Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tips Peperiksaan | Nak Berjaya Atau Tidak


Sempena musim peperiksaan di IPTA seluruh negara, Blogger 20 Sen membawakan tips Peperiksaan untuk semua. Ini adalah Tips Exam menurut member aku. Tidak diambil dari mana-mana sumber luar yang lain. Hanya Member aku. Bukan juga dari diri penulis. Sila jangan salahkan penulis Blogger 20 Sen. Dia Tidak bersalah.




Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penulis memohon agar semua pembaca untuk tidak mengamalkan tips berguna ini kerana dikhuatiri semua student akan lulus dengan cemerlang. Dan, penulis juga ingin memberi amaran bahawa tips ini tidak berkesan bagi kebanyakan orang. Hanya sesetengah kot yang mampu mengamalkan tips ni.

Sila jangan salahkan juga penulis atas sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Penulis tidak akan bertanggugjawab atas apa-apa kesan sampingan dari tips ni. Dan keberkesanannya juga turut diragui. sila jangan ambil perhatian.

p/s: Saja nak buat lawak sempena exam ni. Aku tekanan nak exam first paper ahad ni dan kecewa sebab nuffnang sponsored post yang terpaksa ditolak.


Bila Tijah Memutuskan Hubungan Cintanya

Siapa-siapa yang bernama Tijah jangan terasa. Ini hanyalah satu lagi kisah lucu yang aku nak kongsikan bersama untuk tatapan semua. Semoga lawak aku kali ni mampu membuatkan hari anda lebih ceria. Ianya kisah seorang perempuan bernama Tijah (bukan nama sebenar) yang ingin memutuskan perhubungan dengan kekasih Mat Salleh nya. Dan kisah seorang yang tidak pandai berbahasa English macam aku!


Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya...

Namun dia tidak sanggup bertemu muka, lalu dia mengutus sepucuk surat berbunyi begini..

Hi, my motive write this letter  is to give know you something.

I WAN TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.

i know i clap one hand only. Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself. You always ask for apology back back. I dont trust you again!! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. Now i know you corect corect play wood three. So i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. So, i break off to go far from here. i dont want you to play with my liver. i have been crying until no no eye water thinking about you. i dont want banana to fruit two times.. safe walk..

tijah

Kesian kat Tijah ye dipermainkan oleh kekasih Mat Salleh nya. hihi. Korang rasa, si Mat Salleh tu faham ke apa maksud surat ni?

p/s Risau juga kalau tiba-tiba aku pula yang tulis surat dalam bahasa English macam ni


Model Cantik Jatuh Masa Persembahan

Pecah perut aku masa aku tengok video model-model ni jatuh masa buat persembahan. Bukan apa, rasa lucu sangat. Hahaha. Meh tengok kejap, temankan aku gelak buat penawar hati yang lara. :D


Kesian kat diorang ni kan? :D Kalau aku kena macam ni, memang akan jadi perkara yang paling memalukan dalam sejarah hidup. Depan orang ramai pula tu.

Tapi tu la, Pengajarannya, semua orang kan buat silap juga, Kan? Tiada orang yang sempurna di dunia ni.

Kontez Dialog Kelakar






Dah lama aku tak update blog ni. Sekarang ni tengah sibuk dengan assignment nak kena submit. Dah tu tinggal seminggu je lagi exam, so tak ada masa sangat nak update. So ada masa ni, aku nak join dulu kontest kelakar si FIT ni. Hadiah pun best juga. Senang pula tu. :D Ok fit tengok gambar ko ni, kelakar tak? Aku ni takde bakat pun nak join Raja Lawak tu, huhu.


Dalam Hati : Ooooo, aduh tangan aku terbakar ni.. aduuuhhh.. (Buat muka selamba jap: Tapi,kenapa api dia ni pelik semacam je?) (Buat muka sakit balik : Aduuuhhh.. Tolong FIT...) 

Weh, korang try  imagine, lawak tak? hehe. Meh ah join serlahkan bakat lawak korang yang terpendam. Manatau Boleh buat latihan sebelum join Raja Lawak musin depan. :D

kalau nak join, klik je banner Mr FIT kat paling atas tu k?

P/s Fit jangan marah kalau aku tak pandai buat lawak. hehe

Mari Baca lawak siri 3

Dah lama kyuubi tak buat siri lawak ni. Jadi untuk kali ni, kyuubi akan sambung siri lawak ni iaitu siri yang ke 3. mari kita sama-sama rehatkan minda di hujung minggu ni sambil baca lawak.



Pada suatu hari 2 ekor Kelawar pemakan darah sedang berehat di dalam sebuah gua. Sedang mereka berehat, tiba-tiba seekor daripada kelawar tersebut berasa lapar.

kelawar 1 : weh kelawar 2, meh kita cari darah. aku lapar la.
kelawar 2 :wei, mana ko nak cari darah siang-siang macam ni? Kita kan biasa cari darah malam  je. ada-ada je ko ni
kelawar 1 : wei! aku lapar la! aku nak juga, aku nak sekarang!

si kelawar 1 pun dah sangat lapar dan bersedia untuk terbang. Dia menoleh kepada rakan kelawarnya itu dan berkata, "ko nak ikut ke tak?"

"Jangan jadi bodoh, ko hanya akan membazir masa je pergi sekarang"

si kelawar yang pertama tidak mengendahkan kata-kata rakannya itu dan terus terbang.  Selang beberapa minit kemudian, kelawar pertama tadi balik semula dengan darah di serata mukanya. Si kelawar ke 2 pun kehairanan kerana memang susah nak cari darah masa siang.lalu dia pun bertanya,

kelawar 2 : "wei, mana ko dapat darah banyak tu masa siang macam ni?"
kelawar 1 : " oh, ko nampak tak pokok besar diluar tu?" sambil menuding jari kearah 1 pokok besar diluar gua.
kelawar 2 :"oh nampak, jelas dan terang lagi"
kelawar 1 :"aku tak nampak"  katanya

hahahahahahaha!!

*Picture taken from google

Pengajaran : fikir dahulu sebelum bertindak. nanti macam kelawar tu, dah tahu tak nampak kalau jalan siang, nak juga jalan.

Masuk Tandas Pun Ada kadar Bayaran??


Hai semua. Sejak akhir-akhir ni, aku semakin malas nak menulis. Bukan apa, cuma... entah.. malas mungkin faktor utama. BUkannya apa, sebab internet ni lambat macam siput. Tu yang buat mood nak menulis ni hilang. Sebenarnya aku nak join contest Mr GTO tapi internet yang macam siput ni membataskan keupayaan nak skodeng blog Mr GTO ni. Tapi, nanti, aku tetap nak join juga tu... :D

Ok, balik pada apa yang aku nak share kali ni, pengalaman aku pergi tandas awam yang paling pelik selama ni. Tapi mungkin korang pernah mengalaminya.. (pernah ke?)

 
Gambar Dari pak cik Google 

Ok, kebetulan hari ni hujung minggu, jadi aku pun keluar la nak lepaskan tekanan duduk dalam kolej saja. (alasan ni nak jalan.. hehe) Disebabkan makanan entah apa yang aku makan semalam, perut aku asyik memulas nak menjalankan kewajipan. (korang faham-faham la ya, kalau tak faham buat-buat faham saja). Jadi, sampai saja pekan diluar kolej tu, aku bergegas pergi cari tandas awam nak jalankan kewajipan. 

Bila sampai dekat tandas tu, aku nampak notis berbunyi begini:
Buang air kecil : 30sen

Buang air Besar : 50sen

Mandi :1 ringgit

Dalam hati aku, eh biar betul ni nak masuk tandas pun ada kadar bayaran macam tu. So, aku tak peduli sangat sebab perut dah meragam masa tu. Aku korek duit seringgit, terus aku bagi kat mak cik jaga tandas tu dan pergi jalankan kewajipan. (Dah berapa kali aku guna  perkataan kewajipan tu? hehe)

Selepas siap, aku pun pergi ke tempat makcik tu. Sambil tersenyum mak cik tu tanya aku,

Mak cik : Tadi buang air besar kan (senyum-senyum)
Aku : Ya (dengan Muka selamba)

 
Eh, ada kaitan ke si spongebob ni?
Makcik tu pun hulurkan duit 50sen pada aku. Dalam hati aku, eh? nak masuk tandas pun ada kadar bayaran ke? nak buang air pun ada kadar, kalau besar nak dibuang, besar juga harganya, kalau kecil, harga pun kecil. Kalau mandi aku tak heran sangat la nak minta bayar banyak. 

Dunia sekarang ni semuanya tentang duit, duit, duit dan duit. Tiada benda yang tak nak duit. Nak sekolah, kena ada duit, nak makan kena ada duit, even nak berak pun nak kena bayar. Entah apa lagi yang tak perlu duit.
Tempat korang macamana pula? Nak masuk tandas pun macam ni juga ka?

Mari Baca Lawak siri 2


Ok, sebelum ni, aku pernah postkan lawak disini dan tu kiranya la siri pertama la kot. kali ni aku ada 1 lawak lagi. Ini adalah mari baca lawak siri 2 dari kyuubi_85. :D

Tapi lawak ni ada unsur kelucahan sedikit, jadi kepada readers yang nak baca, aku ingatkan sekali lagi, lawak ni ada unsur kelucahan. Tapi Sikit sajalah, tak banyak pun.

Ok, semua dah sedia nak baca Mari Baca Lawak Siri 2??? Jom layan.....


Pada suatu malam, si suami yang dah lama tak bersama isterinya teringin pula malam tu. Jadi, selepas sahaja makan malam dan berehat sebentar, si suami pun menyuruh anak mereka yang berumur 3 tahun untuk tidur.

Si suami : Tido awal ya sayang, esok kena bangun awal kita nak pergi jalan-jalan.
si anak : ok papa.

Maka si anak pun pergilah tidur.

selepas sahaja si anak pergi tidur, si suami pun mengajak isterinya ke bilik tidur, dan bermula la adegan mereka. sedang mereka melayarkan bahtera, tiba-tiba pintu bilik yang memang tidak berkunci terbuka dan si anak tercengat di muka pintu. Suami isteri itu pula tidak sempat berbuat apa-apa kerana terkejut. manakala si anak pula dengan muka selamba berkata :

Anak : Papa buat apa dengan mama tu?

kerana memikirkan si anak tidak tahu apa-apa, si suami tu pun menjawab

si suami : tak ada sayang, ni papa dan mama nak buat adik kecil ni.


Tanpa menghiraukan mereka, si anak pun terus beredar ke bilik semula, manakala suami isteri itu pula berasa lega.

keesokan harinya, pagi-pagi lagi si bapa sudah bangun lalu pergi ke bilik anaknya, tapi didapatinya bahawa anaknyatiada di bilik.

dia pun keluar kerana terfikir bahawa anaknya ada di luar. sesampainya di luar, si suami pun terkejut kerana anaknya berada diluar dan si anak sedang memasukkan kemaluannya ke dalam ekzos motosikal mereka. Si bapa kehairanan sambil bertanya kepada si anak

Si suami : apa sayang buat tu?

Jawab si anak : saya nak buat motosikal kecil.

p/s : pengajaran dari cerita tadi, kalau nak ajar anak, lebih baik kita beritahu dengan mereka perkara sebenar kerana kadang-kadang apa yang kita beritahu dengan mereka itulah yang kanak-kanak ni anggap betul.

Mari baca lawak

Pada suatu hari, 2 orang kaya sedang bersembang sambil menikmati kopi. Salah seorang daripada mereka berkata, "hei, ko tau pemandu aku tu bodoh betul. Kalau awak tak percaya, mari aku tunjukkan". Dia memanggil pemandunya Ah beng dan berkata, " Ah Beng, ini duit RM10, pergi ke pameran kereta dan belikan saya sebuah mercedes." Ah Beng menjawab, "ya tuan saya akan pergi dengan segera dan dia pun bergegas ke pameran kereta tersebut.

Orang kaya itu berpaling sambil berkata kepada rakannya seraya berkata, "Awak nampak tak? Saya dah bagitau awak dia ni sangat bodoh".

Orang kaya yang seorang lagi pun berkata, " yang tu tak dikira bodoh lagi, awak nak tengok yang lebih bodoh?" dia pun memanggil pemandunya Ali dan berkata, " ali, pulang ke rumah dan periksa jika saya berada di rumah".Sambil menjawab, " Ya tuan, sekarang juga saya pergi."
"See, i told you, dia ni takda otak sehingga dia tak terfikir jika saya berada disini, mana mungkin saya akan berada di rumah".

beberapa lama kemudian, kedua-dua pemandu tersebut terjumpa di pertengahan jalan. Ah Beng berkata kepada ali, "Hei, bos saya bodoh betul. dia memberi saya RM10 dan dia menyuruh saya pergi ke pameran kereta dan minta belikan sebuah kereta Mercedes... Takan dia tak tau, hari ni adalah hari ahad lah, pameran tu tutup...

Ali menjawab, "awak fikir bos awak tu bodoh sangat ke? my boss lagi la teruk, dia menyuruh saya pergi ke rumah dan periksa sekiranya dia d rumah, Dia ada handphone lah!! kenapa tak telefon rumah untuk periksa??