Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Pakcik Dan Makcik Bergaduh, Aku yang Takut

Pernah dengar tak peribahasa, Gajah Sama lembu bergaduh, Pelanduk mati di tengah-tengah?

Begitulah keadaan aku petang tadi. Masa tu Aku Pergi ke salah satu cafe kat kolej ni nak makan. Lapar punya pasal aku redah saja hujan petang tu nak isi perut ni.

Ni bukan gajah bergaduh, ni gajah nak mengawan

So, sampai tempat tu, keadaan aman dan tenteram. Aku masa tu punya semangat nak makan. Perut dah berkeroncong, tangan dah mengigil kerana kelaparan.

Baru je aku nak order makanan, tetiba saja makcik kat satu gerai tu berteriak diikuti pula dengan pakcik kat kedai sebelah. Dan diorang tak henti sahut menyahut. Dah tu makcik tu siap bawa batang besi lak tu.

Aku punyalah terkejut masa tu. Aku dengar diorang bergaduh pasal hal keluarga yang dah lama berlalu. Mungkin pihak yang satu lagi masih tak puas hati kot. Dan baru juga ku sedar rupanya pakcik jual nasi dan makcik jual air tu bersaudara. huhu

Mood aku nak makan terus hilang masa tu. Lapar dan tangan menggigil aku terus terhenti melihat adegan tu.

Kalau dah namanya keluarga, cubalah selesaikan sebaik mungkin. jangan simpan rasa dendam di hati. tak baik. Bukan untuk keluarga saja. Tapi semua orang.


Sebaik mungkin, singkirkan perasaan dendam di hati tu. Tu yang akan buatkan kita melakukan perkara yang nerdosa nanti. Kes bunuhlah, kes pukul orang lah.

Kalaulah tadi terjadinya kes pukul memukul tu, mesti diorang tak peduli apa nak jadi kan? Tapi cuba bayangkan, andainya seorang terbunuh dalam kes pukul pukul tu dan yang seorang lagi disabitkan kesalahan akibat mebunuh, tak ke tali gantung jawabnya?

Mesti masa tu rasa menyesal separuh mati orang kan? tapi benda dah terjadi, nak buat macamana kan?

Moral of the story, fikir dulu  sebelum mengambil tindakan dalam semua hal dan jangan ambil tindakan terburu-buru.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Makan Menggunakan Tangan Memalukan?

Aku nak Tanya korang semua ni. Makan Menggunakan tangan perbuatan yang memalukan ke? Kalau korang kata tak memalukan ok la. Tapi kalau korang kata ianya memalukan, Bagi aku sepuluh sebab kenapa ianya memalukan.

Bukan apa, Biasalah kan. Dalam Dunia ini ada saja manusia yang tak senang tengok orang kiri kanan. Ada saja yang tak kena di mata dorang tu. Bagi mereka ni, semua yang dorang lakukan betul. Cis!


 Baby comel yang tidak bersalah

Petang tadi, lepas aku habis kelas, seperti kebiasaannya aku bawa  gf aku pergi makan dekat satu cafĂ© di kampus aku ni. Gf aku ni jenis yang suka makan pakai tangan. Lebih nikmat makanan tu katanya. Lagipun, memang betulah, aku pun suka juga makan menggunakan tangan, so aku ok je la. Bukannya salah pun kan?

So, nak dijadikan cerita, adalah 2 orang girl makan di meja sebelah. Tapi aku tak ambil peduli pun. Dah gf sendiri depan mata, nak gatal tengok perempuan lain? Kang jadi pula biru mata hitamku. Haha

Masa tengah makan tu, perempuan di meja sebelah tu asyik tengok kat meja kami je. Aku pun heran la. Takan la nak mengurat aku? hensem sangatkah aku hari ni. Huhu. Tapi tiba-tiba aku dengar perempuan tu cakap dengan kawan dia “Memalukan”.  Dan kebetulan pula gf aku makan guna tangan je masa tu.

Ko tak pernah makan dengan tangan ke? Dah  kaya sangat sampai orang makan dengan tangan pun kau kata memalukan?

Cis, bedebah kau cik bedah. Nasib aku ni lelaki yang baik, kalau tak ku lempang baru tau. 

Aku Dan Member


Ahad yang lalu akhirnya dapat juga aku keluar dengan member dan memenuhi keinginan aku untuk menikmati nasi briyani. hehehehe...

Dah lama sebenarnya aku mengidam nak makan nasi briyani ni, cuma tiada kesempatan saja. Dah la hari tu nak keluar dengan gf aku pun terbatal disebabkan oleh hujan. Nasib juga hari ahad tu tak hujan, kalau tak, aduh..

Sebelum ni juga, aku pernah postkan pasal Resepi nasi Briyani kalau kamu berminat nak tahu tentang resepinya lah.. :D


 Ni la aku dan member Aku. Tengah tunggu makanan sampai.



Makanan Dah sampai!! Semua nak makan ni..

Selepas menjamu selera, aku dan member aku ni pergi lah jalan-jalan nak shopping. Masa nak shopping tu, ehh...





Ada Rusa ditangkap!! alahai, kesian rusa tu, nak kena masuk kandang dah... hehehe

Ni adalah perhiasan masa Perayaan Krismas Hari tu. sekarang ni dah nak masuk tahun baru cina pula, jadi nak buat perhiasan untuk tahun baru cina pula.

Memang best nagara kita ni kan, pelbagai kaum, berbilang bangsa dan agama. macam-macam perayaan ada, dan kita semua dapat meraihkannya bersama.

Jadi hargailah apa yang ada dan jangan kita hancurkan perpaduan yang negara kita ada sekarang ni.

Salam 1 Malaysia!!!