Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Orang Malaysia Kuat Makan gula??





Negara kita sejak akhir-akhir ni selalu saja manghadapi satu masalah iaitu kekurangan gula, atau secara simple,  gula habis.

Adakah masalah ini timbul akibat dari perbuatan orang-orang yang tidak berperikemanusiaan? Mereka yang nak mengaut keuntungan kerana pernah keluar dalam berita dimana banyak pihak yang menyorokkan gula hanya kerana mereka nak kerajaan naikkan harga gula.

Atau memang orang malaysia ni kuat makan gula ke?

Baru-baru ni, aku terkejut bukan main. Tak pernah lagi aku alami keadaan macam ni. Hari tu Aku pusing satu pekan tempat aku tinggal ni untuk cari gula pasir, tapi tak jumpa juga. Pemilik kedai yang aku tanya tu just bagitau aku gula habis. Ada juga kedai yang siap bagi notis depan kedai yang gula pasir dah habis dan tiada stok. Pasaraya besar seperti Giant Supermarket pun kehabisan gula??

Kalau macam ni la keadaannya, better kita kurangkan la makan gula ni. Sebenarnya gula ni bukannya baik sangat untuk kesihatan pun. Kan?

Rakyat di negara (Malaysia) ini dilaporkan mengambil 26 sudu teh gula sehari!!! Wah, ni dah lebih ni.. walhal, saranan hanyala 7 sudu teh gula sehari.

So, kepada semua, kurangkan la pengambilan gula ni. Lagipun gula dah naik harga lagi, boleh jimat sikit. Kepada mereka yang suka minum minuman ringan dan yang suka pesan minuman manis kat restoran, ANDA HARUS INGAT BAHAWA SETIAP TIN MINUMAN TU MENGANDUNGI 7 - 8 SUDU TEH!! banyaknya..

Lagipun, gula ni dikaitkan dengan banyak jenis penyakit termasuklah kanser, asma, alahan, diabetes (kencing manis), penyakit jantung, batu karang hempedu, masalah sistem imun, penyakit buah pinggang dan kesihatan mental yang lemah.

Fikir-fikirkan juga statistik 2009 yang menunjukkan 17 peratus daripada 27 penduduk Malaysia menderita diabetes. Diabetes boleh menghasilkan komplikasi iaitu buta, penyakit jantung, kegagalan renal (buah pinggang) dan strok (sakit ahmar)!

Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat negara ini mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. (wei, data betul ni. Aku petik dari laman web Jabatan kesihatan negeri kedah).

So, daripada kita merungut gula dah habis, atau tak cukup, lebih baik kita kurangkan pengambilan gula, bukan sahaja gula dah mahal sekarang ni, malahan ianya juga boleh mungurangkan risiko kita untuk menghidap penyakit.