Alahai, apa nak jadi la dengan dunia kita sekarang ni. macam-macam benda pelik terjadi. Hari tu masa baca berita online, aku terjumpa berita tentang Bayi berkepala dua. Kali ni pula ada berita pelik lelaki cium Ayam!!?? Apa dah jadi ni main cium-cium ayam? Kalau ya pun cium la girlfriend ka boyfriend korang ke kan? Masuk akal juga, ni cium ayam? uuuweeekk!!
Gambar lelaki tersebut bergurau senda dengan ayam tu
Dah cukup, korang jangan muntah kat blog aku ni... jom baca berita ni... :D
NEW YORK - Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.
Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.
"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.
Menurutnya, lelaki itu tidak mengendahkan penumpang lain yang berada di dalam tren tersebut.
Beberapa penumpang yang melihat gelagat lelaki itu turut ketawa.
Kaiser berkata, penampilan lelaki itu menunjukkan dia seperti tidak mempunyai rumah kerana terdapat kereta sorong beli-belah dipenuhi tin minuman di sebelahnya.
*Petikan berita dan gambar dari Kosmo!!
p/s Keadaan dunia sekarang ni membuatkan aku bingung sebingung-bingungnya...
p/s/s korang jangan hairan ya, aku memang suka benda yang pelik-pelik... :D
p/s Keadaan dunia sekarang ni membuatkan aku bingung sebingung-bingungnya...
p/s/s korang jangan hairan ya, aku memang suka benda yang pelik-pelik... :D