Malang betul nasib aku hari ni... huhuhu
Korang pernah tak beli makanan, tapi bila bungkusan makanan dibuka, tak ada pula isinya??
Kelmarin sebenarnya aku pulang rumah nak ambil buku-buku rujukan, lagipun kuliah dah mula...
Tapi buku yang aku perlukan masih ada di rumah, so aku pulang la nak ambil...
Nak dijadikan cerita, pagi tadi aku kembali ke kolej...
Kerana Girlfriend aku minta belikan KFC, aku singgah la restoran kfc nak belikan dia...
Lagipun aku mengidam nak makan Zinger burger juga...
Masa order makanan, aku tengok cashier tu pakai Kad Training, tahu la aku yang dia ni baru nak berlatih.. So aku sebut jelas-jelas apa yang aku pesan..
Ni perbualan aku masa nak order...
Cashier : Selamat pagi dan selamat datang ke kfc, makan sini atau take away?
Aku : Ya selamat pagi, take away..
Cashier : pesan apa?
Aku : 1 X-meal deluxe..
Cashier : spicy or original?
Aku : saya mahu spicy.. dan 1 snack plate, spicy .. tak nak minuman..
Cahsier tu pun bagitahula aku harganya.. Tapi pastu aku minta nak tambah cheesy wedges...
cashier itu pun tekan-tekan sesuatu pada cash machine dan pack semua pesanan aku tadi..
Aku pun mula la berkhayal macamana aku nak melahap burger kegemaran aku tu nanti... :D
Selepas siap pack semua, cashier tu pun meletakkan pesanan aku tadi sambil aku membayar harga semua makanan aku pesan tadi..
Dengan hati yang berbunga, aku macam tak sabar nak melahap makanan aku tu.. Tapi aku sabar je..
Sampai je aku di kolej, aku bawa la girlfriend aku makan di kafeteria...
Dalam hati aku, aku dah tak sabar nak makan.. Tambahan pula aku lapar masa tu...
Bila aku keluarkan kotak X-meal yang aku pesan tadi, aku pelik sebab kotak tu kempis..macam tak ada isi..
Bila aku buka saja kotak tu, aku terkejut kerana burger yang patut ada dalam x-meal set tu tak ada... huhu..kecewanya hatiku...
Ku hanya mampu berkhayal nak melahap burger tapi realitynya aku tak dapat makan... yang ada hanya seketul ayam dan kentang goreng... huhuhu....
Kalau burger aku tedi lambat siap, biasanya mereka akan bagi nombor dan minta tunggu sebentar... Tapi ni tak pula aku diberitahu untuk tunggu...
Tapi tak apala, mungkin salah aku juga, tak check makanan aku tadi... Lagipun cashier tadi pun masih trainer je...
Nasihat aku la, kalau nak beli bungus makanan, lebih baik periksa dulu..
Nanti karang, terpaksa makan kotak dan plastiknya je la.... isinya lupa nak dimasukkan...
apasal ko tak gi tuntut balik..
ReplyDeleterugi oh.
dah balik kolej... jauh pula tu.. xpa la... rezeki ku bukan ari ni...
ReplyDeletehaha... sian oo... tapi btl la ckp zack tu... rugi jg oo if tak tuntut..
ReplyDeletetak pa la... dah rezeki dorang.. huhu.. nak buat mcmana kan..
ReplyDeletehaha...if gtu... halal kan je la...
ReplyDelete@ida, ya tula... halalkan je la... rezeki orang..
ReplyDelete