa perkhawinan diorang di Bali hari tu, belum ada berita siapakah husband si Amber ni.


Nilah husband si Amber Chia iaitu Adrian Wong, rakan bisnes Amber Chia juga. Dikatakan diorang ni berjumpa pertama kali semasa konsert Andy Lau. Bagi korang,  Padan tak?

Tapi rasanya tak siapa hairan kalau dia berkhawin harga berjuta-juta. Dah namanya supermodel, bukan calang-calang orangnya kan?