Bosan!

Cuti dah beberapa hari bermula. Pada mulanya memang aku cakap, "yeah, dah cuti"!

Gembira bukan main, dapatlah aku berehat dirumah makan dan tidur puas-puas. Itu perancangan awal la kan. Tapi sekarang baru beberapa hari bercuti, aku dah rasa bosan semacam. Kan dah biasa tiap hari bangun awal nak pergi kelas. Tapi sekarang, tiap hari bangun lewat. Kerja kalau bukan makan, tidur. Lepas tu menghadap internet 24jam.haha. Bosannya!

Dulu tiap hari aku ada kelas jam8 pagi. Paling lewat pun jam10 pagi. Sekarang dah tak macam tu. Pelik pula rasanya. Bila dah biasa buat satu benda tu dan pada satu tahap, kita terpaksa berhenti melakukannya. I felt like im missing them. My friend. My class. Semua. :(

Hari ni, demi mengelakkan keboringan tu, aku nak keluar kejaplah. Jalan-jalan cuci mata. haha. nanti kalau aku duduk terperuk je, kena penyakit sindrom boring. haha

Nanti aku terpaksa buat sesuatu untuk menghilangkan sindrom kebosanan ni. Nanti aku nak berkebunlah, tanam sayur. haha. Boleh jual dan dapat sumber sayur segar. Tak payah nak beli sayur kat pasar yang tidak terjamin kualiti tu. yalah kan, manatau pengusaha tu sembur racun lebih-lebih. Nak dapat hasil yang banyak. So siapa nak tolong aku? Kita berkebun di farmville. hahaha

~Life is like a book. There are many chapter that we need to go trough.

p/s: Entri yang merapu entah apa

10 comments:

  1. tak reti berkebun
    especially kat farmville

    With Love,
    HazzySuperb

    ReplyDelete
  2. aha bosanla dok umah..
    aku biasanya akan jln2 cuci mata gak...
    keluar sorg pon jdla..

    ReplyDelete
  3. he he he he..

    jalan2 cuci mata lah..

    aku kalau cuti panjang aku ska jalan2 sorang2 n tgk dan ambil gambar gelagat manusia

    ReplyDelete
  4. Kyuubi, sebab ko selalu dtg komen kat blog aku..ni aku nk tag jugak..link ada kat shoutbox..

    ReplyDelete
  5. betul tu!!!
    kalo cuti terlalu lama agak memboringkan..
    hehehee

    ReplyDelete
  6. bosan eh? jom bowling jom! hahahaha :D

    ReplyDelete
  7. Aku cadangkan ko keje part time. Cari pengalaman. Bole perkasakan soft skills ko. :)

    ReplyDelete