Dalam dunia yang serba moden dan canggih ni, macam-macam boleh barlaku kan? Perkara yang kita tidak pernah jangka juga mungkin berlaku.
Aku baru je selesai membaca sebuah novel bertajuk "Here She Lies" beberapa hari yang lalu. Novel ni mengisahkan bagaimana seorang wanita tu dicuri identitinya oleh seorang yang lain hinggakan dia ditangkap oleh FBI kerana dipercayai melakukan jenayah yang dia sendiri tak pernah buat. Menarik kan?
Bercakap mengenai kecurian identiti, aku sendiri sebenarnya tak tahu sangat benda ni. Tapi selepas membaca novel ni, aku berfikir boleh ke bneda ni terjadi? Ke dalam novel je. Apa yang ditulis dalam novel tu kata, kesan idendity thief atau kecurian identitit tersebut boleh berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Wah memang bahaya benda ni. Kalau kena memang payah la hidup.
Aku teringat kes, beberapa tahun yang lalu yang aku rasakan kesan dari pencuri identiti ni. Ada satu kes seorang lelaki di tempat aku di Sabah tiba-tiba menerima saman lalulintas dari Pulau Pinang sedangkan dia tak pernah datang ke sana. Pelik kan? dan ada beberapa kes lagi juga membabitkan identiti orang lain yang digunakan seperti semasa pilihanraya.
Bahaya kan? So demi mengelakkan kejadian ni berlaku ke atas kita, elakkan kehilangan dokumen diri seperti kad pengenalan, lesen kereta kad bank atau dokumen diri yang lain. Dan kalau berlaku keatas korang, sila laporkan dengan segera kepada pihak yang berkenaan, manalah tau orang akan menyalahgunakan identiti kita pula untuk kegunaan jahat kan?
So, beringat sebelum kena, kalau kena kan susah :D
hmmmm macam2 kan. yang jenis ni ialah tak puas hati dengan identiti sendiri sebab tu le nak jugak curik orang punya....
ReplyDeleteJom Makan Spaghetti
penah tgk kt CSI,
ReplyDeletedisebabkan kecewa dgn sorang pompuan
dia sgup jual identiti dia sendiri
hai...
ReplyDeleteakak cuma takut bila orang reka cerita lepas tue ada yang try nak buat betul2..
Bahaya tu. Tapi yg berisiko orang yg terkenal takpun ahli politik. Kalau ada orang nak curi identiti aku, aku ok je. Janji dia bayar aku billon pound sterlling. Muahahaha.
ReplyDeletememang bahaya ni.. kalau ada hilang ic cpat2 g report..takut nanti jadi kes cmni
ReplyDelete