Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

ubipanas.com Tak Famous Macam Kim Kardashian Yang Dapat 4 Juta Like Di Facebook


kadang-kadang best juga baca tweet artis-artis popular ni kan? Tadi jenguk-jenguk tweet artis-artis popular, terbaca tweet seorang aktress popular Hollywood, Kim Kardashian.


Popular yang amat sangat! Kim kardashian dapat lebih 4 juta like di facebook fan page dia ni. Adakah korang salah 1 dari diorang yang like fan page si kim ni? lagipun siapa tak minat dan tak kenal dia kan? aktress yang cantik dan hot!

 

Dah ada 4 juta lebih yang tekan like facebook fanpage Kim Kardashian ni. Mungkin dalam sebulan dua lagi, sampailah 5 juta tu.

[ Gambar ]

Cantik tak? Inilah Kim Kardhasian kalau korang tak kenal. Yang ni gambar jadi budak baik. Aku tak nak letak gambar yang "terlebih baik". Nanti ada yang muntah darah tengok gambar dia ni. Kalau tak pun hidung berdarah. Sebab panas! Hot! Betul tak Abang Hans?

Sebenarnya namanya mulai dikenali ramai disebabkan oleh rakaman aksi hubungan seks Kim Kardashian dengan teman lelakinya, Ray J. Ala macam Parish Hilton dulu tu. Ingat lagi tak? One Night In Paris.

Kalaulah blog ubipanas.com ni famous macam si kim. Sampai pada saat ini, usia blog ubipanas.com ni sudahpun mencapai usia setahun lebih. Tinggal lagi 7 bulan, genaplah 2 tahun usia blog ubipanas.com ni. Tapi usia bukan penentu kejayaan dan kepopularan.

Inilah jumlah pelawat blog ubipanas.com dalam sehari

Kim Kardashian buat sex tape jadi famous. Parish Hilton pun sama. So, kalau penulis ubipanas.com nak buat macam diorang boleh dapat 4 juta pengunjung ke sehari? Atau dapat 4 juta makian sehari? Haha

Siapa yang nak follow twitter dan facebook kim boleh la korang tambah peminat dia supaya jadi 5 juta;


Dan siapa-siapa yang nak follow facebook dan twitter ubipanas.com amatlah dialu-alukan :)



p/s: Mungkin boleh jadi famous kot buat macam diorang ni :)


Cara Letak Facebook Share Button Dalam Blogspot Blog


Tidak dinafikan facebook adalah laman sosial yang paling terkenal buat masa ni biarpun ada ura-ura yang mengatakan yang facebook bakal ditutup tahun ni. Dan dengan kepopularannya, kita boleh menggunakan facebook untuk meningkatkan trafik blog atau website dengan menggunakan fungsi share button.

Tutorial kali ni adalah cara bagaimana untuk meletak facebook share button dalam blogspot blog. Tutorial cara meletak facebook share button ni hanya untuk blogspot sahaja. Untuk twitter pula, anda boleh pergi ke laman tutorial cara meletak twitter button dalam blogspot blog.

Ok, untuk tutorial meletak facebook share button, sila ikut langkah berikut.

1. Sila login ke Dashbord blospot blog
2. Pergi ke tab design dan seterusnya Edit HTML
3. Tick pada "Expand Widget Templates" Checkbox

Bahagian yang paling penting adalah untuk menjejaki kod HTML dalam template blog korang. Untuk mencari kod ini, sila tekan cltr+f dan cari kod dibawah;

<div class='post-body entry-content'>

Atau ini

<data:post.body/> 

Atau ini

<div class='post-footer'>

Selepas korang jumpa kod di atas, sila salin kod dibawah;

<div style='float:left;padding:4px;'>
<script>var facebook = {
url : "<data:post.url/>"
buttonType : "box_count"
}</script> <script
src="http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/facebook.js">
</script>

Untuk memilih style button yang korang suka, sila tukar kod berwarna merah diatas kepada kod dibawah mengikut style button yang korang suka.

box_count

button_count

 Selepas itu, paste kod diatas sebelum kod,

<div class='post-body entry-content'>

Untuk mendapat hasil seperti dalam blog blogger 20 sen ni.

Kalau korang nak button tersebut berada di bawah blog post, sila paste kod tersebut selepas kod

<data:post.body/>

Atau selepas kod,
<div class='post-footer'>

Korang boleh cuba semua kedudukan facebook share button ni dan pilih mana satu yang berkenan di hati.

Sebagai ingatan, sila backup template korang terlebih dahulu untuk mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi pada blog korang. Sebarang pertanyaan sila ajukan dalam bahagian komen.

++Hasil dari tutorial ini mungkin sedikit berbeza mengikut template yang korang guna.


Facebook Akan Ditutup Bermula 15 March 2011


Mungkin ini adalah berita yang akan mengemparkan seluruh dunia dan menakutkan bagi semua pengguna yang gila facebook. Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa facebook akan ditutup bermula 15 March 2011!

Menurut laporan Kosmo Online, Laman sosial paling terkenal, facebook akan ditutup bermula pada 15 Mac 2011, 3 bulan dari sekarang. Berita ini turut disokong oleh sebuah akhbar online, Weekly World News dalam 1 laporan menyebut Facebook will end on march 15.


Dalam Akhbar berkenaan, pengasas facebook, Mark Zuckerberg dipetik sebagai berkata,

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Naib presiden perhubungan teknikal facebook juga dipetik sebagai berkata,

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Kenyataan diorang ni seperti menyokong khabar angin tersebut. Namun sebuah akhbar online pula melaporkan perkara yang berbeza. International Business Times dalam 1 laporannya pula menyebut bahawa Penutupan facebook yang digembar gemburkan hanyalah khabar angin.

Jadi apa pula pendapat korang dengan khabar angin ni? Facebook sudahpun mencatat sejarah tersendiri dan menempah kejayaan, adakah diorang tiba-tiba pula nak tutup sedangkan duit tengah mengalir masuk poket diorang?

Apapun yang berlaku, mari kita nantikan 15 march 2011 dan kita tengok apa yang akan berlaku. Tapi, sebagai persediaan, korang download semua gambar kesayangan korang dari facebook. Manalah tahu kan berita ni betul.

Facebook Virus?!


Setuju tak kalau aku cakap setiap benda ada saja kelemahannya. Biar benda tu hebat ke tak, terkenal atau tidak. Dan setiap benda yang hebat atau terkenal pasti ada saja orang nak jatuhkan diorang ni. Tak kiralah apa cara sekalipun.

Petang tadi, masa aku dok online facebook, tanpa disangka ada seorang friend postkan some link kat wall aku. So disebabkan perasaan ingin tahu aku sebagai seorang manusia biasa, aku terus terjah link tu. And you know what happen?

At that moment, that link automatically use my facebook profile to comment on my friends wall! Aku takde pun lawat wall diorang atau komen kat wall diorang. Apalagi nak postkan link tu kat wall diorang kan? Ini, tiba-tiba pula aku komen kat wall orang dan postkan link tu!

That link look like this apps[dot]facebook[dot]com/imaginedat/. Dan masa aku click link tu, takde pun application facebook. Yang ada cuma satu page yang paparkan iklan bidvertiser! And i think the admin of that page use this kind of tactic to increase their traffic just to increase the ads revenue!

So kalau korang jumpa link tu, jangan korang klik link tu. Kata seorang member aku, link tu is somekind of facebook virus. Aku tak tau sejauh mana kebenaran benda tu adalah facebook virus. Tapi kalau dah ko klik dan dia sendiri sebarkan dirinya, tu macam style worm virus kan?

Facebook ni dah terkenal yang amat, so tak hairan lah org buat macam-macam untuk jatuhkan atau nak ambil kesempatan dari diorang ni.

Facebook Kalahkan Google?

Sekarang, sebut saja facebook, mesti semua orang tau benda ni. Tipulah kalau tak tau. Walaupun korang tak main facebook, tapi pasti tau apa itu facebook. Begitu kuat sekali  nama ni sampaikan budak kecil pun tau kan.


Dan kali  ni, facebook menunjukkan penguasaannya di US apabila mendahului enjin carian terkenal Google dalam senarai penggunaan pengunjung laman web. Pengunjung laman web kini menghabiskan lebih banyak masa bersosial di laman facebook daripada mencari maklumat menggunakan enjin carian Google.

Kalau di Malaysia, tak tahulah pula sejauh mana kekuatan facebook ni, tapi rasanya pengaruh tetap kuat. Apapun, pandai-pandailah kita menggunakan kemudahan yang ada, jangan sampai memudaratkan pula. Gunakan demi kebaikan. Kalau facebook tiba-tiba je ditutup, korang rasa apa akan terjadi?

Dulu, era friendster. Sekarang era facebook. Lepas ni apa pula?

Source, The Star

Demi Gengblogger, Aku buka Facebook

Boleh tak aku cakap demi Gengblogger aku buka facebook?


Kalau korang nak tahu, sebenarnya dulu, aku tak pernah teringin nak buka akaun Facebook walaubagaimana Famous pun facebook tu. Semua sibuk member cerita pasal facebook, mafia Wars la, Farmville dan macam-macam lagi. tapi hati ini tak pernah goyah nak buka akaun facebook.

Aku terfikir, buat apalah aku nak buka akaun facebook tu? Macam dulu-dulu masa friendster tu laris sangat, aku pernah gila dengan friendster. Tapi tak sampai setahun aku dah bosan. Dah bertahun aku tak cek akaun friendster tu hingga ke saat ini.

Tapi niat nak buka facebook tu bermula apabila banyak blog sibuk cerita pasal gengblogger. Bestlah, nal cari kawanlah dan yang paling ramai kata traffic  mencurah-curah macam hujan. Aku nak juga try benda ni. Yalah kan, blog budak hingusan ingin tampil ke dunia, perlu ada platform untuk melonjakkan nama blog.
 Dia ni pun stress sebab tak dapat login Gengblogger

Tapi bila aku buka gengblogger tu, hanya satu yang aku jumpa. Facebook login. aku pelik, puas aku geledah muka depan Gengblogger punya web tu aku tak jumpa satu benda apa pun nak login kecuali facebook login tu. Kecewa hatiku. Dahlah tak minat dengan facebook, nak kena login guna facebook pula.

Tapi sebab nak sangat join Gb ni, lepas beberapa minggu aku putuskan nak buka akaun facebook. barulah aku dapat login gengblogger tu. Kalau tak, sampai sekarang aku takkan pernah join gengblogger ni. Dan syukurlah, dapat la juga traffic sikit dari gengblogger ni dalam 10 unique visitor sehari. ok la kan daripada takde :D

Sebab tulah aku ada akaun facebook dan dapat join gengblogger ni :D

So, pada siapa-siapa yang belum join gengblogger ni, jom ramai-ramai join. Boleh jumpa ramai blogger kat sana. Kalau nak, korang klik je banner gengblogger tu. Aku copy paste je, malas nak buat. ehehe.

Dan siapa-siapa yang sudi juga dipersilakan untuk add aku dalam facebook ye? :D Klik je gambar facebook dalam sidebar tu :D

Berkawan biar seribu.

Penangan FACEBOOK

Siapa yang tak kenal dengan FACEBOOK? Saya rasa tak ada siapa yang tak kenal facebook ni betul tak. Facebook ni dah jadi satu fenomena, semua orang barcakap mengenai facebook. Hanya mereka tak tak pernah kenal internet saja yang tak pernah kenal dengan Facebook.


Aura facebook ni dengan cepatnya tersebar. laku sangat, macam pisang panas. memang Founder facebook ni hebatlah, sampai ianya menjadi satu fenomena.


Hari ini, ada seorang Timbalan Menteri datang melawat datang melawat kami, dan kamu nak tahu? Dia kata, "siapa yang nak add saya dalam facebook, silakan".

Inilah penangan facebook!!! Sampai menteri, even Perdana Menteri pun ada facebook!!! even Barack Obama pun ada facebook!! wah, inilah penangan facebook, pemimpin pun nak ada facebook juga.


Ini yang menyebabkan saya berfikir, Facebook ni macam satu ancaman kepada kita. Seperti ada sesuatu dengan facebook ni, sesuatu yang kita tak nampak.


Saya terdengar beberapa cerita tentang pekerja yang tak datang kerja semata-mata nak main game dalam facebook tu, nak jaga ladang la, nak jaga kedai lah. Macam-macam. gila tak? Hanya kerana facebook, sanggup tak pergi kerja?? Apa cerita ni wei..

Jadi, kepada yang berFacebook, berhati-hatilah kamu ya. Tak salah juga nak join benda ni, tapi biarla berpada-pada. Kalau sampai tak pergi kerja tu, dah teruk tu. Tak Patut berlaku, kita ada semua tu supaya senang berhubung dan cari kawan, bukan untuk kamu sampai tak pergi kerja atau tak pergi kelas.

Dan kalau kamu nak aktif dalam social network, lebih baik aktif dengan Friendster. Sebabnya,syarikat Malaysia sendiri ada kepentingan dalam friendster tu, jadi sokong la syarikat malaysia. Facebook ni dari luar negara. ok?